Monday, June 3, 2013

Day #2 : Kita ke Langkawi - MRP Travel & Tours


Mujur balik awal dari Penang malam nya... Bangun kol 5 pagi yuolsss! hahaha... Semangat taww bangun awal pagi untuk pi berjalan ni. Tapi Daddy Ziyyad kata dia tak sanggup bangun awal di hari cuti! hahahaa... Kol 6 pagi bertolak ke Kuala Perlis, kami exit di tol Alor Setar Selatan sebab nak lalu jalan kampung... Boring duk atas highway lama2 kan.

Sampai jeti Kuala Perlis jam 7.30 pagi dan beli tiket feri 8.30 pg.. Parking keta kat rumah orang. Kena RM 30 untuk 3 hari 2 malam. Aku rasa cam mahal sebab tempat parking tu tak berbumbung, tapi setakat tu je yg aku dapat nego. Kalau tak rega asalnya RM 45. Tapi sebab aku bagitau member2 biasanya dtg byr RM 10 je sehari so dia bg harga RM 30 tu. Ikutkan kalau 3 hari 2 malam biasa orang kira 2 hari je, tapi tak pe lah....nasib aku.


Tiket feri RM 49 utk 3 orang. Adik tak kira sebab bawah 3 tahun lagi. 


Dalam kol 9.30 dah sampai jeti Kuah. 1st thing - pergi amik keta sewa dulu. Kaunter MRP Travel ni kat belakang 7 Eleven. Mudah je nak cari. Aku dah booking keta sebulan sebelum ni. Tapi disebabkan Viva yg aku booking tu tak direturn lagi, so aku dapat keta Saga dengan nilai yg sama iaitu RM 80 per day. Rate cuti sekolah weeiii... kalau tak dalam RM 50 je per day :(


Kat sini jugak aku amik pakej Island Hopping sebab senang sekali harung. RM 30 per adult dan RM 25 per kids. Aniq tak kira jugak sebab bawah 3 tahun. Saving di situ.

Tapi rupanya salah percaturan aku, baca kat blog katanya rate cuti sekolah biasanya RM 35 ke atas...so bila dapat rate RM 30 aku ingat dah murah. Rupanya di Pantai Cenang bersepahhhhh rate RM 25 per adult hokeyyy. So, korang jangan booking kat jeti tawww... Pi je cari kat Cenang, mmg bersepah. Even cuti sekolah pon bleh dapat rate RM 25.

Dan disebabklan lom brekpes lagi... kitorang makan tengahari sekali harung kat area Kuah, masa on the way nak ke Pantai Cenang.

Semua sekali kena RM 19.50. Aku rasa mahal. Sebab nya amik 4 gelas tea o ais dengan 2 pinggan nasik je. Lauk pon biasa2. Tapi mujur sedap. Alhamdulillah.


Lepas isi tangki kereta dan juga orang :) kami zassss terus ke pantai Cenang!

7 comments:

  1. Baru dok plan cuti raya nak gi Langkawi, walaupun Perlis tu kampung halaman ahkak dan dekat je dengan langkawi rasanya dah 13 tahun kot tak pi sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm saya la..nama je dekat dgn pulau perhentian...tp dh 27 thn idop tak penah pegi lg...hahahaa

      Delete
  2. Hahahahaha....Lepas2 ni kalau bercuti saya nak try la bangun awal sebelum Subuh...:)

    RM19.50 utk b/fast macam tu, mmg kena cekik darah tu...hahaha...tapi musim cuti sekolah kan...faham2 aja la...Saya ada baca kat blog org lain pasal parking berbumbung utk kereta kat jeti, RM30 ke RM40 aja..

    ReplyDelete
  3. Hari tu kami pergi masa public holiday, parking pun takde.....dapat yg rm45 utk 3 hari 2 mlm. Lagilaaa mahai. Tapi sebab xde choice, terpaksala. Sesuka hati depa nak up harga kalau ramai sgt org.

    ReplyDelete
  4. Ala..jeles!!sbb xpnh g lg langkawi..huhu

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,
    muka teruja 2 org budak naik feri hu hu hu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...