Thursday, June 13, 2013

Tips Bercuti Ke Langkawi Part 1

Okeylah...setelah seminggu korang dok tengok cerita Langkawi je kann... maka marilah kita ke konklusinya. Entry ni aku sediakan sebagai panduan untuk korang yang nak bercuti di Langkawi. Mengambil pengalaman aku sebagai pedoman untuk yang lain. Skema.

  1. Booking Hotel
    • Okay, when it comes to hotel.. Korang yang kena decide percutian yang macamana korang nak. Santai2...tak mo sesak kepala? Carilah resort2 yg jauh sikit dari tempat tumpuan ramai. Nak suasana kampung? Gi cari homestay. Nak shopping aje? Duduk diam2 di pekan Kuah. Nak banyak2kan aktiviti pantai? Stay di area Cenang atau Pantai Tengah.

    • Bila masa yang sesuai nak booking? Last minute pon boleh kalau time yg dipilih tu bukan peak hours. Tapi kalau nak gi time2 cuti sekolah atau public holiday, make sure booking 1-2 bulan sebelum atau lebih advance dari tu! Then only korang dapat yg menepati bajet (macam aku lah - bajet ciput).

    • Nak booking kat mana? Okay, ni cara aku - memandangkan aku tiada kad kredit, maka agak susah nak book di web terkemuka macam agoda. Ada juga aku surf blogger buat review katanya boleh, tp aku cuba macam tak berjaya... So, kaedah aku is - korang cari hotel yg berkenan di agoda tu/web apa2 je lah. Then search di google maps, kat situ nanti biasanya akan keluar phone number hotel. Call untuk phone booking :) Tu je cara aku. Tapi tu la - kebanyakan hotel mintak kita book kot agoda jugak. Ikut luck lah kan. Mujur deals aku dengan Sweet Inn dan Langgura Baron tu simple je - sbb resort/motel bajet je kot. maka urusannya mudah je.

    • Next, kalau nak jugak booking guna debit card - search la kat google..hehe...ada web nya...airasiago kot. Tapi pilihan hotel terhad lah.

  2. Aktiviti di Langkawi
    • Island Hopping - macam yg aku bagitau before, better jangan ambil pakej ni di pekan Kuah kalau korang stay di area pantai Cenang - sbb harganya mahal. Di Cenang bersepah pakej RM 25 per adult ditawarkan biarpun waktu cuti sekolah.

    • Cabel Car - aku tak pergi sebab anak2 dan mak anak gayat! haha...tp dari apa yg pemandu bot masa gi island hopping tu inform, kalau hujan better awal2 lagi tak payah pergi sebab cabel car takkan beroperasi.

    • Melawat Makam Mahsuri/Beras Terbakar/ Tempat Minyak Gamat - Cuba rancang utk melawat ke tempat2 ni pada 1 masa...kira sekali harung je. Rujuk peta.

    • Underwater World - terletak di Pantai Cenang.

  3. Tempat Makan
  4. Tempat Shopping
No. 3 & 4 tu coming soon lah ye... ada keje sket, tak leh nk fokus bercerita...ekekekee





Monday, June 10, 2013

Day #3 : Minyak Gamat Nusantara


Pulang dari Langkawi tanpa minyak gamat ibarat makan nasi tak ada lauk. Amik kau pepatah moden dari aku. Hahaa.. Disebabkan cuaca adalah panas terik tapi keinginan nak bergambar dengan replika botol minyak gamat ni sangat tinggi - so, kita snap je dari dalam keta... 

Nusantara Gamat Langkawi antara yg tersohor (mungkin sebab ada replika ini?). Terletak di tepi jalan utama nak ke Pantai Cenang dari Pekan Kuah, atau lebih dikenali sebagai Lebuh raya langkawi - thanks Iyra FYI. Aku ni jenuhh la ikut tepi pantai nak ke Pantai Cenang, rupa2nya tempat dia di tepi highway. Ingat ye kawan2- tepi highway. Dapat je peta, sila study dulu. Ehem.

Kat sini bukan ada minyak gamat je, tapi macam2 minyak ada. tongkat ali pon ada. eh?


Haa...kan dah kata jangan pulang tanpanya. Tapi kitorang tak beli pon minyak gamat ni - stok dh byk kat rumah. suami cuma beli minyak2 panas je almaklumlah kitorang ni slalu sakit2 pinggang. Ehem.


kat tempat masak minyak gamat ni lah aku uji laki aku..haha...korang yg budak silat mesti pernah mandi minyak kan? Aku ada la beberapa kali... minyak menggelegak tu selamba je kitorang pegang dgn tangan, usap kat muka...tangan....kan kak Aida? hehe...teringat plak kenangan mandi minyak dulu. Aku mesti mengelat, jadi orang last beratur dengan harapan bila dah banyak tangan yg mencelup so kurang lah panasnya. Mungkin berkat bacaan ayat2 suci sepanjang proses memasak minyak tu- kitorang tak rasa panasnya.


so, bila tengok kawah minyak kat dalam ni - aku pon suruh la laki aku celup tangan...kehkehkehh...aku kata la tak panas ponnn.. (walhal aku sendiri takut!) Dan hasilnya?







"Syg tipu! Panasss laa....huhu...mujur celup jari sikit je tadi... "


hehee...jangan marahh aaaaa.... last but not least...budak berdua ni mintak diambik gambar.


Errr...ekceli rasa macam dah melompat entry je... Lepas singgah sini, baru kitorang gi pekena Mee Udang Lagenda tu... Err...kitorang? Aku sorang je kot...hahaaa


Shopping di Langkawi

Memandangkan bila kita sebut Langkawi, sinonimnya adalah shopping coklat, dan pinggan mangkuk...ye tak? Hurm...tapi percutian aku kali ni tak lah fokus shopping di Langkawi (since dah lepas hajat menyopim di Queensbay Mall...ehehehee) So, bila kita tengok coklat...posing je lah macam kau excited giler bab. Hahahaa.... Yg ini di hari pertama. Keluar je dari Underwater World kan tembus kat kedai2 tu. So, usha je lah harga2 coklat. Tak beli apa pon memandangkan Day 1 di Langkawi menetap di Sweet Inn Motel - tak ada mini bar nak simpan choc.


Yang ini plak di hari kedua. Balik dari Island Hopping dan sesudah check in di Langgura Baron Resort, kami menuju ke Pekan Kuah. Saja jalan2. Haha...Silalah percaya :p Tak tahu pon nak tuju ke mana, tp since dah nampak Kompleks HIG ni (Haji Ismail Group) so kita singgah je lah ye...


Tak banyak yg menarik perhatian. Selain dari beli coklat yg kawan2 tok laki kirim, aku hanya beli Daim (3 for RM 45) dan Ritter Sport 3 paket RM 10. Pastu dok berkenannn sgt kat Ritter Sport mini ni...kira ok la nak try perisa2 lain kan... tapi laki dah jeling2 sebab sepaket ni RM 9.90...huhuu... So, snap gambar je lahh... Lagi pon tak pe, coklat2 ni ada je di Pengkalan Kubor. Agak2 mengidam ke hapa...gi je la beli kat sini kan.


Next hunting is Pepero! Actually, aku banyak dah terbaca review yg mengatakan Pepero Almond is sangat sedap. So, memandangkan di HIG tadi hanya ada yg original (kotak merah) - hunting pon bermula. Nak gi  Idaman Suri - tapi tak jumpa plak celah mana. Yg terserempak is Langkawi Saga kot kalau tak silap - singgah je lah. Dan...yeay! 2 kotak terus sambar Pepero Almond ni... sekotak RM 15.50


Pastu tak ingat dah apa lagi yang tak puas hati - singgah lagi 1 kedai - kali ni aku turun sorang. Tu diaaa..ada 3 jenis Pepero rupanya...aku pon sambar lah lagi sekotak yg kuning tu - RM 14.80... Choc filling nya kat dalam batang biskut tu, sesuai la kalo nak bg budak...tak belengas sangat berbanding yg almond tu- sesuai utk mak budak...hahaha


Pastu aku saja lah usha lagi harga Daim kat sini - still 3 for RM 45. But after that baru aku teringat, kedai yg mula2 aku usha - keluar je dari Underwater World tu - Daim only RM 43 for 3! huhh...tak pe lah....dah terbeli pon... dan last minute kat jetty tok laki beli lagi 1 paket utk kawan dia yg kirim last minute... RM 16.50 sebekas utk 300gm tu. Tapi got 15% discount-so kira je lah brapa harganya.


Okey, tamat kisah shopping coklat... yg ni is malam pertama kitorang di Langkawi. Bukan malam pertama ehem ehem tu yerrr..aishhh korang ni... Yg ni masa kitorang stay kat Sweet Inn tu- jalan kaki menyusuri jalan Pantai Cenang malam2 utk cuci2 mata adalah sangattt release tension. Cuma aku ada tambah sedikit tension sebab tak bawak buggy budak2...They are so cranky - ye lah, malam dah penat kan...sumer wat perangai tak mo jalan. Gilir2 dukung la jawabnya


Belek-belek je...tak beli yg ni pon :)


Disebabkan gambar ni lah aku teringatkan seluar tido aku yg satu ni tercicir...huwaaa.... Tak dapat dikesan kat mana tinggalnya :((


Penat berjalan malam tu sua kan burger pada anak2... yg ni after dinner kat restoran apa tah namanya...Aliah Seafood kot. Sebijik burger biasa je RM 3.50 - gulp!


Yg ni plak malam kedua kami menyusuri jalan Pantai Cenang, kedai penuh dgn deco Bob Mali - sapa tah...aku tak tau pon..hahaa....


Oke, ada lagi few entry - dah nak abes pon...

Saturday, June 8, 2013

Jalan - Jalan Kenyangkan Perut : Mee Udang Lagenda, Pantai Cenang

Berhampiran dengan Langgura Baron Resort atau lebih tepatnya hanya di belakang resort tu je... ada Mee Udang sedapp weiiiii.... Masa ni baru je balik menyopping di pekan Kuah...


Aku order mee udang special which is RM 12 semangkuk. Ada banyak saiz udang kalau tak silap aku harga start RM 6.


Udangnya memang sangat segar. Kuah yang pekat dan sedap!


Hasilnya? Dah seminggu lebih berlalu... bibir aku masih seperti disuntik botox...hahaha


Bukan tak biasa makan udang, tapi mungkin kali ni udang besar - tu yg allergik sampai camtu sekali!


Friday, June 7, 2013

Langgura Baron Resort, Pantai Cenang : Day #3


Pheww.. mengah nak abeskan cerita Langkawi ni. Tapi sebab nak share semuanya... tu yg kuar 2 entry sehari...hihiii... Okay, 4 hari tiga malam percutian aku ada 3 hotel/resort/motel kesemuanya...hahaha.. Ni untuk malam ke tiga, balik je dari island Hopping... dgn baju lembap2...berpasir.. terus ke Langgura Baron Resort. Jam baru pukul 1pm tapi mujur bilik dah ready...dapat check in terus.

Yg ni pon aku booking sebulan sebelum. Dengan rate RM 160 per night, aku ambik yang ni sebab nak bath tab. Kat Sweet Inn tak ada kan. Cuma mahal sikit kali ni since without breakfast. Asalnya aku berkenan dgn resort lain under Baron Group ni yg ada pool. Tapi disebabkan yang ni je senang nak deal which is boleh bank transfer untuk booking, yg lain2 through agoda dll... aku tak de kad kredit :( MaliBest Resort pon ok, tapi full dah masa tu.

Resort ni terletak di belakang deretan kedai tepi jalan Pantai Cenang. Walking distance to beach dalam 1 minit je tapi ianya tak mengadap laut sebab mengadap resort yg lain plak.


Nasib baik ada paip air kat luar, dapatlah cuci2 apa yg patut dulu sebelum masuk....


2 katil double...ada connecting room...So, sesuai la untuk korang yang nak 2 bilik.


Kemudahan dalam bilik: TV/kettle/peti ais kecik - tetiba lupa namanya


Haa...ni lah tarikannya...since tak dapat hotel yg ada pool - ada tab mandi pon lg better. Dapat pool kang dimintak pelampung pulak. Baik bath tab ni je, rendam la korang puas2.




Santai je tempatnya walau sempit. Oh ya, kalau korang nak murah - RM 140 pon ada jugak untuk 2 katil double. But then bukan wooden type. Ada bangunan 3 tingkat sebelah ni. (nampak tak lam gambar kat atas ni)


Lagi yg best - dekat tepi2 resort ni ada Mee Udang Lagenda! pastu nak berspa...shopping...semua dekat sgt2! Will be coming soon in next entry!

Day #3 : Island Hopping - Tasik Dayang Bunting & Pulau Beras Basah


Yeayyyy! Akhirnyaaa, entry yang dinanti2... Sebaik je check out awal pagi di Sweet Inns Motel, kami berhimpun di depan Aseania utk tggu org bawak gi jeti. Ni yg salah langkah tu... Kalau amik pakej di tempat korang menginap, tak payah nak berhimpun2 ni. Nanti diorg amik terus kat tempat korang stay.

So, take noted k!

Yang ni kat area jeti tu. Peserta (err...belasah je lah) akan diberi sticker nombor bot.


Sebelum naik bot...dorang snap gambar utk buat gambar piring ni... Gambar ke-3 yg disnap sejak aku di Langkawi....Dan akhirnya aku beli sebab suka tengok aku kurus dalam gambar ni! hahahaa


Get ready naik bot - gaya divaaaaa! Hahahaa


Memula self potrait gambar laki bini dulu...


Pastu orang belakang offer plak nak amikkan gambar kitorang berempat...ehehe... tenkiu! Ni yg aku kata sepanjang bercuti asek la dipertemukan dengan orang baik2 aje... 


Perjalanan dimulakan ke Tasik Dayang Bunting. Aku rasa tak de la jauh sangat, dalam 15-20 minit je kot. Tengah2 laut tu, drebar bot boleh berenti kat sini bagi kitorang amik gambar. But I thought this shot not too nice. Hurm...kamera murahan je kan. Tapi nampak kan bentuk orang mengandung tengah baring?


Dah sampai di pulau ni, kami diberi masa sejam untuk ke tasik yang terletak di belakang kepala dayang tu.


Dari bawah, lebih kurang 10 minit masa untuk mendaki ke atas. But dont worry, tangga pendakian tu cukup selesa untuk ko berjalan ke atas. Not too curam all the way. Anak2 aku hanya mintak dukung skejap2 je. Tapi sebelum naik tu pastikan korang tukar baju mandi siap2 kat bawah, sebab kat atas tak de toilet. Tapi aku tak bertukar pon sbb mmg dh siap2 pakai baju yg bleh dibasahkan.... Anak2 no hal...tukar kat public pon tak pe...ekekekee


Tasik ni dalamnya 10 meter... Tapi ada tempat yg telah dikhaskan utk kanak2 mandi. Ada jugak bot2 utk korang kayuh kat area tasik ni, tapi aku tak mo sbb masa suntuk - kita bagi chance anak2 mandi je lah.



Kemain lagi pakai swimsuit kannn...tapi penakut air...haisshhh... Aniq Zaquan ni lama sket nak bg serasi dalam air. Kalau kakak dia, takut2 dalam 5 minit je....lepas tu tak reti nak naik. Yg Aniq ni...dah nak balik biasa nya baru sebok tak puas berendam!


See? Penakutt.....


Aku? Malas nak join asalnya...tp turun jugak at last...


Sebenarnya teruja untuk ber'fish-spa' kat tasik ni dengan ikan keli, tapi malangnya aku geli! Ikan dia besar2.... seram takut kena sengat pon ye jugak. Posing je lebih tu, asal ada ikan lalu bawah kaki je cepat2 aku angkat... 


Habis di Tasik Dayang Bunting, drebar bot dah sedia menunggu utk bawak kitorang bagi makan pada burung helang! Opss... gambar tak de plakk... Rasanya laki aku yg byk snap kot. Tapi tak de apa sgt yg menarik, lepas dari tu....zasss... terus ke Pulau Beras Basah.


Tapi lepak2 je kat tepi pantai. Aku tak suka sangat pasir dan air laut ni sebenarnya. Sebab berlengas lain macam.


Budak ni pon tak suka pasir. Tapi suka main ombak. Pastu bising pasir lekat2 kat selipar kann...


Sejam je dapat lepak kat pulau ni. Banyak aktiviti lain yg boleh dibuat macam snorkelling...banana boat dll - tapi aku tak minat.

Tu je la kisahnya... Balik dari Island Hopping, baju basah pon sempat kering sebab kena angin laut... kitorang tak bertukar baju pon - terus zasss....

Check in di Langgura Baron Resort pulak!

Thursday, June 6, 2013

Day #2 : Santai di Cenang - Coconut Shake & Babylon!

Balik je dari Makam Mahsuri - anak2 aku baru recharge energy kan. So sayang lah kalau nak balik memerap dalam bilik. Kitorang pon jenjalan area motel tu mencari sesuatu untuk membasahkan tekak. Taraaaa....jumpa Coconut Shake!


Empat gelas weii... tak leh dah nak main kongsi2 macam dulu. Masing2 dah besar dan nak minum sendiri. 

RM 3 per cup so total RM 12 - untuk minum je! Phewww...


Lepas minum, kitorang jalan2 kawasan tu... ada 1 kedai yg sgtt menarik perhatian aku utk masuk tetiba laki aku panggil soh amik gambar anak mat salleh nii... adoyaiii.... 

Sebelum tu budak ni kena marah ngan mak dia sebab jalan lambat dan asek nak peluk tiang/pokok yg dia jumpa tepi jalan...pastu lagi laki aku nak tahan mintak amik gambar? (laki aku tak paham omputeh) pheww....seram dah aku takut kena marah dgn maknya...

tapi silap jangkaan aku, mak nya sgt baikk dan mintak anak nya pose utk aku snap...haha...


Ok, back to kedai yg menarik perhatian aku tu.... Luar cam buruk aje


Tapi aku tertarik sgt tgk deko yg unik...


See... dlm kedai siap ada piano...


Butik in the bus!


Ghopanyerr ini kawasan Babylon - lupa nak snap pintu gerbangnya! Patut la jumpa ramai mat salleh kawasan ni, dan yg jaga kedai2 kt kawasan ni pon minah2 salleh yg separa telanjangg...ekekekee....

Ok cukup2 tambah dosa mata, kitorang balik bilik dulu dan bersiap utk mkn malam plak.








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...