Saturday, August 27, 2011

Dah kurang blogger post entry :(

*Lempang pipi sendiri*

Orang sibuk nak raya, kau sebok ngan blog lagi... Ni lah nasib aku, huhuuu...sedihnyaaa orang dah mula cuti, aku masih berbakti pada kampeni. Apa lah agaknya suami dengan anak-anak aku buat kat rumah ye. Jeles sungguh.

Tapi seriously, mood raya aku kureng taw. Sehinggakan semalam....

"Abang...jom kita gi survey2 lampu...kipas...set bilik tidur....kabinet dapur...bla bla blaaaaaaa......"


"Mengigau ke yang. Kita ni nak raya, bukan nak pindah lagi. Tu...kain setambun tu bila nak siap jahit..."


Tu lah dia situasi aku sekarang.

Sekian.

Friday, August 26, 2011

Jangan sebut pasal cuti depan aku

Esok, sabtu...masih lagi bekerja. Perancangan awal, kami laki bini memang keje. Tup2 dapat SMS suami, bos dia bagi cuti off record! Huh!

Isnin, kalau ikutkan hati aku ni nak kerja jugak. Tapi melampau lah kan balik rumah mertua malam raya. *Potong gaji....huhuuuu*

Jumaat, raya ke empat.... aku dah kembali bekerja... Sayang nak cuti...kang hujung bulan aku tak makan nasik. Menempel makan kat open house rumah orang. Suami? Di rumah....raya lah ngan anak-anak.

Sabtu, raya kelima...terpaksa kembali bercuti hapday...nak kena pulang ke Lipis pulak.

Sekian, itu je lah cuti aku. Sehari setengah je jumlahnya... Tapi gaji yg dipotong hampir 200!

Sayangnyaaaaaaaaaa :(




*Ni lah nasib orang yang cuma ada 14 hari AL :(( huwaaaaaaaaaa

Aku Pasrah!

Pagi tadi bersengkang mata aku bangun sahur, konon nak teman suami je..tapi mengenangkan takut lapar di siang hari...aku pon belasah la jugak sepinggan nasi panas, lawan dengan telur mata kerbau dan sambal hitam. Cukup. Milo ais segelas. Haha....Dinihari pagi pon nak belasah ais kan. Tah la...Sejak kecik lagi perangai buruk aku ni...tak leh nak ubah dah.

Siap makan, aku pon terus mengadap mesin jahit. Nak cantum gaun Auni.... Dekat kol 7 suku gitu, dah hampir siap.... Belek punya belek...

















Warghh!!!!!!!!!!!!! Aku salah jahit!!! Kena bukak semua sekali dan cantum semula! Ni yang rasa macam nak buang duit gi beli kat kedai je..huhu

P/s: Korang bila mula cuti ni? Aku kerja lagi esok...huhu....sapa nak temankan aku :(

Thursday, August 25, 2011

Bila lah nak siap ni?

Rasa macam nak kena tarik balik entry Dah Boleh Raya....huhuuu....Sebab aku baru tingat... Waiting job dalam senarai sebelum boleh balik beraya dengan tenang:

-Siapkan jahitan mata lalat, silang pangkah dan jahit getah pinggang untuk baju kurung anak buah, si Nurin Alia (yang ni dah 2 hari aku bawak ke opis, jahit mata lalat tak jugak siap2...)


- Jahit getah cuff tangan jubah/dress aku, whole baju dah siap. Cuma belum berlengan je lagi dress aku ni.

- Siapkan baju Melayu Aniq Zaquan yang terbengkalai part nak samakan pesak. (malasnyaaaaaaa nak alter!)

- Jahit baju gaun Auni, dah potong...tapi lum start jaet lagi.

- Kecikkan dress Auni...alter lagii....pasal lah awal2 hari tu tak terus buat.

- Kelim bawah semua dress Auni yang aku jaet...ni satu lagi perangai buruk, asal rupa dress dah nampak...terus malas nak jahit bagi siap!

- Jahit butang as embellishment untuk kesemua dress Auni (boleh buat kat kampung ni rasanya)

Last, but not least!



- TERbeli kain cotton kat jalan TAR hari tu, TERpotong baju kurung aku, TERjahit tepi dah...tapi belum TERjahit lagi!

Dah boleh raya

Ada dua sebab. Pertamanya sebab aku memang dah dapat 'kelulusan' raya awal...hehe.... Keduanya...kesayangan aku yang blink blink tu, dah selamat berada di tangan aku.... Tu pon selepas kali ke 3 suami aku berkunjung. Yang sengal tuh... kali ke2 pergi kan aku citer depa offline. Laki aku plak blah gitu je lah... Hari yang sama, dalam jam 11 am gitu..dia call dulu tanya, line dah ok tak?

Staff tu reply, belum lagi... Laki aku dah tension...sambil bebel2...orang nak tebus pon susah! Kang makin lama makin bertambah2 la upah simpannya kan.

Tup..tup staff tu jawab...eh...encik nak tebus ke? Kalau nak tebus, boleh je...adoyaiiiii!!!! Sakit jiwa aku dengar.

Pasal apa lah ko tak mention awal2... Sepatutnya sebagai sorang staff yang professional...terus maklum pada pelanggan. Sekarang ni sistem tengah offline...Tuan/Puan hanya boleh buat urusan sekian...sekian...sahaja.

Ini tak, terus kata offline! Tak boleh buat pape! Ohh, mentang2 lah nak raya kan...so dorang ingat semua orang ke sana tu nak menggadai je lah kekdahnya yer!

P/s: Harga emas melambung2 sekarang ni..baru je beberapa bulan mak aku belikan si blink blink ni...tapi harga dah mencanak naik... Lepas raya ni, aku nak belikan sekeping dinar/emas sorang satu utk anak2...takmo lg simpan lam bank...rugi!

Sabda Rasulullah S.A.W:

Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Emas Dan Perak. 

Wednesday, August 24, 2011

Raya punya pasal, hari merdeka dilupakan

Aku tak cakap orang, tapi tuju kat diri sendiri. Ni kesah aku kena temuramah dengan wartawan cina semalam. Otw balik dari bank (tukar duit raya), ada la group reporter ni tahan aku. Memola tu aku curiga gak...apa dorang nak ni....

Sekali bila dorang kata nak intebiu aku pasal merdeka...terus aku tergamam dan baru tingat...laa...tak lama lagi 31 Ogos rupanya...hehe

Aku pon merelakan je la...

Reporter: Soalan pertama...Siapa Bapa Kemerdekaan kita?


Aku: Bantuan...bantuannnnn....eh, kak fazi...halizah (kengkawan aku yg ada berdekatan), sapa eh? Tetiba blur ni....Ohh...Tunku Abdul Rahman.... (Jalan TAR aku hafal, bapa kemerdekaan boleh buat2 hilang ingatan plak? adoiii)


Reporter: Kamu tahu gambar siapa yang ada pada duit kertas RM?


Aku: Aaa....aaa...eh...I tak tahu lah...hihiii


Reporter: Ok, itu gambar Agong kita yang pertama....Tunku Abdul Rahman...


Aku: Eh, Agong ke PM?

Geng reporter yang lain dengan konpidennya menjawab...1st PM... Aku iya kan je lah...Balik2 opis baru aku pasan, tu bukan gambar TAR lahhh....adoyaiii...dorang ni nak intebiu aku, tapi dorang sendiri tatau...haha

Ada lagi soalan...aku tak ingat...cuma endingnya...

Reporter: Boleh kamu nyanyikan lagu negaraku?


Aku: *Dengan konpidennya menyanyi!*

So...agak2 masa 31 Ogos nanti korang tertengok iklan merdeka atau slot merdeka yang ada org nyanyi lagu negaraku pakai uniform peach, tudung pepel....suara sumbang.... <----aku lah tu!

P/s: Aku agak2 samada TV2/NTV7/8TV

Kunjungan kedua pon tak berhasil!!!

Rentetan dari kisah aku meroyan pasal institusi kewangan yang tak tepati masa tu (cerita di SINI), aku dah telefon dan email aduan ke HQ, tapi nampaknya mereka seperti spesies yang membuka atau menyemak email sebulan sekali. Ok takpe. Tak kisah. Janji dah dapat bersuara 1-1 dengan staff2 di sana, walau jawapannya menyakitkan hati dan sangat2 tak pro (cerita di SINI).

Yang tak tahan siap bertanyakan soalan macam lah aku sengkek sangat...huhuuu...padahal aku ni nak bagi dorang duit, bukan nak mintak duit.

Dan pagi ni, sekali lagi suamiku berkunjung ke sana...harus kejar hari-hari ni...kalau tak, 'kosong' lah aku beraya nanti :(

Dia tamo g awal pagi macam semalam. Dan aku pon malas nak teman dah. So, sampai around 840 gitu...dah bukak...sekaliiiii











"Maaf ye encik, sistem kami offline pagi ni"

Derm!

P/s: Agak-agak korang, berapa kali laki aku kena pergi nih??? Buatnya esok pergi...sekali dapat jawapan pulak....

"Maaf ye encik, pegawai kami dah mula cuti raya"

Memang aku pecah masuk premis tu...ambil barang aku!

Jawapan staff Institusi Kewangan

Ekceli aku buat panggilan follow up ni tengahari tadi. Tapi siang tadi kan aku hot+emosi tak terkawal+bendera jepun naik setelah setahun tak naik2. Maka aku paparkan lah perbualan tu malam ni. Dah sejuk, tapi nak jugakkk share kat sini

Aku: Salam. Ni A****** E******* caw. Puchong ye?


Hamba Alllah (HA): Ye saya.


Aku: Boleh saya tahu kat sini bukak pukul berapa ye?


HA: Jam 8.15 pagi


Aku: Oh ye ke? Tapi kenapa pagi tadi sampai hampir 830 pagi (waktu sebenar 8.25) saya menunggu, sorang staff pun belum ada lagi?


HA:Ohh...pagi tadi hujan...err...staff pulak masing-masing duk jauh-jauh.


Aku: Takkan sorang pon tak ada? Bla...bla....blaa.........

Orang tengah panas, membebel tak henti-henti lah. Tapi kenapa tah aku panas hati dengan jawapan HA tu. Tak profesional. Sedangkan nama kampeni mereka agak gah jugak lah. Perkataan maaf? Rasanya tak ada. Ntah lah.

Dan petang tadi, sekali lagi aku buat panggilan untuk pastikan esok, tepat jam 815 pagi, premis akan dibuka!

Panggilan aku disambut oleh Hamba Allah yang lain, kerana aku kira...suaranya lebih matang. Gaya ustaz2 pun ada.

Lepas beri salam seperti biasa...

Aku: Saya nak pastikan, memang buka jam 815 pagi atau tidak...(dan aku pon cerita hal pagi tadi)


HA 2: Insya allah


Aku: Hurm...tapi apahal pagi tadi langsung tak nampak muka sorang staff pun?


HA 2: Biasa lah Puan, kami pun manusia...bukan bersifat maksum...bla....bla...blaa....

Sekali bagi ceramah pulak kat aku...haishh! Yang aku heran tuuu....cemana semua buat pakatan datang lewat ek???

Setakat aku berurusan kt tempat lain cam bank....EPF... TNB....pejabat pos....kalau kata kol 8 bukak, sebelum kol 8 lagi dah nampak kelibat dorang tau. Dan tepat kol 8, pintu dah dibuka.

Nampak sangat tak pro. Ni lah janji melayu.

P/s: Mungkin ini kesilapan mereka yang pertama. Dan mungkin juga dah biasa, tapi tak pernah dapat pelanggan macam aku? Segalanya mungkin...

Tuesday, August 23, 2011

Punca Beremosi: Bukan Berbadan Dua :)

Hurm...patut lah dua entry berturut2 aku melepaskan geram. Emosi kurang stabil. Perubahan hormon gamaknya. Berganda2 lagi sebab dah setahun kan Cik P bercuti. Hari ni dah muncul.

Mula2 sekali tadi aku happy gilerr....Bukan sebab raya awal tapi.....kebimbangan aku dah berakhir.










Aku tak mengandung!

P/s: tadi aku ditemuramah oleh reporter bangsa cina berkenaan kemerdekaan. Siap aku nyanyi lagu negaraku lagi! So, kalau korang nampak muka aku kat TV pada hari merdeka nanti...buat2 tak kenal ek :p

Taktik permainan harga diskaun oleh JUSCO

Sorry lah ye...hari ni akan penuh dengan entry tak puas hati je. Almaklumlah, kepala hangin memang macam ni kan. Menda kecik pon rasa nak melenting. Napa tah aku emo semacam. 

Ni cerita semalam. Alkisahnya keluar masuk kedai kasut kat IOI, mencari kasut mama anak bujang. Bapaknya nak yang bertutup lah pulakkk... Dari weekend hari tu lagi kami usha. Dan kebanyakan yang kitorang tengok tu, kalau label 20% ada kat situ, maknanya keseluruhan kasut di atas rak tu memang ada less 20%. 

Dan semalam, sambil menerai kasut kat kaki anak bujang yang dah tidur dalam stroller, akhirnya kami berkenan ngan kasut yg bila pijak tu ada lampu2... *Maknya pulak terlebih eksaited*

Dalam kekalutan anak dara yang duk meraung2 nak susu, aku cepat2 lah mintak kasut dgn saiz yg diperlukan dari SA, ambil dan terus bayar. Sampai kaunter, bila scan aku tengok yang tertera tu harga asal. Padahal rak yang ada kasut tu ada label 20%! Even dekat price tag tu tak de apa2 sticker....ada haku kesahhhh? Kau letak label besar kemain, kejadahnya? Nak mengaburi mata aku kannnn???

Aku faham...kalau kasut tu dlm bin, hopkos la yg tercampak2 ke tempat tak sepatutnya ke...kannn. Ini tak, elok je display atas rak. Dan kat atas rak tu ada label 20% tanpa ada tulis *for selected items ONLY!

So, what ppl guess? Mesti lah kesemua item atas rak tu, ada diskaun kan., Takkan lah 1 item je ada diskaun, label besar gedabak.

Kesimpulannya, JUSCO memang hebat mengelirukan pembeli. Tahniah! Syabbas betti....syabbas!

P/s: Kesimpulan no.2, aku beli jugak kasut tu sebab dah malas nak cari yang lain :(

Ni lah dia melayu layu


Institusi Kewangan ni.

Ada memo tampal kat depan pintu tu.

Waktu Operasi sepanjang Ramadhan: 

Isnin hingga Khamis (8.15 pg hingga 4.15ptg)

Hari ni Selasa kan. Sepatutnya 8.15 pagi dah beroperasi kan? Aku sampai sekitar 8.05...Sorang makhluk pon tak ada lagi. Eh, apadehal....awal lagi beb! Ok takpe....tunggu lagi.

8.10....Masih sunyi sepi...Kalau opis aku ni, kol 9 bukak, kol 8 pon dah ada staff masuk. Pelik.

8.15...Masih tak nampak bayang sorang staff ponnnnnn.... Sabar, bulan puasa kan. Mungkin mereka terlebih berjaga malam semalam. Ataupun 'bersahur lewat' agaknya.

8.25 pg...Okkk fine....Moh la bang, kita gi kerja dulu. Kalau tunggu jugak, kita pulak yang masuk lewat nanti.

Monday, August 22, 2011

Kisah berbuka di jalan tar.

Sabtu lepas, aku keluar rumah dlm kol 430 camtu. Lepas dah settle beli botol susu bebudak ni, solat Asar...then gerak ke KL. So far, tak jammed sangat. Cuma bila dh dekat ngan kawasan jalan TAR tu baru sesak. Kitorang dapat masuk parking RM 8 per entry tu dalam kol 630. 

Hari tu ada Pasar malam. Orang ramai, tapi bagi aku tak sesak sangat. Mungkin masing2 beransur keluar nak cari tempat berbuka. Tengah-tengah membeli tu tetiba suasana sunyi sepi...rupanya dah azan! Nasib baik dah standby air. Maka terjadilah peristiwa berbuka di jalan tar. hehe....

Dah settle membeli, dekat2 kol 8 tu kitorang ke surau Balai Polis Dang Wangi untuk solat Maghrib. Alhamdulillah rezeki kami sebab masa tu ada katering sediakan makanan berbuka puasa untuk pengunjung surau :)

Dan masa kitorang tinggalkan bandar dlm kol 830 tu...nampaknya jalan TAR diserbu dengan umat manusia yang boleh tahan ramai la jugak.

So, sapa yang agak2 nak pergi ukur jalan TAR, boleh la pergi time2 dekat nak berbuka tu.... :)

Saturday, August 20, 2011

Tips Berbuka Puasa Dgn Tenang di Fast Food Restaurant!

Semalam, lepas aku taip entry OKB tu (cerita di SINI), aku tergerak nak check akaun bank..kot2 la suami terchenta transfer kan wang ringgit nya untuk aku...hihii (kebiasaannya laa). Sekali check punya check...

Omakkk kau den terkojut! Beribu2 lemon ado lam tu! Aku rasa duit EPF dah masuk la ni. Giler cepat kan. Baru hari Selasa apply (cerita di SINI). Tapi tu lah...amount nya cam ada kureng sikit...hurm.... Biarkan lah dulu. Cuma lam kepala otak aku dah terbayang2 kesayangan aku (cerita di SINI) sempat juga bersama dengan aku hari raya nanti :)

So, semalam aku dah gosok2 suami ajak berbuka kat luar (bukan lg luar rumah tapi dalam kereta, macam sebelum ni). Dan setelah diteliti...diambil kira dari segenap faktor, kitorang memilih untuk berbuka di Secret Recipes, Bandar Puteri.

Ternyata pilihan kami berdua sangat tepat, kerana boleh makan dengan aman walaupun ada dua makhluk halus itu bersama. Terbayang2 sekiranya kitorang pergi berbuka kt fastfood di Shopping Complex...konfem penuh sesak...bising...dan makhluk2 halus tu pon tak selesa...lantas meronta2 menangis dan buat hal! Itu yang aku paling cuba elakkan.

So, tips nya di sini... kalau nak jugak berbuka kat fastfood...pilih restoran yang berada di lokasi terpencil...hehe...kurang tumpuan orang...nah tengok!
 
Sunyi kan? (Motif bukan nak tunjuk Sirap FREE tu tau...tengok sekeiling...hehe)

Ni lagi...bukti tak ramai orang....


Padahal masa ni lg beberapa minit nak berbuka....Ohh....suami aku tu bukan berbuka awal tau, tapi tolong 'sejukkan' mash potato untuk mahluk halus yang mashammmm itu :)


Bila tenang, aman damai...bebudak nak makan pon selesa...
Ni menu untuk aku....apa tah namanya....sedap! Tapi asalnya suami yang order, last2 dia tukar ambil aku punya...sebab dia kata lambakan black pepper tu membuatkan dia rasa macam makan meal orang berpantang...


Beef Lasagna untuk kakak... (mama yg nak makan sebenarnya)


Licin...kurma tu FOC...tp sebab aku bukan penggemar kurma...so, suami je la yang jamah


Dan for the first time....anak bujang aku pandai menyedut selain dari sedut (.)(.) mama dia! Mungkin nak tunggu makan kat luar baru nak tunjuk hero kot! 


So, hari ni hari untuk aku menghabiskan duit (secara berfaedah). Nak beli botol susu adik, since dia dah tunjukkan tanda-tanda nak hisap dari botol. Tukar botol susu kakak. Ukur jugak Jalan TAR kalau rajin...nak cari telekung. Dah lama tak berganti dengan yang mahal dan berkualiti : (

Malam nanti nak singgah rumah TokMa bebudak ni.... Uwe bebudak ni kirim baju raya....alhamdulillah...rezeki!

P/s: Hujung minggu ni korang ke mana?

Berbuka Puasa Ala Jepun


Ni cerita Khamis lepas. Kami berbuka di rumah, tapi 'masak' kat Bazaar Ramadhan. Lupa dah nama mende alah ni...tako tao ke tako yaki ek? Kalau nak cuba, boleh try tengok kat SINI..lokasi tetap yg menjualnya.

Aku paling suka sampah sarap atas tu....ada fish flakes (kalau tak silap lah). Kalau yg kat bazaar ni tak berapa sedap sangat, sebab tepung je banyak....cuma berpatutan lah dengan harga, kalau nak compare dengan yg pasaraya tu :)

Friday, August 19, 2011

Oh Kay Bee (OKB)

Ingat kan title OKB ni aku nak keluarkan minggu depan. Ye lah, mana pernah duit 5 angka ada dalam bank kan. Eksaited dia lain macam walaupon brapa saat je ko pegang, pastu kena serah kat Owner...haha

Tapi petang ni aku dikejutkan dengan SMS si suami yang membuatkan isteri nak melompat!

"Yang....abang dapat angpow raya ni...gaji pon dah masuk hari ni (biasanya 27hb)"


Terus isteri mata separa duitan ni membalas:

"Dah boleh shopping raya eh malam ni?"

Tak cukup satu SMS...hantar lagi!

"Ehh, abang cakap nak belanja berbuka kat Kenny kan? kan?" (Padahal tak de pon dia cakap)

Standard kan perangai isteri macam ni???

Lhoooo...Divan ke namanya ni???

Merujuk kepada entry 18 SX aku tu, yang sebenarnya aku maksudkan tuuu aku nak katil yang jenis cenggini laaa....Tak de kepala pon takpe, togel gitu je...simple!


Setelah YanaMIB ngan NM02 mencadangkan aku katil divan...gigih aku google dan aku rasa macam...laaaaa....divan ke namanya ni??? Aku memang minat yg ni lah, tapi tatau nama...ahahaha. Ni lah bagusnya bila ada komunikasi 2 hala dengan rakan-rakan blogger... Tak de lah aku bodoh sensorang kann.... kih kih kih

Tapi bila survey2 harganya...hurmmm...boleh tahan mahal jugak eh. Padahal bed frame je kan. Ke apa material dia?

Kalau laki aku tengok ni, ada yang cakap:

"Okeh yang, balik kampung nanti abang cari kayu...kita ukur saiz tilam pastu abang buat kotak dari kayu untuk letak tilam tu!"

[18 SX] Kayu atau Besi?

Sejak-sejak dah makin hampir nak settle hal beli rumah ni... aku suka borak2 pasal perabot ngan suami aku. Lepas tu, mula la berdebat. Ada yang endingnya sampai baling2 bantal (gurau2 manja) sebab tak puas hati. Last-last kakak pon join sama, adik gelak mengekek...terus tak jadi gaduh...haha. Ada jugak endingnya yang mana kami mencapai kata sepakat....

Tapiiiiiiiiiiiiii..bab kayu ngan besi ni.....aku kena fight lagi lah jawabnya! Cerita mengenai katil. Katil yang ada sekarang ni merupakan pemberian pak su aku (berjiran) dulu. Sebab dia nak tido atas lantai, so dia bagi katil tu kat kitorang. Kiranya sejak kawen ni aku tak pernah beli katil lagi lah. 

Katil pak su aku ni diperbuat dari besi. Kukuh..tapi aku tak suka design hujung katil yang ada bonggol tu...nak pakai cadar ada skirting tak boleh. Pastu togel lah nampak bawah katil ada macam-macam. Buat aksi lebih sikit...mula lah bunyi kriukkk kriukkk...

Aku pon suarakan lah keinginan aku nak beli katil kayu nanti.

Tup-tup kena bangkang lak. Sebabbb...errr...errrr.......








Malam pertama kami di rumah mertua aku, katil kayu kitorang patahhh....haha... (Tak de la ganas mana pon...aku rasa katil tu memang dah reput kayunya) So dia macam fobia lahhh kannn. 

Berkali-kali aku cakap, katil rumah MIL tu mungkin dimakan bubuk...tapi dia tetap nak beli katil besi jugak nanti...huhuuu

Cemana eh nak buat? Bagi korang, kayu atau besi yang elok?

Zakat Barang Kemas jangan lupa tauuu

Semalam bonda aku SMS...Katanya baru lepas bayar zakat untuk barang kemas.... Dalam pada tak ada tu...RM 180 jugak dia kena zakat.... Tau tak untuk berapa nilainya???





Almost RM 37K! Terkezut aku....celah mana ek bonda aku menyimpan duit beli emas? Bukan kerja ponnn.... harap tempahan baju sikit...pastu dulu2 ada la meniaga kuih sikit2....hurmmmm

Kalau aku tanya bonda aku ni, dah tau jawapannyaaaaa.....









"Hari2 masak...makan kt rumah...tak payah selalu sangat makan kat luar...hari minggu duk rumah diam2...kang gerak sikit je kena isi minyak...bayar tol...bayar parking....Dah tu bila masa nak menyimpan???"

Jawapan standard yang aku dah jangka :p

Thursday, August 18, 2011

Kerabu Daging Ala Nyonya...Terbaik!


Ni menu berbuka aku semalam....serious sedap.... nak resipi boleh terjah blog tiffinbiru.com

Tapi aku derhaka sket, guna susu cair menggantikan pati santan...hehe....

Hari Malas Sedunia

Hari malas sedunia aku dah tiba. Iaitu jatuh pada hari ini. Sampai ke tengahari aku biarkan blog tak update...huhu... Yang malas tu blogging je.

Tapi yang rajinnya is.....................









Survey pasal kitchen cabinet lagi dan lagi dan laaaaaaaaaagiiiiiiiiiiiii...haha

Sampai nak muntah dah aku tengok KC orang2 kaya...cantik2 sungguh...huhuuu...Berangan je lah!

P/s: Korang 'malas' apa hari ni?

Wednesday, August 17, 2011

Gambar Bisu Hari Rabu # 8 Bayangan Lebih Realiti

P/s: Betul-betul 'comel' kan saiz teratak aku nanti :) Comel macam Puan Rumah...kih kih kihhh

Mulut ibu ni memang masin.

Ingat tak semalam kemain lagi aku menyenaraikan menu nak dimasak kat entry INI? Gara2 memang kecur liur habis tengok Umai Udang Gaya Sarawak ni kat TiffinBiru.com .


Meleleh tak? Sangat menggiurkan..kalau untuk tekak aku lahhh....huhuuu... So, umai ni punya pasal... Singgah kedai jap otw balik rumah...beli cuka.

Dalam kol 615pm aku sampai...kalut solat Asar dulu...adoii...terlupa nak solat kt opis :( Melayan Aniq yang nak 'menyedut' lagi....kol 630pm baru aku masuk dapur. 

Memola nak masak nasi dulu... Pastu aku tingat resipi che mat ni katanya umai udang ni kena perap dalam peti dalam sejam, baru cuka tu masakkan isi udang. So, aku apa lagi...gegasss siapkan bahan-bahan...kupas bawang...tumbuk rencah...hiris serai...daun sup... dekat kol 7 baru settle! Fuhh....rasa macam masa sangat2 jeles kat akuu....

Dah kol 7 baru tingat....lahhhhhh...ikan bawal aku kalau baling dinding boleh pecah dinding... rupanya dari tadi aku keluarkan, tak isik air ponnn...huhuu...Cepat2 rendam ikan lam air, sementara siapkan bahan-bahan nak mengari. Masa ni bantuan suami diperlukan untuk masak nasi.

Masa periuk dah atas dapur tengah panaskan minyak, masa tu lah baru aku dok menumbuk bawang....tengah2 menumis tu kocoh2 pulak bukak tin susu cair (aku tak guna santan), bancuh serbuk kari, bancuh air asam jawa... Time ni suami aku pon sebok blend carrot...Layan kerenah isteri terliur carrot susu kat bazaar...tapi buat sendiri lg puas hati kann...

Dah siap masuk semua baru potong bendi ngan tomato... Ngam2 ikan bawal aku dah lembut... Campak ikan....bendi...tomato....Sementara tunggu nak menggelegak, suami aku pon cakap...








"Dah azan la yang...."

Aku apa lagi...terus berbuka dengan merasa kari aku atas dapur!

*Kan betul aku cakap petang semalam...elok je siap masak, azan berkumadang. Only 2 menu out of 4 listed. 

Gambar Bisu Hari Rabu # 7 Dalam Bayangan

*Sila jangan kutuk drawing aku. Dan lukisan ini tidak dilukis mengikut skala sebenar....hihii

Tuesday, August 16, 2011

Grill dan Kabinet Dapur :)

Wah...wah....semenjak dua menjak ni cerita pasal rumah je kan...Hihii...aku bukan apa, kalau boleh by the time dah start bayar rumah tu...aku nak pindah terus...mana larat nak bayar dua bijik rumah kan :)

So, aku dah start survey grill... ada email Ujang mintak contact number since hari tu dia buat grill rumah jugak. Aku rasa within bajet aku kot sebab yang nak grill tu sikit je. Sliding door jenis dua pintu je. Tingkap pun ada 3 ke rasanya...tingkap dapur tak perlu sebab cermin nako tu kan.

Then, disebabkan ruang dapur yg amatlah sempit (keluasan mcm apartment je), so kenalah buat KC sekali... Setakat ni yg aku tengok mostly RM 4-5 K untuk keluasan dapur yg smpai 10 kaki (panjang kabinet)... Dapur aku rasanya dalam 5 kaki je boleh buat KC... dan kena buat L shape...5' x 5'. Agak2 sampai RM 3 K tak?

Sesapa area Puchong yg pernah buat KC n grill dan tau tempat yg murah dan affordable untuk orang2 macam aku ni, tolong eh inform :)

P/s: Next entry berkaitan rumah nak tanya pendapat pasal hob dan hood pulak :)

Setelah diteliti...

Maka dengan ini penyimpan mohor besar raja-raja ingin mengumumkan, menu pada petang ini berdasarkan stok lauk yang ada di dalam peti ais adalah:

Umai Udang <-- terliur tengok kat belog CMG
Kari Ikan Bawal <--Ohhh..it's not my favourite :( Hanya mengikut selera suami yg suka makanan berlemak...cuma aku tak guna santan, ganti dengan susu cair...kih kih kihhh
Sotong Celup Tepung <-- kalau sempat dan rajin nak main celup-celup nih
Cendawan Tumis Pedas <-- Nak menghabiskan belen goreng semalam, kalau tak masak hari ni takut dah tak elok pulak nanti.

Ehhh...banyaknya aku berangan nak masak!

Silap-silap haribulan, dah siap kari ikan bawal...terus rasa malas nak buat yang lain, tak pun elok siap mengari, azan pon berkumandang...huhuuu...itulah kebiasaannya :(

Urusan di KWSP

Alhamdulillah, dah dapat tarik nafas lega... Pagi tadi kami berdua gi tunggu ofis KWSP Puchong bukak, jam 815 pg.

Dah submit segala jenis borang yang diperlukan. Sepuluh minit, segalanya selesai. Kami diberi masa 15 hari bekerja.

Lepas ni dah buleh start survey nak pasang grill dengan buat kabinet dapur....yeahaaaaaaaa.... Aku pasti akan berpindah secepat mungkin kerana mana mungkin aku nak bayar sewa rumah sekali dengan ansuran rumah kannn...

Walau kecik, tapi itulah teratak kami. Rumahku Syurgaku. :)

Monday, August 15, 2011

Selamat berbuka puasa

Tenang sangat memasak hari ni. Sebelum jam 7 dah settle. Kalau hari2 macam ni kan best. Nak MC lg esok, buleh tak? Huhu...
*seharian x on9...tup2 muncul dgn ayam masak tomato dan cendawan sos tiram bersama daging cincang dan kcg buncis.

Saturday, August 13, 2011

Puas hati dapat ni

Dah sampai kat rumah MIL. Masuk2 je tuju dapur, dan ni lah dia oven MIL...Besarkan.
P/s: tersilap info, bukan 500 tapi 300biji tart nenas sekali bakar dalam oven ni.

Kusangka demam 'berisi' rupanya kena denggi

Rasa bersalah pulak bila Kak Liza memberitahu dia demam, lalu aku membalas mungkin dia berisi di entry ini. Semalam aku dapat MMS, tapi aku abaikan sebab tak reti nak bukak....percaya tak aku guna hp untuk sms, call, email, FB dan blogging sahaja. Bila part MMS aku jadik blur. 

Nasib baik aku tak terus delete. Pagi tadi datang awal ke opis, aku menggodek hp...MMS dari kak liza rupanya, menunjukkan dia sedang dirawat di Hospital Serdang.

Semoga cepat sembuh ye kak. Insya allah petang ini Wani datang melawat ye :)

Friday, August 12, 2011

Selamat Tinggal Wahai Anai-Anai Perosak!

Alhamdulillah....hari ni aku rasa legaaaaa yang teramat...macam rumah lama kata bye bye, rumah baru says welcome :) *walau hakikatnya bayang kunci tak nampak lagi

Awal minggu ni aku masuk bilik belakang (stor), dan untuk kesekian kalinya bunyi itu ada lagi... suami aku cakap, aku bermain dengan khayalan dan fobia...tapi tidak...percayalah isteri mu ini bang....aku ada kebolehan mendengar bunyi anak-anai berjalan....and yes! Memang mereka tengah meruntuhkan lemari dalam stor aku....fuhhh....*pelik kan pesal apa aku sorang dengar...suami aku tak dengar pape...kalau mak aku dtg dan kebetulan bunyi tu ada..ponnnnnnn dia kata tak dengar pape...

Aku malas dah nak berperang. Kau robohkan la...sok lusa aku beli lain. *redha*

Readers yang dah lama melepak sini mesti dah tau kan kisah aku ngan anai-anai...ada kat entry hangin dengan anai-anai dan album kahwin kena makan dek anai-anai. Sebab anai-anai jugaklah mendorong aku untuk segera membeli rumah!

Korang jangan tak tau, aku punya hangin tu kan dalam minggu tu jugak aku cari, dapat dan bayar booking...Bila pikir2 balik, kalau aku tak gila gitu...sampai sekarang pon aku akan bertangguh dengan alasan...tak cukup duit lagi....

Tapi hakikatnya sekarang, aku pon pelik mana aku dapat semua duit yg diperlukan utk booking...lawyer fees...dll...Ajaib kan? Nampak di situ yang Allah SWT membantu hambanya membuka otak dan berfikiran jauh untuk mendapatkan ongkos. Like kalau nak seribu daya, tak nak seribu dalih, kan?

Okey, berbalik kepada perenggan pertama tadi... berita baik yang aku dapat hari ni... persoalan aku mengenai EPF dijawab sepantas kilat... Dalam masa sejam selepas aku menghantar email pertanyaan, staff EPF call untuk membantu.

Yang keduanya, petang tadi staff lawyer aku dah call, katanya pengesahan dari pemaju dah ada di pejabat mereka dan aku boleh ambil bila-bila masa next week.

So now aku nak prepare semua dokumen yg diperlukan untuk membuat pengeluaran KWSP (EPF), bagi lawyer semak...dan next week juga dah boleh apply.

P/s: Kan best kalau sebelum raya duit segedebuk tu masuk akaun...*tersengih*

Panggilan Akhir Kuih Raya


Wahhh...ramai rupanya duk keluar masuk blog aku mencari Tart nenas ngan Batang buruk ye? Siap survey harga tart nenas tahun 2011? Ohh...sila lah buat perbandingan. Tapi firasat aku selalunya sekut ni kalu murah sangat (macam yg berlambak kt jalan TAR tu....) rasanya adalah kureng sedap...hihi

Mesti korang frust kan sebab tak de gambar? Huhuuu....aku puas korek mana tah aku simpan gambar2 taun lepas. So, baca je la cerita aku yang menggiurkan INI sambil membayangkan rupa-rupa mereka... Esok aku nak balik nismilan ambil order2 tart nenas.

Semalam aku desak suami suh call mak dia, tanya dah siap tak order orang... Sekali MIL aku jawab baru ada 3-4 ratus...nak tercekik kejap aku...adoyaiiii mak ni...sempat tak nak siap...

Sekali dengan nada yang ala-ala berlagak sikit... "No problem lah...mak baru beli oven yang sekali bakar boleh masuk 500 bijik tart!"

Gulp...telan air liur aku dengar...banyak duit gak org tua ni rupanya...kih kih kih.

So, sampai malam ni je aku bukak order, sapa2 nak merasa tart nenas buatan MIL aku...sila es em es ye: 0172019859.

Sekadar Baca, Tak Perlu Sebar

Dulu-dulu aku tak ingat lah aku ada buat macam ni ke tak. Tapi sekarang ni, aku nekad ambil pendekatan untuk tidak menyebar apa-apa gosip. Cukup sekadar aku terbaca. Malas nak tambah dosa memanjangkan perkara tu sampai siap buat entry di blog atau copy paste dari berita, masuk blog kita pulak. Sebab blog aku yang ni bukan lah mengejar traffic..SEO..bagai... (bukan ada BE ponnn).

Kadang aku terfikir kesahihan gosip yang dibaca. Seandainya ia tidak benar, bukan kah kita pon tumpang sekaki menyebarkan fitnah kekdahnya? Lebih baik sekadar baca, untuk pengetahuan diri sendiri. Dan tak perlu juga aku rasa nak buat entry pergi tanya orang pulak betul ke berita tu sekian sekian... Kalau real life, itu lah busy body namanya kan.

Mungkin kita tak perasan busy body alam maya pon ada jugak :)

Selera barat


Semalam tak lalu makan nasi, so aku masak spaghetti bolognaise ni. 2 kali dah lam minggu ni aku masak spaghetti. Dessert aku masih puding gula hangus tu. Ada separuh loyang lg. Makan berdua, macam ni lah.
Sahur tadi pun aku makan ni jugak. Tapi suami makan nasi. Goreng ayam je lawan dengan sambal hitam.
Lepas subuh tadi, rasa loya dan muntah. Tak sengaja tak pe kan?

Thursday, August 11, 2011

5 minit yang nikmat

Masuk ke surau biasanya dua job je aku buat kat dalam tu. Solat dan mengepam. Ntah macamana tadi lepas pam aku rasa sakit kepala yang amat... (dehidrasi again I guess). Aku pon letak kepala atas lantai jap. Dengan muka mengadap lampu dan mata terpejam. Ponnnn boleh terlena! 

Tak pernah lagi aku tidur dalam surau sebelum ni. Sebab surau ni kecik dan sempit serta panas. Tetiba je aku terkejut bila dengar seolah-olah ada orang panggil, lalu bingkas bangun..ya Allah...aku tertidur rupanya. Hadap cermin, merah menyala bijik mata... 2-3 kali kelip mata....nasib baik hilang. Hilang sekali sakit kepala tadi.

Rasa macam lama je aku tidur, sekali tengok jam kat PC...baru 15 minit aku masuk surau rupanya. Ingatkan setengah jam tertidur.

Bila dikira-kira tolak masa mengepam, 5 minit je pon aku terlelap tadi. 5 minit yang nikmat.

Nak kena gertak dulu baru dapat

Ahamdulillah, pagi ni check akaun bank aku...dah masuk pon duit refund yang aku kejarkan tu...tak banyak..sikit je pon...ada lah doploh tiga juta ringgit (buang lah juta tuuuu). Ni kisahnya aku email bertalu-talu.

Pastu saja meroyan kat akaun FB dorang. Sebelum tu boleh CS dia cakap Selasa depan baru masuk bank. Aku menyirap terus cari akaun FB dia, klik like dan mula la komen merapu aku kan. Lepas tu baru nak alert. Baru nak buat kerja. Huh. Baru nak email mintak maaf.

Teruk kan? Means selagi tak de orang macam aku ni pergi meroyan, dorang akan fikir yang service dorang bagi tu dah habis baek...sebab tak de customer complain. Padahal orang malas nak argue kan duit ciput tu.

Kalau ngan aku, silap la beb. Ciput ciput pon...tak de doploh tiga hengget tu tak cukup sejuta duit aku nanti...kannn?

Dessert sahur

Hari ni bersahur benar2 lewat. Rapat ke subuh. Mungkin ini penyebabnya.

Puding gula hangus yg dibuat jam 12mlm semalam. Tidur lewat sebab nak jugak makan puding ni masa sahur tadi. Again, meriah kan sahur aku siap ada pencuci mulut lg...hehe

Korang sahur apa pagi ni?

Wednesday, August 10, 2011

Berbuka dengan ringkas

Nasi, sambal sotong masam manis, sayur goreng sos tiram dan telur dadar. Very da simple kan.

Ni je yg mampu aku masak dalam masa setengah jam. Nak buat cream caramel malam ni. Nasib baik tak buat yg tu dulu sblum masak menu berbuka.

Elok je siap goreng sayur, gas pun habis. 4 bulan aku ambil masa untuk habiskan setong gas.

Gas kat rumah korang bertahn berapa lama?

Cerita di sebalik kehilangan suami

Cerita penuh ada di SINI. Blog asal seorang isteri yang kehilangan suaminya hampir 4 hari. Ianya mengisahkan bagaimana perpisahan 'sementara' itu berlaku.

Terkedu sekejap aku membacanya. Perasaan tu seolah-olah nak lari balik sekarang jugak..nak peluk cium suami tu puas-puas. Nak tarik balik offer pagi tadi. (Eh). Nak buat serba serbi perkara yang menyenangkan suami dan macam2 lagi.

*Mode: muhasabah diri

Kepala nak jatuh: Simptom Dehidrasi Breastfeeding Mommy

Hari ni bila berjalan macam melayang-layang dibawa angin. Lemah je rasa. Padahal makan sahur meriah tak agak-agak kan.

Bila solat, masa nak sujud rasa macam kepala terjatuh dulu di sejadah tanpa kita yang mengawal. Nak angkat kepala? Ya Allah berat nyaaa...menggigil pon ada...hurm... Ni berlaku lepas sesi mengepam :(

Dan bila aku terbaca catatan ini (artikel penuh: sumber SINI):

    -Berasa hendak pitam terutama selepas mengepam dan menyusukan bayi.
      -Berasa sakit kepala dan seperti hendak demam.
        -Air kencing menjadi pekat dan berbau kuat.
          -Terasa loya dan ingin muntah.
            -Rasa menggigil.
              -Berasa lemah dan sakit otot.
                -Mudah marah dan emosi yang tidak stabil.

                Mungkinkah sekarang ni aku alami dehidrasi? Bila fikir-fikir semula..semalam aku minum air 3-4 gelas je kot...dari waktu berbuka sampai sahur...huhu.. Lupa :(

                *Mode: kepala lentok di meja

                BF Mommy yang lain, u ols camni ke?

                Menu Sahur


                Korang sahur apa pagi tadi? Aku makan ni. Nasi panas2 lawan dgn sambal hitam dan ayam goreng. Wallah! 

                Tapi sahur aku bukan sepinggan nasi je pagi tadi. Set bersama sepinggan spaghetti carbonara. Dan juga Tiramisu Mousse 1 cup - share dengan hubby. Meriah kan? Sahur aku tebalik dengan berbuka.

                Semalam masa berbuka kitorang minum air dengan makan kepak ayam madu je. Tu je yang sempat. Balik kerja, singgah rumah, ambil anak....terus gi beli barang dapur kat Carrefour. Keluar dari situ dah kol 7++ Singgah beli air kat bazaar tepi2 tu. Dua plastik besar air yang biasanya RM 4-5 tu dapat RM1 je seplastik...wahhhh....untung ek beli lewat2 ni. Balik rumah masuk dalam jug...dapat 2 jug besar tau. Then aku tapau kepak ayam 3 ketul. 

                Malam baru masak makanan berat. Tu lah rutin aku hari2. Kalau tak keluar gi Carrefour pon gitu jugak rutin. Berbuka dengan air + sejenis makanan/kuih je. Alhamdulillah....kami sekepala :)

                *Senang jaga suami aku ni. Ada yang berkenan? Eh...ter promote...kih kih kih

                Tuesday, August 9, 2011

                Biskut batu putih (Meringue)

                Main hentam je letak nama. Ada member aku jual. Bila tanya biskut hapa...dia kata ko panggil je la biskut rocky. Rock tu batu kan? Dan sebab dia kaler putih, aku tukar nama jadi biskut batu putih...kih kih kih...

                Actually dia punya ingredient tu meringue...which is combinatioan putih telur dan gula. Selain itu ada gak campuran nestum dan coklat chips...Rangup beb!


                gambar memang tak meggiurkan bilamana kau memakai henpon cap 3310

                Pernah dengar tak Biskut Nestum Ice? Setakat ni aku tau nestum ice ada kat Sarawak je... Kalo ada kat Semenanjung pon..import dari Sarawak. Wallahualam. So nak citer, biskut batu putih tadi tu rasanya ala-ala nestum ice la. Beza nya, nestum ice ni meringue dia diasingkan menjadi topping, base dia dari nestum. Sebelum2 ni aku penah jual nestum ice RM 45 untuk 80 biji. 

                Mahal kan? Tapi memang wallah la rasa dia... Sampai kan sebalang tu kitorang laki bini je hadap. Tak de dah nk hidang kt tetamu kalo biskut sedap ni. Tak sempat...kih kih kih *jahat kan kami*

                gambar dari google

                *Telan air liur jap* Tetiba tingat entry kak diana. Katanya jangan letak gambar makanan siang2 hari...hehe...gambar biskut takpe kan kak? Kalo tak cemana peniaga biskut raya nak promote....hihi

                Ok, menuju kepada tujuan asal. Aku bukan jual nestum ice tu tau...tapi nak promote biskut batu putih tu. Harga? RM 28 untuk 50 pcs. Self collect kat area Puchong. Luar kawasan, delivery caj dikenakan. boleh hantar area Putrajaya, Bangi, Subang, Putra Height dan Bukit Jalil je...Lagi jauh dari tu...hurmmm...nanti lah bincang.

                Berminat boleh SMS 0172019859 Wani.

                Kegiatan waktu lunch hour

                Ni projek aku masa lunch hour. Korang plak, buat apa?

                Dah Breakfast?

                Tak puasa? Nak makan nasi lemak? Bihun goreng? Mee goreng? Meh sini. Kat depan ofis aku ni akak melayu ada jual menu brekpes. Terkejut aku tengok. Ye, mungkin alasannya nak jual pada orang chinese...(area sini ramai chinese)

                Tapi bila ada orang kita yang lemah iman...mesti singgah beli jugak...kan kan kan?

                Bagi aku, tu namanya tak menghormati bulan puasa!

                Area bandar puteri ni jugak, kol doblas tengahari ada gerai jual burger dah bukak. Erk? Bukan biasanya malam2 je ke? Hurm....

                Ni lah dia. Cari jalan short cut nak cepat kaya.

                Monday, August 8, 2011

                Aku penat mengejar hak milik walau sikit

                Bangang eh? Yer, mungkin orang lain nampak alahaiiii berapa lah nilai nya kan. Tapi selagi tak dapat, aku memang tak puas hati...

                Lepas 14 hari bekerja tu, dua kali aku hantar email + link entry aku pasal Groupon PENIPU tuh...ini je yang dibalasnya???


                Hi Shazwani,
                Thank you for your email. No worries, your refund of RM 23 will be credited into your Maybank account soon since we have proceeded to refund you when the Kamdar deal didn't reach its minimum buyers. Please be advised that the refudn have already been processed on our side but it may take some time for our payment gateway and the bank to process it back into your account. We are expecting you to receive your refund by Tuesday next week.

                We thank you for your patience and understanding as we process your refund. 
                Should you require further assistance, do not hesitate to let us know :)

                Warm Regards,
                Nawal

                Dengan langsung tak de perkataan maaf....selamba badak je eh kau cakap minggu depan pulak? Bahlol beb...Memang bahlol. Kurus pahala puasa aku. Tapi memang aku gerammmm sesangat. Siap nak tenkiu aku utk kesabaran dan understanding kejadahnya ko nak suruh aku bersabar?

                Eiii penipu! Walau dapat minggu depan sekali pun, aku tetap nak report kat tribunal! Kasik ajar sikit. Orang buat voucher...deals...kau pon nak buat jugak. Bila tak sampai target buyer...haa menggelupur. Nak refund pon makan masa berminggu2. Apa kepayahnya nak pulangkan duit pelanggan? Ko kumpul2 buat rolling modal ke bai?????????????????

                Ibu Penyanyi No.1 Masih Membuat Kuih Jualan

                Semalam sampai dari kampung jam 12++. Tu pun sebab turun ke Shah Alah dulu menghantar nenda ke rumah makcik, sebelum balik Puchong. 

                Petang semalam aku ngan suami diberi peluang keluar berdua-duaan. Hairan jugak sebab kakak tak nak ikut. Lagi sayang wan nya dari mama ngan papa...hehe... Adik plak tak dibenarkan ikut oleh atuk...sebab atuk kata sesak...So, adik tinggallah... Pergilah mama berdua je ngan papa...destinasi? Pasar Ramadhan Kuala Lipis!

                Hajat di hati nak beli Murtabak je. Boleh tahan mahal ye, sebiji RM 5. Tapi tebal...ok lah... sama tebal dengan 2 bijik murtabak Pok Pa kat Puchong ni... RM 5 jugak kalau 2 bijik.

                Sebelum tu.nampak sambal hitam... apa lagi, borong 3 plastik...RM 3. Jalan lagi...nampak sambal hitam dalam bekas pulak...RM 4...pon kami beli lagi, yang ni buat stok sahur minggu ni.. Kitorang laki bini, kalau ada sambal hitam ni makan ngan nasik panas2, tak de lauk lain pon takpe...gaul gitu je.

                Petang semalam keluar agak lewat dah... masa nak balik tu, tiba-tiba nama aku dipanggil.... Ohh...best buddy aku rupanya...dia berniaga sepanjang bulan puasa kat sana...dengan suami tercinta, dan sedang mengandung 5 bulan.

                Aku tengok kuih jualan dah tak banyak (kira laku la). Then aku tanya, sapa buat kuih...(sebab yg aku tahu, kawan aku ni baru je berjinak-jinak mengenali oven...hehe)

                Jawapan ringkas....siapa lagi kalau bukan mak mertua aku.

                Sedikit terperanjat kerana aku tak menyangka mak mertua dia a.k.a ibu kepada penyanyi no. 1 negara kita ni, masih sanggup turun padang membuat kuih untuk dijual anak dan menantu. 

                Nampaknya sifat rendah diri itu masih kekal hingga kini...Alhamdulillah...

                Saturday, August 6, 2011

                Tampalan itu direnyukkan dan dicampak!

                Update terbaru mengenai entry aku semalam (Klik SINI). Rupa-rupanya hamba Allah yang tersentap dengan artikel bertajuk Puasa Tapi Tak Solat itu telah merenyukkan kertas tampalan dan dicampak ke meja isteri rakan pejabat lelaki aku tu. (Dia salah sangka) Dengan ayat tambahan:

                "Ingat kau tu dah cukup alim ke nak tegur2 orang?"

                Astaghfirullahalazim! Memang aku mengucap panjang. Hamba Allah tu tersalah tuduh orang. Dia sangka suami rakan sejabatan yang menampalnya (mereka memang ada perselisihan faham sebelum ini, so dengan isteri member ni pun dia tak berapa nak baik walau satu jabatan). 

                Sungguh aku tak sangka, mungkin kalau hamba Allah tu tahu aku yang mencetaknya, dia tidak akan bertindak sedemikian rupa. Wallahualam.

                Apa-apa pun aku kesal. Kertas cetakan yang mengandungi ilmu-ilmu Allah itu direnyukkan tanpa rasa bersalah :( 

                P/s: Apa perlu aku buat? Berdiam diri (abaikan) atau bersemuka dengan hamba Allah ni atau tunggu je sampai dia tau yang dia tersalah orang?

                *Kalau hamba Allah tu masuk ke surau, sudah pasti dia bersolat...lalu apa yang perlu disentapkan? Adakah kerana dia telah bersekedudukan bertahun-tahun sudah yang membuatkan dia tersentap?*

                Udang kunyit marjerin

                Hot from the stove.

                Tidur jam 115am. Kul 330am bangun sebab aniq berak dan suap ubat, dia demam panas. Sambung tidur2 ayam jap, 430am bangun masak.

                Menu sahur pagi ni: udang kunyit marjerin (ekceli nak buat butter prawn, tp xde butter plak) dan sawi goreng sos tiram.

                Macam meriah je menu sahur aku kan, ala2 menu berbuka pulak. Ni gara2 berbuka semalam aku gantung kuali. Semangat nk blk kampung. Lupa plak sahur nk kena masak jugak.

                Ok lah, nk sahur dulu. Pas subuh kang sambung packing baju plak. Lepas blk keje nk terus zass ke lipis.

                *eh, berapa jam je aku tidur ni!

                Friday, August 5, 2011

                Puasa Tapi Tak Solat: Ada orang terasa

                Pagi tadi aku sangat2 tertarik dengan tampalan kakcik yang INI. Terasa yang diri ini banyak kekurangan, aku cuba lah nak berkongsi dengan rakan-rakan sepejabat yang lain. Sebab kita tak perlu menunggu diri ini betul-betul sempurna untuk berdakwah kan?

                Kalau nak tunggu perfect, aku rasa sampai mati pon tak dapat. Kerana yang sempurna itu hanyalah Allah S.W.T.

                Lalu aku hulurkan kertas bercetak tampalan itu kepada rakan sepejabat lelaki, untuk dia tampal di dinding surau. Dan petang tadi juga, aku mendapat maklum balas...melalui SMS dari isteri kepada rakan sepejabat lelaki tadi yg kemudian ditunjukkan kepada aku (mereka sama pejabat tapi jabatan berlainan):

                "Kenapa abang tampal tu? Ada orang terasa"

                Gulp! Aku telan air liur, serba salah kerana tampalan itu dari aku. Tapi cepat-cepat ditepis rasa bersalah itu oleh rakan lelaki ni tadi. 

                "Baguslah kalau terasa, boleh bertaubat!"

                p/s: Kasarkah cara teguran aku tu? 

                *Aku hanya mencetak sebahagian sahaja dari entry kakcik tadi.

                Groupon/Groupsmore memang PENIPU!

                Ingat lagi tak catatan aku pada 18 Julai, yang aku cakap tak puas hati dengan Groupon? (Klik SINI). Oke, hari ni aku nak tunjuk bukti e-mail selepas pembelian dibuat, bertarikh 11 July (Dah nak masuk sebulan!) Ni e-mail pertama, tengok red hi-light tu...dia kata kalau deal cancel...refund 7 working days kan?


                Okey, done...tu lepas aku beli... pada 15 July pulak...menyusul lagi email, kata deals cancel...tak sampai hit. Dan dan tu cakap refund 10 working days pulak???


                Aku dah hangin, terus reply tanya mana satu yg betul...then aku dapat next mail...katanya dalam masa 14 working days, aku akan dapat refund, erkkkk??? Semalam sepatutnya dah hari ke-14 kan? Ker aku salah kira...cer korang tolong kirakan sekali. Aku check dalam akaun, masih tak ada amount tu. Then aku email lagi.

                Senyap tak de jawapan! Hampir sebulan dah peram duit aku. Kalau aku guna duit tu beli kain, jahit apa-apa dan jual...dah beranak pinak duit aku. Memang dasar PENIPU!

                Staff Groupsmore tak buat kerja ke?

                Alhamdulilah dah jumpa

                Cerita sahabat kepada Puan Wati yang kehilangan suami...ingat lagi tak. Aku just forward dari blog Puan Wati:


                "Alhamdulillah, syukur to ALLAH..genap 3 hari akhirnya suami saya ditemui oleh seorang sahabat di sebuah masjid yang terdahulunya sudah saya dan sahabat2 terdekat periksa untuk mencari, tapi tak berjumpa...suami saya sihat alhamdulillah, cuma dalam keadaan keliru sedikit (keliru dari sudut masa)...terima kasih kalian....saya mohon ALLAH ganjarkan anda dengan jutaan khayr wa ajrun kabir..

                terima kasih atas ukhuwwah dan sokongan dari kalian....inshaALLAH akan saya memorikan secara terperinci pada saluran yang tepat...terbukti, bila kita bergantung harap hanya pada ALLAH....DIA akan cabut segala keresahan dan duka dalam sekelip mata...saya bersujud syukur atas kurniaan ini...Ramadhan ini adalah Ramadhan yang benar2 mentarbiyyah saya..."

                Dua dah, satu je lagi belum

                Semalam aku tidur tepat pada waktunya, 12am. Kira jadual macam hari-hari biasa lah. Sebelum tu aku siap potong 2 pasang baju. Dan tengah mereka-reka (draft) sepasang lagi gaun untuk anak dara. 

                Dalam tidur, aku mimpi...ada 3 perkara yang aku perlu selesaikan sebelum aku 'pergi'. Pergi ke mana? Wallahualam, aku tak dapat nak recall. Dan dalam usaha aku melengkapkan 3 perkara tu...boleh kata berpeluh2 la aku mengejarnya (masa dalam mimpi tuh).

                Aku cuma ingat ayat terakhir yang aku cakap..."Lega...dua dah dapat...1 je lagi yang belum...." Lepas tu aku terus terjaga dan jam pun dah menunjukkan ke pukul 5.10am. Fuhh...nasib baik, kalau tak...terbabas sahur...

                Bangun panaskan nasi, panaskan masak lemak daging...dan goreng telur dadar. Dah siap makan...kepala otak aku tak tenang lagi ni, memikirkan apa lagi 1 perkara yang aku tak laksanakan. Dan ke mana aku nak pergi?

                Fikir punya fikir....*tepuk dahi*

                Ya Allah...tak solat Isyak lagi rupanya...semalam aku masuk tidur tergesa-gesa sebab makhluk halus tu dah hentak-hentak kaki nak mengisap :(

                So, persoalan 1 lagi perkara tu terjawab. Syukur kerana Allah masih sudi meminjamkan nyawa untuk aku.

                Thursday, August 4, 2011

                Dua pasang

                Hasil terbongkok2 tadi. Penat memotong atas lantai ni. Tapi nak buat macamana, tak de pilihan lain. Ni yang pertama aku nak sedondon dgn anak dara.

                Soalannya, cuba teka apa tu? Hehe... Nak jawapan tepat ek.

                Buka Puasa dengan 'Hati berulam Jantung'

                Aku memang tak makan hati. Tapi jantung aku suka...jantung pisang...milk booster tu. Tapi semalam aku dihidangkan dengan 'hati'. Walau pahit kat tekak ni aku rasakan, terpaksa juga telan. Makan hati punya pasal, penyudahnya, kol 930pm lg dah tumbang. Ditambah lagi dengan keletihan sebagai seorang ibu menyusukan anak, penat nya berganda. Hanya yang pernah menjadi ibu yang menyusukan anak je yang tahu.

                Mungkin orang tengok, alah...setakat ko sua (.)(.) kat mulut mahkhluk halus tu... apa yang penat? Sambil baring pon buleh kan. Ok, kalau ada yang cakap macam tu (perempuan) tolong test sua ko punya (.)(.) kat baby...sejam tanpa henti...selang 2 jam, boleh? Kalau lelaki yang pandang rendah, tak pe la...biarkan...depa takkan merasa.

                Tutup cerita kepenatan menyusu, pagi tadi aku bangun kol 3am. 

                Teringat yang aku tak masak apa pun lagi selain nasi. Berbuka makan beberapa potong kecil murtabak je. Air pun baru minum 2 gelas. Terus suami pun terjaga sama, hulurkan aku dua gelas air. Terima kasih bang sebab prihatin. Dia nak aku tak stress menyusukan si kecik tu, so dia bawakan segelas soya, dengan harapan lepas aku minum soya tu terus turun masuk dalam (.)(.) dan terus menjadi mangsa sedutan Zaquan. Tinggi sungguh imaginasi ko ye bang. Habis soya, dia hulurkan Ribena pulak. 

                Dah habis 2 gelas, mata tak leh lelap dah. Terus aku masuk dapur...goreng daging. Daging lagiiiiiiiii..... ada cerita kenapa aku asek masak daging nih. Tapi tak leh gitau, kang korang kata aku nyanyuk :p

                Sambil2 goreng daging tu, aku siapkan kerja2 terbengkalai - potong baju. Semalam tak leh nak potong, sebab hari Rabu...hihi... Sapa tukang jaet, mesti ada yg tau kot napa tak potong kain hari Rabu. Mungkin sekadar mitos, tp ntahla...aku terikut pulak.

                Bersahur tetap aku lewatkan. Tapi dari masa aku bangun tu, macam2 aku makan... coklat...rambutan...Cuma lepas dah azan Subuh, baru teringat...aku hanya minum segelas air lepas sahur...huhu...Total air yg minum semalam 5 gelas je!

                Hurm...mudah2an hari ni aku ok... kalau ikut pengalaman sebelumnya, kurang dari 8 gelas akan membuatkan aku 'flat'.

                p/s: Cer teka...pasal apa aku asek masak daging je...hehe

                Suami Rakan Saya Hilang! Minta Tolong Sebarkan Maklumat Ini..

                Untuk info lanjut, boleh rujuk SINI. Aku hanya membantu Puan Wati sebarkan je. Puan Wati ni aku pernah jumpa masa kat gathering Sarakids dulu.


                Dan ni insan yang dikatakan hilang tu:



                Nama: Ithnin Ngadiman
                Hilang pada: 2 August 2011, kira-kira pukul 3 pagi
                Maklumat: Keluar tanpa ic. wang, dan hp, memakai baju merah dan seluar hitam. 
                Nombor uk dihubungi sekiranya anda mempunyai maklumat: Sarjan Radha - 012-6059997, Salwa - 0133101221 atau ibu Salwa 0163743248 

                Dan ni saya petik dari blog Puan Wati:

                Menurut Wa, suaminya keluar menjenguk kereta (yg kemudiannya saya dapat tahu beliau keluar untuk mengambil tafsir Quran dalam kereta) pada pukul 3 pagi, 2 August 2011 dan selepas kira- kira 10 minit, suaminya masih tidak masuk, dan apabila beliau mencari suaminya, beliau tiada di depan rumah. Tanpa membawa sebarang dokumen, hp dan wang, suaminya lenyap tiba-tiba sampai hari ini. Laporan polis sudah pun dilakukan, dan rasanya di facebook juga sudah banyak yg berkongsi maklumat ini di wall masing2 walaupun tidak saling mengenali.

                Wednesday, August 3, 2011

                Lelaki tak boleh buat 2 kerja dalam 1 masa!

                Kalau korang pernah terbaca entry ahkak geli, mesti perasan kan..entry yang dia tulis pasal lelaki tak boleh buat dua kerja dalam 1 masa... Otak diorang gagal nak berfikir secara baik. Kalau diorang tengah buat 'sesuatu', maka masa ni lah bagus kalau kita nak mintak apa-apa...haha...tetttttttt 

                Ok, abaikan. Setelah aku membaca entry ahkak geli ni, memang aku peratikan laki aku habis-habisan. Dan ternyata, memang tepat teori yang ahkak tu kemukakan.

                Contoh 1:

                Isteri kat dapur, belum tumbuk bawang lagi...tapi minyak dalam kuali dah panaskan. Sayur dah potong, tapi masih belum basuh. End up...sementara tunggu minyak masak, sempat tumbuk bawang. Sementara tunggu tumisan tu garing, sempat je nak basuh sayur. Pastu sementara goreng sayur tu...sempat je nak buat air ke...contoh ye...

                Tapi suami bila kat depan tv, memang dia hadap lah tv tu dengan remote kat tangan. Anak menangis baru dia perasan, padahal anak depan dia je. Bila kita tanya kenapa? Dia jawab jatuh... See? Anak betul2 kat depan dia...ponnnn tak boleh nak tengok. Sebab mind dia dh set untuk hanya tengok tv, bukan tengok anak.

                Contoh 2:
                *baru je berlaku, masa otw jalan ke kereta, dari pejabat peguam

                Isteri ni sambil berjalan sempat lagi fikir petang ni nak masak apa...sambil jalan laju-laju sebab nak kejar masa. Dalam hati...kejar laki pon ye jugak. Ingatkan keluar berdua ni adalah harapan nak berpegang2 tangan.

                Yang si suami ni pulak, punya lah dalam kepala tu ingat nak cepat je...terus tinggal isteri sebatu kat belakang. Dah tak boleh fikir, masa ni je lah yang ada untuk jalan berdua-duaan. See? Bagi aku otak kaum lelaki ni tak berapa nak kreatif kot pemikirannya. Tak boleh nak buat 2 perkara dalam 1 masa.

                Kiranya dorang ni tak pandai menyelam sambil minum air. Betul ke?

                Gambar Bisu Hari Rabu #6 Rumahku Syurgaku

                Tuesday, August 2, 2011

                Kisah Tart Nenas dan Batang Buruk

                Ya ampunnn...bukan aku sengaja nak menulis entry2 berunsur makanan ni. Tapi dah itu yang terlintas kan. Ni pon hutang 1 lagi entry pasal masak memasak ngan opismate aku... dia nak tahu cemana aku buat daging masak kicap...hihi...jangan gelak! Daging masak kicap cara aku pon ada yang berkenan tau.

                Tinggalkan daging, kita terus ke tart nenas dan batang buruk. Bukan aku yang buat. Aku reti buat cookies yang sekali bancuh, gentel2 dan bakar. Renyah-renyah ni aku tau makan je. So, nak dijadikan cerita pes taim aku tengok orang buat tart ni...my mother in law (MIL). Relaks je dia amik tempahan orang sampai beribu2 kot tiap kali bulan puasa. Aku nak tolong dia siapkan seloyang (sekali bakar) tu ponnnn berpeluh nak menggulung.

                Batang buruk pulak...1st time jugak aku tengok MIL yang buat...dia gulung tepung tu dengan hujung chopstick atau batang pen kilometrico tu. Lepas tu jemur, goreng. (Jakun plak aku...).Time orang nak ambil, baru dia gaul dengan tepung kacang hijau. Marvellous! Family aku mana ada buat kuih2 tradisi gini...hihi...Mak aku tau beli je. Sebab mak aku menjahit...dan bakat menjahit diturunkan kat aku :)

                Tahun pertama berkahwin, aku tolong 'ambil tempahan' untuk MIL...since mak aku yang cerewet tu pon kata tart MIL aku sangat marvellous katanya. Mana tak marvellous, jem pon buat sendiri...berjam2 atas dapur... Tahun seterusnya... return customer pulak yang cari...tak payah tunggu aku tanya. Alhamdulillah. Tu tandanya sedap la kan...ahaks!

                So, ada sesapa area Puchong berminat nak order, leh roger aku yep... harga tart nenas tu RM 39 sebalang of 100. RM 20 untuk 50 bijik. Harga btg buruk aku tak ingat...tapi around RM 12 je kot untuk 100. Lupa plak.

                *update- batang buruk RM 15-100 :)

                p/s: korang buat sendiri kuih raya? atau order je? Aku? cilok apa yang MIL buat je...ahaha...ala...balik kg nanti aku tlg dia buat sama lah kan. kih kih kih

                Pengalaman seram ketika sahur

                Dah baca cerita seram aku semalam? Klik SINI.

                Tu cerita semalam. Hari ni lain pulak seram sejuknya. Mau tak sejuk, sedar-sedar je tengok jam dah kul 5.20am... Suami aku ala-ala melompat bangun dari katil, terkejut punya pasal. Aku plak tak boleh bangun lagi...ada makhluk tengah menyedut. Geram betul dengan dia ni tau. Orang nak sahur, dia pon nak sahur jugak. 

                Penyudahnya makan nasi separa panas. Nasib baik semalam sebelum tidur aku dah siap-siap masak Daging masak kicap. 

                Lepas sahur, konon tak nak tidur...nak potong kain..sekali budak tu nak menyedut lagi..dengan aku sekali tertidur lagi...huhu...

                Baru hari kedua berpuasa...aku dah rasa 'flat'. Kekuatan sedutan budak kecik ini aku rasa macam luar biasa sungguh la. Sampai melemahkan badan aku. Semalam memang tak dapat nak tidur lena. Asek menetek je kerjanya...huhuu

                p/s: Baru aku rasa sebab musabab kenapa wanita yang menyusukan bayi juga diberikan keringanan berpuasa yakni rukhsah.

                Monday, August 1, 2011

                Ayam masak coca-cola?

                Tulunnn..tulunnnn... ada sesiapa pernah cuba masakan ni tak? Opismate aku ni ha...terjumpa kat mesra.net Tapi aku nampak macam mencurigakan.

                So, aku soh dia cuba dulu...kih kih kih...

                Boleh ke masak guna air coke? Tak mabuk ke? Maksud aku bukan memabukkan tu...tapi pening2 ke...ye lah, air gas kan...masak ngan ayam pulak tu...serasi tak kombinasi nya?

                Korang pernah cuba ke?


                Errkkkk...baru perasan, 4 entry berturut-turut pasal makanan!

                Resipi Ayam Kunyit Campak-Campak

                Ini bukan resipi menggunakan ayam yang demam campak ye..kih kih kih...Tapi ni resepi yang paling ringkas di abad ni, pejam mata pon buleh buat (kalau terror la...haha)... Sebab nya boleh main campak-campak je. Bahan-bahan pon ringkas.

                Bahan-Bahan:

                Isi ayam bahagian dada (dihiris nipis)
                Cili
                Bawang merah & bawang besar
                Garam secukup rasa
                Serbuk kunyit

                Cara-Cara Memasak:

                Perap isi ayam dengan serbuk kunyit dan garam sebelum tidur. Kupas bawang siap-siap, juga sebelum tidur. Perapan ayam tadi simpan dalam peti ais dulu..jangan kau taruk kat tempat beku udah la ye. Yang bawang tu pulak...letak je kat luar, tapi pastikan mangkuk bertutup lah. Sebaik sahaja bangkit dari tidur untuk sahur (bangun kol 5 lebih pun sempat masak ni), terus hiris bawang merah nipis2. Bawang besar jangan hiris nipis sangat. Cili pulak main potong ikut suka je. 

                Panaskan minyak dalam kuali, campak bawang merah dan cili...dah garing sikit, campak isi ayam tu...agak-agak dah nak masak ayam, campak pulak hirisan bawang besar. So, 5 minit je kan? Terus boleh makan dengan nasik panas-panas...

                p/s: Macam buang tebiat pulak aku kongsi resipi nih...hihi

                Selamat mencuba!

                P/s lagi: kak azila punya resipi, macam ni jugak ke? hehe...kalau tak sama...meh la sharing2.. :)

                LinkWithin

                Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...