Monday, October 31, 2011

Jalan-jalan cari kasut

Semalam dalam kereta masa ondaway nak balik rumah... suami borak-borak. Isteri tak berapa nak layan. Sebelum tu...dah seharian berada kat Alam Sentral... 

Suami: Ni kenapa ni???
Isteri: Pening kepalaa....

Suami: Lahh....pehal lak tetiba pening kepala ni.
Isteri: Terbayang-bayang sandal Nose yang berkenan kat JJ dulu tuuuu....huhuuu...*cerita lama, nak beli masa raya puasa dulu...tapi tak ada saiz*

Suami: Dah, jom kita cari kat mana ada butik Nose.
Isteri: *sakit kepala hilang tetiba* Eh, kawan syg kata ada kat The Mines...

Perjalanan melencong lah ke sana....

Cari punya cari.... sah! Aku kena kencing je ngan member tu...huhuuu...memang tak ada pun Nose kat sana :( Tapi sebab dah pergi, singgah la jugak tengok kat kedai lain... Tengah-tengah cuba sandal kat Esarli... rasa nak cuba dua belah...dan mintak lah SA nya amik kan saiz 5. Tiba-tibaaaaa

Suami:*sedang dukung anak* Mamaaaa...tengok ni! Pampers dia dah overloaded laaa...huhuu

Sekali anak aku kencing daaaaaaaa.... Apa lagi, menitik2 la kat lantai kedai tu...muahaha...mujur bukan aku yang dukung! Kalau aku....terus ajak suami gi beli baju lain....haha...anak takpe la, baju dia manjang spare lam beg.

Sebbaik toilet sebelah kedai tu je. Masa tunggu kat luar toilet lelaki (suami urus anak), aku nampak la ahmoy SA tu duk basahkan mop....kih kih kihhh

Malu punya pasal, aku masuk balik kedai tu...dan beli terus sandal yang aku berkenan tapi tak sepenuh hati. Suami berkali-kali tanya....

"Tak mo dah ke sandal Nose tu??? Kita carik dulu la kt tempat lain"

Aku jawab:







"Takpe, kalo jumpa sandal Nose tu beli lagi...sepasang tak cukup."






Nota kaki: Sebenarnya aku dah penat. Ada 4 sandal sebelumnya yg aku dah berkenan...tapi bila mintak saiz 5...dah tak ada/tinggal display. Aku memang tak beli yang display....sebab tak boleh nak gigit!

Alahan Besi

Susulan dari cerita janggut besi tu...ada cerita di sebaliknya. Aku beli sekadar jadikan perhiasan je tu. Kalau nak pakai pun mungkin untuk tempoh masa sekejap sahaja. Hampir 6 tahun dah rasanya aku tak pakai brooch secara tetap.

Masa mula-mula doktor diagnose aku ada alahan terhadap besi pada peringkat yang melampau tu...semua tudung aku jahit je kat tengkuk. Ye lah, nak beli brooch emas tak mampu kan.

Dek kesian tengok aku camtu, maka bonda pun bermurah hati membelikan sebiji kerongsang emas yang aku dah hilangkan sejak pandai pakai tudung Syria ni...huhuuu... Mudah-mudahan masa kemas2 rumah nak pindah nanti, dapat la aku jumpa semula :(

Antara simptom2 yang aku alami sebelum di diagnose oleh doktor pakar kulit tu:

- Bahagian leher tempat pakai brooch sentiasa berdarah. Luka yang tak pernah kering. Lebih teruk bila berpeluh...dan terus naik ke muka...Muka aku masa tu tak rupa orang...penuh tompok2 hitam kesan luka

- Peha akan gatal sekiranya ada syiling dalam poket. Paling lama boleh letak syiling dalam poket tak sampai 15 minit kot. Akan lebih cepat terasa gatalnya kalau aku berada kat luar, tempat panas.

- Tak boleh pakai jeans. Sebab butang besi tu. Perut akan luka jugak. Sebab gatal dan garu kan.

- Bila tangan berpeluh, tak boleh pegang tombol pintu (atau apa-apa yg besi). Kalau tak tapak tangan akan gatal-gatal dalam tempoh masa berjam-jam lamanya. 

- Tak boleh pakai bra biasa. So, sport bra je lah penyelesaiannya.

- Jam tangan tak kira yang leather atau besi memang tak boleh pakai. Kesan parut ada lagi kat tangan ni.

Setahun dua juga aku terpaksa berpantang segala-galanya selepas dapatkan rawatan di Klinik Pakar Kulit kat KL..Bangunan PKNS berhampiran Sogo tu... Hampir 1 K jugak lah yang dibelanjakan. Tapi sebab bonda tak tahan tengok aku asal nak mandi/wuduk je sampai menjerit2 menangis sakit. Maka parents pun pejamkan mata je lah untuk RM 200-300 bagi setiap sesi rawatan. 

Sempat 3-4 kali pergi je. Dah hampir pulih, aku tak pergi lagi dah. Walau ada appointment susulan.

Alhamdulillah sekarang dah ok walau bukan sepenuhnya. Aku elakkan bersentuhan secara terus dengan bahan2 dari besi ni. Jeans dah boleh pakai, tapi elak waktu cuaca panas yang mana cepat berpeluh. Syiling masih tak boleh letak dalam poket. Bra dah boleh pakai yg biasa, tapi bila kat rumah kena tukar yg jenis tak ada besi tu. Supaya tak lah lama sangat besi ada kat badan...kih kih kihhh








Nota kaki: Teringat pesanan Dr. Nathan, dia suruh aku kahwin dengan tokey Balak. Supaya aku boleh dapat pakai segala-galanya dari emas...heheee....gilos!

Sunday, October 30, 2011

Janggut besi

Bujal, pinjam ek istilah janggut besi. Hehe...aku dah terjebak. Even no metal allowed utk bdn aku, tapi dah nama pompuan kan. Asal cantik, tangan gatal nak beli...hehe.

Friday, October 28, 2011

Keciknya hati saya :(

Ohh...baru perasan, tajuk hari ni kita main 'kecil' je ye....ahaks! Pagi tadi kecik lain. Petang ni kecik lain pulak hokeyy....

Bekerja dengan bangsa lain ni kadangkala memang banyak makan hati. Mana taknya, orang lain makan nasik..kau makan hati kannn.... Dah berapa kali aku tersingkir. Padahal aku pon pekerja syarikat ni jugak. Senior jugak. Dah nak masuk 4 taun, tempoh masa paling lama tahu. 

Sebab tu lah semenjak dua menjak ni aku paling banyak melepak di jobstreet. Macam bulan-bulan lepas, sampai report...hamik kauuuu...berbelas2 job rupanya aku dah apply tanpa sedari, tapi satu pon tak sangkut intebiu :(

Aku kecik hati dengan sikap majikan. Yang suka gunakan khidmat aku tanpa menghargai apa yang aku buat. Walhal aku bukanlah major dalam bidang editing. Tapi aku buat juga. 

Aku kecik hati bila aku lah satu-satunya berkelulusan dalam bidang IT, tapi tak diberi peluang mengikuti kursus laman web. Nak tahu siapa yang dia hantar? Staff yang degree nya dalam bidang seni persembahan. Adilkah? Sampai staff tu pon terpinga-pinga...luar bidang kuasa dia, tapi terpaksa akur.

Aku kecik hati bila staff-staff Melayu di Jabatan lain diberikan peruntukan...buat majlis berbuka puasa di luar...tapi staff yang betul-betul bawah dia (4 org je melayu) tak dipelawa sama.

Aku kecik hati bila bla..bla...bla......blaaaa....blaaaaaa....blaaaaa......dan blaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Tak tercoret wehhh

Dan ikutkan kecik hati tu, nak je tender resign 24 jam lepas dapat gaji...kah kahh..kahhhhh....

Masa tu konpem menggelupur. Coz kerja aku, aku sorang je tahu. Muahahahaa





Tapi jangan risau bos, sy orang yg bertanggungjawab. Walau saya nak ca alip but sekalipun, kerja-kerja dah hampir dibereskan ni....

Sekian.

Kecilnya dunia...atau...selipar aku murah???

Ini kisah masa aku di Mydear Warehouse Sale hari tu.... dalam kepadatan manusia di sana, aku terperasan kan sesuatu.

Selipar merah tu BUKAN milik aku...tapi tuan punya dia selang seorang je dari aku. 

Selipar merah yang ini pulak AKU punya....hohooo...kecilnya dunia ni kan? Ke selipar aku ni murah sangat??? Walau apa-apapun ni lah antara selipar basahan aku yang paling MAHAL pernah aku beli. Eh, suami aku belikan kalau tak silap. Jenama POLO. RM 119.99.

Eh, tu harga sebelum less...wakakaaa.....tak de maknanya aku nak pakai selipar sampai 100 lebih tu. Baik buat belanja gi makan-makan..kenyang perut! Selipar tu harga dia RM50++ je...ada diskaun 50%. Tu selipar raya tahun lepas. 

Tapi berbaloi lah beli sebab selesa. Kalau ikutkan aku tukar selipar setahun sekali je. Cuma tahun ni je tak beli selipar raya 'mahal', so aku lenjan lagi lah si merah ni. Selipar raya hari tu beli yang 'murah' sangat....tak sedap pakai! Harap rupa je cantik....huhuuuu....





Nota kaki: Tetiba rasa nak g shopping selipar lah minggu ni, tapi gaji hari Isninnn....huhuuuuuu *kena buat muka kesian menge'pow' suami la nampak gayanya...sapa suruh gaji dia lagi awal kannnnn* muahahaaaa

Thursday, October 27, 2011

Mulakan hidup dari bawah semula

Fikiran aku benar-benar terganggu tau sekarang ni. Macam-macam lah yang bermain dalam kotak fikiran aku ni haa....

Perpindahan balik ke kampung tu ekceli ibarat macam aku nak start kehidupan yang lain. Dengan pendapatan yang belum tentu macamana, dengan suami yang tak tahu berapa lama kami akan 'berchenta' jarak jauh....dengan anak-anak yang tak tahu siapa akan uruskan nanti (sementara waktu ada lah)... Ya Allah...buntu aku memikirkan.

Yang paling bingung soal rumah. Sebaik sahaja rumah tu dah start kena bayar bulan-bulan, hopkos kami kena segera berpindah. Tapi tak tahu bila lagi. Buatnya serentak dengan masa aku kena berpindah balik ke kampung...haru biru sungguh aku rasa. 

Nampak gaya aku kena jual separuh dari perabot2 yang sedia ada. Sebab aku tak nak mengangkut ke kampung, rasa macam tak berbaloi nak menyewa lori. Dan aku juga tak nak angkut semuanya ke rumah baru, sebab incase nak sewakan....aku tak mahu rumah tu terlalu sarat dengan perabot.

Pening kan? Nak mengasing barang2 lagi...hurmm... dugaan besar untuk aku.

Entah sempat entahkan tidak

Siang tadi, ada temu janji dengan selebriti blogger, katanya nak bekpes bersama selebriti radio aku…ahaks! Thanks Ujang dan Yana kerana sudi belanja bekpes ahkak sefamily….hihii…. Len kali ahkak plak open table ye. Pagi tadi tak dapek, maklumlah bulan tak muncul lagi…wakaka

Then, lepas bekpes…jenguk2 apa yg menarik kat MyDear Warehouse Sale…tersalah percaturan pulak datang time cuti ni. Selalu kalo singgah time balik keje, baper kerat je manusia yg ada.

Sementara tunggu Yana menyopping…aku pergi pusing-pusing kat rumah baru, betul2 depan George Kent tu….

Here we go….
100_5944
Khelasss kau…perumahan kat pulau gitu

100_5946
Landscape baru nak buat, tapi nampak sangat mewah kan. Almaklumlah kawasan perumahan banglo juta-juta…. Ni pulak jalan sepanjang nak masuk ke perumahan aku.

100_5978
Oke…yang kat atas tadi tipu je. Tak mampu la weyyy nak beli banglo juta-juta tu Smile with tongue out Sapa percaya memang mengong! Ahaks!

100_5975
Pondok kami ni je…Alam Idaman…. Konsep landed apartment….so paham-paham la keluasannyya tak sampai 1K sq. ft. pun. Ok la…ada jugak dari tak ada kan.  Ni namanya cluster house ye kengkawan. a.k.a rumah kembar empat. Nampak tak tu?

100_5950
Dapur menghadap dapur jiran. Bontot bertemu bontot. Close up pintu dapur….

100_5953
Aku plan nak buat dapur basah atau stor kat luar ni…tambah awning sikit kan.

100_5959
Since rumah aku ni end unit…so ada la tanah sikit. But still bukan tanah aku. Cuma kalau nak buat makan2 tu boleh la bukak khemah tepi ni, tak kacau jiran-jiran lain.

100_5960
Sliding door tu the only front entrance.

100_5961
Berkira-kira nak mozek kan kt depan…tutup longkang. Baru selamat anak-anak nak main kan.
Tapi…..





Itu semua angan-angan aku je. Entah sempat atau tak aku nak duduk kat rumah ni. Dan entah apa lah statusnya kalau aku berpindah ke Kelantan nanti…huhuuu. Nak sewakan sayang. Mungkin setahun dua ni akan jadi ‘hotel’ aku kalau datang ke bandar ini lagi.

Lastly….aku nak cakap Ujang gemuk giler wehhh! Heran aku, bini yang mengandung…badan dia pulak macam kena pam-pam….hahahaa

100_5992
Dalam gambar tak nampak sangat, tapi kat luarrrrrrr….haha…aku hampir tak cam!



Nota kaki: Mata aku memang suka mengecik kalau bergambar kat tempat panas…tak tahan silau… Pas ni kena pakai spek hitam la nampak gayanya <---bajet selebriti!

Monday, October 24, 2011

Benarkah dah kembali ke rahmatullah?

Aku baca komen Tanpa Nama di blog kak diana. Benarkah blogger Amy Syaquena dah kembali ke rahmatullah?

Zass ke rumah Kakcik Seroja

Sejurus habis sesi ujibakat ITU, kitorang bergegas menuju ke Ampang. Kedatangan aku disambut dengan riuhnya oleh 'makcik apron merah' a.k.a kak azieazah.


Ni gambar nak balik dahh....tapi macam tak semua masuk je 


Tangga....paling pendek (atau paling muda kah? hahaha) hingga lah paling tinggi....haha
Next to purple girl: Kakchik ella, kakcik dan makDara Terdiva (missing link)...memang diva u!


Datuk LF yg sgt humble.... Tak sabar nk gath di BBB pula nanti


Kak eja dari sayang2 ibu- kami dah kenal lama....sesama forumer geng2 ibu boyot...haha


Tau tak sapa ni? Huhuuu...rasa terjejas title ibu muda duk sebelah ahkak yg cuns melecuns ini tau! Sapa sangka anak dah 3. Kalau mengaku anak dara pon boley lagi ni....haha (Ahkak jangan kecik hati tau bila Datuk LF sangka wani ni anak akak....kih kih kihhh)

Yang lain-lain tak de dalam gambar, oh ye....teruja jugak jumpa kak Ati Masrif yang sangattttt melepak orangnya...terasa cam bendera Pahang je duk kat sebelah dia...kak Ati...haplod gambar kita tu tauu....haha

Juga kak Putu bambu yang ramah tamah.

Eh, lupa nak cerita....jumpa Bujal pon seronok juga...bagus ainul...melekap je ngan bapaknya. Tak lupa juga Daddy Ziyyad a.k.a doktor tu...Aku malu2 sikit nak cakap ngan orang yg ada title Dr ni...haha...boleh gitu?







Nota kaki: Part paling seronok hopkos la tapau makanan bawak balik! hahaaaaaaaa

Senyuman Uncle Gedek


Jujurnya ye Uncle, saya baru sesangat mengenali Blog Begins at Forty ni. 

Tapi rasanya sy berjaya snap gambar Uncle yang ada terpancar sedikit senyuman kan? 

Tetiba saya pulak yg nampak serius!

*Zoom dekat2...uncle sebenarnya nak tersenyum tu....hahaaa

Saturday, October 22, 2011

Bersama deejaywani hari ni....makna di sebalik peribahasa

Assalamualaikum dan yuhuuuuuuuuuuu....anda bersama deejaywani hari ni untuk siaran dari jam 10 pagi hinggalah ke jam 1 petang nanti. Terima kasih kerana setia bersama kami, semestinya di *fm... Radio info muzik. (kalau terror, teka lah radio apa....haha) Apa khabar anda semua? Saya tengok ada yang muka kelat di pagi Sabtu ni...konpem senasib dengan saya yang sangat berdedikasi untuk bekerja di hari orang lain sedap-sedap je goyang kaki kat rumah kannn....

Okeh la...tak nak bebel panjang, sebelum  kita terus ke topik pagi hari ini.... lagu yang diputarkan ni khas untuk anda yg sedang mengadap fesbuk...dari Najwa Latiff


Eh, dah lah. Malas aku berlakon konon2 macam dalam konti. Hari ni aku nak cakap pasal peribahasa ni:

Mendengar guruh di langit, air setempayan dicurahkan

Tahu tak apa maksud nya? Orang tamak! Hujan tak turun lagi, tapi dia dah nak kosongkan tempayan. Tengok-tengok rupanya guruh mengacah je. Tak jadi hujan. So? Padan muka lah beb!!! Next, simpulan bahasa:

Menjilat ludah sendiri

Dah berlagak ngan orang kampung...konon nak dapat tadahan air hujan yang baru kann, sekali tengok-tengok terpaksa melutut merayu ngan jiran-jiran....sebab hujan tak jadik....simpanan air dia tak de....sekali lagi padan muka! Tapi aku kesian sungguh dengan orang yang suka jilat ludah sendiri ni. Kau tak rasa malu ke beb? Tak rasa maruah macam kat bawah tapak kaki ke? Eiii....pantang aku jumpa orang gini. Jangan harap aku nak bagi air yang aku simpan tuk manusia macam ni. Bongkak.

Ok, settle. Sabar wani. Tak lama je lagi. Kau dah takkan hadap pompuan berlagak bijak tapi sebenarnya tak guna otak ni. 







Nota kaki: Aku dah google ustad topeng setan tu...haha...ada la terjumpa video dia menyanyi masa ceramah. Huhuu...tak sangka aku, title ustad tu ada lagi beb!




Aku jumpa blog dia jugak!!!

Friday, October 21, 2011

Update BlogList. Saya Tak Tipu.

Sebelum nak ke cerita seterusnya, saja nak bagitahu korang....bloglist aku dah update. Mana-mana yang jarang aku tengok ada singgah sini, ku remove terus...hehe

Skarang ni baru nak belajar balas budi...padahal baru tau boleh klik senarai blog I follow untuk masukkan dalam bloglist....keh keh keh....so, memana yang rajin singgah dan mengomen tu aku letak la....baru adil kan. Ada yang aku tercicir tak? Inform eh...yang baru nak berjinak-jinak dengar leteran aku ni pon, gitau la...letak link...boleh aku balas kunjungan jugak. Tak de la korang rasa kedatangan tak dihargai kannn...ahaks!

Berbalik entry pagi tadi, pasal senaman tu.... kita tunggu apa komen kakchik...senang ke susah dia nak bangun pagi...haha..tapi sebelum tu kita layan pengalaman aku dulu.

Masa tahun 2002 aku pernah wakil negeri Pahang ke peringkat kebangsaan untuk silat. Sungguh tak tipu. Masa tu berderet medal perak aku bawak balik. Sebab tu kat sekolah orang tak berani kacau aku, tongkat....parang...tekpi..keris....sumer aku tau main. Sila percaya. 

Ingat lagi, masa tu lagi sebulan lebih kot nak SPM. Aku berlatih sampai lewat malam...kira one kind of senaman la jugak kan. Walaupun badan sengal-sengal je, tapi alhamdulillah...memang senang je bangun pagi. Nak ulangkaji awal pagi pon tak ada masalah...fresh sentiasa.

So, petua aku share pagi tadi tu betul tau. Dan senaman aku malam jumaat tadi bukan lah sekadar mimpi2 bersenam lepas baca entry kakchik je...haha...tu iklan sampingan :p

Senaman aku adalah tonggang tonggek memotong kain untuk projek seterusnya....hehe...Letih tau....



kira senaman lah kan? haha


Cara mudah bangun pagi walau tidur lewat malam

Semalam aku tidur lewat...sempat lagi mengomen di entry kakchik yang INI, pasal senaman2 ni lah. Then sempat jugak ber SMS ngan kakchik...ahaha.... Boleh pulak tengah2 malam kakchik terlintas nak balas komen dengan message...hihiii....

Dan pagi tadi, aku senangggg sangat nak bangun. Gara-gara membaca entry kakchik tu, aku rasa fresh je. Seolah-olah ada buat senaman masa dalam tidur. Tu senang bangun...kih kih kih

So, apa cara mudah tu??? 






Bersenam sebelum tidur lah! haha.....Aku bersenam dalam mimpi je....wakakaka...lariiiiiikkkkkkkkkkk

Thursday, October 20, 2011

Tahajjud Cinta 2

Penghuni Pondok At-Taqwa mula memenuhi perkarangan pondok Ustaz Shauqi. Mereka tergamam apabila melihat kelibat Suraya berdiri di muka pintu. Suraya tersenyum puas! Kerana akhirnya dia berjaya juga menundukkan Ustaz bongkak itu.

Manakala wajah Ustaz Shauqi pula pucat lesi, ibarat ditoreh tidak berdarah! Dia bingung memikirkan apakah ayat-ayat AlQuran atau nas-nas yang bersesuaian untuk dikeluarkan pada saat itu. Mencari-cari, di manakah letaknya dalil yang membenarkan dia berdua-duaan dengan Suraya.

Tiba-tiba....

"Walid! Apakah alasan walid kali ini bila kami semua mendapati walid sah berdua-duaan dengan Suraya???" 

Solah mula bersuara. Teringat apabila dia ditangkap sewaktu menolong ibu tirinya, Seri dari diseksa. Sedangkan waktu itu saksi yang dibawa walidnya hanyalah Suraya.

"Lupakah walid, bagi tuduhan zina itu... sekurang-kurangnya haruslah disaksikan empat orang lelaki yang adil. Tidak fasiq."

Ustaz Shauqi terasa dirinya diberi tamparan....tamparan yang maha hebat oleh anaknya sendiri! 

"Amani...Umairah...Seriiii......" Dia cuba merayu dari isteri-isterinya....mohon simpati!

Tiba-tiba beliau tersedar.....


































"Shauqi...bangun!!! Apalah kau ni, mengigau sebut nama-nama perempuan! Tu lah..aku suruh kawen, tak mahu! Tidur lagi lepas Asar....kan dah mengigau bukan-bukan, huh!" bebel seorang wanita tua...ibu kepada Ustaz Shauqi.














Nota kaki: Dialog khayalan akuuuu....kih kih kihhh

Trapezium

Ingatkan tadi nak buat tajuk tak ada entry untuk hari ni.

Alasannya, aku tengah pecah kepala mengira-ngira macamana nak pecahkan trapezium ni....huhuuu.....Giler dasyat kan. Sampai hilang ingatan jap kat blog.

Ini baru product designer. Kalau yang keje fashion designer tu sure pecah kepala hari-hari buat pengiraan untuk pola kan. Pastu yang sakit ati tu, design kita ditiru dan dijual lebih murah! huhuu....kesian weyyy...serius kesian!


Aku tak tahu la kalau orang pernah tengok mende alah ni di mana-mana, tapi yang aku tahu...aku bekerja keras untuk membuat kira-kiranya....haha....ingat produk apa lah tadi ye??? kah kah kahhhhhhhhhh

Kesian aku.

Buat mende kecik ni pun nak kecohhhh.

Tapi siyes, memang pening fikir ni. Kena buat acuan gak la gamaknya...huhuuu..Ingat terlebih terror boleh sketch gitu je!








Nota kaki: Buat yg bertanya akaun FB aku semalam, kat side bar tu ada...aku baru add kat rumah semalam. Opis takde FB. Sebab tu aku jarang2 layan fesbuk ni :)

Wednesday, October 19, 2011

Twitter miter

Korang ada twitter tak? Aku tak lah layan sangat, tapi semenjak ramai sangat yang turut join gila duk share gambar dan video bukan-bukan kat FB tu, aku jadi malas dan serammmm nak bukak FB...so, layan twitter lg best. Tak de appear gambar (kat henpon aku lah...kat korang tak tahu pulak cemana).


Jom, follow twitter aku :)


P/s: Tak lama lagi Tahajjud Cinta 2 akan keluar...tungguuuuuuuuuuu...ahahahahaaaaaaaaaa

Cukup!!!

Boleh tak aku nak rayu kalian semua yang sukaaa sangat share di Facebook dan buat entry di blog mengenai mangsa kekejaman manusia tak berperikemanusiaan???

Kalau nak mengulas sekalipun, aku rasa cukup lah dengan kata-kata. Tak perlu kau paparkan gambar-gambar anak-anak yang telah bergelar arwah tu.

Cuba bayangkan kalau kalian sebagai ibubapa/keluarga terdekat kepada mangsa. Janganlah menambahkan lagi kesedihan yang ada.

Kepada blogger, usah korang mengejar trafik dengan isu-isu sedemikian. Kalau pun nak memberi ulasan peribadi, dengan tulisan je dah memadai. Please... Yang upload video pun sama. Your readers know where to get the source if they want to watch! But please...and please again.... do not copy and paste them again and again :(

Aku tak sanggup dah nak tatap.

Belajar vocab baru: Sepal

Ianya tak ada kena mengena dengan SEPAH maupun SEPAK ye murid-murid. Korang tau tak 'sepal' tu apa?

Sepanjang dah 26 tahun hidup ni, baru aku tahu kewujudan perkataan sepal ni. Alkisahnya siang tadi, aku ngan opismate duk argue kan buku lama-lama ni. Ada ke dorang pi tulis daun strawberi sebagai strawberry sepal. Cari-cari dalam kamus, tak ada perkataan tu.

Aku pon duk la condemn... 

"Kot iye pon nak eja 'petal' awat jauh bebenor pergi ke 'sepal'..." haha...bijak kan. 

Aku pon suruh la beliau pi tukar semua perkataan 'sepal' tu kepada 'petal'.

Entah macamana aku tergerak nak check wikipedia.

sepal (from Latin separatus "separate" + petalum "petal") is a part of the flower ofangiosperms (flowering plants). Sepals in most flowers are green and lie under (or around) the more conspicuous petals. However, the term tepal is usually applied when the petals and sepals share the same color, or the petals are absent and the sepals are colorful. Examples of plants in which the term tepal is appropriate include genera such as Aloe andTulipa. In contrast, genera such as Rosa and Phaseolus have well-distinguished sepals and petals.






Hamik kauuu....berlagak pandai lagi! Kah kah kahhhhhhhh...tergelak lah kami berdua :)

Tuesday, October 18, 2011

Hadiah

Dah lama nak update, tapi lupa memanjang. Bulan ni dengan bulan lepas, banyak rezeki aku menang contest sana sini. Ada contest suka-suka teka gambar....jadik pengomen dalam gandaan 7...contest suh carik gambar kucing pon ada. Tak lupa jugak contest persiapan masak untuk raya tu. Alhamdulillah semua yg aku join tu, aku menang! hehe.....walau hadiahnya biasa2 je, tapi cukup bermakna bagi aku.

Buat kak No, maaf kerana tak sempat menggunakan baucer pemberian akak. Sebab dah kesuntukan masa...huhuu.

Yang ini pulak dari Bujal..hasil daripada menjadi pengomen ke-7 ke 17...aku dah lupa. (Mesin jahit tu koleksi peribadi aku...hihii...abaikan whiteboard yg bersepah)


Lepas tu rezeki bergolek lagi lepas dapat carik kucing dalam foto di blog Cik Bambam. Oh ye, sebelum itu....aku menang juga tempat ke-7 untuk contest persiapan raya tu dari kak Ina KL....hehe.... Syok kan bila semua yang kita join tu, semua dapat hadiah :)

Dah pulih dari Malware

Cara nak solve? Mungkin entry aku yang INI boleh membantu serba sikit. So, aku mohon siapa-siapa yang pernah exchange link dengan aku kat sana...untuk add semula...huhu..dan tinggalkan juga link korang2 kat sana k. 

Banyak nak kena 'renovate' ni.

Blog ni pon nak kena 'renovate' jugak. Nanti aku update kan URL korang2 yang rajinnnnn sangat singgah kat sini kat bloglist tepi ni ye :)

Proton mendengar rungutan aku?

Perkara pertama yang terlintas sebaik sahaja aku tengok keratan akhbar di bawah ini adalah:

"Eh....PROTON dengar rungutan aku kah???(Klik SINI)" 

Kah kah kahhh...perasann lah kan. Padahal aku rasa rata-rata pengguna kereta Proton ni hadapi masalah yang sama.


Lega lah, pas ni tak perlu lagi kitorang bukak pintu keta tiap kali nak bayar tol atau bayar parking kan... Rosak tiap-tiap bulan pon takpe pas ni kalau service repair nya FOC :)

Monday, October 17, 2011

Pelik bin ajaib. Blog ini lucah?

Siyess...aku heran giler ni. Pada tarikh 13hb yang lalu, kelihatan lonjakan pengunjung yang tak tahu dari mana. Aku pon korek-korek lah link mana la gamaknya penyumbang kepada anjakan paradigma ni kannn

Sekali yang keluar adalah link ini:

http://azfar9897.blogspot.com/2011/03/kisah-malam-jumaat-u.html <--tapi entry ni dah lama kan ujang? Pesal eh? Orang masuk blog ko memang search entry lucah ke? kih kih kihh

ada lagi...


So, adakah kandungan blog aku ni banyak yg lucah? ahaks!




Paksa diri

Adakalanya, nak ke pejabat pun kita perlu paksa diri kan? Sekembalinya aku dari klinik tadi, dan hantar kakak ke taska setelah sapu segala jenis ubat sapu yang diberikan....aku pun berteleku seketika.

Ada alasan tak untuk aku tak ke pejabat??? Fikir punya fikir...arghhhhhhhhhhh! Gagahkan jugak la diri iniii...huhuuu

Moday blues....


Pagi yang 'RAJIN'. Kudis di kepala.

Pepagi lagi dah terlebeh rajin....pi upload tutorial nak buat ribbon bow kat SANA. Ni ha...gambar kat bawah ni:


Saja kan gedik aku gi share dalam bahasa omputeh. Bukan apa, saja nak tunjuk kat minah2 saleh tu (kot-kot sangkut dengan google) yang kita  orang melayu pon boleh jugakk buat kraf2 gini....bukan dorang je.

Hurm...liat sungguh nak bangun pagi tadi, tapi upload tutorial rajin pulak ye? Kesnya aku tertidur masa tunggu loading semalam...ahaks! bangun pagi, terus klik publish je la....hehe. Ohh pagi ni jugak aku sangat 'rajin' nak gi ofis. So, fikir punya fikir...kerajinan tu aku tunda esok lahhh...keh keh kehh....

Woitt....bukan aku sengaja nak memonteng koje tau...nak bawak kakak gi jumpa pakar nih...kepala dia dah berkudis pastu ada air2 bisa tu lagi...huhuu...ngeri la tengok kulit kepala dia....korang ada cadangan tak aku nak bawak jumpa doktor dan klinik mana....area2 Puchong lah ye.

Cepat2...cadangan dibuka sebelum jam 930...ada lagi sejam ni aku nak search klinik mana yang aku nak pergi.

Sunday, October 16, 2011

Calling to oghe Klate Teganu hok nok beli ghumoh kat Kolo Besut

Ngeee....tetiba je jadi ejen jual rumah kannn.... Bukan apa, aku hanya nak menolong chenta lama kawan lama aku jual rumah ni ha...

Nama projek : 


Cadangan Membina Dan Menyiapkan 25 Unit Rumah Teres 1 Tingkat Diatas Lot PT 4055 - Lot PT 4079 Dan 3 Unit Rumah Sesebuah 1 Tingkat Diatas Lot PT 4080 - PT 4082 Mukim Kuala Besut,Daerah Kuala Besut,Besut,TerengganuDarul Iman.

Tajuk Projek : 



Projek Perumahan Taman Sri Bayu


Spesifikasi rumah : *klik gambar untuk tumbesaran imej ye*



Tapak projek :


1) Hanya 500m sahaja dari jalan utama
2) Hanya 600m sahaja dari Sek. Keb. Kuala Besut
3) Hanya 700m sahaja dari Klinik
4) Hanya 800m sahaja dari Bank
5) Hanya 1000m(1km) sahaja dari Pasar Kuala Besut
6) Hanya 1500m(1.5km) sahaja dari supermarket



Berminat? Boleh emailkan pada aku untuk aku bagi penjelasan selanjutnya ye :) 
deejaywanii[at]gmail.com

Saturday, October 15, 2011

Tanpa kalian, siapa lah aku!

Harap maaf lah ye, entry kali ni aku nak feeling-feeling ala-ala retiss yang sedang memberi ucapan di atas stage setelah menang award Bintang Popular...ahaks! 

Aku tutup je telinga ni kalau ada yang nak kata:

"Hello cik kak....baru 500 lebey pon nak kecoh ke!"

"Eh, ingatkan dah ribu-riban tadi nak feeling2 glam, huh!"

Kalau korang nak kata aku gitu.... tu haa....nampak sign X kat penjuru tetingkap korang? Click sekarang ye. *peace*

Bak kata YanaMIB, dapat 500 tu pon dah rasa bangga giler... kak diana rashid pulak cakap, dapat seratus punnnn dah seronok kemain, macam kan dapat duit....

Tapi apa-apapun, budak penjara jugak yang best! Siap tilik masa depan aku akan jadik retissss....keh keh keh! Dengar boleh, percaya jangan....haha

Okey lah, entry kali ni tak ada pengisian (entry hari-hari lain tu pun ada pengisian ke? hahaha). Cuma nak berterima kasih kepada mereka yang menggenapkan pengikut (adakah anda juga readers???) aku menjadi 500 dan ke atas.

Kalau tengok dari print screen hari tu, maka Follower yang bertuah itu adalah Tini Fattah. TQ dear!








*Tak ada hadiah apa-apa pun, sekadar penghargaan biasa je :)

P/s: Korang suka background putih atau hitam ye? Aku sedang cuba biasakan diri untuk keluar dari kegelapan.....ahaks!

Tahajjud Cinta The Movie

Korang follow ke drama Tahajjud Cinta semalam? Seingat aku, sepanjang sesi iklan minggu lepas langsung tak ada pulak kata yang episod semalam tu episod akhir kan? Ke aku je yang tak perasan? Terkejut aku semalam bila tetiba je keluar perkataan TAMAT.

So, konklusi dari aku...ni mesti nak buat sambungan ke Movie...ahaks! Yo lah....mana puas beb selagi tak tengok Ustad Soki tu pulak yang kena rejam kan???

Dalam scene2 akhir semalam...tetiba aku rasa macam tengah tengok cerita lucah pulak. Tapi aku pon tak semena-mena duk bagi galakan dan sokongan pada Suraya tuh supaya terus-terusan menggoda ustaz gatal tuh....huh! Rasakan! 

Ini membuktikan bahawa iman Ustaz tu tak kuat lagi, kalau dah ada perempuan depan mata, memang susah la nak tolak.

Wajah baru?


Ada yang boleh buat lagi cantik dari banner hasil tangan aku ni tak?

Ada?

Apa???

 Nak buatkan FOC untuk aku? Sangat dialu-alukan hokey!


hehe....

Friday, October 14, 2011

Apa nak jadi, jadilah!

Sekarang ni perlawanan bola antara Selangor dan Perak dah nak mula.

Aku nak tengok Ustad Soki Gatal %&*( tu.

TV kat rumah ada satu.

Kita tengok sapa yang kenaaaaa

Ahaks!

Malware: Apa nak buat?

Thanks kak Yus sebab alert kan ku berkenaan malware ni. Semalam dah ada kawan yang tanya kat FB...katanya blog dia tak boleh buka sebab ada error malware dari blog familymoza.blogspot.com 

Tapi aku ignore je, ingatkan tak boleh bukak sebab masalah macam aku nak bukak blog Ben Ashaari yang sekejap ok, sekejap kang K.O. Pagi ni baru aku tahu, masalah malware rupanya. Dan ianya dikesan dari web fizanwanpani.com yang ada dalam senarai blog di side bar (bukan kat blog ni ye)

So, pagi ni aku dah remove kesemua bloglist yang ada di blog Ragam Keluarga Inchik Moza tu. Tapi sampai sekarang asal nak masuk je masih ada error Malware Detected.

Korang yang pernah alami tu, macamana nak solve ye? Tolong akuuu...huhuu.... Dah la BE bersepah kat blog tu sekarang. Sayang betul kalo biarkan lama-lama 'terkunci; :(












Nota kaki: Boleh pulakkk suami aku kata blog tu kena hack sebab dah glamer, gara-gara kitorang letak sticker URL kat kereta....hohoohoooooo... masuk akal tak alasan dia???

Suamiku jutawan!

Tak sangka..huhuu....dalam diam harta berkepuk rupanya....Nak tahu? Ikuti cerita di bawah:

*Dialog semasa menonton drama soffiyya.

Isteri: Untung Soffi...kawen dengan lelaki tua, tapi jutawan...

Suami: Ala...abang pun jutawan jugak....saja tak nak bagitahu harta ada banyak mana









Cehh....tak nak kalah lagi tu.







Nota kaki: Makin lama macam makin sengal pulak 'orang tua' ni....kih kih kih




P/s: Tah cemana la boleh tersayangggg..ahaha

Thursday, October 13, 2011

500 dah cukup glemer ke? ahaks!


Toksah berangan! Orang dah puluh2 K tak heran pun, kau baru cecah 500 la...ahaks! Eh, tapi aku terfikir kan...kalau lah...KALAUUUUU ye...

Kalau aku bebetol jadik deejay hotepem tuh...mencanak tak naik follower aku??? Hahaha....gila glamour! Semalam aku sembang2 dengan suami, dia asek laaa dok tanya...dan duk saiko aku suh pegi audition tuh. Tau apa aku jawab?

"Abang tak takut sayang jadi macam SAIDA???" Kih kih kih....giler maut punya soklan kannn....saja je nak carik isu berdebat ngan suami.

Terdiam jugak sekejap. Gamaknya pikir cemana hidup dia ngan anak-anak kalo bini jadik retisssss...kah kah kahhhh... Aku dah tak leh tahan nak gelak time ni tengok muka dia ala-ala blurr je duk renung masa depan yang dia duk koya tuh.

Pastu tak lama tu kena cepat-cepat ambik hati dia balik, aku pun cakap...ala...abang jadik la PA sayang. Senang kan? Doploh pat jam boleh awasi bini haa....





Eh dah dah. Cukup. Orang yang kuat berangan selalunya tak ke mana. Hahaha.... Aku macam ternampak-nampak masa depan aku lagi 5 tahun pon macam kat sini la jugakkk....huhuuuu

Makan sup dalam roti


Ni kalau makan macam gini kat Big Plate, mau kena belas2 hengget. Edisi aku edisi jimat bajet. Beli paket sup cendawan jenama Knorr tu tak sampai empat hengget, pastu kau beli pulak roti gedabak tu kat Giant, baru 2 hengget. Dah dapat makan empat beranak tau. Memang heaven!

Ok now meh nak cerita pasal Big Plate. Korang penah gi tak, kat Subang? Aku mengidam nak makan kat sini dari zaman anak dara lagi. Dah anak dua baru berkesempatan nak pergi. Overall, aku bagi 2 bintang setengah je dari 5 bintang.

Sebab?
- Makanan memang sedap, tapi agak mahal. Steak Big Plate RM 25++ 
- Steak yang sama, tapi nama menu je yg berbeza dan ke'besaran' daging yang beza sikitttt je + ada additional mash potato, tapi harga dah beza sampai sploh hengget. Tak masuk akal. (Baby Steak RM 16++)

So, kalau bab2 steak meteak ni, aku lagi prefer yang kat Kampung Baru...murah dan sedappp....

Ohh....hensemnya Botak!

Isteri: Botak tu hensem sungguh lah.

Suami: Hensem celah mana tah, kurang ajar ada lah.

Isteri: Rupa dia tak la hensem mana, tapi style dia tu yang hensem.

Suami: Arghh...mengarut. *ayat orang takmo kalah* Style apa yg hensem sangat tu?

Isteri: Style tadi tu *tunjuk kat iklan di TV* gaya dia berdiri kat pintu macam sangat hensemmmm...hihiii

Suami: Alah...setakat macam tu, abang pon boleh! *Terus berdiri kat pintu sambil buat aksi macam Botak*











Nota kaki: Lelaki takkan mengalah dengan mudah!

Tuesday, October 11, 2011

Rindu bertugas di konti :(

Rasanya dah berulangkali aku luahkan kerinduan nak kembali bertugas di konti. Cuma lokasi tempat luahan tu je berbeza...ahaha. Baru-baru ni HOTFM duk heboh nak cari penyampai yang boleh berdialek Kelantan. Aku terkedu seketika, sebab suami yang beria-ria nak aku pergi audition tu. Sedangkan hati aku kosong. Korang tahu tak kenapa?

Banyak perbezaannya antara radio swasta dan kerajaan. Aku lebih suka radio kerajaan (RTM) secara jujurnya. Tak tahu lah kenapa. Mungkin sebab kurang glamer kan. Lagi pon penyampaiannya lebih santai bagi aku. Dan informasi yang kita nak share dengan pendengar tu fresh. Live. Bukan yang dirakam seperti di radio swasta. 

Sama juga keadaannya bila kena berinteraksi dengan pemanggil. Aku suka cara kat radio RTM... Sebab perbualan tu tak dirakam. Means betul-betul live. Kat situ lah ada cabarannya bilamana kau terpaksa mengawal keadaan kalau berhadapan dengan pemanggil yg agak 'mental' sikit.

Aku pernah hadapi situasi tu. Bila interview Erra Fazira. Mujur aku tahu macamana nak kawal. Erra siap urut dada lagi..lega bila tak perlu menjawab soalan yang bukan-bukan tu...hehe...cuak dia.




Nota kaki: Masih lagi memikirkan saranan suami. Perlu kah aku hadiri audition tu?

Meksis ohhh meksis

Lama dah tak ada entry hangin ni rasanya. Tapi kali ni mmg meluap-luap rasa nak marah kat kastemer serbis meksis. Kisahnya adik aku subscribe berukben meksis. Modem dapat pree sebab orang gomen. Daftarnya hari Sabtu lepas lagi, tapi sampai saat ni tak aktip2 lagi. Kejadahnya kau punya doploh pat jam tu?

Semalam kemain lama aku bergayut kat talian bebas tol. Harammmm tak aktip2 jugak lagi.

Kali pertama - CS mintak alamat tempat daftar, tapi aku tak perasan ada. So, tak membantu apa-apa.

Kali kedua - Aku dah jumpa alamat tu, so tepon semula nak bagi. Sekali masa tengah cakap-cakap tu boleh pulak putuss? Penat nak layan aku gamaknya terus putuskan talian ke?

Kali ketiga - Again aku call, nak bagi alamat tu. Tapi CS dia kata nak no. sim, aku pun bagi lah. Then katanya dalam masa 2 jam akan aktip.

2 jam berlalu

Kali keempat - Pompuan kelly ng CS dia kali ni. Pon putus gak masa dia nak buat semakan.Lama gila dia biarkan aku dengar lagu caller ringtone. Ada lah dalam 5 minit kot. Sial.

Kali kelima- Nada suara aku dah berubah. Aku cakap satu persatu dengan sangat jelas dan KUAT! Hambik kau. Dan jawapan yang CS berikan (jam 10 malam), suruh aku ke meksis centre yang terdekat kalau nak dapat pengaktifan dalam masa 2 jam... Baaaaaaaaaaaaaaaaaa%$ betul lah kan! Aku tanya, kalau aku tak ke sana, dalam masa berapa MINGGU pulak baru nak aktip? Ha kauuu...kan dah keluar ayat perli. Ok, katanya doploh pat jam.

Aku tak tahu dah berapa kali doploh pat jam ni. 

Oh lupa. Hari Ahad aku dah talifon sekali, katanya esok (hari Isnin) akan aktif la tu.

Tapi hari ni dah hari Selasa. Apa cerita?

Monday, October 10, 2011

Tak payah nak sentap-sentap dengan anak!

Kadang dia yang sentap. Kadang aku. Tapi sekarang aku dan dia baru tahu. Kakak (2 tahun 9 bulan) suka betul mintak cucu (susu) mak Ani!

Aku dan dia puas memikirkannn...siapalah mak Ani yang dimaksudkan. Kadang membawa ke sentap, sebab penat-penat papanya buat susu tapi kakak nyanyi2 cakap itu susu mak Ani...huh!

Kadang suami buat konklusi... mungkin menyebut nama mamanya Wani....tapi mustahil! Sebab papanya tak pernah panggil nama aku depan anak.

Kelmarin, entah macamana lagu penuh cucu mak ani dinyanyikan oleh kakak! Terus kami tak jadi sentap! Malahan mengekek ketawa sambil keluar air mata lagi adalah! Kakak pulak terujaaaaaa...bila kami nyanyikan semula dengan versi tak pelat.








Korang tahu apa tu cucu mak Ani? (Yang dah baca kat sana tu shhhhhhhh)

Klik SINI.

Erti belanjawan (Bajet) 2012 kepada pekerja sektor swasta [PART 2]

Sambungan dari entry Part I....

Kesihatan

Perkhidmatan kesihatan akan diperuntukkan RM15 bilion utk perbelanjaan mengurus dan RM1.8bilion utk pembangunan. Hospital akan dinaiktaraf & dibina, kerajaan juga akan tambahbaik 81 klinik kesihatan luar Bandar & buka 50 klinik 1Malaysia. Kuala Lumpur General Hospital, hospital tertua di msia akan dinaiktaraf menjadi sebuah hospital primer dengan sebuah sayap baru utk rawatan pesakit luar. Warga emas berumur 60 tahun ke atas akan dikecualikan caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital & klinik kesihatan. 

Aku: Mengharapkan kewujudan klinik 1 Malaysia agar berdekatan dengan kediaman ku. Ni lah nasib pekerja swasta yang tak dapat benefit medical untuk anak-anak :(

SARA 1M

Skim Amanah Rakyat (SARA 1Msia) akan memanfaatkan 100,000 isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 sebulan.

Aku: Untuk sektor swasta, terlibat sama kah?

Bantuan Gumanan

Bantuan Guaman secara percuma, kerajaan akan menambah 10 juta lagi pada tahun 2012 untuk bantuan guaman. 

Aku: Hurrmmm....tak de memerlukannya lagi buat masa ini.

Peruntukan melatih wanita profesional

Peruntukan RM10juta akan disediakan utk melatih wanita professional utk kembali ke pasaran kerja. 

Kerajaan akan sediakan perkhidmatan suntikan percuma imunisasi HPV di seluruh negara untuk mengatasi kanser servik.

Aku: Alhamdulillah...

Bantuan kepada belia:

RM200juta akan disediakan utk melatih belia yg telah meninggalkan sekolah melalui Program Strategik untuk Belia 1Msia (SAY 1Msia). RM15 juta akan diperuntukkan untuk bina gelanggang futsal agar matlamat “Satu Gelanggang Satu Mukim” dapat dicapai.

Aku: Semoga ianya akan dimanfaatkan.

Meringan beban kos sara hidup:
Pemberian secara sekali (one- off assistance) kepada golongan berpendapatan rendah:

Bantuan sebanyak RM500 akan diberi kpd isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah. Pemberian diberi kepada ketua isi rumah melalui BSN.

Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos;

Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.

Pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.

Aku: Tidak akan menikmati walau satu pun yang tertera di atas. Bagaimana dengan keluarga berpendapatan RM 3100? Termasuk tak? Sektor swasta? Dikira sama kah?

Simpanan persaraan – KWSP

Caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP. 

Aku: Syukur alhamdulillah....terselit juga rezeki buat ku dan suami :)

Bonus kepada kakitangan awam (setengah bulan gaji)

Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit untuk penjawat awam dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.

Aku: Mengharapkan agar syarikat kecil tempat aku dan suami mencari rezeki juga bermurah hati untuk membayar bonus tahunan secara konsisten .









Nota kaki: Ehh...rasa macam tak lengkap lah info aku salin ni. Mana part elaun2 untuk ahli parlimen ye? *feeling ala2 ahli parlimen plak dahhhh*

Saturday, October 8, 2011

Erti belanjawan (Bajet) 2012 kepada pekerja sektor swasta [PART 1]

Sumber asal dipetik dari blog Lulu Pages.

Bagi menilai apa kebaikan atau kelebihan belanjawan ini kepada kami suami isteri yang hanya sekadar berkhidmat di sektor swasta yang kecil, meaning that tak ada bonus tetap dan kerja sehingga 5 setengah hari seminggu... So, aku nak list out everything kat sini. 

FELDA

Kerajaan akan peruntuk RM400juta utk naik taraf infrastruktur bekalan air secara berperingkat di kawasan-kawasan FELDA yg terpilih. Peneroka FELDA akan terima “durian runtuh” yang mana jumlahnya akan diumumkan sebelum penyenaraian dilakukan. SME Revitalisation Fund berjumlah RM100juta akan menawarkan pinjaman mudah dgn maksimum RM1juta bagi peniaga dari Januari 2012. Pelan Induk Lima Tahun Pembangunan Pelancongan Langkawi akan dilancarkan dengan peruntukan pembangunan RM420juta.

Aku: Tak ada kena mengena dengan FELDA, so abaikan!

Pengecualian cukai kereta hibrid

Pengecualian sepenuhnya duti import & duti eksais bagi mengimport kereta hibrid & elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.

Aku: Ponnn tak ada kena mengena. Mampu pakai kereta tempatan je setakat ni.

Pendidikan

Sektor pendidikan akan dapat RM50.2bilion utk melahirkan tenaga kerja berbakat, kreatif & inovatif. Sebuah tabung khas RM1bilion akan melihat kpd keperluan pembinaan, baik-pulih & penyelenggaraan bangunan sekolah2.

Aku: Again, tak ada kena mengena dalam masa terdekat...sebab anak-anak kecil lagi. 

Mansuh YURAN PENDIDIKAN

Buat pertama kalinya, Kerjaan akan memansuhkan yuran pendidikan rendah & menengah di semua sekolah2 kerajaan. Beban ibu-bapa akan dapat diringankan. Sekolah swasta yg berdaftar dengan Kementerian Pelajaran akan diberi insentif termasuk Elaun Cukai Pelaburan.

Aku: Masih tak ada kepentingan aku di sini. Lagi 4 tahun baru aku akan nikmatinya. Itu pon kalau ianya masih kekal begini.

Pengecualian cukai bagi sumbangan kewangan syarikat dan orang perseorangan kepada sekolah-sekolah dan tempat ibadat berdaftar.

Aku: Tak ada kaitan. Pendapatan bulanan pun masih dibawah tahap tak perlu ditaksirkan.

Untuk memantapkan modal insan sektor swasta, insentif akan diberi termasuk potongan dua kali ke atas pemberian biasiswa.

Aku: Rasanya juga tiada kaitan.

Bank Simpanan Nasional akan lantik agen-agen di seluruh negara untuk tingkatkan lagi akses perkhidmatan perbankan kepada penduduk luar Bandar.

Aku: Kemudahan untuk orang-orang kampung. Alhamdulillah, tapi tidak untuk aku yang berada di bandar.

Kakitangan Awam

Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus. Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320. Dalam skim baru menikut time-based, guru akan dapat gred 44 pd tahun ke-8 & gred 48 pd tahun ke-16.

Aku: Sah-sah tak ada kena mengena dengan kami suami isteri.

Kenaikan pencen

600,000 pesara kerajaan akan dapat kenaikan pencen pesara sebanyak 2% setahun.

Aku: Bersyukur bagi pihak ayah dan abah mertua...

Lanjut Umur persaraan

Kerajaan setuju lanjutkan umur persaraan wajib kepada 60 tahun daripada 58 tahun bg mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan awam.

Aku: Benefit? Disadvantage ada lah! Makin tipis nampaknya peluang untuk aku masuk ke sektor kerajaan :(

Subsidi

Beras – Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.

Gula – bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.

Minyak masak – harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50

Tepung – harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35

Aku: Mungkin ini saja lah yang membantu

Bantuan yuran kepada kakitangan awam

Kerajaan akan tawar bantuan yuran pengajian kpd penjawat awam, termasuk 5,000 peluang ijazah sarjana & 500 kedoktoran falsafah. Satu progam khas akan diperkenalkan utk 175,000 anggota tentera yang tidak layak menerima pencen. Kerajaan akan memberi sumbangan kepada duda dan balu polis bantuan khas. Demi mengenang jasa polis khas & polis tambahan masa zaman darurat, akan beri RM3,000 kpd setiap bekas anggota serta duda & balu mereka.

Aku: Tak ada kaitan setakat ni

Kerajaan akan mengambil langkah2 jangka pendek dan jangka panjang mengatasi kos sara hidup

Kenaikan harga barang terutamanya bahan makanan & akan ambil langkah bersepadu untuk mengatasinya. Dasar Agro Makanan Negara 2011-2020 akan dilaksana & RM1.1bln akan diperuntukkan utk pembangunan sector pertanian. Segala subsidi, insentif & bantuan berjumlah RM33.2bln akan diteruskan dalam semangat “Rakyat Didahulukan”.

Aku: Secara tersurat, macam tak meninggalkan kesan apa-apa...tapi mungkin secara tersirat, ada lah kebaikan untuk kami.

KAR1SMA akan memberi manfaat kpd 500,000 rakyat, dgn membantu ringankan beban sara hidup. Menambah kedai kedai Rakyat 1 Malaysia, Membuka dan meluaskan lagi unit kedai rakyat 1 Malaysia, meluaskan lagi menu makanan rakyat 1M . 

Aku: Kedai 1 Malaysia? Hurmmm.... Tak tahu lah berapa lama nak tunggu sampai kat tempat aku. Kalau cepat, alhamdulillah. 

Bantuan SKIM Rumah Pertamaku

Bagi Skim Rumah Pertamaku, had maksimum harga rumah akan dinaikkan kpd RM400,000 drpd RM220,000. <-- Menaikkan had harga rumah akan memberi peluang kepada pemaju mengaut keuntungan berlebihan, penyudahnya rakyat jugak yang tertindas kan?

Melaksanakan Program Perumahan Rakyat (PPP) di seluruh negara dgn membina 75,000 unit rumah mampu milik. Program Rumah Mesra Rakyat (SPNB) akan diteruskan. SPNB diminta membina 10 ribu unit Rumah Mesra Rakyat pada tahun 2012. RM63 juta untuk memulihkan 1,270 rumah terbengkalai. RM40 juta utk baik pulih dan menyelenggara rumah kos rendah awam dan swasta. Kerajaan akan wujudkan Tabung Khas Perumahan Nelayan RM300juta utk bina & baik pulih rumah.

Aku: Pernah baca pengalaman aku berurusan untuk SRP kat SINI? Punya lah susah nak deal. Mungkin sebab baru2 lagi dilaksanakan. So, pembelian aku cara biasa je. Kerajaan tak de membantu apa-apa.

Subsidi rumah

Kerajaan akan memberikan subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat. Mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usang boleh dapatkan pembiayaan untuk membeli rumah berharga RM65,000 dengan harga RM45,000. RM200 juta diperuntukkan untuk program ini.

Aku: Yang aku lihat di depan mata setakat ini (di kampung suami), program ini disalahgunakan, ada segelintir mereka yang berkemampuan dengan mudahnya turut merasa skim ini...hanya sebab ada 'kabel'. So? Lu pikirlah sendiri...penguatkuasaan yang masih lemah!





Panjang sangat...nanti aku sambung lagi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...