Friday, September 30, 2011

Galaxy Tab punya sarung


Dah lama tak post kan projek jahit menjahit kan? Ni yang terbaru. Sebenarnya banyak. Tiap2 malam sekarang ni aku menghadap 'meja kerja' di rumah. Alhamdulillah rezeki mencurah-curah. Cuma dah tak bernafsu nak update di sini.

Tapi tak tahu kenapa kali ni rasa nak berkongsi. Mungkin jealous bila Bujal memberitahu beliau dah miliki satu, tapi aku? Hanya sekadar menjahitkan sarungnya sahaja.

Tak ada model nak gayakan...huhu....Ada kah bermakna aku kena rembat satu??? Ahaks!

Thursday, September 29, 2011

Sampah.

Kadangkala, isu remeh pun akan jadi topik perbualan hangat di antara pasangan suami isteri. Lebih parah lagi, ianya berupaya membawa kepada pertelingkahan lidah.

Watak dan Perwatakan: 

  • Isteri-mengaku orang bandar, walaupun Siti Nurhaliza sering menyebut bandar Lipis sebagai 'kampung'nya
  • Suami-memang orang kampung sejati.
Lokasi: 

Di hadapan pintu rumah, di atas motorsikal

Dialog:

Isteri: *Sambil menggendong anak kecik* Kenapa tak ikat dulu plastik sampah tu?
Suami: Plastik beg pampers ni, celah mana nak ikat.
Isteri: Masukkan la dalam plastik besar yang lain. Baru lah tak terburai kat tong sampah besar nanti.
Suami: Tak apa, pekerja Alam Flora ramai, nanti diorang tak ada kerja pula.
Isteri: Hurm...kesian lah kat diorang, nanti kena selongkar dengan kucing ke...lagi bersepah jadinya.
Suami: Sebab tu lah kita ada pekerja yang angkut sampah.
Isteri: Cuba abang fikir, kalau abang kat tempat diorang, mesti sakit hati tengok sampah berterabur.
Suami: Dah, tak payah bising.
Isteri: Hurm....orang kampung memang macam ni.
Suami: Orang kampung tak de buang2 sampah macam ni, terus bakar je.
Isteri: Sebab tu saya kata orang kampung...tak reti nak buang proper sikit. Huh! *Tekad untuk ambil alih tugasan buang sampah selepas ini*






























P/s: Bukan semua perkara kita akan bersetuju dengan suami/pasangan masing-masing. 

Tuesday, September 27, 2011

Masak@Persiapan Apa Untuk Raya?

Korang jangan gelak ek. Entry ni tak de kaitan dengan raya tahun depan mahu pon raya setelah Puasa 6...kih kih kih.

Tapi ianya sekadar untuk menyertai Contest "Masak@Persiapan Apa Untuk Raya"? yang merupakan anjuran:


www.kakinakl.com  <----kukis yang betul2 menggoda!






cikmin.com <-- macaron dari cikmin yg mmg selalu jadi pujaan hati ku!



http://ecakefairy.blogspot.com <--Sponsor cupcake 25pcs! wowww~



 dan 


http://www.zzqah.com/ <--coklat yang sememangnya aku punya all time favourite!




Maka, untuk memenuhi syarat-syarat penyertaan Contest ini, aku ulang tayang lah ye..(gambar dari entry sebelum INI) gambar yang telah di snap oleh suami ketika aku buat-buat sibuk di dapur rumah MIL.



Kedua-dua gambar ni bukan lakonan ye kak Ina...hehe... Memang aku betul-betul turun ke dapur kali ni, setelah beberapa kali raya aku OFF (read as pantang....sarat....dll....).

Gambar pertama tu tengah tolong MIL kupas bawang...sekali dengan kupas bawang untuk 'bahagian aku'

Gambar kedua... bukan sekadar posing, tapi memang tengah mengacau kuah kari untuk digaul dengan makaroni dan dibakar menjadi makaroni bakar...hehe....

Sayangnya tak de pulak gambar makanan yang dah siap masak. Tak sempat nak snap2 dah.












Nak join? Klik SINI. Sempat lagi ni...kak ina kata tutup 29hb jam 12 malam...hehe...jom!

Bukan lagi RM 25 :(

Aku tertarik dengan pertanyaan doktor ni :) Jangan terkejut ye doc, suatu ketika dulu aku menggunakan letrik tanpa perlu bayaran pun! Macamana? Bill less than RM 20 rahsianya....hehe

Nak tahu ciri2 kediaman yang punyai bil letrik sekitar RM 25?

-Rumah 'sting garden' 2 bilik.
-Setiap malam (waktu tidur) hanya buka 1 lampu kalimantang dan 1 kipas meja.
-Peti sejuk yang paling kecil
-Mesin basuh 9.0 kg. Boleh kata 2 hari sekali beroperasi. Tapi kalau hari minggu, hampir 2 'trip' sehari.
-Tengok TV waktu malam sekitar 3 jam sahaja (tak ada ASTRO)
-Seterika baju seminggu sekali.
-Masak nasi atas dapur gas (kalau nak masak sikit)
-Jarang2 bukak PC.

Amalan penjimatan letrik yang aku dan suami praktikkan:

-Jangan buka peti sejuk lama2.
-Tutup segala suis sekiranya tak berada dalam bilik.
-Basuh baju sekiranya muatan mesin dah penuh.
-Baju yang tak kotor sangat tu, cuci tangan je...cuma spin guna mesin basuh.
-Tutup TV sekiranya tak ada rancangan yang menarik.

Nampak cam membosankan je life kitorang kan? ahaks! Tu pasal kalau hari minggu tak lekat di rumah... ada je destinasi nak dituju.














Tapi ni cerita dulu, sekarang dah naik jadi RM 50... orang lain naik beratus, aku naik jadi RM 50 pon nak kecoh kan? Nak buat macamana.... purata pendapatan bulanan kitorang menjadikan limaploh hengget ni dah nampak macam beban :(

Monday, September 26, 2011

Mula mengidam.

*Belek kalendar* Cik P dah lewat 4 hari. 

*Belek kalendar lagi* Tapi gambar-gambar entry ni adalah pada hari sepatutnya cik P berkunjung. Maka, bukanlah mengidam, cuma melayan tekak yang mengada2....kih kih kih 

Jumaat lepas, tekak ni gatal sungguh rasa nak makan sotong goreng tepung kat Tanjung Gila nu... bodek punya bodek, suami pon layan je la...hehe...


Air asam yang paling marvellous setakat ni, untuk tekak aku


Sotong goreng tepung...hamik kauu setengah kilo untuk 2 orang makan! Memang mentekedarah. Tapi aku rasa rencah dia cam dah kurang kick :(


Makhluk halus tu tak berapa sihat, maka dia duduk diam2 je atas riba bapaknya. Nasib baik. Kalau tak, mesti adegan kejar mengejar.


Ikan siakap masak 3 rasa. Suami tanya kenapa pedas. Aku jawab, nama lagi tiga rasa, manis, masam dan pedas.

Suami jawab....lahh...kenapa tak order yang tak pedas, adik tak boleh makan.

*Rasa nak hempukkk je...masa nak order aku dah tanya, 3 rasa ke sweet sour... katanya nak 3 rasa....*

Rupanya dia tak faham dan tak pernah nak ambil tahu 3 rasa tu apakah rasanya :( Almaklumlah selama ni kami bertiga memang layan je makanan pedas, tapi sejak adik pandai makan ni...kena lah pilih2 menu yang tak pedas.

Tapi tak kisah lah apa rasanya sekali pon, hasilnya pasti ini:





































*Kucing pon menyumpah bilamana tak ada langsung bahagiannya.

Amukan bil elektrik naik menggila!

Pagi tadi baca kat blog kakcik pasal bil letrik naik mencanak.

Dan baru aku perasan, apa puncanya bil letrik aku yang selama ni sekitar RM 25 ke bawah, naik hingga mencecah RM50! Perhh...memang sayang sangat lah kerajaan Malaysia ni.

Bagai nak pecah kepala kami laki bini memikirkan barang letrik apakah yang terlebih penggunaannya.

Suami: Bulan lepas abang ada vacuum dalam kereta.


Isteri: Tapi kita kan cuti raya hampir seminggu tak ada kat rumah.


Suami: Cadar selimut dll pon abang basuh seminggu sekali je, tak de sampai 2 kali seminggu.


Isteri: Sayang lipat kain ikut jadual macam biasa...tak de pon sampai hari2 kena lipat (maknanya kekerapan membasuh guna mesin adalah sama)


Suami: Lampu tidur IKEA ni ke puncanya?


Isteri: Bukan satu malam je ke kita pasang? Pastu abang juga yang tak suka cahaya merah lampu ni.


Suami: Atau mungkin sebab kipas besar yang kita rebut2 nak membeli hari TU?

Isteri: Sekali tu je kita pasang dua-dua serentak. Bukan hari-hari.










P/s: Kenapa mereka sungguh kejam?

Saturday, September 24, 2011

Toyol curi duit

Ikutkan hati nak buat siri Penyakit Pelupa yang ketiga...kih kih kih. Tapi kang melampau sangat lah kan. Asek lupa je minggu ni, kita sambung minggu depan pulak lah :p

Ni kisah orang simpan duit cash lam lemari kat rumah...berkeping2 duit not RM50 dia simpan. Suatu hari, bila dia bukak almari...tengok2 duit cam kurang sekeping.

Isteri: Abang....ada ambil tak duit dalam lemari ni?


Suami: Mana ada. Cuba kira betul2....


Isteri:*belek-belek duit* Betul ni...tak cukup lah...ish....ada toyol masuk ke ni?


Suami: Beli barang dapur kelmarin, pakai berapa keping


Isteri: 2 je...mana lagi sekeping ni?


Suami: Makan pizza hari tu, sapa yang bayar?


Isteri: Err...errr..... sayaaaaaaa...hehe














P/s: Makin menjadi-jadi kan.

Friday, September 23, 2011

Penyakit Pelupa Siri II

Kisah ini ada kaitan dengan entry INI.

Seperti biasa, perbualan berikut dirakamkan ketika sepasang suami isteri dalam perjalanan ke tempat kerja dengan menaiki motosikal.

Sebaik sahaja baru bertolak dari rumah,

Isteri: Ehhh...abang ada tutup plug seterika tak tadi? Sayang ada iron baju kurung kakak.

Suami: *Bersedia nak patah balik*  Ni lah dia kesan berkahwin dengan orang yg dah berusia *ambik kesempatan balas balik*


Isteri: *buat-buat tak dengar* Tapi abang dah tutup suis utama kat bilik belakang kan???

Suami: *Tak jadi patah balik* Aah la....lupa....he he he












P/s: Aku rasa cam dua-dua dah tua....kih kih kihhh







Nota kaki: Asap rokok boleh menyebabkan penyakit pelupa. Makin lama aku keje kat sini, kalau penyakit lupa berterusan maka aku dah tau puncanya!

Thursday, September 22, 2011

Hidup untuk makan?

Atau makan untuk hidup ye? Yang pasti, kedua-duanya ada beza. 

Situasi I: Makan untuk Hidup

Menu: 
Nasi putih panas-panas berlaukkan sambal belimbing buluh dan telur goreng.

Situasi II: Hidup untuk Makan

Menu:

Steamboat 


Nasi ayam


Dessert: Waffle + Ais krim


Steamboat dan nasi ayam tu menu untuk 2 hari berturut-turut, bukanlah melantak kesemuanya dalam 1 hari ye. Korang nampak tak apa persamaan nya?

Waffle tu pula, dessert untuk kedua-dua hari tersebut. Keluaran terbaru dari gardenia, memang wallah! Cubalah.




















P/s: Nasi ayam harus dimasak sehari selepas buat steamboat. Tahu tak kenapa? hihii......

She looks so annoying whenever she...

  1. ...smoking, at the same time she is a mom! 
  2. ...proudly breastfeed her baby, while she is a smoker!
  3. ...want people to respect her, but she talks like 'mulut longkang'!
  4. ...know her job would not been approve, but still wanna to do it!
Tak paham? Nak versi Bahasa? Meh sini!

Dia nampak sangat menjengkelkan bila...
  1. ...isap rokok tak kira masa, tapi dah jadik mak orang pon. (Jenuh kena alih muka kalo dia nak bercakap dengan aku lepas smoking...huh!)
  2. .... sampai sekarang susukan anak lagi, mestilah bangga kan? Bukan semorang istiqomah nak susukan anak lebih dari 6 bulan dan bercita-cita sampai 2 tahun ni...tapi what point ntah kalau merokok pon tak berenti. Susu tu tak de rasa rokok ke? Kesian sungguh kat anak :(
  3. ...nak suruh orang cakap leklok ngan dia...tapi diri sendiri mulut cam longkang! Kalau aku pon tak hingin nak berlemah lembut. (Aku pulak yang sentap bila dia keluarkan perkataan 'busuk' pada sorang senior yg menegur hasil kerjanya. Ye, aku tau senior tu suka menyibuk, tapi cuba lah kau tengok apa yg ditegur tu utk kebaikan!)
  4. ...dah tau kerja dia buat tu bakal sia-sia...bakal ditolak@REJECT...tapi nak jugak siapkan dan tunjuk kat bos. Buang masa! Aku keje sini dah lama...kepala otak bos dalam poket...taste dia tu aku dah masak sangat. So, bila senior bagi idea....tolong lah terima. Orang nak kerja urgent, bukan nya ada masa nak honeymun2 nih.

P/s: Jangan pi pertikai pasaipa BI punya pendek, BM punya panjang melalut :p

Wednesday, September 21, 2011

Gambar Bisu Hari Rabu #11 Pencarian Bermula

Penyakit Pelupa

Suatu pagi, ketika sepasang suami isteri menuju ke tempat kerja (dialog atas motor)...

Suami: Yangg....u tutup tak api dapur tadi? 


Isteri: Ini lah dia risiko kahwin dengan orang berusia :)


*padahal si suami tu sendiri orang terakhir yang ambil makanan dari periuk*





P/s: Sedang bersabar membooking tiket

P/s lagi: Entry berkenaan pelaburan emas dah settle, ada 3 kesemuanya :)

Di Sebalik Pelaburan Emas: Tak Suka Pakai Barang Kemas? (PART 3)

Wahhh...tak sangka dah masuk PART ke 3 aku menulis berkaitan emas ni. Sapa-sapa yang masih belum membaca PART 1 dan PART 2, boleh klik link ini ye:


Di Sebalik Pelaburan Emas: Cerita dalam bahasa mudah difahami (PART 1)


Di Sebalik Pelaburan Emas: Dah pilih nombor korang? (PART 2)


Kebiasaannya bila dikaitkan dengan emas, orang akan fikir barang kemas je. So, kalau tak berminat....tak boleh lah beli, ye tak? Tapi tanggapan itu silap kamu tahu. Memiliki emas bukan hanya barang kemas sahaja. Kalau macam tu, yang lelaki tak boleh la simpan barang kemas, kan?

Apa beza antara barang kemas dan dinar emas? 


Barang kemas:
  • untuk dipakai/diperagakan :) tapi boleh juga disimpan di bank (peti simpanan)
  • harga lebih tinggi untuk rekaan yang lebih terkini (kos upah yang mahal)
Dinar emas:
  • bukan untuk dipakai.....simpan je lah :p
  • harga lebih rendah kerana kos upah menghasilkannya tidak setinggi menghasilkan barang kemas
Ini 2 perbezaan yang aku dapat, setelah membeza2 kan harga apa yang aku pernah beli.


Emas 999.9 - Harga lebih tinggi kerana tiada campuran lain. Dibentuk menjadi kepingan emas (Jongkong) atau dinar


Emas 916 - Harga rendah sedikit berbanding emas 999.9 kerana dicampur dgn bahan lain bagi mengukuhkan emas. Digunakan untuk membentuk barang kemas. Ada juga dinar yang dihasilkan dari emas 916 (Contoh: Dinar public gold)


Dari pembacaan aku, harga emas yang dijual berbeza di setiap syarikat pengeluar, namun mereka masih bersepakat di bawah kawalan harga oleh FGJAM (persatuan pemilik kedai-kedai emas)


Walaubagaimanapun, harga emas yg lebih murah ditawarkan oleh syarikat2 yang mengeluarkan dinar (tak de kedai). Contoh macam public gold, GCP dan lain-lain.
















Nak beli dinar atau kepingan bar emas? Cari ejen yang boleh dipercayai. Aku bernasib baik sebab ada kenalan yang jadi ejen. Tengok harga, lock, bank in...Ada masa aku ke rumahnya untuk ambil :)

Tuesday, September 20, 2011

Kosongkan dan Beautiful Princess

Situasi I

Kisah lucu bengap aku semalam. Sapa tengok rancangan Beautiful Places di TV9? Aku suka tengok rancangan-rancangan camtu. Membuatkan diri ni seolah-olah turut melancong sama dengan pengacara.

Sebelum tu, aku bebel2 kat suami...

Isteri: Apalah penerbit rancangan ni, tunjuk tempat-tempat cantik, tapi dinamakan rancangan Beautiful Princess

*suami termangu-mangu malas nak layan*

Bila rancangan habis, dan terpapar tajuknya besar sedikit dari yg bertulisan halus di sudut kiri kaca TV...

Isteri: *tersipu-sipu malu* Lhoo...memang tajuknya Beautiful Places ke....hehehe


Situasi II


Suatu hari, sepasang kekasih sedang berjalan-jalan di dalam Zoo...

Awek: Eh, kenapa pula sangkar yang ni dilabel 'Kosongkan'?


Pakwe: *Intai-intai dalam sangkar* Apa pulak...tu ada binatang lah! Nama dia KONGKANG!


Awek: *Sengih je la...*


******

Korang pernah alami tak? Ini sebahagian je yang aku ingat, tapi banyak lagi words yang aku selalu tersalah sebut. Dan ianya akan jadi bahan ketawa suami nanti.... *redha je lah...* hihii...

Tak pe ke dedah jenama?

Ini lah dia jenama yang aku maksudkan tadi (Klik SINI untuk cerita asal) Boleh baca tak apa jenamanya? 

Hati-hati dengan toner

Toner tu apa yek? Betul ke ejanya toner? Eh..ketepikan semua tu, yang aku nak jelaskan kat sini...toner ni sejenis bahan penyegar wajah. Tu yg aku faham.

Citer ni dah lama, masa aku kerja kat Guardian dulu...adalah dalam 4-5 tahun lepas. 

Masa tu sebotol toner telah 'disiku' oleh seorang customer sehingga menyebabkan ianya jatuh dan pecah. Maka banjirlah kawasan tu.

Aku yang kaget terus mengambil sebatang mop kering (tak de celup2 air ye) dan mop lantai tu. Ada keajaiban yang berlaku tau. Kamu tahu apa???














Dalam masa beberapa saat je, lantai yang selama ni penuh dengan kotoran degil (yang selama ini aku mop sental2 pakai sabun apa sekalipun memang takkan hilang) telah memutih sekelip mata!

Sampai terlopong aku tengok! Betapa hebatnya toner tu, patutlah fungsinya memutihkan kulit juga.

Jenama? Sampai sekarang aku fobia dengan jenama S itu.

Monday, September 19, 2011

Review Khas buat Takdir Fitrah Terindah

Skill membaca novel dalam satu malam sahaja nampaknya dah tumpul. Tapi menghabiskannya dalam masa 2 hari bagi aku dah cukup membanggakan dalam keadaan sekarang ni :)

Walau dimarahi suami kerana membaca hingga jam 4 pagi, aku pasrah! hihiii.... 

Buat kaki novel yang masih belum mengetahuinya, sila lah dapatkan Takdir Fitrah Terindah, keluaran Buku Prima di pasaran sekarang! Aku berani kerat jari...walau ini novel pertama yang ditulis oleh Hanis Azla...namun tulisannya setanding Fauziah Ashaari, Norhayati Berahim dan lain-lain lg penulis senior yg aku sentiasa ikuti.

Sinopsis rasmi? Sila google...kerana aku tak kan tulis...ahaks! Cuma ringkasannya, cerita ini pantas. Tidak meleret2. Dan kalau dibawa ke layar TV, pasti menarik. Apa kata kalau blogger Mak Dara cuba tukarkan novel ni ke dalam bentuk skrip...*sekadar cadangan* dan buat drama bersiri....konpem meletup!

Kalah Nora Elena...ahaks!

Buat penulisnya iaitu blogger Hanis Azla, ada beberapa komentar ikhlas yang aku nak senaraikan di sini...tapi sebab masa baca novel tu, pen dan kertas tak de di sisi...makanya aku dah lupa apa yg nak dikomen tu (read as kritikan membina). Tunggu bacaan kali kedua, okey tak?

Mengenai jalan ceritanya....memang dan sangat teratur. Jelas dan tiada yang tergantung. Membuatkan aku yang sebelum ni suka baca lompat-lompat tak boleh amalkan lagi dah. Memang kena baca every single word kalau tak mahu miss apa-apa...hehe

Kesimpulannya? 10 bintang penuh!

P/s: Jawapan untuk entry suspen hari sabtu lalu (Klik SINI), ya benar...kunci kereta aku tertinggal di dalam. Mujur ada officemate yang 'pakar' buka kunci pintu ni. Tapi pada masa yang sama, kesal dengan kualiti PROTON. Guna pembaris panjang je dah boleh pecah masuk kereta tu :(

Di Sebalik Pelaburan Emas: Dah pilih nombor korang? (PART 2)

Belum pilih lagi? Klik SINI dulu. Dah? Okey....meh baca coretan ringkas dari sudut pandangan aku orang biasa yang tak de ilmu banyak pon pasal pelaburan emas ni. Tapi catatan dibuat berdasarkan pengalaman dan pemahaman aku ye.

Nombor 1

Kalau tak ada duit sangat, at least mesti korang ada saving cash kan? Gunakan duit tu lah... Simpan dulu sikit-sikit....Agak-agak dah cecah nilai 1 dinar atau 1/2 dinar (macam yang abah khalisha beli ni), terus sambar sekeping. Jangan tunggu-tunggu nak sambar jongkong sekilo pulak. Emas ni tak boleh lewat2kan pembeliannya. Rugi. Harga tak pernah jatuh menjunam. Mencanak naik je. Jatuh seringgit dua tu ada lah....tapi nak tunggu jatuh berpuluh2 ringgit? Belum lagi lah setakat ni.

Nombor 2

Tak perlu tunggu kaya untuk simpan emas ni. Duit kat ASB bersepah kan? Tukar duit tu, beli kepingan emas. Untung melabur kat amanah saham tu tak sehebat keuntungan yang akan korang peroleh dari simpan emas. Nak contoh?

Tahun lepas, masa aku nak belikan dinar emas 999.9 harganya RM 614. Tapi aku ragu-ragu lagi. So, pergi jugak bukak ASD untuk anak aku... Penyudahnya? aku rasa untung ada lah dalam puluhan ringgit je kot. Yang pasti, mmg tak cecah ratus.

Dalam masa yg sama, aku tengok harga kalau jual dinar (bukan beli tau) What??? RM 700++!!! Nampak tak betapa ruginya aku? Kalau masa tu aku dah beli dinar, aku akan dapat keuntungan RM100++

*updated* Klik link INI untuk bukti nya

Nombor 3

Simpan duit ni rugi sebenarnya. Aku pernah terbaca, katanya nilai mata wang akan susut. Tapi tak ingat kat mana. Kalau rajin, korang google ye.

*Update* Klik SINI untuk bukti.

Kalau tak, takkan ada hadis yang maksudnya lebih kurang camni lah...akan ada suatu masa di mana tiada apa yang bernilai melainkan emas dan perak....lebih kurang gitu lah.

Cuba korang kaji betul2....apa beza simpan duit dalam bank, dengan simpan emas kat bank. Duit dalam bank, nanti bank bayar interest kan. Tapi, walaupun simpan emas kat bank kena bayar upahnya, but still it is worth than u keep cash. Tak percaya? Cuba buat kiraan. Sorry, again aku malas nak google kan...kih kih kih.

Nombor 4

Setakat ni, aku tak de la ke tahap nak kena simpan kat bank...Barang kemas pon berapa urat je yang ada... Yang mana berkenan tu pakai lah... yang simpan tu, aku sorok2 la sikit. Yang telebih sorok sampai tak jumpa pon ada...haha...Tak pe, pindah rumah nanti aku geledah habis2an. Kalau tak jumpa gak, tak de rezeki lah.

Ni untuk yang ada barang kemas sampai berkilo2 tuh...Apa susah, simpan je la kat bank kan. Kadar upah tak membebankan. Kalau tak, tak ada la orang berlumba2 simpan kat bank ye tak? <--ni cara otak aku berfikir lah

Nombor 5

Bagi aku, orang yang kata emas ni style orang tua2...dia tak nampak lagi betapa pelaburan emas ni sebenarnya boleh menguntungkan. Silver? Ya, perak pon ada harganya....tapi tak sehebat emas. Zhulian? Aku tak kan membazir duit menggayakan sesuatu yg tiada nilai. Ada kawan bercerita, katanya pakai Zhulian penuh lengan pun tak rasa ralat kalau kena rompak! Gulp! Tapi kalau yg merompak tu mencederakan sekali, tak ke ralat???

Pendapat aku la kan...malang ni tak berbau...tak kesah la kalau kau pakai apa, kalau dah ditakdirkan kena rompak or ragut... redha je lah. Kadang-kadang aku terfikir, andai kata (mintak jauhhhh) aku kena suatu hari nanti....aku nak jerit pada peragut tu...

"Woiiiiiiiiiii...tu zhulian lahhhhhh!!!"

Agak-agak korang dia pulang balik tak? Kih kih kihhh.....

Ok..ok...serius sikit. Sebenarnya pokok pangkal di hati kita. Kalau kita pakai barang kemas sampai ke siku... dan memang niat nak menunjuk2....nanti Allah tunjuk semula kat kita. Kan?

Baiklah, habis 2 part...coming next.... Beza barang kemas dan kepingan emas. Hopkos ada boboy yang cakap...apa ni ibu muda....banyak citer barang kemas je...Takkan kitorang nak beli barang kemas pulak.

Bersambung lagi....

P/s: pakar-pakar dalam jual beli emas...kalau ada kenyataan aku yg mana-mana dilihat kurang tepat atau totally wrong...sila nyatakan ok :)

Saturday, September 17, 2011

Sarapan dalam kereta

Tabiat yang memakan diri sendiri. Sila jangan cuba di dalam kereta anda.

Alkisahnya....toyyibbbbbb....

Ni memang tebiat buruk aku ye. Bila aku memandu ke pejabat, dan perut tetiba mengada2 rasa nak makan 'sarapan besar' mekdi. Dari mekdi nak pejabat aku tu ada 3 traffic light So, dekat ke3-3 port tu la aku buat tabiat buruk ni.

Bukan makan beger tau, tapi 'sarapan besar'! Cer korang bayangkan...aku dengan sudu garfu (plastik) tu, makan2 dalam keta...syurga kamu tahu... Perangai ni bermula masa aku mengandungkan Auni... Masa tu tekak aku hanya boleh terima Big Breakfast, baru takde morning sickness! Giler mengada-ngada kan... Nasib baik 2 minggu je berlarutan, kot sebulan...pokai aku....(Sila buat kira-kira RM 10 x 12hari untuk sarapan aku masa tu)

Tapi pagi tadi aku teringin merngulangi tabiat buruk tu semula....(jangan salah sangka, aku tiada isi apa-apa melainkan lemak-lemak degil je). Dan ianya berjaya aku laksanakan seperti biasa. Cuma kali ni skill tak berapa nak tajam dah gamaknya, sampai2 di pejabat...makanan masih tak habis lagi...

So, aku pun packing2 semula...apa yang tinggal tu nak bawak naik lah kononnya... Kiri kanan tangan aku sibuk pegang plastik makanan + a cup of coffee.... Aku keluar kereta, tekan lock kat pintu pemandu...dan tutup pintu!

Lepas tu aku terkebil-kebil bila telinga ni macam terdengar sayup-sayup bunyi radio. Pandang kiri. pandang kanan. Pandang dalam kereta.



















Kamu tahu apa terjadi?

Thursday, September 15, 2011

Di Sebalik Pelaburan Emas: Cerita dalam bahasa mudah difahami (PART 1)

Lupakan kisah panas hati INI. Aku dah coretkan cerita detailnya secara sopan dan santun di SANA.

Ramai yang nak tahu cerita di sebalik kegilaan aku terhadap Emas kan? Buat cik Jue  kak yus kak nowa a.k.a akak geli Mama Zharfan Chekgu Azrine dan mereka yang pernah meminta aku bercerita secara details pada entry2 aku berkenaan emas sebelum ni....maka entry kali ini untuk kalian hokey :)

Bila sebut pasal emas, akan ada beberapa ketegori orang menjawab:
  1. Tak ada duit lah nak beli emas, nak makan bulan2 pon bercatu
  2. Ahkak bukan kaya sangat (tapi simpanan ASB banyak wooo)
  3. Ahkak memang tak minat barang2 kemas ni...simpan je lah duit dalam bank
  4. Ish...takut la nak simpan barang kemas kat rumah...nanti kang kena rompak, sia2 je...
  5. Emas??? Eiii....orang2 tua punya style lah dik... ahkak lagi prefer silver, tak pon zhulian je lah!
Korang kategori mana? Pilih dulu...pastu nanti bagi tau aku...hehe


*Alaa....potong stim lah...nanti aku sambung ye....ada tugasan menanti :)




Panas...Panas Hati! Suka Duka Breastfeeding

Sepatutnya journey breastfeeding ni aku kena catat kt blog anak-anak. Tapi tak boleh tulis kat SANA. Kang besar2 seksok anak2 aku terkejut pulak tengok mama dorang ni meroyan, mencarut..bla......bla.....blaaa

Okeh, settle mukaddimah sopan. Seterusnya mukaddimah kurang sopan!

Bangsa kerja bukan kerana Allah, kerana duit semata, kerana nak kerja mudah dan tak mahu kerja renyah-renyah, maka sesuka hati kau lah nak menasihatkan aku supaya kalau boleh JANGAN BEKALKAN LAGI EBM (EXPRESSED BREAST MILK)!!! (What da helll....)

Cuba bagi aku 1001 alasan, kenapa aku tak perlu lagi bagi susu perahan aku kat anak aku yang BARU BERUMUR 13 BULAN, BUKAN 3 TAHUN PON! 


Adakah kau pernah jumpa mana2 dalil dalam Quran yang menyatakan ibu dah TAK BOLEH bagi susu badan kat anak bila anak tu agak2 nampak macam dah besar sikit (boleh jalan)? Hurm.....buang nama ISLAM kat taska tu boleh tak?

Sia-sia kau bawak nama Taska ISLAM #$E&^T(*&_)(, tapi kalau Quran pon tak khatam....insaf-insaflah!

*Banyak lagi aku nak carutkan. Tapi tunggu dulu. Tunggu hati sejuk.

Wednesday, September 14, 2011

Cerita kerang bakar dan sos penyicah

Gambar ada di entri bisu pagi tadi (Klik SINI)

Gara-gara kemalasan nak masuk dapur semalam, aku tiba-tiba kepingin sungguh nak makan kerang bakar (read: alasan nak keluar tapau makanan kat kedai)

Sampai di kedai yg biasanya ada kerang bakar, suami turun dulu. Aku minta dia orderkan kerang bakar dan carrot susu untuk aku, sebab nak isi minyak Aniq dulu.

Pergi ke meja, suami teruja melihat nasi berlauk...lalu dipesannya nya sepinggan. Bila aku tanya dah pesan kerang bakar, katanya belum. Dan bila dia mula suap nasi ke mulut, ternyata aku baru dapat tahu...mereka tak bakar kerang hari tu.

Dah suami mula makan, takkan aku nak blah kan. So, tunggu la beliau habiskan sepinggan nasi berlauk yang berharga RM 6 tu.

"Jangan harap abang nak datang sini lagi!" kata-kata orang menyesal sebab mahal ya amat.

2-3 kedai aku keluar masuk...semuanya tak mula lagi bakar kerang! Huhh...lemau ye peniaga melayu kita ni. Dah 13 syawal, tapi nak tak nak je meniaga :(

Aku kecewa.

Penyudahnya?
















Suami aku singgah kat Pasar Segar Pak Lang, beli kerang sekilo, RM 2.50

Aku tak puas hati, bagi alasan tak ada pencicah macam kat kedai2 makan biasanya. Lantas aku pulak masuk ke kedai Pak Lang.

Tu yang dapat sos penyicah macam dalam bekas sabun bak kata  Daddy Ziyyad 

Balik rumah, terpaksa la bersilat kat dapur jugak.

Kesimpulannya lagi puas hati! Berbaloi-baloi. tambah2 lagi sos tu marvellous! Memang sama rasa macam di kedai :)

Gambar Bisu Hari Rabu #10 Tak Kenyang Tapi Menyelerakan



Kisahnya yang menarik akan menyusul nanti :)

Tuesday, September 13, 2011

Dah naik RM 205 segram! Fuhh....

Cerita semalam....akibat suka bertangguh kan, tak pasal2 kena tambah lebih! Alkisahnya, masa raya hari tu cincin yang suami bagi masa merisik dulu tu patah... So, disebabkan rasa macam nak tukar baru je.... Aku pon plan nak tolak cincin tu, tambah duit ambil yang lain pulak.

Masa aku plan nak tolak tu aku dh survey, harga tak sampai RM200 per gram lagi kalau tak silap... sekitar RM 190++. Tapi sebab aku keep bertangguh, semalam ke Habib tengok2 harga dah mencanak naik sampai RM 205 segram untuk emas 916. Fuhh....cepat sungguh naiknya kan. Nasib baik ada diskaun RM 5, tak lah banyak sangat.

Cincin yang patah tu aku tolak dengan nilai RM 302...padahal beli dulu dalam RM 150.

*Makin seronok tengok harga emas melambung2... 

P/s: Nanti aku karangkan entry untuk yang nak berjinak2 melabur duit beli emas ye :)

Resume untuk P.R.O.T.O.N


Nama : Shazwani
Nama glemer dalam blog : Ibu Muda (eh, kena bagitahu ke?)
Status Perkahwinan : Dah kahwin, tapi don't worry... I masih energetic!
Umur : Kalau boleh, sentiasa nak 17
Warganegara : Konpem Malaysia, sumpah tak tipu!
Bahasa : BM/ BI <--dua2 layan....tapi ofkos lagi fasih bahasa kebangsaan kita...







Objektif Kerjaya:
  • Sanggup bekerja lebih masa jika diperlukan (anak2 saya, suami boleh tolong tengok2kan...takpe, dia bapak penyayang)
  • Sanggup belajar teknologi baru dan boleh bekerjasama dengan pekerja lain (Saya memang suka belajar benda2 baru ni....terasa diri ni muda je bila belajar lagi....hihiiii)
  • Sanggup berkongsi kepakaran yang ada dengan pekerja lain (Tu pon kalau kepakaran yang saya ada ni mengatasi orang lain la...ahaks!)
Karakter Peribadi:
  • Boleh berkomunikasi dengan baik dengan semua orang dari level makcik2 cleaner hinggalah bos2 besar. Mungkin kesan dari pernah menjadi juruhebah....
  • Boleh dibiarkan bekerja bersendirian tanpa dipantau (Read: lagi suka tak ada yang mengawal hak kebebasan)
  • Seorang yang sentiasa uptodate dengan dunia blogging, facebooking, chatting dll teknologi maklumat yang terkini
Latar Belakang Pendidikan:
  • SPM: 4 A 5 B (Kira ok lah tak ada C kan?) <--aliran Sains TULEN.
  • Matriks : 3.00 je... huhuuuu (Tak pe lah, at least angka 3 kat depan tu) <-- Masa ni saya tak belajar sungguh2 sebab kononnya nak apply course Masscomm je, tak perlu belajar pandai2....huhuu...
  • Ijazah S.M. Sains (Sistem Cerdas): Sikit je lagi nak dapat 2nd class upper <-- Tetiba rasa menyesal tak belajar betul2 :(
Aktiviti Berpersatuan:
  • Setiausaha Silat Sekolah dan IPTA <-- Agak2 nak bagi saya jawatan secretary pon boleh ni :)
  • Ahli Perwakilan Pelajar Matrikulasi <-- Saya menjawat jawatan biro perhubungan awam, kira bab2 PR ni boleh la serah kat saya 
  • Penolong Ketua Pengawas Sekolah <-- Saya memang berbakat bab2 gila kuasa jadi ketua2 ni
Pengalaman Bekerja:

Saya memang seorang yang rajin bekerja. Contohnya, semasa di IPTA lagi saya dah mula buat kerja sambilan:
  • S.A di Guardian (sebulan je...tak tahan manager Kelly Ng nih)
  • Penjaga Cyber Cafe (tiga bulan jugak lah...berhenti sebab dah nak final)
  • Pelayan di Shakey's (dua MINGGU sahaja, sebabnya manager kejam giler...nak lap pinggan pon tak boleh duduk? Wohooo...mahal sungguh harga kerusi dorang kan)
  • Juruhebah sambilan di Radio IPTA (yang ni paling lama...ada lah dalam 3 tahun sepanjang belajar tu <-- dah MINAT, konpem bertahan)
Disebabkan saya suka bertukar-tukar kerja semasa belajar, bonda saya ada meluahkan kerisauannya kerana saya dilihat seperti tidak setia. Tapi Tuan jangan risau, saya adalah orang yang SETIA. Buktinya, selepas tamat belajar dan hingga lah saat ini, saya hanya bekerja di satu tempat SAHAJA:
  • Web Admin cum. PA cum. Editor cum. Content Writer cum. bla...bla...blaa.... (2008 hinggalah sekarang, SETIA tak saya?)
Alasan mencari kerja baru:
  • Seorang yang sukakan cabaran tidak akan kekal di takuk itu sahaja. Maksud saya, kerjaya saya sekarang semakin lama semakin kurang cabarannya.
  • Baru-baru ini saya lalu di hadapan PROTON dah hati saya sungguh kagum dengan kebesaran syarikat ini. Lantas terdetik di hati untuk menjadi salah seorang warga PROTON. 
Jawatan dipohon:
  • Jika mengikut kelayakan, IT Admin atau segalanya berkaitan IT.
  • Tapi, kalau tak ada tempat kosong....bahagian pentadbiran pon boleh. Saya berpengalaman tiga tahun lebih dalam bidang ini
  • Kalau tak ada kosong juga, kerani pon saya tak kisah (guna kelayakan SPM je, Tuan tak perlu tengok ijazah saya)
  • Kalau tak ada juga, Tukang Cuci pun saya sanggup Tuan! Janji saya dapat kerja di syarikat PROTON!
Gaji yang diperlukan:

Tak banyak, cuma saya harap ianya mampu menanggung kos2 berikut:
  • TASKA - RM 470
  • Ansuran Rumah - RM 950
  • Pengangkutan pergi balik - RM 200
  • Bil HP/ Broadband - RM 150
  • Belanja makan hari2 - RM 200
  • Susu dan pampers anak2 - RM 200
  • Pinjaman PTPTipu - RM 200
  • JUMLAH KESELURUHAN - RM 2370
Yang Benar,

Ibu Muda yang sedang mengidam untuk bekerja di PROTON.

*Updated....kalau rajin, tekan button Share/tweet ni ek...mana tau kot2 kenalan korang ada yang kerja kat PROTON ke....ahaks!

Monday, September 12, 2011

Betulkan niat nak pergi beraya

Hurm.... sana sini aku tengok orang duk sibuk ke open house...bercerita pasal makanan yang tuan tumah sediakan... Kalau sedap, hopkos puji melambung2 kan. Kalau tak sedap tu, siap mengutuk pon ada.

Lepas tu, kalau tuan rumah masak sikit....siap nak komen kata kedekut pulakkk....Ni yang aku tak setuju!

Seharusnya kita semua perbetulkan niat. Kita pergi menziarah saudara mara tu bukan lah bila dijemput je. Dan jangan nak tunggu diorang buat makan-makan, baru nak pergi. Kalau betul-betul ikhlas nak menziarah, bagi tahu je kita nak datang ke rumah dorang. Kalau ada rezeki tuan rumah nak bagi makan, ada lah. Kalau tak ada tu...cukup la sekadar menziarah bertanya khabar. Nak-nak lagi rumah sedara mara kan. Takkan nak tunggu ada open house baru nak pergi?

Macam yang korang tengok jadual beraya aku minggu lepas, bukan lah semua tu open house. Hanya dua rumah je yang memang menjemput kami sekeluarga untuk Rumah Terbuka ni. Selebihnya aku sendiri yang dah berniat nak ke rumah saudara mara. Maklumlah raya hari tu aku tak balik Kelantan...So, ramai lagi sedara mara belah aku yang masih aku tak jumpa.

Makanya, mari lah kita menziarah dengan niat betul2 nak menziarah....bukan sekadar nak makan je :)

P.R.O.T.O.N

Tengok tajuk....mesti orang ingat ni nak buat entry pasal kereta PROTON kan? Tapi tekaan anda silap....kih kih kih....

Ada apa dengan PROTON?

Pagi tadi aku ke Shah Alam, ada urusan di LHDN Plaza Perangsang. On the way back to Puchong, lalu kat kawasan PROTON tu kan. Tetiba ada satu perasaan yang menyelinap masuk ke sanubari aku.

Nak tau apa perasaan tu?

Aku nak cari kerja kat PROTON! Tak kira! Nak jugak2!

Dan hari ni aku akan buat kerja gila. Menghantar resume ke sana. Tak kira lah untuk apa position sekalipun, janji aku dapat jadi ahli keluarga PROTON!

Gila tak aku?

P/s: Jangan tanya apa istimewanya PROTON di mata aku. Sebab aku pon tak tahu! Yang aku nampak, kereta nya low quality. Baru beberapa bulan pakai, power window keta aku dah jahanam....huhuuu

Saturday, September 10, 2011

Bertukar pasangan

Tak ada apa nak cerita. Cuma nak meriahkan dashboard list weekend blogger. Dan juga blogger yang berada di pejabat pada hari Sabtu macam aku. 

Semalam beraya ke Shah Alam, rumah mak cik (kakak bonda) di Sekesyen 24. Sampai ke lewat malam jugak la. Dalam kegelapan samar-samar tu, suami aku terasa sesuatu yang aneh bila selipar disarungkan ke kakinya.













pic credit to HERE

Oh nooooooooooo....tetamu makcik aku yang sebelum ni dah tersalah sarung selipar! Sebelah berwarna hitam, sebelah lagi berwarna coklat. Suami aku punya yang warna coklat. Maka, nak tak nak suami aku terpaksa juga lah menyarung selipar berlainan tu.

Dan nampak gayanya, hari ni dan esok suami aku HARUS mengenakan kasut kalau nak keluar beraya, sebelum seliparnya dapat ditukarkan semula.

Pernah terjadi kat korang tak?

Friday, September 9, 2011

PTPTN ajak minum teh tarik, jom!

Masih ingat lagi aku bercerita mengenai sistem Ujrah dari PTPTipu PTPTN? Hampir terlupa aku nak kongsi di sini. Entry aku tu bagai dihidu2 oleh pihak berkuasa kamu tahu! Ahahahaaaaaaaaaa....

Why???

Sebaik sahaja aku post entry tersebut, rakan ex-JPP di Matrikulasi Tangkak menghantar jemputan kepada aku melalui FB.

Tajuk Event tersebut:

Teh Tarik Bersama Dato %&*(((*$# (Timbalan Menteri KPT) dan Wakil PTPTN

*Aku lupa pulak nama Dato tu....malas nak belek semula FB :)


Bertarikh 14 September, jam 8 malam bertempat di kawasan Shah Alam...ada yang berminat nak menyerang PTPTN dengan soalan yang bertubi-tubi tak?

Kalau ada, boleh e-mailkan details berikut ke balpup@dpmss.com.my:

Nama:
IPT:
No. HP:
E-mail:
Soalan:

Hurm....rasa macam nak pergi je. Untung2 boleh dapat schedulekan semula pembayaran kepada yang lebih mampu dan tak membebankan <--Angan-angan!

Jadual Tak Payah Masak

Senarai Jadual Tak Payah Masak Hujung Minggu ni:

Jumaat (hari ni)

Malam: Jemputan makan nasi kerabu rumah mak cik di Shah Alam (updated)

Sabtu -

2pm: Jemputan Rumah terbuka di Serdang
8pm: Open House Bos Suami di Puchong

Ahad -

Pagi: Beraya ke rumah pengantin baru (sepupu) di Selayang
Tengahari: Kenduri kahwin di Setapak
Petang (Malam): FREE*

*Ada ke yang nak jemput aku beraya? hihiiiii......

Thursday, September 8, 2011

Hadiah ketiga dari Nuffnang dan TGV


4 keping tiket wayang. Ada yang nak? Tolong amik kan kat office Nuffnang ek? Pastu....
Jom tengok wayang dengan aku!

*Mode: Berangan je....entah dapat tengok entah tidak.








Ehh...bonda aku nak turun KL...Boleh la tinggalkan dua makhluk halus dengan bonda sementara aku masuk panggung kannnnn...kih kih kih

Sebotol Coklat dan Set Cadar di Hari TUA


Cerita Coklat:

Suami: Happy Birthday Sayang... Ini je yang abang mampu dengan duit dalam poket :)

Isteri menerima dengan hati terbuka.

Suami: Abang buka ye? Ehh....abang rasa dulu la sedap ke tidak.

Isteri musykil....hadiah tu untuk siapa?


Cerita Set Cadar @ Bedsheet:

HR: Wani, u nak beli hadiah sendiri ke?

Aku: Ya, RM 30 kan?

Ke Jusco semalam, ini yang aku dapat...topup sikit dari amount peruntukan. Kisah asalnya, nak belikan teddy bear untuk kakak (jangan musykil birthday siapa sebenarnya). Tapi bila kakak nampak macam bosan je dengan teddy bear yang dipegang tu....aku beralih arah memilih set cadar ni.

Dibungkus dengan 2 helai kertas A3 (untuk jimat) dan akan diserahkan kepada HR. Bos akan serah semula pada aku nanti.

Beli hadiah untuk diri sendiri. Lucu kan? hihiii.....



Terima kasih buat Bujal. Anda membuatkan saya sangat terharu! 26 tu pon angka yang tepat :)

Mulanya aku bercadang...Ibu Muda mungkin tidak lagi sesuai kerana umur semakin meningkat. tetapi kemudiannya aku membuat keputusan, tajuk blog ni hanya akan berubah dari masa ke semasa bila:

-Dapat menantu : Ibu Mertua Muda
-Menimang cucu: Nenek Muda
-Mungkin bercicit?: Moyang Muda
-Kesimpulannya kita semua sentiasa muda kannnnn

P/s: Boleh gitu? Hehe.....

Nota kaki: Jangan lupa ucap juga selamat hari lahir buat anak sepupu aku yang berkongsi tarikh hari ni-->Si kecil Farisyah!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...