Tuesday, February 22, 2011

Siapa nak tengok ibu muda yang boyot buat projek ni?

Ada la dekat sebulan dah kot aku tak peduli kan keyword2 ni... Sekali tengok tadi, hamik kau. Ada yang nak tengok ibu mengandung beromen. Ada yang nak tengok ibu boyot (yang ni ok lah), cara berasmara yang baik ponnnnn ada yang search. Agaknya yang baru-baru kahwin kot. Yang best tu projek ibu muda...haha...

Projek apa lah agaknya yang kau cari? Kalau projek yang 'itu' aku tak de lah gambar nya kan...Kesian kau...sekali masuk tengok projek ibu muda kat sini adalah menjahit! Wakakakaka...rasain!

Yang part nampak taik idung tu...aku mosykil...ada kah aku pernah menempelkannya di sini? 

Monday, February 21, 2011

Tiru-Tiru...Kipas-kipas...Bodek-bodek..Ce citer, Ce citer?

Korang perasan tak masa zaman kegemilangan Tok Ti (sekarang pon gemilang lagi), ramai penyanyi yang muncul tak ubah seperti klon... Suara....Gaya Pakaian... ponnnn nak tiru. Sekarang, ke manakah mereka-mereka itu pergi??? Aku tengok lah kan, ramai yang ubah haluan...ada yang jadi pelakon, ada yang jadi pengacara dan ada yang dah tak jadi artis lagi dah! See.... tak semua yang kau nak akan kau dapat, mana tahu rezeki kau sebenarnya bukan bergelar artis popular kan? Kita tengok point yang berikutnya...

Bisnes online. Dulu masa awal-awal revolusi bisnes online ni melanda Malaysia (sekitar 2003), kebanyakan peniaga bersepakat... ada yang ada persatuan semata-mata untuk menjaga periuk nasik antara satu sama lain. Tapi bila dah banyak keluar surat khabar yang ramai boleh berjaya dengan berniaga di atas talian ni, maka ramailah yang nak berniaga jugak tanpa ada ilmu. Orang nak meniaga, kau pon nak meniaga (aku pon tak terkecualiiiiiii..hohoooo). Lepas tu mula lah kau main cantas mencantas harga semata-mata nak laku (ni bukan aku yerrr). Sedangkan kau tak fikir periuk nasik orang yang buat ni secara full time. Akibatnya? Peniaga veteran masih maintain di situ tapi kauuu....jual murah sangat sampai modal kau tak leh nak rolling. Sangkut. Lingkup. 

Blogging (err....agak-agak kena bom tak kalau aku reveal issue ni :)). Yang ni yang aku perasan lah kan  (aku pon pernah terjerumus sama. tapi aku cepat-cepat tersedar dan berundur semula untuk bermula kembali dari bawah). Apa otai buat, semua dia nak buat...huhuuu...Sapa makan cili dia rasa pedas ye... Aku tak list kan sapa-sapa pun dalam ni. Tapi tak pe lah, itu cara dia kan. Cuma kadang-kadang aku rasa bosan bila blog walking, banyak 'blog klon' yang aku jumpa. Orang tu tulis gitu, dia pon nakkk jugak tulis gitu... Orang tulis gini, aihhh....tak leh kalah...nak jugakkkk. Aku salute blogger macam kak Di green apple tu. Dia buat hal sendiri je. Agaknya sebab tu syok layan entry-entry dia. Ramai lagi blogger yang bagus, mofasad pun aku layan. Joegrimjow pun cara penulisan yang ada gaya tersendiri. Ramai lagi lah yang best :) Selebihnya aku tak leh citer lebih-lebih, kang ramai yang bom aku tak puas hati dan serang aku macam la aku bagus sangat nak tulis gini kan? ngeeee....lariiiiiiiiii!

*kalau rasa tak de kaitan ngan tajuk tu, buat-buat tak nampak je lah ye*peace~~~

Aku: Pesanan untuk diri aku jugak nih. Kadang-kadang, tak semua benda yang kita nak, kita akan dapat!

Friday, February 18, 2011

Tak payah berlagak macam Chef Wan!


Ini hasil nak berlagak ye kawan-kawan. Kononnya bleh 'mayang' (istilah aku untuk hiris halus-halus) bawang laju-laju lah kan. Pisau plak baru asah, memang best lah. Sampai ulas bawang yang terakhir, aku tengok bawangnya tak terhiris, sekali darah pulak menitik-nitik....Omaigodddddddddddddddddd!!!

Lambat sungguh deria rasa sakit aku datang. Dah menitik darah baru terasa pedih. Maka dengan ini aku dapat cuti dari tugasan membasuh botol-botol susu anak aku...haha.... (Cuti basuh pinggan tak masuk dalam senarai sebab tu memang tugasan laki aku...hihiiiiiiiiii)

Aku: Cek balik bawang-bawang tu kot tertitik darah, tak mo lah laki aku jadi Raja Bersiong nanti...haha

Tuesday, February 15, 2011

Tindakan yang KURANG BIJAK!!!

Berikut merupakan tindakan yang sangatlah kurang bijak:

- Bila kau bergaduh, pastu update status kat FB bahawa kau tak puas hati dengan rakan sekerja.
- Rakan yang selama ini ada dalam Friend List kau, kau pergi remove.
- Rakan-rakan sekerja yang berada di cawangan di seluruh Malaysia, dari tak tahu apa-apa, semua jadi tahu (through FB)

Agak-agak korang la kan, bijak tak tindakan tu?

Bagi aku, once kau buat macam ni... kau dah tak akan selesa bekerja lagi dah. Sampai bila nak gaduh? Mesti akan berbaik jugak. Masa tu, mesti kau akan malu-malu nak add fren lagi sekali. Apa salahnya kalau hide je dulu status tu dengan cara customize.

Biasalah orang bila tengah marah, macam-macam nak luahkan. Tapi sila lah fikir 2-3 kali sebelum update tu kan. (Pesanan untukk diri sendiri jugakkkk)


Aku: Hurm...masing-masing dah besar panjang, ada yang dah jadi mak orang pon. Doakan kalian cepat-cepatlah berbaik.



Saya Mahu Strawberry White Coffee Genting Highlands dari Eyriqazzz.Com

Jalan2 kat twitter tadi, tengok ada orang nak bagi kopi...hihii...Memandangkan aku ni peminat kopi tegar, maka nak try lah kut2 ada luck!
Klik eyriqazz.com ye.

Saturday, February 12, 2011

TOTE BOUTIQUE'S GIVEAWAY

Sumber inspirasi aku dalam menjahit. Harap-harap ada lah rezeki. Nak join? Klik 



Sangattttttttttttt chanteks!

Kapal yang banyak nakhoda, ke Bermuda Triangle lah jawabnya!

Mula aku nak tulis, kapal yang banyak nakhoda akan terjun ke laut...tetiba aku pening, kapal memang dok kat laut dah pon. Should be mention karam lah kan. Tapi nak lagi tragis, biar lenyap terus masuk Segi Tiga Bermuda!

Aku sangat tertekan sekarang ni bila kau lah penulis, kau lah jugak editor. Yang lagi tertekan tu bila ramaiiiiiii sangat yang menjadi tukang tambah rencah a.k.a penulis tambahan. Malas nak tuding jari pada siapa-siapa. Tapi kau tak fikir ke azab orang yang membuat ni :(

Friday, February 11, 2011

Hai bang! Sampai bila nak terpacak kat situ???


Gambar ni aku snap masa balik Lepeh hujung tahun lepas. Giler lama terperap kan. Plan asalnya laki aku lah ni, dia beria-ria sangat nak bergambar dengan tempat batu penanda 0 ni. Kalau tak silap aku, ni adalah titik tengah semenanjung Malaysia tau. Kalau silap, maknanya aku salah baca la tu. Atau aku baca info sambil lalu je...ahaks!

Alkisahnya, dah 3 kali laki aku round sini, dalam masa doploh minit gak la kot....eeee...tak berganjak mamat tu! Aku malas la nak turun kan. Kang nampak sakai plak bila laki bini nak bergambar kat batu tu....hohooo...

Sudahnya, aku snappp ajelah gambar mamat ni. Buat tatapan korang semua....

Aku: Perhiasan stiker P kat keta laki aku tu tak de kena mengena dengan sapa-sapa. Kata laki aku, sebagai tanda pemandunya adalah P-Perempuan sahaja....muahaha (sebab aku yg banyak drive)

Ke’obses’an aku terhadap belog

Photo0240
Sampai sanggup buat logo neh guna felt…hihii…Still thinking nak buat apa..keychain ke…or sulam tampal pada t-shirt, pon menarik kan?

Thursday, February 10, 2011

[Sensored kah?] Macam apa daa

Photo0057

Orang lain pakai, kau pon nak cuba pakai jugak. Ni aku try masa kat booth orang tu je. Tapi tak beli. (Last2 beli jugak kat tempat lain tapi tak pakai).

Tiba-tiba aku rasa nampak sakai kalau pakai…haha…ke sebab padanan tu tak kena??? Atau sebab dah tak de shape??? Hohohooo

Ayat nak sedapkan hati:

“Tu gambar lama…masa anak baru 3 ke 4 bulan…hihiiii”

[Gambar] Seriously meleleh air liur!

Gambar hak cipta terpelihara eh. Tapi sumber inspirasi menghias ni dari kakchik. Hihihiiiii

Aku tak tau la korang minat ke tak. Tapi di kala aku menaip entry ni pon dah meleleh-leleh air liur tumpah ke keyboard! (oke, tipu!) Ni hasil penangan rembatan dari tempat menara Taming Sari tu lah. Boleh agak tak apa yang aku maksudkan ni?

Kalau mak aku tengok, mesti dia kata 'kelantan murtad'. Sebab? Aku tak makan buduuuu....haha...tapi mende alah ni memang peberet!

Wednesday, February 9, 2011

Taming Sari

100_3443
Lokasi: Dalam Menara Taming Sari
Bayaran Masuk: RM 10 dewasa
Catatan: Rasa macam riba adik je…
*Mode: Perasan muda*
100_3442

Monday, February 7, 2011

Apa yang rugi kahwin awal???

sumber: Google

Ini lah dia ye kawan-kawan...Haha...tu je pon...lain tak de yang ruginya kawen awal ni... Lagi best bila orang datang tegur kau...

"Mana mak budak ni? (merujuk kepada Aniq Zaquan) Dari tadi makcik nampak anak je yang dukung?"

Apa nak jawab? Kembang yo lah idung tuh! Haha....giler perasan muda terus! Lagi melopong bila aku tunjuk...

"Tu anak sulung saya mak cik...baby ni yang nombor dua dah..."

Bangga kan? Makcik tu pon terus lah bercerita...bestnya aku dapat kawen muda-muda.... Dia kata sek sok anak-anak dah besar aku bleh geng je ngan dorang.... Can't  wait to enjoy da moment!

Eh...terbabas! Aku nak citer pasal angpow ni ha.... Rugi aku kawen awal pasal angpow ni je pon...huhu....Dulu masa lom kawen lagi...sumer staf2 yang dah kawen ni bagi aku angpow..masyuk gak masa tu..tak termasuk bos bagi pon dah bleh dapat RM 100++. Duit raya aku masa kecik-kecik dulu pon tak banyak macam tu sekali tau.

Sayangnya...hanya setahun je aku enjoy moment tu... :(

Aku: Nasib baik aku nikah lepas CNY masa tu...kot gatal lagi nikah awal, memang tak merasa la dapat angpow... Sekarang ni rezeki anak-anak la pulak nak dapat angpow..Ohhhh...tuanya aku!

Saturday, February 5, 2011

Rompaklah Aku!

Dua hari aku cuti maka belog ni pon cuti lah jugak. Hari ni aku keje, sebab ada tugasan yang perlu diselesaikan. Update hari ni aku malas lagi nak citer pasal percutian aku. 

Tapi aku saja nak share gambar ni. Aku snap masa singgah makan cendol tepi sungai kat Banda Hilir. Thanks untuk laki aku, sebab mulanya nampak cam mustahil je nak dapat makan kat sini...almaklumlah pelanggan punya lah ramai sampai tak nampak toley. Tapi at last kitorang dapat gak meja :) laki aku nih memang terror bab2 nak merealisasikan impian bini dia nih!

Korang nampak tak apa yang aku nampak? Mamat ni kan..dia tertidur sambil pegang duit dan smoking! Giler hebatttt kan! Kepenatan sangat la tuh. Kalau tak silap aku, dia jual air kelapa. Tapi terpaksa tutup awal sebab dah kehabisan buah kelapa. Punya lah ramai umat manusia kat Melaka. 

Rezeki kitorang, tak susah nak cari parking dan tak perlu bayar pon. Senang-senang je dapat park kat food court depan kapal besar tu.

Okeh. Berbalik pada citer mamat ni, giler lena lah dia tido. Dari kitorang start lepak sini sampai lah da abes makan cendol ngan tau kua. Agak-agak kalau lagi lama sket, mau terbakar duit dia kalau rokok tu ada api menyala (aku tak pasti plak rokok tu ada api ke tak). 

Mohon Maaf

Entry ringkas.

Mohon maaf sebab masih lum berkesempatan mengepos hadiah GA. Insyaallah Isnin ni ye. Maaf kerana membuat kalian menunggu :(

Wednesday, February 2, 2011

Our Lunch Date *mode: gatal*

Seriously, lama giler dah tak date berdua-duaan macam ni... Last ngedate tanpa anak, last year, masa join dinner atas cruise tu pon ngan team sinar fm...

So, sebab laki aku pon dah cuti mula dari Isnin lagi... aku pon menggunakan kuasa veto soh dia mai lunch ngan aku kat area opis...hihii.... Bila lagi kan? Tapi tengah-tengah makan tu rasa cam ibu bapak yang kejam plak. Ko makan sedap-sedap, anak-anak kat taska...huhuuuuuu...



Sekian. Terima kasih. Senang-senang datang lah lagi ye.

Tuesday, February 1, 2011

Ya.. Aku amat sibuk, tapi sempat lagi buat ni:

id card holder-ayu

Saja nak tayang. Aku buat ni blogger jugak yang tempah. Tapi tak siap lagi. ID card holder…. inspired by jajakraf ye.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...