Monday, September 7, 2015

Brownies Birthday SALE

Alhamdulillah... Lebih kurang 24 jam lg nak genap dah umur 30. Nickname Ibu Muda yg dulu pon kena la edit sikit...gitewww... Tapi word 'muda' tu harus dikekalkan lg...bagi feeling2 muda la kan...haha

Dalam usia 30 ni satu keputusan besar dah dibuat. Quit from job. Ye bukan senang nak buat keputusan ni deh. Sangat mencabar dan perlukan hujah2 yg kukuh dari segenap sudut. Tapi dipermudahkan akhirnya setelah timbang tambah tolak sana sini berhenti jugak la aku.

So apa kena mengena dengan brownies ni? Hihiii... ni la dia aktiviti sampingan sekarang sambil2 jaga anak kat rumah. Aku ambil tempahan brownies & blondies dan ada la cookies lain sikit2. Boleh la nak tampung hidup. Tak de la rasa sesak pon sejak tak kerja. Makin mewah lagi ada la rasanya. Mungkin sebab bila dah tak kerja, banyak perbelanjaan yg kita boleh cut cost.

Sebab tu kita tak boleh pandang rendah ye kepada mereka yg berniaga. Once aku dah masuk line business ni baru aku tahu betapa seronok sebenarnya. Mana tak nya setakat ni semua pendapatan melebihi salary masa kerja dulu tau. Masa bulan puasa pulak boleh cecah sehingga 5 angka sebulan which is 5 kali ganda dari gaji dulu. Memang tak dijangka. Syukur sangat2 dipermudahkan Allah lepas buat keputusan berhenti kerja  ni.

Jd sempena birthday tuan tanah esok..sapa2 yg ada di sekitar Kota Bharu nak order brownies murah RM 33 per tray (harga asal RM 37) boleh lah whatsapp +60109245805

Ni brownies pesen kedut tu. Org sekarang brownies suka berkedut-kedut tapi muka tak nak kedut...ops! Hehe...

Panjang kemain mukaddimah padahal nak war2kan pasal Fudgy Brownies sempena Birthday SALE ni je. Memang tak rugi order tau...sangat2 ooey goey chewy. Serius... memang kenyal brownies ni.


Fudgy Brownies with salted caramel size 8"


3 comments:

  1. seronok kan.. walau dah tak kerja boleh juga carik duit sampingan..

    ReplyDelete
  2. sedapnye...akak baru berangan nak buat hujung minggu ni...kalau la dekat memang akak mengelat takmo buat baik order je kat adik....kalau kat melaka bole anto ke? takut bahaya abang pos laju plak yg kenyang kang....hahaha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...