Semalam aku tidur tepat pada waktunya, 12am. Kira jadual macam hari-hari biasa lah. Sebelum tu aku siap potong 2 pasang baju. Dan tengah mereka-reka (draft) sepasang lagi gaun untuk anak dara.
Dalam tidur, aku mimpi...ada 3 perkara yang aku perlu selesaikan sebelum aku 'pergi'. Pergi ke mana? Wallahualam, aku tak dapat nak recall. Dan dalam usaha aku melengkapkan 3 perkara tu...boleh kata berpeluh2 la aku mengejarnya (masa dalam mimpi tuh).
Aku cuma ingat ayat terakhir yang aku cakap..."Lega...dua dah dapat...1 je lagi yang belum...." Lepas tu aku terus terjaga dan jam pun dah menunjukkan ke pukul 5.10am. Fuhh...nasib baik, kalau tak...terbabas sahur...
Bangun panaskan nasi, panaskan masak lemak daging...dan goreng telur dadar. Dah siap makan...kepala otak aku tak tenang lagi ni, memikirkan apa lagi 1 perkara yang aku tak laksanakan. Dan ke mana aku nak pergi?
Fikir punya fikir....*tepuk dahi*
Ya Allah...tak solat Isyak lagi rupanya...semalam aku masuk tidur tergesa-gesa sebab makhluk halus tu dah hentak-hentak kaki nak mengisap :(
So, persoalan 1 lagi perkara tu terjawab. Syukur kerana Allah masih sudi meminjamkan nyawa untuk aku.
syukur..dalam mimpi pon ade yg ingatkan..
ReplyDeleteKakcik juga solat Isyak lewat malam tadi. :(
ReplyDeleteAlhamdulillah kita masih dapat bertemu di sini..
ReplyDeletebersyukur..sempat menjalankan solat Isyak..
ReplyDeletewah mimpi yg kena berfikir..mcm mak nujum lak..hehe..naseb baek ingt ye dak..tp biasa klu x solat isya' mmg msk mimpi aa..mcm soh kita bgn settlekan solat =)
ReplyDeleteNasib baik sempat kan..sekarang ni letak je kepala terus lelap, kena setelkan benda2 wajib sebelum letak kepala layar mimpi2 indah hihi
ReplyDeleteBetul Fazil, syukur diingatkan
ReplyDeletekakcik...wani ni dah terlalu lewat :(
ReplyDeleteai...alhamdulillah
ReplyDeleteYana...bukan semua mimpi tu mainan tidur kan, ni lah contohnya...mimpi yg memberi petunjuk :)
ReplyDeleteqema...selalu kalo pas maghrib tu dah terkentut, mmg lewat lah isyak...hihi
ReplyDeletealhamdulilah nasib baik DIA ingatkan
ReplyDeletesyukur
alhamdulillah...semoga wani sentiasa dalam lindungan ALLAH swt...amiiiin...
ReplyDeleteMrsChubby, kalau wani susah nk mengantuk lepas berbuka ni...sbb dlm kepala mmg sentiasa merancang wut to do next :)
ReplyDeleteAlhamdulillah, tersedar bangun sahur.
ReplyDeleteAlhamdulillah, teringat belum solat.
Alhamdulillah Allah masih meminjamkan nyawa buat kita...:)
Singgah dan baca N3 ini, Ate pun follow.
Ate..berganda kesyukuran kan
ReplyDelete