Semalam sampai dari kampung jam 12++. Tu pun sebab turun ke Shah Alah dulu menghantar nenda ke rumah makcik, sebelum balik Puchong.
Petang semalam aku ngan suami diberi peluang keluar berdua-duaan. Hairan jugak sebab kakak tak nak ikut. Lagi sayang wan nya dari mama ngan papa...hehe... Adik plak tak dibenarkan ikut oleh atuk...sebab atuk kata sesak...So, adik tinggallah... Pergilah mama berdua je ngan papa...destinasi? Pasar Ramadhan Kuala Lipis!
Hajat di hati nak beli Murtabak je. Boleh tahan mahal ye, sebiji RM 5. Tapi tebal...ok lah... sama tebal dengan 2 bijik murtabak Pok Pa kat Puchong ni... RM 5 jugak kalau 2 bijik.
Sebelum tu.nampak sambal hitam... apa lagi, borong 3 plastik...RM 3. Jalan lagi...nampak sambal hitam dalam bekas pulak...RM 4...pon kami beli lagi, yang ni buat stok sahur minggu ni.. Kitorang laki bini, kalau ada sambal hitam ni makan ngan nasik panas2, tak de lauk lain pon takpe...gaul gitu je.
Petang semalam keluar agak lewat dah... masa nak balik tu, tiba-tiba nama aku dipanggil.... Ohh...best buddy aku rupanya...dia berniaga sepanjang bulan puasa kat sana...dengan suami tercinta, dan sedang mengandung 5 bulan.
Aku tengok kuih jualan dah tak banyak (kira laku la). Then aku tanya, sapa buat kuih...(sebab yg aku tahu, kawan aku ni baru je berjinak-jinak mengenali oven...hehe)
Jawapan ringkas....siapa lagi kalau bukan mak mertua aku.
Sedikit terperanjat kerana aku tak menyangka mak mertua dia a.k.a ibu kepada penyanyi no. 1 negara kita ni, masih sanggup turun padang membuat kuih untuk dijual anak dan menantu.
Nampaknya sifat rendah diri itu masih kekal hingga kini...Alhamdulillah...
Agaknya sia fikir, anak dia yang FAMOUS kottt. Bukan dia. Huhuhu.. Siapa penyanyi tu? CT ke?
ReplyDeleteMusicbrilliant.com
x menumpang anak la tu..lebih senang berusaha sendiri selagi keadaan mengizinkan..
ReplyDeletepenyanyi?? sape? sape?? huhu..sedap x kuihnya?? tetibe cam teruja nk tau =P
ReplyDeletemungkin die sedar dulu die susah jugak kot...
ReplyDeleteSalam kenal :)
ReplyDeleteAlhamdulillah..nak juga duit hasil usaha sendiri ni kan.
ReplyDeleterajin mak diakan..takpe bantu anak menantu yang baru mula nak menapak..
ReplyDeletemak buat kuih, anak jadi promoter. baru betul agihan kerjanya.
ReplyDeletealhamdulillah..sebab tu anaknya masih KEKAL dengan sifat tersebut kan wani..
ReplyDeleteSapa lagi penyanyi tu kalau bukan tok ti. mmg respek la ngan mak cik salmah ni. gigih dia buat kuih nak bg anak menantu berniaga bulan puasa :)
ReplyDelete