Wednesday, May 30, 2012

9.00 malam...Kenapa tak balik lagi?

Tu lah masa kat jam sekarang ni. Dan aku masih bersantai di ofis. Kenapa tak balik lagi?


  1. Anak-anak tak ada kat rumah
  2. Nak buat apa balik awal, semalam dah mendobi...mengemas...hari ni relax lah.
  3. Kat ofis at least tak rasa sunyi sangat.
  4. Yang sebenarnya tak sanggup tengok mainan anak-anak kat rumah... teringat sangat-sangat :( 
  5. Bukak peti ada susu perahan untuk Aniq Zaquan... ponnn boleh menitik air mata bila tengok!
Ikut perancangan asal, 2 minggu nak tinggal kat Lipis tu... tapi ni baru nak masuk 3 hari, dah rasa lain macam...huhu

Nak skype, tapi kat sana tak ada webcam :( Mungkin rezeki aku, semalam adik dapat 1 netbook 1 Malaysia yg ada webcam, so...aku dapat lah ni!


Gambar Bisu Hari Rabu #23 Shaz & FBI: Jom reka dialog!


*Saja suka-suka ni...tak de hadiah pape pon ^_^

Tuesday, May 29, 2012

Pengalaman terbang yang mencemaskan!


Oke. Baiklah. Gambar atas tu hiasan semata-mata. Ni nak cerita pasal percutian 6 hari 6 malam di Teratak Kecil aku... ^_^

Selasa 22 May 2012.

Flight asal kol 9.50pm. Tapi delay sampai lah 11.30pm! Fuhh... Kalau aku sorang2, lain cerita lah. Ni heret sekali dua beradik ni haa.. Bayangkanlah kesemputan aku kan. Dekat2 gate nak bukak, si adik berak...gi basuh dulu...Mujur sempat.

Oke, yang tu tak cukup cemas. Nak lagi cemas?

Isnin 28 May 2012.


Flight jam 7.15 am. Kena masuk opis 9.00 am. Tak pe tak sempat on time. Janji kol 11 am ada dalam konti. Ohh....tak boleh! Bos aku cuti, so nak kena ganti dia baca 'Info Cakno dan Cuaca'. Kena prepare skrip lagi. Oke, tolak tepi dulu yang tu.

Jam kunci jam 5.30pm. Ye lah, dari Puchong... standby takut jalan jem pepagi Isnin ni kan... Malam tu balik dah lewat dari Shah Alam. Pos anak-anak kat Bonda, dia nak bawak balik Lipis seminggu dua... So, aku fly sensorang lah balik KB. Sempat lagi singgah UpTown S.Alam, cari beg...since beg kat rumah tu zip rosak... Merayap...jalan dua-duaan....berchentaa kejap...balik rumah dah pukul 1++. Mandi-mandi...tido!

Sedar-sedar... What???? 6.30 am??? Flight kol 7.15am! 45 mins ni...apa yang sempat???

Laki bini terjun katil...pakai baju apa yang ada depan mata... heret beg...zasssssss...berlari keluar rumah, pergi kat parking. Si suami tekan pedal minyak sampai 160! Langgar lampu merah yang ada...hon keta2 yang lembab pepagi ni tapi nak duk line kanan.... kelentung kelentang sana sini... potong keta kut bahu jalan (AMARAN: INI AMAT MEMBAHAYAKAN. SILA JANGAN TIRU).

Tapi aku dah standby skrip andai ditahan pak polisi, siap nak mintak dorang escort aku ke airport kalau kena tahan! Tak peduli! Janji kol 11am aku ON AIR! Tapi Alhamdulillah, walau keta banyak...tak stuck dalam jem yang jenis keta tak gerak-gerak tu kan. Mungkin sbb cuti sekolah dah mula.

Sampai je kat Kaunter Check In tu.... laki aku parking siap muka keta nak masuk building lagik! Aku meloncat keluar keta...'hungga' gi check in... Utk luggage dah close... Dengan muka tak mandi pagi pucat lesi,

"Bangg....flight saya ke KB ni....sempat lagi takkkkk...tolonglahhh saya nak balikkkk" siap berdrama dgn memek muka lagi...haha

Tengok-tengok jam...7.05 am. Oke, selamat, jam yang aku tengok dalam bilik tidur tu rupanya cepat 5 minit. Jam dalam keta yang aku dok jeling-jeling tu pulak cepat 10 minit! Tenkiu lah jam-jam ituuu....mencemaskan aku sangat! Masa ada 10 mins...berlari plak ke Balai Berlepas... Sampai-sampai part meraba badan.. Polis kt epot tu siap tanya...awat dik, mengah giler ni...adoi...tak sempat aku nak bercerita...takut ni kena tinggal flight...zasss... aku jalan depan.... STOP! Patah balik...Termasuk jalan nak ke toilet rupanya....kih kih kihh

Alhamdulillah. Sampai je kat Balai Berlepas, sempat duduk kejap lilit shawl yang aku sangkut atas bahu, pakai cardigan... tengok bawah....lhoo...sarung selipar je? Belasahhh! Then gate bukak....

Ya Allah...rasa nak sujud syukur kat tengah-tengah landasan tu tau! Legaaaa sangat!


Lepas konti plak, melayan si amirul ni ajak aku ke Majlis Aqiqah Qhaliff.. Kak Zila pon ada jemput, tapi memandangkan aku kecemasan begitu..tak boleh nak wat keputusan awal-awal...hehe.. Last-last pegi jugak! Cilok gambar dari Blog Ben ya... Kamera tinggal kat Puchong...huhu...tu la...kelam kelibut lagikkkk...


No. 2 kecikk lepas Qhaliff ^_^ ngeeee.....

P/s: amirulll... komen kan link blog...malas nk korek...haha...Lynn dan Dila jugak dehh :)


Wednesday, May 16, 2012

C.E.R.A.I

Bila cerita pasal cerai...mesti tak de orang nak kan. Tapi bukan lah semua perceraian tu negatif hasilnya. Banyak je perceraian yang kemudiannya mendatangkan manfaat kepada kedua-dua belah pihak. Tapi selalu nya orang kita ni sebut je CERAI mesti rasa macam.... "Eii....teruk lah dia tu...." 

Oh ye, korang jangan salah faham. Bukan perceraian hubungan suami isteri yang aku nak maksudkan. Ni kisah cerai susu antara anak dengan ibu, cerai yang wajib lah kiranya kan. Takkan nak susukan anak ke tua. Tapi naluri ibu ni lain sikit, nak cerai susu dengan anak pun mesti emo semacam kan? kan? kan?

Jangan tipu lah kalau ko kata tak de perasaan apa-apa pun. Masa mula-mula aku kena kursus tu, seminggu tinggal anak kat kampung... kira dah bercerai susu la. Ingatkan bila aku balik ambik dia, dah tak nak menyusu la kan. Rupanya tak semudah tu... Dia boleh sambung je nyusu macam biasa. 

Walaupun dihalang oleh bonda, tapi aku tak sampai hati... Lagipun umo tak cecah 2 tahun, aku rasa bersalah sangat... So aku teruskan macam biasa. Tapi tak tahu kenapa semalam tiba-tiba B aku bengkak giler2 (yg sebelah kurang susu) Tak lah sampai jadi macam buah betik (kebiasaan masa dalam pantang kan?), tapi ianya sangat sakit. 

Aku pon nekad lepas on air tadi...gi klinik nak ambik ubat keringkan susu. Tapi bila doktor beri aku pilihan kedua....

"Kalau keringkan susu, nanti stop terus....atau nak yang surut bengkak je"

Aku terus mintak yg surut bengkak. Rasa kejam nak terus keringkan susu tu...huhu... Mungkin belum tiba masanya lagi... :(

Tuesday, May 15, 2012

Sabar pun ada tahap kan?

Bacaan 18SX, SG, PA, PL dan seangkatan dengannya yang dijemput sahaja la ye (Klik SINI). Blogger-blogger lama yg kenal aku dari dulu-dulu tapi tak bg email lagi, bagi la...nanti aku invite k.

:(

I'm so sad lah...huhuu

Monday, May 14, 2012

Kemain lagi jadual...ko ada?


Jadual ni tak lain tak bukan merupakan azam baru sempena Hari Ibu...wakakaka.... Konon nak masak la untuk dinner kan. Tapi tak dapat lagi ni bayangkan cemana aku nak bersilat kat dapur dengan dua beradik tu yang manjang nak bergaduh.

Ada kosong lagi tu untuk Sabtu dan Ahad.. So, berdasarkan bahan-bahan mentah yang aku gunakan untuk Isnin-Jumaat tu... apa cadangan korang untuk menu aku yang 2 hari tu? Hehe....

Kuih Vadei... Ni lah Namanya Rezeki

Ni cerita semalam... Lepas keje, lepak-lepak jap kat opis siapkan apa yang patut, sambil2 tu duk meleleh air liur tengok Cik Ina tayang kuih vadei dia buat brekpes semalam. Tak sampai sejam kot lepas aku komen kat blog Cik Ina... tetiba client datang, bayar payment... sekali dengan buah tangan ni... versi frozen pon frozen lah kann... janji dapat jugak aku makan ^_^

Alhamdulillah....




Sunday, May 13, 2012

Ala-Ala Selebriti yang Diintai Mamarazzi, ahaks!

Okey fine...berangan je ni :p Tak de sapa-sapa yang nak intai aku... Gambar-gambar ni telah ditembak oleh salah seorang pendengar setia aku...hihi.... Cantik orangnya, dah nak kawen 2hb Jun ni ^_^ 

Mujur lah ada Cahaya Atiena ni... peneman aku di Kota Bharu ni di saat aku cuti...dia lah yang temankan aku bawak anak-anak ke taman. Kalau harapkan aku sorang, memang tak lah kan.








Ni lah mamarazzi nya... ^_^





Friday, May 4, 2012

Novel dan Aku: Aina Emir dan Mimie Afinie

Aku dan novel memang tak boleh dipisahkan. Sejak dari sekolah menengah lagi, kepakaran mengkhatamkan novel setebal Cincin Permata Biru (sapa tau novel ni?) itu selama sehari memang tak dapat disangkal lagi. Minat tak pernah berkurang tapi kepakaran membaca dengan cepat tu semakin beransur kurang bila dah sedikit matang (read as semakin tua).

Mula-mula ke PBAKL which is 4-5 years back (dah tak ingat la exact year..maklumlah dah 'sedikit matang' kan.....) Aku berhabis dekat RM 400++ semata-mata nak beli novel which is masa tu aku goda dan kikis boipren aku habis-habisan (now dah jadi laki aku la...hehe). Tapi semakin aku 'bertambah matang', jumlah nya semakin berkurangan dek kerana banyak lagi tanggungjawab lain kannn...

Ok, back to title. Mola-mola aku dah sedih-sedih sebab PBAKL tahun ni aku dah pindah Kelantan. Tapi ternyata jodoh aku ngan buku ni masih kuat, ditentukan pulak cuti aku terkena dengan masanya ^_^ 

Tapi memang aku berazam tak mo beli novel sebenarnya. Ye la, 2 kali nak turun KL bulan ni beb... buatnya aku tak kuatkan iman... mau botak sebelum masanya kann...

Sekali tu masa duk ronda-ronda cuci mata nak balik, si suami yang prihatin cuba memancing...

"Eh, tadi abang nampak Karnadya tu buat Happy Hour... Aina Emir ngan Mimie Afinie ada...syg takmo ke novel baru diorang???"



Whatttttttttttttttttt? Suami sendiri yg offer???

Aku apa lagi... macam orang yang mengantuk disorongkan bantal lah yu ols!


Kenalkan... ini lah Mimie Afinie with her latest 'Tolong Ingatkan Aku'.. aku ada hampir kesemua novel beliau. Namakan kesemuanya? Err...err... daya ingatan aku ni lemah. Sebab tu kadang bila aku baca novel buat kali ke-2/ ke-3...aku seolah-olah baru je baca... org pelupa, camni la...hehe
So...anyone 'Tolong Ingatkan Aku' eh!

Pertama kali jatuh cinta dgn karya beliau, tak ingat apa tajuknya...tapi ada watak Iskandar, which is jalan ceritanya hampir 90% menyamai kisah cinta aku...ahaks!


Anak-anak, diumpankan belon maka senyap lah mereka ^_^

 

Dan ini lah Aina Emir... aku mula jatuh cinta dengan karya beliau berjudul 'Aura Cinta' (kalau tak silap) sebab ceritanya berlatar belakangkan Kuala Lipis. Semangat aku baca! Dan dari situ lah aku mula kumpul karya-karya beliau.

Lepas terjah ke blog Aina Emir ni, baru aku tau...rupanya ada jugak yg aku tertinggal ikut novel2 beliau..hehe... ya ampunn! Tunggu masyukkk sikit, nanti saya rembat kesemuanya ye kak ^_^

Nota kaki: Ekceli ni bukan tahun pertama jumpa dan bergambar dengan mereka, boleh kata sejak kenal karya diorang lagi...hehe

Thursday, May 3, 2012

Lokas Makana? Apa tu?

Pic credit to Menara Kehidupan

Untuk yang dah baca pasal Beger Bakar ni, meh nak cerita sikit pasal Lokas Makana. 1st time tengok nama ni bila orang komen status aku kat Fesbuk, aku macam....

"Err...apa dia ni...typo kah? Tulis lah elok2 Lokasi Makanan."

Ghopanyerr.... memang nama food court tu Lokas Makana terletak di Puchong Utama. Kalo korang nampak Carrefour tu, dah tak jauh dah la maknanya. Exact location? Google sendiri lah ek...Maklum lah dah lama tak jadik orang Puchong ni aku ala-ala bengap sket nak bagi direction :p

Kalau korang nak tau makanan apa lagi best kat sana...tu klik blog Menara Kehidupan kat atas tu... blogger tu dah penah pegi :)

Cuma nak share pasal Burger Bakar yang aku share semalam tu lah.

Kalau nak order, kena datang around 6.30 pm kalau nak dapat dalam kol 7.30pm ke kol 8 pm. Kalau nak datang jauh2 semata-mata nak makan beger ni aku nasihatkan lupakanlah. Melainkan ko penyabar orangnya untuk menunggu selama itu...hehe

Tapi apa-apapun...rasanya memang thumbs up...kalo ikut tekak aku lah kan

*Tetiba rasa nak buat beger bakar jugak kat KB...hihihiii*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...