Tuesday, February 15, 2011

Tindakan yang KURANG BIJAK!!!

Berikut merupakan tindakan yang sangatlah kurang bijak:

- Bila kau bergaduh, pastu update status kat FB bahawa kau tak puas hati dengan rakan sekerja.
- Rakan yang selama ini ada dalam Friend List kau, kau pergi remove.
- Rakan-rakan sekerja yang berada di cawangan di seluruh Malaysia, dari tak tahu apa-apa, semua jadi tahu (through FB)

Agak-agak korang la kan, bijak tak tindakan tu?

Bagi aku, once kau buat macam ni... kau dah tak akan selesa bekerja lagi dah. Sampai bila nak gaduh? Mesti akan berbaik jugak. Masa tu, mesti kau akan malu-malu nak add fren lagi sekali. Apa salahnya kalau hide je dulu status tu dengan cara customize.

Biasalah orang bila tengah marah, macam-macam nak luahkan. Tapi sila lah fikir 2-3 kali sebelum update tu kan. (Pesanan untukk diri sendiri jugakkkk)


Aku: Hurm...masing-masing dah besar panjang, ada yang dah jadi mak orang pon. Doakan kalian cepat-cepatlah berbaik.



12 comments:

  1. mcm tu pulak masalah bila bekerja ni ye..biasalah cabaran dan dugaan donia..:-)

    ReplyDelete
  2. berfikir dulu sblm bertindah, dan seharusnya bertindaklah secara matang:)

    ReplyDelete
  3. bukan besar panjang..dah tua bangka.. adoi! jahat juga mulut akak ni.

    bagi akak kalau geram dgn someone tak perlu taip kat fb terang2. mungkin taip ayat pendek macam "bengang!", "sedih!". kalau org tanya kenapa.. boleh just say "tiba2 aje rasa camtu.." tak perlu sebut aib org & story panjang2. elok gak AIM letak sini sbg panduan kat org lain.

    ReplyDelete
  4. Ummi, saya plg muda kat situ...tapi rasanya saya plg profesional bab kerja. Tak puas hati mcmana pun, kena pandai tangani. Pelik tengok yg lebih tua ni bergaduh..

    ReplyDelete
  5. Azila, begitulah sebaiknya kan...
    K'liza, dorang ni jenis tak fikir panjang... Padahal keje masing2 nak hari2 kena berkomunikasi antara satu sama lain...

    ReplyDelete
  6. Ramai yg jadikan FB sebagai tempat lepas perasaan tapi berpada-pada la berkongsi rasa dengan org ramai..

    ReplyDelete
  7. qema... berpada2 lah nak lepaskan perasaan pun kan..kena fikir jangka masa panjang. Lainlah kalau kita takkan tengok muka dia sampai bila-bila lagi...ini tak, bekerja satu department, memang sentiasa memerlukan antara satu sama lain... kalau haku lah, mau resign beb...malu!

    ReplyDelete
  8. Pd KC, jgn la kita ni skit2 updet kat status FB. kurang matang la sikap camtu. kawal emosi tu penting, dik.

    ReplyDelete
  9. yup k'chik...wani pon adakalanya terbabas, tapi masih fikirkan perasaan mereka2 yang membacanya.

    ReplyDelete
  10. setuju dgn KC..hehe

    biasa pompuan jer ilang emosi nie..ops..hehe

    ReplyDelete
  11. yo lah ujang...pompuan kan emosi lebih....huhuuu...

    ReplyDelete
  12. memang tak cukup matang... berapa umur dia wani?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...