Perkara ni dah lama berlalu, nak masuk tiga tahun pun. Untuk pengetahuan semua, aku insan paling malang bila berkawan! Kerana aku tak pernah ada BFF yang betul-betul setia hingga sekarang. Tak tahulah di mana silapnya.
BF aku yang pertama, masa sekolah rendah. Nur Nadhifah. Atau nama lagi glemer-Azi. Memang kawan baik. Sekelas dari darjah 2 sampai darjah 6. Berkepit sentiasa. Tempat duduk kitorang, jangan lah sapa-sapa pisahkan. Esoknya kau akan tengok kitorang duk sebelah-sebelah jugak. Tapi yang aku perasan, start dari kawan aku ni 'berubah jadi dewasa' sedangkan aku masa tu tak baligh-baligh jugak lagi, kitorang dah mula berenggang.
Serious! Aku tak tau di mana silapnya. Tiba-tiba aku rasa kekok semacam. Masuk sekolah menengah, kitorang berpisah sebab masuk sekolah lain-lain. Dia pandai. Aku kurang pandai. Tahun pertama dan kedua, kitorang still berjumpa bila dia balik kampung (duduk hostel). Lepas family dia pindah ke Teganu, maka lost contact di situ. Zaman tu, henpon ni untuk golongan kaya raya je. Fesbuk pon xde lagi. YM pun aku baru berjinak-jinak. Tamat.
BF aku yang kedua, bila aku masuk sekolah menengah. Aku pernah tulis dalam entry yang ini. Nur Nadirah. Nama nak dekat-dekat sama dengan BF aku masa sekolah rendah kan. Aku perasan bila aku ada buat 'perubahan besar dalam diri' (tak perlu lah aku describe apa..kang korang terkejut pulak), lepas tu terus BF aku ni menjauh. Katanya segan dengan aku. Huhuuu...aku tak tahu kat mana silapnya :(
Lepas dah tak berapa rapat tu dan sebab aku aktif bersilat sampai ke peringkat kebangsaan. Aku berkawan baik pulak dengan partner beregu aku. Baizura. Kira macam BF aku yang ketiga. Tak banyak sangat nak cerita, sebab berkawan dalam 2 tahun macam tu, pastu masing-masing bawak haluan masing-masing.
BF masa matrix dengan u, next time lah aku cerita kalau aku ingat.
Ok. Ni kesilapan terbesar aku. Bila aku nak kahwin. Aku nikah gantung yang tak berapa nak gantung masa bulan 3. Aku bersanding yang tak berapa nak sanding tu bulan 5. Dalam masa sebulan setengah lepas nikah nak sanding ni lah aku kalut buat macam-macam seorang diri. Kad, hantaran dan lain-lain. Even wedding dress aku pon aku touch up manik SENDIRI. Semua aku uruskan SENDIRI. Bab pos kad-kad jemputan tu, yang mana terlintas dan ada alamat yang aku rasa masih valid (aku refer majalah sekolah), aku pos. Tapi tak secara teliti. Aku pon dah tak ingat lah kenapa. Aku memang ada masalah mengingat ke? Hurm...Amnesia. Masa tu frenster je laman sosial yang ada. Tapiiii...tak semua ada akaun frenster ni. Masa tu aku rasa orang tak berapa celik IT sangat kan.
BF pertama rasa nya aku x jemput, sebab memang betul-betul lost contact. Baru jumpa balik pun tru fesbuk, last year. BF yg kedua plak, aku jemput sebab rumah kitorang dekat je even bukan taman yg sama, tapi aku memang hafal alamat rumah dia. Hurm...tak amnesia plak aku yep? BF ke tiga plak, mula-mula aku dah ingat nak jemput dia. Pastu umi aku cakap, dia da kerja kat kedai gambar masa tuh. Ada la umi aku terserempak, tapi katanya nak aku yang jemput sendiri. Okay. Nombor fon pun aku tak sure lah ada ke tak. Banyaknyaa yang aku tak ingat :(
Aku pun konon-kononnya nak jemput sebelum kenduri tu. Aku balik 3 hari lebih awal. 3 hari je ok! Baru kerja, mana boleh nak cuti lama-lama kan. Dalam 3 hari tu pulak aku macam lipas kudung! Banyak rupanya nak kena settle. Huhu...dan dalam masa 3 hari tu jugak lah aku terlupa!
Kan best kalau masa tu dah ada fesbuk, aku buat jemputan terbuka. Konpem tak de yang terlepas.
Ye, aku silap! Eh eh..kenapa sekarang baru kau nak bangkit citer nih? Sebabnya...BF aku yang ke 3 ni dah nak kawen! Huhuuuu...dengan adik penyanyi no.1 kat Malaysia pulak tu...
Bila aku tanya bila nak buat majlisnya, aku kena 'pulangkan paku buah keras' (betul kan peribahasa ni). jawab kawan aku ni, 'bukan ke dulu kau lupa jemput aku?'
Wahhh..sentap! Tak kira lah sapa yang patut sentap. Tapi aku pon tersentap sama. Adakah soalan itu menandakan aku tak payah attend? atau sebab dia bakal bergelar adik ipar penyanyi no. 1 negara, maka aku tak perlu sibuk-sibuk gi wedding dia? (Macam berbelit je statement aku)
Untuk Baied,
Andai kata ko terbaca blog aku ni, aku susun 10 jari, memohon maaf buat sekian kalinya, aku memang silap besar kerana tak jemput kau.
Kalau kau x mo jemput aku pon tak pe, aku sedar sebab aku yang silap. Tapi kalau ko dah bersalin anak sulung nanti, aku pastikan aku akan jenguk baby sebagaimana ko yang jadi antara orang pertama menjenguk aku & Auni kat sepital.
Aku: Tetiba musykil, cemana plak aku leh contact kau, bagitahu aku bersalin?Ohhh..aku tak hingat :(
ramainya BF..hehe....
ReplyDeletesy kawin dtg ek
tak pelah bljr dr kesilapan jgn lost contact ngan kwn.kwn sejati tak tak ptt lyn sis mcm tu..takpe kitorg kan ada *-^.my bff dah kwn 14 thn..blog dia pun rasa mcm sebelah pintu aje he3..sng sggh blog dia ye http://simplecutebeautiful.blogspot.com
ReplyDeleteujang, jemput awal2..leh sis reserve date dalam diary :)
ReplyDeletealeasara- sampai skang penyesalan tu ada lagi, tapi nasik dah jadi bubur kan :(
kiter bukan xnk jemput..tp dh lupa nak wat mcm mana kan..yg BF kita nie pon kalo dh tau kita nak kawen tp kiter lupa nak bg tau..knaper x hello2..kata besfrennn..tp pelik gak kalo kawen lupa nk jmput besfren!hheheh
ReplyDeletebam bam...
ReplyDeleteafter school, kami lost contact seketika. almaklumlah masa tu masing2 bukan ada henpon lagi :(
barang yg lepas tak usah dikenang.. apa yg penting.. hubungan BF tu masih ada lg kan..
ReplyDeletekak ngah, kadang tu rasa nak undur semula masa ke belakang :(
ReplyDeletelupa tuh kelemahan manusia; terutama skali bila kiter nk kne ingat byk mender dlm 1 masa. sementelah lagik kita neh bergelar ibu dan berkerjaya. blum masuk lelain gelaran lagik tuh. so, calm down. doa2 shj yg kawan2 kiter tuh akan faham n x marah adik wani...insyaallah!!
ReplyDelete