Tuesday, November 29, 2011

Tak basuh, siram air je...

Di suatu malam, ketika mengemas peti sejuk...

Suami: Yang...abang dah simpan daging dalam peti.

Isteri: Aik? Bukan ke syg baru je keluarkan? Kan beku lagi tu... Abang basuh daging tu ke???

Suami: Tak lah...siram air je!

Aku tak tahu apa beza basuh dan siram. Bagi aku, 2-2 sama je...still kena air kan? Oh ye, untuk adik2 yang baru nak belajar-belajar masuk dapur tu... daging mentah tak boleh kena air kalau nak bagi tahan lama bila disimpan dalam peti.

Hot Tips dari Shaz di Hot FM Kelate...

Kih kih kihhh....


Sunday, November 27, 2011

Dia dah mula dah…

img_header

Nampak tak? Nampak tak? Pompuan baju biru tu dah mula dah…..ahaks! Mula apa? Mula expose kan diri pada orang ramai la….kihkihkihhhh…. Nak tengok wajah aku lebih dekat? Klik HotFM

Friday, November 25, 2011

Sesi latihan di konti

Right now dalam konti bersama Leya, tengah belajar2 guna sistem dorang. Quite susah gak. Dulu kt rtm tak secanggih ni. Hope dapat tangkap cepat. Takut gak dah tua2 ni jadi lampi sikit kan. Haha...eh, kata ibu muda!

Jualan pindah rumah

Nak tunggu ambik gambar 1-1 lambat sangat, maka malam ni aku godek2 album yang sedia ada….nak cari barang apa yang aku dah takmo pakai .

Beg mekap ni bukan terpakai. Aku jahit aritu untuk booth Ahad ni, tapi since dah cancel so boleh la jual on9…sayang nak jual. Takpelah, takde orang nak aku pakai je la kan…hehe. Macam dah pernah upload….entah aku lupa. Harga RM 20 including postage. Kalau korang jumpa entry ni b4 dgn quote harga lebih rendah, inpom ek *hihihiiiii*

100_5853
Pandangan depan

100_5854
Pandangan belakang

Ok, kat bawah ni yang nak letgo is baby bouncer, tapi nanti aku nk check balik…senget ke tak. Kalau senget, harga kena turun lg la kan….ahaks!

Dah 2 beradik pakai ni. Basikal pink tu bukan nak jual tau.

006
Boleh alas dengan alas stroller tu…aku buat gini masa kakak dalam 40 hari lagi… Letting it go for RM50 brand Sweet Cherry kalo taksilap. Kalo senget, aku turun harga lg lah Smile with tongue out

S6301832
Kat bawah ni pulak…nak tunjukkan meja makan. Dulu beli dalam RM 240++ kalau tak silap. Bentuk oval, ada 6 kerusi. Keadaan baik lagi since aku alas dengan kain, pastu lapik plastik pulak. So, permukaan meja tak jejas.

Nak tolak RM 100-transport leh ejas….tp dekat2 Puchong je la ek. Dan kawasan sekitar.

100_3723
Yang ini, bukan nak jual bayi….tapi Playpen…. Yana MIB….kalau tak jadi, inform akak ek…nanti akak leh open kat orang len. RM 50. Boleh lipat2 masuk keta. Tilam tak de, cuma ada yang nipis je.

100_0676100_0713

Kat bawah ni lupa dah namanya, tapi carrier baby tu.  Beli RM 50. tapi tak penah pakai lama…test2 je. Aniq tak suka. Dia lagi enjoy duk lam pouch yang aku jahit tu. Nak tolak RM 35-termasuk pos.

100_1672

Stroller…..hurmmm….nak jual ke tak ye? Apa kata ramai? Anak2 aku dah besar….kalau gi jalan, perlu lagi ke stroller ni? Buggy dah ada….so….letgo je la kan… beli dulu RM 120 rasanya. Brand sweet cherry. Nak jual RM 60.

100_1805

Baby high chair cap IKEA… Harga dulu RM 49 rasanya, tapi tak termasuk ‘meja putih’ tu…beli asing kalau tak silap….sapa2 tau harga, boleh inform tak? Kalau tak silap aku, meja putih tambahan RM 15 kan? Ke aku silap?

Nak tolak RM 45-complete set. Masih cantik dan baru. Bebudak ni bukan nak sangat duk lam ni.

100_4310

Apa kenamanya ni? Walker…baby walker kan? Ekceli aku beli ni masa adik kecik. Bukan dari zaman kakak. Kakak tak pakai sebab dia guna walker yang tolak2 tu. Nak jual gak yg tu, tak jumpa gambar.
Walker ni murah je…Beli dengan harga RM 60++. Nak tolak RM 30.

100_5042100_5079

Sekian, tu saja. Berminat leh terus SMS ye….korang tau kan mana nk cari no.henpon aku….hihiiii

Thursday, November 24, 2011

[VIDEO] Ye....aku memang takutkan ular :(


Semalam cerita je, hari ni aku share video. Jujurnya memang aku menggigil ketakutan.

Nota kaki: Really appreciate u guys if korang boleh like dan promote kan page ni: http://www.facebook.com/shazhotfm

Thanks!

Wednesday, November 23, 2011

Kena ragging di AM CREW dan HOTFM30

Salam semua...pagi ni kena datang awal...anak pun tak bangun lagi. Kol 6.20 drive ke opis...Call time 6.45 pg. Mujur sempat sampai. *110km/j sepanjang jalan di LDP adalah sangat heaven* So, pagi ni kitorang ada orentasi bersama AM Crew....Seriously, kejam sungguh dorang kenakan kitoranggg....*especially aku*

Bab lembik2 ni memang aku fobia. So, bila dah kena assign 1st task, aku dah all out kejar masa....sebab kalau kalah, kena goes for 2nd task which is FobiaChallenge nih... Yang memang aku nak avoid sangat2!Nak tengok video kitorang kena ragging? Leh tengok kat FB HotFM k.


Bersama bos hotfm kelate....Izzul

Geng penyampai2 HotFM Kelate....kat gambar ni yang HotFM upload kt FB pagi tadi aku tengok ada yang bertanya DJShaz tu dah berpunya ke belum....kahkahkahhhhh

Korang tolong jawabbbbbbb!

Our team dalam AM Crew pagi tadi.

Okey, mana2 yang terlepas tengok dan dengar aku pagi tadi....tunggu hari sabtu ni yek, ada dalam HotFM30, kol 8 pagi bersama Kieran...dengar tau :)








Nota kaki: Aku gigil beb kena ragging tadi!


Monday, November 21, 2011

Seringgit je....

Ok, tu lah jawapan pada entry aku hari Jumaat lepas. Macam tak caya kan. Tapi ada jugak yang dapat jawab betul...hehe....sama tempat keje kot kita....ahaks!

Banyak perkara nak stori mori ni....tapi kita simpan dulu lah ye, takut terlepasss...kihkihkihhh... jom, kita pergi Quick Update sepanjang last week:

  • keta kemek- ada cerita dalam entry sebelum ni
  • terpaksa suka BOLA SEPAK <-- game yang paling aku TAK SUKA sebelum ni
  • kunci rumah dah dapat hari Jumaat lepas
  • gril rumah baru dah tempah...buat paling murah je...RM 1.2 K untuk sebijik rumah comel aku tuh
  • rumah sewa kat Kelantan masih belum dapat <--STRESSSSS
  • apa lagi yek?
  • bakal menjadi KURUSSSS <--gara2 kepenatan terlebih di tahap MAKSIMA
  • rumah macam tongkang pecah <--pejam mata, buat2 tak nampak
  • bertandang ke rumah Dato' LF....jumpa blogger2 yang ada buat kali terakhir.....huhuuhuuuuuu
Ok, tu yang dah berlaku, yang AKAN BERLAKU minggu ni pulak
  • kemas barang, nak pindah ke ALAM IDAMAN...sempat gak aku merasa duduk sana walau hanya 2 minggu
  • nak cari penyewa-LELAKI...buat teman suami aku start middle Disember, ada 2 bilik AVAILABLE. Kalau tak dapat lelaki, aku carikan lah sorang pompuan buat teman a.k.a madu aku...eh. Tettttttttttt... mintak jauh weiii!
  • esok ada PC kat KL....hurmmm...mak nervous!
DONE!

Friday, November 18, 2011

Segmen teka harga

Salam jumaat semua! Pagi ni kita nak cerita pasal harga makanan. Apa? Asyik2 cerita harga? Haha...abaikan! Mood tengah asek nak citer pasal makanan kann..

So, soalan utk segmen ni...berapakah harga menu yg aku upload? Sapa cepat jawab dia akan memenangi hadiah percutian 2hari 2malam kt rumah sendiri :)

Thursday, November 17, 2011

Harga yang perlu dibayar

Setelah lama menyepi (rasa cam lama je kan….huhuuu)….so, malam ni kita bincang2 mengenai harga yang perlu dibayar.
Dalam minggu ni, ada harga yang aku bayar berpatutan dengan apa yang aku dapat….contohnya:
Makan nasi + tempoyak patin + neslo ais = RM 4.50 je beb! Kalau kat restoran tempat keje lama aku… mau RM6 dah tu… So, bagi aku…harga tu berbaloi lah kannn…
Ni nak cerita pasal harga lain pulak. As per u ols know kannnn…*tettttttttt* kerja baru aku ni sangat2 lahhhh menuntut banyak sangat pengorbanan…
Hal keluarga tu satu hal… kita letak tepi dulu. Ni cerita balik kerja, penat-penat tetiba jalan jem giloss vaviiii*stressssssssss*
Dan hari ni aku telah mengorbankan kereta suami! Tau apa jadi? Gara-gara kepenatan…kelaparan….







*Aku gesek benteng!!!*
Hamikauu….lekuk ke dalam belah pintu drebar. Aku pon tak tahu la cemana leh pegi gesek benteng tu….padahal sebelah aku, bukan the other side kan.
Aku agak, kepenatan adalah puncanya. Sampai aku tak leh nak anggar jarak…memang laluan tu sempit *lorong nak drive thru k.ep.si TTDI* aku pulak weng2 dah terbayang makanan.
Bukan pintu je lekuk, sportrimjenamaproton pon pecah weiiiiiii….. Hebat sungguh aku bab menjahanamkan kereta orang.








 



Mujur bukan kereta aku! Ahakssssss….ya ampun bang! Nanti dah kaya ai belikan yu keta lain yekkkk….kihkihkihhhh

Tuesday, November 15, 2011

Rutin berubah.

Salam semua... Semalam sempat bukak blog kejap je. Thanks buat semua2 yg sudi singgah walau korang tau keadaan puan blog yg x sempat nak buat kunjung balas :(

Biasa la kan, kat tempat baru semuanya berubah...utk sementara waktu... Dunia blog xkan aku lupakan!

Semalam keluar jam 7pg, walau pun jem, 35 minit dh sampai opis. Hari ni keluar lewat sikit. Merempit dari puchong! Tau sebab apa? Gara2 terkejut parking semalam kena RM20!

So, sementara dapat pas parking kat ou, aku korbankan la pinggang ni.

----------
Sent from my Nokia phone

Saturday, November 12, 2011

Sepintas lalu catatan terakhirku

Terakhir dengan menggunakan PC yang dah berkhidmat hampir 4 tahun denganku! Rasa nak cium2 PC ni sebagai ucapan selamat tinggal, boleh tak?

- Fikiran aku cepat berubah, tak jadi nak jual rumah. Urusannya membuatkan aku serabut memikirkan. Tak pasal-pasal nanti asek ulang alik KL-KELANTAN tiap-tiap minggu, menyusahkan. So, cancel. Buat sewa bilik je lah. Buat teman suami....jangan dicari 'peneman' sampai ke bilik tido sudah!


- Tak jadi jual rumah, so tak ada masalah dengan meja makan marmar kesayangan aku...ahaks! Boleh angkut bawak ke rumah alam idaman tu. Selesai 1 masalah. Nak angkut ke Kelantan, tapi rasa tak berbaloi nak sewa lori RM 1200 beb untuk 1 trip!

- Minggu depan, agak-agak dan nak clearkan rumah, memang nak lelong kat mudah.my je....barang2 yang tak nak guna lagi dah dalam jangka masa pendek ni. Contohnya: Stroller, Playpen, Walker, Stand Walker, Baby High Chair.... *eh, banyak sungguh barang-barang anak aku ni!*

- Ohh...baru teringat, meja makan murahan aku yg pertama...masih cantik dan elok, boleh dikatakan langsung tak ada defect sebab selama ni memang aku alaskan dengan kain selapis, dan plastik. Kayu, tapi tak de kembang2 kena air langsung. Kena jual gak tu.

- Banyaknyaaaa benda nak fikirkan. Dan yang paling utama....banyaknyaaaaaaaaaa duit nak kena leburkan












Okeh, gi cari ahlong...nak buat pinjaman!

Friday, November 11, 2011

Rojak....hari ni macam-macam perasaan ada

Buat yang dah tahu, hari ni merupakan hari kedua terakhir aku dengan kampeni 'kesayangan' ni. Hari terakhir adalah esok. Saja aku spare kan enother extra half day yang mana aku panggil sebagai 'hari sapu habuk'....ahaks!

Dan hari ni jugak, macam-macam perasaan aku rasa. Boleh kata seronok dan sedih tu seimbang. Nak tahu kenapa?

-Bangun jam 2 pagi, aku kacip-kacip gigi...testing...ohhhh...lega....sakit kepala dan gigiku akibat selsema yang teruk tu dah berakhir. Rasa nikmat sangat bila dah sihat!

-Spring cleaning wardrobe untuk drawer tudung aku dah hampir licin. Tinggal yang baru-baru aje. Selebihnya aku dah bawa ke pejabat, sedekahkan pada staff-staff training... Dorang ni ramai yang berasal dari keluarga susah. Semoga pemberian aku dimanfaatkan. Bukan tudung lama pun, kadang ada yang aku tak pakai lagi. Ada yang baru pakai sekali dua...biasalah pompuan kan.

-Bukak2 email pagi ni teruja dengan permintaan seseorang yang berminat sangat nak beli rumah aku! Ohhh...aku rasa ibarat macam satu masalah dunia selesai. Walau aku cakap mungkin kena tunggu 3 tahun baru boleh jual, tapi beliau sanggup tunggu dan katanya nak menyewa dulu! Betapa syurganya aku rasa kamu tahu. Sebab antara penyumbang aku tak sihat seminggu dua ni adalah kerana terlebih berfikir! Nak-nak lagi pasal rumah.

-Lastly, perasaan sedih sebab...errr.....sebabbb....kena PJJ!


Thursday, November 10, 2011

Akhirnya aku mengalah!

Setelah lebih 10 hari kena flu tanpa makan apa-apa ubat, akhirnya aku mengalah! 

Kemuncaknya hari ni....di mana setiap hembusan mukus itu menggegarkan sebahagian kepala belah kiri, gigi rasa nak tercabut, bijik mata rasa macam nak terkeluar...disusuli dengan denyutan maha hebat di gusi pada rahang belah kiri.

Dan sekarang, aku harapkan keajaiban berlaku setelah menelan 'segugus' ubat-ubatan.



Kata doktor....ianya sudah merebak. Aku dimarahi kerana lewat :(

Menghitung Hari

Sekejap je dah Khamis kan... mesti korang ingat aku duk menghitung hari nak mulakan kerja baru atau menghitung hari nak angkat kaki dari kampeni sekarang ni. Salah!

Aku menghitung hari detik-detik dan saat yang ada untuk aku hidup dengan suami dan anak-anak. Hanya kami berempat! Masa tu dah tak lama lagi... Lebih kurang sebulan je yang tinggal.

Lepas ni aku kena kuatkan mental untuk hidup berjauhan dengan suami. Macamana lah agaknya dengan anak-anak yang selama ni boleh katakan 90% suami yang uruskan :(

Lepas ni dah tak ada lagi yang nak sabarkan aku kalau aku melenting dengan kerenah anak-anak.

Lepas ni dah tak ada lagi yang nak urut-urutkan kaki aku kalau lenguh-lenguh...picitkan kepala aku kalau pening :(

Lepas ni dah tak ada lagi nak yang nak bantu aku basuh pinggan. Aku kena buat semua tu sendiri! Duduk dengan ibu jauh beza duduk ngan suami...huhuuu







Lepas ni tak boleh dah nak topless seksi-seksi kat rumah sendiri...ahaks! tetttttttttt

Wednesday, November 9, 2011

Rumah sewa di Kota Bharu diperlukan dan rumah di Puchong untuk disewakan

Sehari dua ni atau seminggu dua akan datang, aku memang tak sempat nak blogwalking kat blog kengkawan...sorry ye korang...huhuuu....

Tau apa keje aku? Lepak kat mudah.my! Hari-hari atau boleh kata tiap jam aku bertempek situ tengok rumah nak sewa kat KB nanti....susahhhhhhh ya amatttttt korang tau! Mostly penduduk Kelantan ni bijak macam aku. Jarang lah yang aku jumpa nak sewa kan rumah. 

Depa cerdik. Sewa dapat berapa lah sangat sebulan kan, Kalau buat homestay, masyuk tuuuu.... Pendapatan cuti sekolah je dah boleh cover pendapatan musim orang tak datang Kelantan.

So, setakat ni majoriti yang aku jumpa adalah yang tawarkan homestay, bukan rumah sewa :((

Keciwaaaaaaaaa....

Maka dengan ini, aku minta jasa baik kalian...sudilah mewar-warkan kepada pembaca korang sekiranya ada rumah yang nak disewakan.... cuma aku minta jangan la cerita bakal penyewanya kerja apa...aku takut kena ketuk nanti....huhuuuu....Masak lah aku nak bayar 3 bijik rumah serentak ni :( 

Dan pada masa yang sama, aku nak cari jugak penyewa...kot2 ada yang berminat nak sewa rumah aku kat Puchong nanti...rumah dijangka dapat diduduki mungkin awal tahun 2012. Kalau berminat, roger aku k. Rumahnya dah siap lama....tunggu kunci, nak buat grill dan etc.

Lokasi rumah berdekatan dengan George Kent, jalan menghala ke Putra Perdana. Tak jauh kalau nak ke Putrajaya....dalam 10-15 minit je, nak ikut tol boleh...nak larikk dari tol pon boleyyyy...

Kalau nak tengok petanya, search Taman Tasik Puchong eh. Kalau nak tengok rumahnya cemana....aku pernah upload kat ENTRY INI






Nota kaki: Dalam minggu ni nak buat cleaning...banyak barang nak kena letgo, tak mampu aku nak sewa lori angkut barang ke sana yang dianggarkan kosnya sekitar RM1K!

Tuesday, November 8, 2011

Lari mulut naga, masuk mulut buaya

Kengkawan aku yang mana-mana rapat dari U rasanya tahu, aku bukanlah manusia yang reti sangat bab2 berjimat cermat ni. Tapi semua tu berubah lepas berkahwin dengan pilihan hati yang bukan Tokey Balak bak kata Dr. Nathan.

Makanya orang kata kita kenalah sesuaikan diri dengan keadaan ye tak. Tahun pertama bekerja, aku masih memandu ke pejabat. Maklumlah baru hidup berdua kan, tanggungan pon tak ada. Masuk tahun kedua, dah ada anak sorang...tetiba je MP*J kenakan bayaran parking pulak! Ohhh what the %^*&(* Masa ni aku dah mula kedekut, kadang bayar...kadang tidak...sampai lah dapat surat saman yang pertama bernilai RM 80.... tapi aku peram sampai 2 tahun....akhirnya dapat bayar baru-baru ni dengan hanya RM 10 je..berbaloi-baloi....ahaks!

Tak tahan asek berkejar ngan pernguatkuasa....dan aku berdegil tak mo ambik pas bulanan RM 78, so aku dengan rela hati merempit dengan suami. Aku rela ikut dia yang masuk pejabat awal, aku rela pepagi tercongok kat depan pintu pejabat aku...tunggu tukang pegang kunci datang. Aku rela tau. Semata-mata takmo bayar parking punya pasal.

Masuk anak 2 pun sama, tanggungan bertambah. Masa ni aku kira-kira aku dah jimat lebih RM 200 termasuk petrol sebab tak drive ke pejabat. So, aku rasa aku dah buat pilihan yang tepat.

Tetiba....

*korang tahu kan apa yang berlaku...tak leh nak reveal kat sini...P&C rupanya...ahaks!*

Bab tol RM 1.60 kat LDP tu satu hal...pergi balik dah RM 3.20..sebulan dah dekat RM 70 rasanya. 

Aku pi usha berapa parking kat bangunan sebelah tuttt....since aku dapat tau bangunan tempat aku bakal training tu terhad sikit parking nya.

Korang tahu berapa sebulan???








RM 150!


Ni lah dia...lari dari mulut naga, masuk mulut buaya.

Mujur sebulan je, kalau setahun? Aku rela weiiiiii berpatah pinggang hari-hari merempit dengan suami!




Nota kaki: Sah tak pregnant, sejurus selepas entry kesihatan tu ditaip, cik P munculkan diri....ahaks!

Saturday, November 5, 2011

Cerita ceriti pasal kesihatan

Salam semua. Jangan terkejut kalau tetiba blog aku hilang buat sementara waktu. Hurmmm... aku tak tahu nak komen apa...but you guys kenal aku kann... Aku hanya manusia biasa yang teruja mendapat sesuatu yang baru. Tapi, buat masa ni kita abaikan dulu hal *ehem-ehem* tu ye... Jangan tanya-tanya lagi ek...kih kih kihhh... 

Nak cerita pasal tahap kesihatan aku sekarang ni. Ekceli cik P aku dah lewat hampir 9 hari. Tapi pada hari ke-6 tu aku dah buat ujian air kencing...tak de masalah, memang 1 line je. Mujur dah buat dulu, so semalam aku ada pemeriksaan kesihatan...nak kena x-ray. So, tak de masalah la kan...kalau preggy, memang tak boleh nak buat.

Tapi masalah sekarang ni.... dari hari aku menjangka cik P berkunjung, sampai lah ke hari ni....

-suhu badan tak menentu
-asyik sakit perut macam nak keluar, tapi tak keluar-keluar
-tekanan darah rendah (memang selalu pun macam ni)
-selesema, sakit tekak...tak hilang-hilang sebab tak makan ubat pun :p
-loya (kadang-kadang)
-cepat pening, mungkin sebab low blood pressure kan

Yang pastinya, UPT memang sah 1 line ye. 

Maka...apa pendapat para doktor sekelian? Adakah tahap kesihatan yang buruk ini berlaku sebab kejutan *ehem-ehem* yang aku dapat baru-baru ini atau....?







Nota kaki: Aku tak suka makan ubat sebenarnya, sebab aku percaya selsema & sakit tekak tu akan hilang sendiri jugak nanti...hehe...Boleh pakai tak teori aku ni?

Thursday, November 3, 2011

Ikan pekasam: Orang kampung vs Orang bandar

Ada suatu kisah sepasang suami isteri. Masing-masing berasal dari kampung, cuma kampung isteri ‘sedikit’ pekan berbanding kampung suami. Maka isteri mula lah berlagak seperti orang bandar.

Suami suka buat air dalam mug guna sudu besar, buat air dalam jag guna senduk. Isteri marah dan mengatakan itu hanya tabiat orang kampung. Suami mengalah.

Suami suka buang sampah tanpa ikat plastik terlebih dahulu. Isteri cukup pantang dan mengatakan ianya juga cara orang kampung yang suka bakar sampah. Suami mengalah.

Tapi…. bila isteri suka makan ikan pekasam, suami pula tak suka. Suami menuduh isteri orang kampung sebab orang kampung je makan pekasam. Isteri tak nak kalah, lalu jawab:

“Orang kampung tak makan pekasam depan orang bandar sebab takut dikatakan dia orang kampung”

Suami pasarah!

Wednesday, November 2, 2011

Maaf

Jangan ingat aku sombong pulak sebab tak balas jejak korang. Aku ada masa seminggu je ni nak settlekan kerja-kerja yang ada sebelum chow cin cau! *padahal tengah perah otak tak tahu nak hapdet apa...hahahaaa*


Nota kaki: Untuk eszek yang bertanyakan bagaimana dengan anak-anak aku nanti...jawapannya di SINI ye :) Menjawab pula pertanyaan kak  mimie  ...notis seminggu sahaja. Mungkin tak bergaji untuk November ni, tapi itulah pengorbanan yg terpaksa dilakukan :(

Tuesday, November 1, 2011

Hijau serindit

Secara jujurnya, sepanjang hidup kat dunia ni aku nampak 5 warna je. Hitam, Merah, Pink, Purple, Dark brown. Kalau bukak lemari (eh...macam la sumer baju bergantung lam lemari), memang 5 warna tu je lah baju-baju yang aku ada. Sedih kan.

Yang paling banyak pink. Yang paling banyak lagi purple. Sandal pon aku berani pakai kaler pepel terang tu. Sampaikan **** tu pun tanya...awak suka purple ke? Aku boleh pulak terjawab...kebetulan! Kih kih kihh... Padahal memang ye pon... Gambar yang aku bagi kat dia pon pakai baju pengantin kaler pepel yu! lagi nak cakap kebetulan kannnnn

So, bila aku try baju ni...hopkos la suami berkali-kali tanya...konpem? betul ke nak beli kaler ni? Tak nyesal? Ahaks! Nampak sangat suami yang memahami kan... Dia takot la tuu....aku beli pahtu peram...wakakka...







Nota kaki: Jenuh aku tahan napas nak snap gambar ni! Nampak gayanya pas ni kena tekad kempiskan perut! Huhuuu....*Sentap bila suami cakap, nak jadi **** tak leh gemuk2* Amboi-amboiiiii..... Nak je aku jawab, 

"Nak jadi suami ***** pon tak boleh perut boncit!" Muahahaaaa....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...