Wednesday, December 29, 2010

Bestnyeee kawen!

100_2476

Sebelum tu..iklan dulu! Aku jumpa gamba ni dalam memory card-sah2 keje laki aku kan..eksaited gamaknya dia nengok tajuk budu itu- Budu Sedap Telajak which means…Sedap Sengoti atau dikenali juga sebagai Sedap Gilerrrr!

Ok done citer pasal budu. Aku tak makan budu. Walaupon aku dilahirkan di negeri Cik Siti itu. Tapi aku sangat-sangat suka makan cencaluk dari Melaka. Padahal tak de kena mengena pon keturunan aku ngan negeri itu…haha.

Ni nak citer pasal kenduri kawan aku- Ayuni…best sebab aku dapat jumpa kawan lama… Iela…Nadirah…Ain…Pa’e…Kema…hurm..ramai lagi tak de. Mungkin masing-masing pon sebok ngan kenduri jugak lah kan.

Tetiba je aku rasa, oh yes! Aku memang muda lagi bila berada dalam kalangan mereka…so, kira tepat lah ngan tajuk belog ni – AKU IBU MUDA…muahaha..tak lama dah boleh perasan muda, kurang-kurang lagi 2-3 tahun konpem aku kena tuka tajuk belog tu sudahhh….

Kengkawan aku ramai lagi tak kawen. Yang dah kawen pon, anak kecik lagi. Aku je menjuarai carta setakat ni, ada sepasang. Syukurrr

Smile

100_2489100_2515

Yang tudung hijau biru tu dulu BFF aku dari form 1-5. Tapi dekat2 nak SPM macam ada konflik. Aku pon tak tahu kat mana silapnya. Until now, aku secara jujurnya mengaku-sangat kekok bila berbicara…padahal tulah dia teman sepinggan sebantal…punya lah akrab. Aku selalu tido umah dia, dia pon selalu balik rumah aku. Tapi entahlah. Ada sesuatu.

100_2523

Dan yang kawen ni…sekelas dari form 1-5 jugak…kira biasa-biasa je la kot. Aku ni tak de la ramai kawan rapat pon. Ada sorang dua je, tapi tu pon masing-masing dah wat hal sendiri. Ada teman rapat masa matrix plak, dah pergi tinggalkan aku selama-lamanya.

So sekarang, kawan aku sebantal sekatil-laki aku je lah. Kawan-kawan lain macam tak dak. Aku selalu je dilupakan. Agaknya sebab aku dah kawen. Hurm…

100_2530

Aku tenung-tenung balik gambar ni, nampak cam aku preggy??? Ohhh..WTF….Corak baju hokayyy..

Oh tidakkkkkk…. Aku takut!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...