Monday, May 13, 2013

Jalan-Jalan Kenyangkan Perut: Ozarah Cafe, Jln Tok Hakim


Amacam intro snowy ice? Cukup menggoda ke tidakk? hahaa.. makin dikata sakit mental aku tengok makin rancak orang dok post gambar makanan ni kan... So, let's follow aku... jalan-jalan kenyangkan perut. Entry ini bertujuan membantu anda2 yang nak melancong di Kota Bharu. Kalau dah cuba segala jenis makanan tradisi yang ada, moh la kita meng'western'kan selera pulak.


Cafe ni namanya Ozarah. Terletak di Jalan Tok Hakim atau berdekatan taman hijau kata orang. Dalam bandar KB ye ni uolss... Kalau nak google.. search jln tok hakim. 


Oke, as per pic. Operation hours adalah seperti yang tertera ye. Menariknya tempat ni ada wifi...yeay! Haha... aku adalah kedekut nak subscribe data plan kat phone maxis ni. Tension beb... kat rumah tak de line. So, kat rumah guna line Digi...tp phone cabuk je kejap2 abes bateri. Memang takleh harap.


And I guess - Snowy ice ni adalah killer menu Ozarah Cafe. Sumpah sedap giler! ice dia lembutt sangat.. err...boleh ke cakap ice lembut? ahahahaa


Yang ni Chicken Chop in blackpepper sauce - suami punya. RM 12.90
Aku rasa sikit je..kuahnya not bad. Cuma dihidangkan dengan telur tu macam pelik sket kan. Mujur anak2 suka giler makan telur..


Dan yang ni Chicken Chop in creamy oregano sauce - it's mine! RM 13.90.
Overallnya, sauce dia menepati citarasa tekak aku. tekak org lain wallahualam.


See... Snowy ice yang menggiurkan seperti kata aku...ini adalah killer menu nya.


Garlic bread + Mushroom soup untuk anak-anak. RM 5.90 
Sup yang pekat! marvellous.


Ok now, untuk anda yg nak tahu harga dan menunya... check it out!







TAMAT





10 comments:

  1. wah best2 makanan dia..nak kna g nie..:)

    ReplyDelete
  2. Bagus entri ni!!

    kalau saya jalan2 KB, dah jemu makan nasik kerabu, jemu makan yati ayam percik...boleh la ke sini...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy laaagi la jemu dgn menu2 tu doc...sbb tu cari kelainan :)

      Delete
  3. Assalamualaikum,
    Dah bosan nasi ulam cikgu, ambo gi sini lak ----> kalau balik 2-3 kali je setahun, tak dan nak bosan dek non aoiiii hu huhuhu

    ReplyDelete
  4. Hari-hari mengadap benda yg sama sesekali ubah selera bestkan?

    ReplyDelete
  5. ggrr...korang kann..takpe.. aku balik klate 1hb jun nanti.. eh.. ko datang la rumah mak mertua aku buat kenduri sambut menantu.. datang eh..datang eh.. nanti aku sms alamatnya..

    ReplyDelete
  6. macam gunung nak meletop je ..

    ReplyDelete
  7. Kalau tgok gambar makanan tu rasanya semuanya sedap..hehe..hadehhh..lapo!

    ReplyDelete
  8. nice day:)
    saya adalah saya hari ini karena pilihan-pilihan
    yang saya kemarin..


    bagi-bagi motivasi yaa.. :)


    http://wisataoutboundmalang.com/

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...