Friday, January 28, 2011

Penghasut. Pendengki. Tak suka tengok orang berjaya.

Semalam aku berjaga adalah sampai kol 1.30 pagi kot. Tapi sebab memandangkan malam jumaat.... Errr....malam Jumaat? Malam Jumaat buat apa ek? Ohhhh..jangan ke situ! Tak de maknanya (tettttt.....) Yang sebenarnya aku duk terbayang-bayangkan hantu dari filem Khurafat tetiba mencekik aku dari belakang.

Poyo tak? Cerita tu pon aku tak pernah tengok, siap boleh terbayang lagi....bengong kan! Kalau dah asek tengok preview Khurafat tu kat tibi, mana tak terbayangnya weh! Maka, gara-gara Khurafat itu lah aku tak jadik nak stay up lama-lama. Lagi-lagi laki aku dah masuk dalam bilik. Seram pulak aku sensorang kat luar, PC menghadap dinding. Tu pon aku dah cuba neutral kan perasaan aku dengan pasang lagu Maher Zain, Insya Allah.

Nampak gayanya tak leh tahan! Siapkan page terakhir, cepat-cepat aku off PC...takut beb! Haha....mati aku kena gelak kalau laki aku baca ni.... selama ni aku suka berlagak berani ngan dia... Pecahhhh tembelang!

Malam Jumaat juga sama dengan malam banyak cerita hantu kat tv. Aku tak faham la, kenapa diorang nak tayang malam Jumaat.

Ok, baru nak masuk tajuk. Tapi masih ada kaitan. Aku masuk opis pagi ni, ada la opismate yang tau aku berjaga semalam.

Terus aku dapat kata-kata melemahkan semangat! Kata si kapirun ni, tak guna aku stress2 sebab nak siapkan keje ni, takkan boleh siap punya. Hurm..aku senyum je. Kata-kata pendengki memang macam tu kan. Dia tak tau, elaun yang akan aku dapat kalau berjaya aku siapkan adalah riban!

Kadang memang aku penat, tapi bila aku fikir nak beli rumah jugak, maka aku kuatkan semangat, jari, mata dan otak aku! 

7 comments:

  1. manusia tak boleh lari dari PHD (perangai hasat dengki)..jangan duk layan sekarang kita tahu tujuan asal kita...teruskan usaha demi kebahagian kak ann sekeluarga....

    ReplyDelete
  2. biase la tu...penghasut mmg banyak kat mane2 pun...

    ReplyDelete
  3. orang kapir ni kak na...suka betul nak jatuhkan kita...

    lovelypink, ye betul..gi mana2 pon x leh nak lari dari penghasut

    ReplyDelete
  4. teruskan je.. ada kita nyusahkan dia ke? kita susah pun bukan dia nak tolong (jadi BA lak aku - Batu Api, bukan Ben Ashaari; marah lak brader otai tu nanti). This is yr passion! akak sokong!

    ReplyDelete
  5. Adik, just keep on moving. jgn patah semangat dgn kata2 org.

    keja kuat dik, demi masa depan. hihi ..

    jgn lupa dtg rmh akak kat jementah tau. hihi ..

    ReplyDelete
  6. kak Liza & kak Chik...

    Selagi masih muda ni mari lah kita bekerja keras kan :)

    k'chik..insya allah....tp plan macam nak masuk opis pulak 5hb ni..huhu..takut keje x sempat siap on time :(

    ReplyDelete
  7. sabar la..pedulikan org camtu kdg2 diorang selalu pandang rendah kat bangsa kita ni..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...