Lama dah tak ada entry hangin ni rasanya. Tapi kali ni mmg meluap-luap rasa nak marah kat kastemer serbis meksis. Kisahnya adik aku subscribe berukben meksis. Modem dapat pree sebab orang gomen. Daftarnya hari Sabtu lepas lagi, tapi sampai saat ni tak aktip2 lagi. Kejadahnya kau punya doploh pat jam tu?
Semalam kemain lama aku bergayut kat talian bebas tol. Harammmm tak aktip2 jugak lagi.
Kali pertama - CS mintak alamat tempat daftar, tapi aku tak perasan ada. So, tak membantu apa-apa.
Kali kedua - Aku dah jumpa alamat tu, so tepon semula nak bagi. Sekali masa tengah cakap-cakap tu boleh pulak putuss? Penat nak layan aku gamaknya terus putuskan talian ke?
Kali ketiga - Again aku call, nak bagi alamat tu. Tapi CS dia kata nak no. sim, aku pun bagi lah. Then katanya dalam masa 2 jam akan aktip.
2 jam berlalu
Kali keempat - Pompuan kelly ng CS dia kali ni. Pon putus gak masa dia nak buat semakan.Lama gila dia biarkan aku dengar lagu caller ringtone. Ada lah dalam 5 minit kot. Sial.
Kali kelima- Nada suara aku dah berubah. Aku cakap satu persatu dengan sangat jelas dan KUAT! Hambik kau. Dan jawapan yang CS berikan (jam 10 malam), suruh aku ke meksis centre yang terdekat kalau nak dapat pengaktifan dalam masa 2 jam... Baaaaaaaaaaaaaaaaaa%$ betul lah kan! Aku tanya, kalau aku tak ke sana, dalam masa berapa MINGGU pulak baru nak aktip? Ha kauuu...kan dah keluar ayat perli. Ok, katanya doploh pat jam.
Aku tak tahu dah berapa kali doploh pat jam ni.
Oh lupa. Hari Ahad aku dah talifon sekali, katanya esok (hari Isnin) akan aktif la tu.
Tapi hari ni dah hari Selasa. Apa cerita?
masa2 mula2 beli berukband maxis dulu camni gak, last2 tujuh hari baru aktif..tu pun lps kn tinggikan nada suara..hampeh je kan..nak terminate dah pun slow cam siput huhu
ReplyDeleteCemanalah dia orang hire pekerja cam tu kan?
ReplyDeletereport ngan wartawan! ahhaha..cpt sikit bertindak coz nak jaga nama.. ekekke...
ReplyDeletep/s: akak..adiah kita tak pos lg taw.. end of da month skali ngan adiah yg lain..boleh kan?? ^^,
memang hangin juga dengan maxis ni...dh aktif guna tapi tetap cam siput sedut..
ReplyDeletewani patut letak entry link ni kat aduan pelanggan maxis punya...baru dia tahu kuasa pengguna!!
qema...apa??? tujuh hari??? huwaaaaaaa
ReplyDeletekakcik...bertambah geram bila terasa line seperti diputuskan!
ReplyDeleteCik Bambam...ok no prob.
ReplyDeleteTak de la smpai nk report kt wartawan. Cukup la akak meroyan kt FB meksis je...ahaks!
Maya...thanks for idea...
ReplyDeletenanti nk letak kt FB dia terus.
kalau akak pun mmg berangin dan menyirap..
ReplyDeletemula2 baca mmg tak faham..
ReplyDeletemarah maxis rupanya..
aduhai....
mmg anginlah kalau mcm tu.. lama pulak tu.
boleh pitam........
Kakak rasa tengok tempat jugalah Wani. Nasib Wani kurang baik. Kalau kakak pun marah juga kalau gitu caranya. 24 jam apa ke benda!!
ReplyDeletekita penguna maxis brukband.. mcm s*** je line dia.. byr mahal2.. mmg tunggu masa je nak terminate... bohsan..!!!
ReplyDeleteuit lmbtnya serbis..sila lah beli berukband celcom..cpt je aktivate..hehe =)
ReplyDeletepakai je selkom kak..haha
ReplyDeletepakai je selkom kak..haha
ReplyDeleteteruknyer?akak masa blk hari tu blh pki dlm masa 2 jam je..beli dan samapi je kampung mertua terus blh guna.silap mereka yg bekerja tu..bkn silap meksis.."bgn dik meksis..wat kerja elok2!"
ReplyDeletebudak penjara...setahun yg lalu ahkak da terminate selkom sebab line teruk sangat masa tu (lepas tsunami)
ReplyDeleteso, skarang ni *malu-malu kucen* laa kalau nk langgan balikk
haha
sis LM..
ReplyDeletetu la, yg geram ni kat CS2 meksis tu benornya...huhuuu
huhuhuhuhuhu...dah tahap maxima dah ni wani...huhuhuhu
ReplyDeletejangan kata awak, saya ni...sampai nak terkeluar isi perut dok marah orang maxis sebab unsettle things. bill tiap2 bulan sampai, tapi bila kita complain apa-apa...CS dia akan kata "saya akan bagi itu ini dalam 24 jam." Dari sebelum puasa call, smpai skrg mendanya tak dapat2...memang pokemon lah kan...
ReplyDeletekak No/..mmg sakit jiwa sungguh
ReplyDeleteWoA..
CS dia suka mempermain2kan customer kannnn???
maxis sekarang memang giler. orang tanya lain dia jawap lain.. adoi..
ReplyDeletedah la kena bayar kalau kol..
pakai celcom lagi best :)