Assalamualaikum. Akhirnya... bercuti di kampung sendiri sempena hari Malaysia semalam :-)
Ye kawan2, resort ni terletak dekat kampung ku tanah tumpah darah ku di Pasir Puteh Kelantan. Walaupun dah hampir 5 tahun rasanya resort ni.. tapi baru ni berpeluang nak merasa menginap kat sini.
Tok Aman Bali Beach Resort.
Kalau x silap resort 4 bintang. Jom kita terokai kelayakan bintangnya....hehee.. Our short vacation ni sangat la last minit perancangannya. Book siap2 kat booking.com tak perlu bayar apa2 dan juga free cancellation.
Pukul 1 lebih kitorang bertolak dari Kota Bharu. Dalam pukul 2 sampai kat sana ngam dengan waktu check in. So ini lah biliknya. RM 238 semalam. Dah termasuk GST juga sarapan pagi untuk 2 orang. Tapi kitorang 5 beranak x dikenakan caj tambahan pun. Maybe anak2 pun kecil2 lagi kan.
Mula2 masuk bilik, ok not bad. Exactly macam dalam web. Cuma lantai sedikit berpasir dekat2 balkoni tu.
|
TV LCD 32" ada ASTRO tapi channel sikit je. |
|
Katil saiz Queen, ada sofa bed jugak kat hujung tu. |
|
Haaa..nampak tak see through glass wall tu... senang nak pantau anak-anak berendam dalam bath tab |
|
Port besantai-santai di balkoni |
Dalam bilik air...
|
Sampai-sampai je check wifi. Stable connection untuk handphone. Tapi lappy lembab sikit. So tergendala la hasrat nak live update dari sana semalam. |
|
Next kita check menu. Sebelum ni tak pernah pun order through room service ni. Sebab kalau gi mana-mana, weols lagi teruja nak cuba makanan setempat. Tapi memandangkan ni kat kampung sendiri so memang dah biasa dgn makanan tempatan tu, dengan perut lapar tak lunch lagi-just call for room service lah. Sepinggan aje pon...haha... sebab bubur untuk anak2 dah tapau siap-siap. |
|
Nasi goreng - not bad ok la.. |
|
Tak brapa best sebab peti ni berbau sikit |
|
Wardrobe ada ukiran |
|
Complete dgn safety box, sejadah, iron.
|
Next Entry ~
Tok Aman Bali Resort: Facilities
waahh cantik tempat ni.biasa saya lalu je dari rumah mak di kubang kerian ke rumah mertua di terengganu
ReplyDelete