Monday, December 20, 2010

Ko Masuk Islam Sebab Nak Kahwin Kan?

Aku geram betul ngan orang convert kat opis ni. Hamba Allah ni convert dah lama. Anak sulung pon dah darjah 2 tahun depan. Orang Sabah. Wife dia muslim. Smayang kat opis ni? Tak pernah aku nampak. Time smayang Jumaat? Lagilah haramm dia nak pergi. Ok. Dah. Aku tak mo masuk campur. Lantak ko lah kan sebab dosa ko, bukan dosa aku.

Ni cerita pasal nak sambut Krismas kat opis aku ni. Kitorang (muslim staff) dah check. TGI Fridays. Memang tak de dalam senarai web JAKIM sebagai restoran yang halal. Mula tu aku ingatkan halal jugak, sebab nampak ada pekerja Melayu kt sana. Tapi bila check ngan JAKIM, ternyata pekerja Melayu tu sebagai umpan je lah kan.

Aku ada terbaca kt blog mana tah, kita boleh request kat TGI tu kalau nak makanan (aku lupa menu apa), boleh request tak mo letak Wine. Ok. Aku nak tanya. Kalau dah kat dapur diorang tu dah bercampur-campur halal haram, ko agak-agak halal tak? Aku rasa ni bukan zaman darurat. So, tak mati pon kalau tak makan kat sana.

Berbalik kepada story aku tadi, dah kitorang sepakat tak mo pergi (selain tu kitorang jugak malas nak sambut2 party ni. Seolah-olah meraikan krismas pulak kan). So, HR pon cancel kan lah nama semua orang muslim. Tup2 tadi si Convert ni pi bagi hadiah kat HR (ada acara tukar2 hadiah, so hari ni penyerahan hadiah). Yang HR plak terkejut lah. Sebab dia cakap, kan muslim tak nak pergi. Boleh plak si Convert ni cakap, "Saya tak rasa tak Halal pon sebab kat sana ada orang pakai tudung kerja."

Ohh statement! Sangat2 memalukan kitorang bila Muslim sendiri yang cakap macam tu. At least, kalau ko kemaruk sangat nak pergi pon, jangan lah bagi alasan yang membuatkan si kafirun menganggap Islam ni agama yang kejap boleh, kejap tak! Cakap je lah, tak pe...saya veggie ke...saya tak makan daging ke...Ini tak, pi cakap macam tu! Huh..hangin sungguh aku. Dan sedih :(

3 comments:

  1. Salam
    takut nak hadapi masalah seperti ini.. tak berani, hanya berhadapan dgn sesama islam sahaja lah

    ReplyDelete
  2. CR, AIM ni keje kat tempat yang dikuasai oleh bangsa Cina. So, sepatutnya all muslims kena la tunjuk contoh yg Islam tu tegas kan. huhu... ni tak. sebab nila setitik. abes dorang pk bukan-bukan pasal Islam. Sedih :(

    ReplyDelete
  3. cakap je kat boss...dia tu convert, banyak lagi nak kena belajar.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...