Entry ini ada kaitan juga dengan picture WW#12 pagi tadi. Macam yang korang nampak kat gambar tu, petak parking yang digunakan tu sebenarnya merupakan laluan untuk OKU (sekiranya berkerusi roda) supaya senang diorang nak keluar masuk kereta.
Harap kereta je besar, tapi otak kecil- tak guna jugak kan.
Situasi TAK GUNA OTAK sebaik mungkin yang kedua pulak berlaku kat tempat aku cari makan. Kisahnya, job designer yang aku dah semak dan editing, telah dipulang semula kepada aku oleh bos besar dengan sindiran sinis
"Saya tak tahu apa kau buat selama ni. Nampak kau tak teliti."
Kalau korang, sentap tak??? FYI, job tu di pass sendiri oleh designer aku kepada bos besar. Aku tak lah semak dah lepas dia editing yang entah kali ke berapa tu...ingatkan dia gunakan otak sebaik mungkin, edit apa yang aku betulkan. Sekali rupanya dia tak buat betul2! Alasan? Nak cepat....huh!
Memang mendapat lah dengan aku. Itu cerita semalam. Hari ni kemarahan aku dah reda. Opismate2 yang terdengar sindiran bos tu pon tau sapa yang buat kerja, sapa yang cincai. Diorang simpati kat aku. Tak kira! Ada masa nanti aku mesti bersihkan semula nama aku!
Semalam designer tu EL... Hari ni dia datang. Tengahari baru masuk. Aku hanya tinggal nota atas meja dia-apa yang perlu dibetulkan. Sebab aku jenis orang yang kalau marah, tak boleh cakap banyak2....kang banyak sangat binatang meniti kat bibir mulut. Halal haram semua keluar.
Hari ni bertambah cool pulak bila tengok tiba2 dia datang 'bertudung'. Speechless. But Alhamdulillah. Cuma aku nak tengok....
Bertahan ke dia dari tak merokok? Mustahil pakai tudung dan merokok kan!
Masa saya muda2 dulu, kwn sebilik bertudung tapi merokok,dia akan buka tudung sbb nak merokok, habis merokok pakai tudung balik. Emmm.. walau apa keadaannya mmg janggal!
ReplyDeletegulp!
ReplyDeleteharap2 dia tak sebegitu...
pehh sbbkn org len kita yg dpt nama buruk..mmg hanginnn satu bdn..grr~ err bertudung tu satu permulaan yg baik..tp dia bkn bertudung utk amek hati akak kn? ngee~ >_<
ReplyDeleteWANI..KT TAK RESPEK KAT POMPUAN MEROKOK...
ReplyDeletepernah kena gitu juga.. kena sindir sebab kesalahan org lain.. mmg panas membara.. harap2 dia juga berhijrah untuk meninggalkan rokok tu..
ReplyDeletesentiasa berprasangka baik.dia da beli niquitin tu~~tak lama lagi berenti la merokok~keh keh~~
ReplyDeletedoakan yg terbaik utk dia.
ReplyDeletekak diana..mintak2 jangan lah gituuu...huhuu
ReplyDeleteYana..
ReplyDeleteterkezuttt akak tadi..macam tau2 nak kena marah kannn...tup2 dtg bertudung...terus cool...haha
*pdhal mmg dh cool pun, marah kejap je :)
SN...
ReplyDeletewani pon sama...semacam je perasaan ni
kak hanis...sedih kan
ReplyDeleterasa down sangat
*bos sibuk minggu ni...rasa nak call dia malam2, jelaskan kedudukan yg benar...huhuuu
bujal
ReplyDeleteya mungkinnnn
NM...
semoga yg baik2 saja lah hendaknya
Eh wani, Kwn KC 3 org yg brtudung dan merokok tau. Wani jgn down sgt eh, wat tak tau jer.
ReplyDeletewahh..garang gk ahkak ni yer..hehe
ReplyDeletesalam merindu..
ReplyDeletesekali baca entry nie...pernah terjadi pada ayu
masa ayu anak dara..ada sorang kakak yang cantik, bertudung, sama2 masuk toilet dipasaraya di penang..
sekali ayu terjatuh cinta dengan cara dan gayanya....
tiba2
adeh!!!!
bau rokok...
cansel nak slute lah... hahahahha
so sekarang dah betul2 cool lah erk....jom gi smoking....ahakz.....tak manis bertudung hisap rokok....ahakz
ReplyDeleteharap2 dia insaflah..malu rasenya betudung tp isap rokok huhuhu...
ReplyDelete