Sambungan dari entry Part I....
Kesihatan
Perkhidmatan kesihatan akan diperuntukkan RM15 bilion utk perbelanjaan mengurus dan RM1.8bilion utk pembangunan. Hospital akan dinaiktaraf & dibina, kerajaan juga akan tambahbaik 81 klinik kesihatan luar Bandar & buka 50 klinik 1Malaysia. Kuala Lumpur General Hospital, hospital tertua di msia akan dinaiktaraf menjadi sebuah hospital primer dengan sebuah sayap baru utk rawatan pesakit luar. Warga emas berumur 60 tahun ke atas akan dikecualikan caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital & klinik kesihatan.
Aku: Mengharapkan kewujudan klinik 1 Malaysia agar berdekatan dengan kediaman ku. Ni lah nasib pekerja swasta yang tak dapat benefit medical untuk anak-anak :(
SARA 1M
Skim Amanah Rakyat (SARA 1Msia) akan memanfaatkan 100,000 isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 sebulan.
Aku: Untuk sektor swasta, terlibat sama kah?
Bantuan Gumanan
Bantuan Guaman secara percuma, kerajaan akan menambah 10 juta lagi pada tahun 2012 untuk bantuan guaman.
Aku: Hurrmmm....tak de memerlukannya lagi buat masa ini.
Peruntukan melatih wanita profesional
Peruntukan RM10juta akan disediakan utk melatih wanita professional utk kembali ke pasaran kerja.
Kerajaan akan sediakan perkhidmatan suntikan percuma imunisasi HPV di seluruh negara untuk mengatasi kanser servik.
Aku: Alhamdulillah...
Bantuan kepada belia:
RM200juta akan disediakan utk melatih belia yg telah meninggalkan sekolah melalui Program Strategik untuk Belia 1Msia (SAY 1Msia). RM15 juta akan diperuntukkan untuk bina gelanggang futsal agar matlamat “Satu Gelanggang Satu Mukim” dapat dicapai.
Aku: Semoga ianya akan dimanfaatkan.
Meringan beban kos sara hidup:
Pemberian secara sekali (one- off assistance) kepada golongan berpendapatan rendah:
Bantuan sebanyak RM500 akan diberi kpd isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah. Pemberian diberi kepada ketua isi rumah melalui BSN.
Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos;
Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.
Pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.
Aku: Tidak akan menikmati walau satu pun yang tertera di atas. Bagaimana dengan keluarga berpendapatan RM 3100? Termasuk tak? Sektor swasta? Dikira sama kah?
Simpanan persaraan – KWSP
Caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP.
Aku: Syukur alhamdulillah....terselit juga rezeki buat ku dan suami :)
Bonus kepada kakitangan awam (setengah bulan gaji)
Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit untuk penjawat awam dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.
Aku: Mengharapkan agar syarikat kecil tempat aku dan suami mencari rezeki juga bermurah hati untuk membayar bonus tahunan secara konsisten .
Nota kaki: Ehh...rasa macam tak lengkap lah info aku salin ni. Mana part elaun2 untuk ahli parlimen ye? *feeling ala2 ahli parlimen plak dahhhh*
kami semalam pun duk kira pasal isi rumah akan dpt RM 500.00 tu..alih2 terlebih RM 100...
ReplyDeleteElaun AP pun akan dinaikkan bermula 2 Januari, kan?
ReplyDeletebajet oh bajet...
ReplyDeletebanayak jugak pro dan kontra
ReplyDeletetp lumrah hidup kan?
mana kita nak rasa puasnya?
macam berat sebelah la pulak kan wani..dorang sedap2 masyuuuuuk huhu..
ReplyDeleteada yang bermanfaat utk kita, ada yg tidak.. apa2 pun tetap bersyukur kan wani..
ReplyDeletecian kita yg kije swasta ni kan..xde org nak bela nasib kita...diorg duk pk org kije swasta ni gaji besor...yg besornya tokey2..yg kuli cam kita ni..mmg semputtttt...
ReplyDeletebetul tu intan...bila sebut sektor swasta, ramai yg suka memandang ke arah sektor swasta gergasi seperti institusi perbankan, minyak, petroleum, gas dll...
ReplyDeletesedangkan mereka lupa banyak lg sektor swasta yg kecil, baru menapak nak hidup. yg juga membantu kepada ekonomi negara. tp gaji minima masih di bawah paras 'miskin'.
macamana tu?
Amin...tapi apa yang Allah rancangkan untuk kita lgi baik dari perancagan manusia
ReplyDeletependek kata...tiada yg betul2 utk swasta....nyampah.....
ReplyDelete