Monday, January 3, 2011

Boleh ke Solat macam ni? Mazhab mana ye?

Gelagat seorang wanita Arab ni sangat-sangat menarik perhatian aku. Sebelum ni aku tak pernah tengok wanita bangsa asing solat macam mana. Kat tv tu adalah kadang-kadang kan. Tapi tak amik port pun. Ni dah depan mata. Dan kebetulan, kitorang berdua je kat dalam tu, aku pon apa lagi-snap gambar! Hihiii...

Mola tu excited je aku tunjukkan telekung kat dia. Alih-alih dia senyum je kat aku. Er...mungkin tak faham BI kot. Last-last aku tengok dia terus solat! Hurm...pakai seluar, tak pakai stokin pon. Seluar tu pon labuhnya atas sket dari buku lali. Kira senteng lah. Blouse kemeja lengan panjang. Tudung ikat depan je. Tak de serkup or anak tudung. Dan cara dia tadah tangan berdoa macam orang lelaki kita.

Lepas solat tu, sebelum berdoa aku tengok dia bukak Quran, baca tapi suara tak dengar lah. End-up dia cium-cium surah tu (bukan masa Quran tertutup) dengan gaya yang syahdu sangat-sangat.


Agak-agak korang, kalau aku solat dengan pakai macam ni je...ok ke? Hihii..


Aku: Mungkin setiap mazhab tu lain-lain kan. Wallahualam. Kejadian di atas berlaku di masjid Genting Highland. Di bawah ni adalah gambar aku kat atas sana...sejukkkkk

6 comments:

  1. aah kan kak. tp ni mazhab ape ye yg kaki n tgn dia bkn aurat. ustazah sy penah cite ms dia kt mekah, ade wanita arab tu siap leh jwb fon then smbung semayang blk. smbg rakaat yg dia benti td.

    ReplyDelete
  2. erk...bleh plak pause solat macam tu ye..hihi...macam2 kan :)

    ReplyDelete
  3. diorang punya mazhab lain dari kita..orang arab memang sembahyang cara dia macam tu..adik saya belajar agama dia kata mazhab sana memang berbeza dengan kita..

    ReplyDelete
  4. boleh rujuk ustaz atau pakar agama bagi mengelak salah faham & kekeliruan dalam beribadah

    ReplyDelete
  5. Asid dulu sll nampak juga diorg sembahyang begitu esp kat KLCC. Ramai pelancong Iran, Palestin dll. Memang terdpt byk mazhab..syiah, maliki, hanafi tp kita ada mazhab sendiri iaitu mazhab Syafi'i. Dari kecik kita ikut mazhab syafi'i.. tp ada juga org kita yg belaja kat sana, balik sini tp still sembahyang ikut mazhab sana. x salah. Apapun elok di refer kpd yg lebih arif (para Usztaz n Ustazah) sbb takut klu saya ada salahnya. :)

    ReplyDelete
  6. Komen2 di atas tu ok. Saya ingin tambah, kita ikut mazhab Shafiee mmg dah cantik pakaian kita masa solat. Dan ada sesetengah org Arab (esp yg edukated), dah mula ikut esp bab tutup kaki (pakai stokin).

    Tapi perlu diingat, pakaian kita semasa solat, begitu le ketika di luar sepatutnya. Ciri2nya menutup aurat, longgar, tidak transparent.

    Telekung & kain tu cuma budaya, tapi klu kita dah pakai lengkap (tudung labuh at least bawah dada,pakai stokin yg x jarang, pakai sarung tangan & tak ketat ...silakan, x perlu pakai telekung)

    Mungkin pelik bagi org2 Msia sbb dah biasa pakai telekung.

    Ttg pakaian puan tu kurang menepati ciri2 , maaf ye .. boleh pakai seluar tapi longgar le & warna agak gelap, blause kenalah bawah lutut, & pakai selendang lilit supaya bila sujud bole tutup punggung & pakai sarung tangan..

    (tujuan pakai telekung utk tutup punggung ketika sujud, tapi klu terlampau labuh & berbuai2 hingga tertindih pun masaalah juga, apalagi klu tertindih jemaah sebelah punya).

    Allah beri kita quran melalui Rasul saw akal & nafsu. Wasallam.

    ummi

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...