Friday, August 5, 2011

Puasa Tapi Tak Solat: Ada orang terasa

Pagi tadi aku sangat2 tertarik dengan tampalan kakcik yang INI. Terasa yang diri ini banyak kekurangan, aku cuba lah nak berkongsi dengan rakan-rakan sepejabat yang lain. Sebab kita tak perlu menunggu diri ini betul-betul sempurna untuk berdakwah kan?

Kalau nak tunggu perfect, aku rasa sampai mati pon tak dapat. Kerana yang sempurna itu hanyalah Allah S.W.T.

Lalu aku hulurkan kertas bercetak tampalan itu kepada rakan sepejabat lelaki, untuk dia tampal di dinding surau. Dan petang tadi juga, aku mendapat maklum balas...melalui SMS dari isteri kepada rakan sepejabat lelaki tadi yg kemudian ditunjukkan kepada aku (mereka sama pejabat tapi jabatan berlainan):

"Kenapa abang tampal tu? Ada orang terasa"

Gulp! Aku telan air liur, serba salah kerana tampalan itu dari aku. Tapi cepat-cepat ditepis rasa bersalah itu oleh rakan lelaki ni tadi. 

"Baguslah kalau terasa, boleh bertaubat!"

p/s: Kasarkah cara teguran aku tu? 

*Aku hanya mencetak sebahagian sahaja dari entry kakcik tadi.

12 comments:

  1. Tak kasar..nota tu untuk saling mengingati..bagus tu wani.

    ReplyDelete
  2. benda yg baik memang susah sikit org nak terima.

    ReplyDelete
  3. tak kasar la..bkn g meningking org pun kan.. kalau terasa cuba la brubah.. btul ckp BSB bnda baik susah org nak terima =D

    ReplyDelete
  4. byk pahala wo.., bagus la dia terasa..bkn kt kasar pun

    ReplyDelete
  5. bertegur itu perlu sbb nnti semua tanggung dosa if ada kawan2 terdekat kita tak solat.. tegur cara sindiran.. atau baik2.. lepas dah kita..

    ReplyDelete
  6. tiada salahnya ingat mengingati kan..

    ReplyDelete
  7. setuju dengan yang lain. Tiada salah pun tindakan wani tu. bagus untuk peringatan semua..

    ReplyDelete
  8. biasalah wani, dah buat salah memang le terasa. habis tu tak kan nak biar salah je. itu pun dah halus cara cuma tampal kat surau.

    ReplyDelete
  9. kertas tu direnyuk dan dicampak!

    ya allah...aku pulak yang tersentap :(

    ReplyDelete
  10. apa yang dapat kakNo katakan ialah banyakkan bersaba wani..bukan mudah kita nak tegur orang..wani dah buat cara yang betul tuh..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...