Alhamdulillah....hari ni aku rasa legaaaaa yang teramat...macam rumah lama kata bye bye, rumah baru says welcome :) *walau hakikatnya bayang kunci tak nampak lagi*
Awal minggu ni aku masuk bilik belakang (stor), dan untuk kesekian kalinya bunyi itu ada lagi... suami aku cakap, aku bermain dengan khayalan dan fobia...tapi tidak...percayalah isteri mu ini bang....aku ada kebolehan mendengar bunyi anak-anai berjalan....and yes! Memang mereka tengah meruntuhkan lemari dalam stor aku....fuhhh....*pelik kan pesal apa aku sorang dengar...suami aku tak dengar pape...kalau mak aku dtg dan kebetulan bunyi tu ada..ponnnnnnn dia kata tak dengar pape...
Aku malas dah nak berperang. Kau robohkan la...sok lusa aku beli lain. *redha*
Readers yang dah lama melepak sini mesti dah tau kan kisah aku ngan anai-anai...ada kat entry hangin dengan anai-anai dan album kahwin kena makan dek anai-anai. Sebab anai-anai jugaklah mendorong aku untuk segera membeli rumah!
Korang jangan tak tau, aku punya hangin tu kan dalam minggu tu jugak aku cari, dapat dan bayar booking...Bila pikir2 balik, kalau aku tak gila gitu...sampai sekarang pon aku akan bertangguh dengan alasan...tak cukup duit lagi....
Tapi hakikatnya sekarang, aku pon pelik mana aku dapat semua duit yg diperlukan utk booking...lawyer fees...dll...Ajaib kan? Nampak di situ yang Allah SWT membantu hambanya membuka otak dan berfikiran jauh untuk mendapatkan ongkos. Like kalau nak seribu daya, tak nak seribu dalih, kan?
Okey, berbalik kepada perenggan pertama tadi... berita baik yang aku dapat hari ni... persoalan aku mengenai EPF dijawab sepantas kilat... Dalam masa sejam selepas aku menghantar email pertanyaan, staff EPF call untuk membantu.
Yang keduanya, petang tadi staff lawyer aku dah call, katanya pengesahan dari pemaju dah ada di pejabat mereka dan aku boleh ambil bila-bila masa next week.
So now aku nak prepare semua dokumen yg diperlukan untuk membuat pengeluaran KWSP (EPF), bagi lawyer semak...dan next week juga dah boleh apply.
P/s: Kan best kalau sebelum raya duit segedebuk tu masuk akaun...*tersengih*
tahniah dah dapat beli umah baru......anai2 memang jahat.....
ReplyDeleterumah baru nnt jgn lupa buat pest control treatment sblm pindah.
ReplyDeleteya kakNo masih ingat crita anai2 tu huhu...sabo ye wani..lepas ni takde dah nak berperang ngan dia lagi hehe..kakNo harap semua proses berjalan lancar...amiiin..
ReplyDeleteTahniah wani. Semoga semuanya berjalan lancar...dan segera dapat duduk di rumah sendiri.
ReplyDeleteNak masuk rumah sendiri banyak juga pakai duit tu wani, duit nak buat wiring, beli lampu dan kipas lagi, kot nak buat kabinet dapur lagi...hehe
congrate wani. akhirnya merasa jugak dpt dok rumah sendiri nnt kan.
ReplyDeleteNak dpt duit sedebuk masuk dr EPF? Memang bleh sgt wani. Biasanya EPF proses dia seminggu jek. Walaupun dia kata 15 hari bekerja. Sebab mama pun dah dpt duit sedebuk tuh jugak bln lepas. dok peram dalam akaun beng. risau gak terguna utk raya nih walhal nak pakai thn depan huhuhuhuh