Yeayyyy! Akhirnyaaa, entry yang dinanti2... Sebaik je check out awal pagi di Sweet Inns Motel, kami berhimpun di depan Aseania utk tggu org bawak gi jeti. Ni yg salah langkah tu... Kalau amik pakej di tempat korang menginap, tak payah nak berhimpun2 ni. Nanti diorg amik terus kat tempat korang stay.
So, take noted k!
Yang ni kat area jeti tu. Peserta (err...belasah je lah) akan diberi sticker nombor bot.
Sebelum naik bot...dorang snap gambar utk buat gambar piring ni... Gambar ke-3 yg disnap sejak aku di Langkawi....Dan akhirnya aku beli sebab suka tengok aku kurus dalam gambar ni! hahahaa
Get ready naik bot - gaya divaaaaa! Hahahaa
Memula self potrait gambar laki bini dulu...
Pastu orang belakang offer plak nak amikkan gambar kitorang berempat...ehehe... tenkiu! Ni yg aku kata sepanjang bercuti asek la dipertemukan dengan orang baik2 aje...
Perjalanan dimulakan ke Tasik Dayang Bunting. Aku rasa tak de la jauh sangat, dalam 15-20 minit je kot. Tengah2 laut tu, drebar bot boleh berenti kat sini bagi kitorang amik gambar. But I thought this shot not too nice. Hurm...kamera murahan je kan. Tapi nampak kan bentuk orang mengandung tengah baring?
Dah sampai di pulau ni, kami diberi masa sejam untuk ke tasik yang terletak di belakang kepala dayang tu.
Dari bawah, lebih kurang 10 minit masa untuk mendaki ke atas. But dont worry, tangga pendakian tu cukup selesa untuk ko berjalan ke atas. Not too curam all the way. Anak2 aku hanya mintak dukung skejap2 je. Tapi sebelum naik tu pastikan korang tukar baju mandi siap2 kat bawah, sebab kat atas tak de toilet. Tapi aku tak bertukar pon sbb mmg dh siap2 pakai baju yg bleh dibasahkan.... Anak2 no hal...tukar kat public pon tak pe...ekekekee
Tasik ni dalamnya 10 meter... Tapi ada tempat yg telah dikhaskan utk kanak2 mandi. Ada jugak bot2 utk korang kayuh kat area tasik ni, tapi aku tak mo sbb masa suntuk - kita bagi chance anak2 mandi je lah.
Kemain lagi pakai swimsuit kannn...tapi penakut air...haisshhh... Aniq Zaquan ni lama sket nak bg serasi dalam air. Kalau kakak dia, takut2 dalam 5 minit je....lepas tu tak reti nak naik. Yg Aniq ni...dah nak balik biasa nya baru sebok tak puas berendam!
See? Penakutt.....
Aku? Malas nak join asalnya...tp turun jugak at last...
Sebenarnya teruja untuk ber'fish-spa' kat tasik ni dengan ikan keli, tapi malangnya aku geli! Ikan dia besar2.... seram takut kena sengat pon ye jugak. Posing je lebih tu, asal ada ikan lalu bawah kaki je cepat2 aku angkat...
Habis di Tasik Dayang Bunting, drebar bot dah sedia menunggu utk bawak kitorang bagi makan pada burung helang! Opss... gambar tak de plakk... Rasanya laki aku yg byk snap kot. Tapi tak de apa sgt yg menarik, lepas dari tu....zasss... terus ke Pulau Beras Basah.
Tapi lepak2 je kat tepi pantai. Aku tak suka sangat pasir dan air laut ni sebenarnya. Sebab berlengas lain macam.
Budak ni pon tak suka pasir. Tapi suka main ombak. Pastu bising pasir lekat2 kat selipar kann...
Sejam je dapat lepak kat pulau ni. Banyak aktiviti lain yg boleh dibuat macam snorkelling...banana boat dll - tapi aku tak minat.
Tu je la kisahnya... Balik dari Island Hopping, baju basah pon sempat kering sebab kena angin laut... kitorang tak bertukar baju pon - terus zasss....
Check in di Langgura Baron Resort pulak!
Uishhh...ingat dah nak balik.
ReplyDeletekalau boleh tak nak balik...hahaa
Deletebanyak jugak aktiviti kat langkawi ni..best best..tak sabar dah ni..
ReplyDeletetggu last entry next week- summary tips on this trip..hihii...
DeleteSeronok mak baca catatan percutian wani ni. :)
ReplyDeletemasih banyak tak monyet2 kat situ?
ReplyDeleteada lagi...tp 3-4 ekor je yg sy jumpa otw naik tu...hala turun tak terserempak pulak
DeleteTunggu adik besar sikit Wani. Masa itu selagi tak kecut memang tak mahu berhenti.
ReplyDeleteGambar kat pinggan tu cantik.
sini tak pernah singgah lagi...
ReplyDeleteseronoknya...tengok tu ramai orang
alamak syioknyer ke Langkawi...
ReplyDeleteIsland hoping belum buat lagi ngan anak2..
mesti datang lagi untuk island hoping ...
kalau gi pulau tak island hoping tak bestkan..
Ok..noted...ngee
ReplyDelete
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan/Puan.
Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.