Saturday, October 15, 2011

Tahajjud Cinta The Movie

Korang follow ke drama Tahajjud Cinta semalam? Seingat aku, sepanjang sesi iklan minggu lepas langsung tak ada pulak kata yang episod semalam tu episod akhir kan? Ke aku je yang tak perasan? Terkejut aku semalam bila tetiba je keluar perkataan TAMAT.

So, konklusi dari aku...ni mesti nak buat sambungan ke Movie...ahaks! Yo lah....mana puas beb selagi tak tengok Ustad Soki tu pulak yang kena rejam kan???

Dalam scene2 akhir semalam...tetiba aku rasa macam tengah tengok cerita lucah pulak. Tapi aku pon tak semena-mena duk bagi galakan dan sokongan pada Suraya tuh supaya terus-terusan menggoda ustaz gatal tuh....huh! Rasakan! 

Ini membuktikan bahawa iman Ustaz tu tak kuat lagi, kalau dah ada perempuan depan mata, memang susah la nak tolak.

11 comments:

  1. "salam wani...akak tak penah tgk pon citer tu sbb selalu time tu sebok..tp smlm camana boleh tertgk lak..tu la last2 tu kuar tamat...aikkk..ank dara akk la bengang sbb cam tergantung lak,dia nak sgt tgk scene ustaz tu direjam cam dia rejam ank dia sollah tu...~tp baguslah sbb dlm citer tu ada byk mesej.."

    ReplyDelete
  2. kak pia, tu la mcm tergantung dan menyerahkan kepada kita pulak untuk membuat ending nya kan kakkk

    ReplyDelete
  3. erm.. cite ni aku x pernah tengok pun lg.. tp aku ada baca r dlam blog2 lain.. semua duk kutuk cite ni je? best ke x, x tahu r

    ReplyDelete
  4. salam singgah sini..

    itu lah.. episod mlm tadi tu ditinggalkan dgn penuh tanda tanya kan....

    ReplyDelete
  5. masa early episod mmg nonton tp lama2 sakit ati je sbb tgk lakonan eman yg berjaya sbg ustat yg mggunakan agama tuk kepentingan diri dia.seb baik tertgk promo yg bgtahu mlm td episod akhir sbb tu tgk...sprt mana nurkasih drama ni tergantung mesti nk buat movie atau ada musim ke2...kita tunggu jelah yek:)

    ReplyDelete
  6. ye!! kakNo pun menantikan episod tersebut..oo mungkin wani terlepas pandang kot..kakNo terperasan ada tb bagitau episod akhir..kebetulan abang tengok bola kat bawah tp klate kalah hehe.., kakNo naik atah bukak tb3 hehehe

    ReplyDelete
  7. Saja nak mencelah.. heheh.. Memang ada iklan bgtau itu episod terakhir.. ida memang folo dr awal hingga akhir cerita tu....... Endingnya suruh kita berfikir islam itu adil sebenarnyaa..... bukan sperti yg diwar warkan oleh Ustaz Soki tu.. heee~

    ReplyDelete
  8. xsuka tengok... macam org pompuan ni xda hak..

    ReplyDelete
  9. tak pernah tgk tahajud cinta ni, tp masa si remy ishak dgn fouziah gous nak kena rejam tu, bolehlah pulak tertengok.

    Tengok part tu jelah...hahaha

    ReplyDelete
  10. kak yus...wani pon tengok selang2 je...

    saja boring2 sambil2 duk melayan anak...hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...