Wednesday, December 22, 2010

Kemalangan? Apa nak buat ni???

Pagi tadi tengah syok layan MHI kat TV3, keluar plak isu pasal call-man. Tu pasal aku tertarik nak buat story yang ini. Kebetulan pulak, semalam pon laki aku ada cakap...

"Yang, buatlah entry pasal callman ni, abang boleh bagi info..."

Oh..mentang-mentang lah sekarang ni berkawan dengan callman, siap nak soh aku buat entry plak. Tapi bila aku fikir-fikir balik...why not kan...lagi pun mende-mende camni penting untuk aku share ngan korang, especially kaum wanita yg accident bila memandu sorang-sorang. Sure korang panik ah! Jangan tipu aku la kalo korang cakap korang rileks je...

Tips aku bagi ni hanya applicable kalao korang eksiden cium-cium montot je lah. Kalau dah terbalik masuk dalam gaung tu, tok sah fikir lagi tips aku ni kan.

Mula-mula sekali, mesti korang akan didatangi beberapa lelaki. Kalau sorang je lelaki, bagus jugak! Tak payah korang dengar orang bertekak rebut pelanggan. Lelaki-lelaki ini dipanggil callman. Korang tak call pon diorang datang...haha...sebab dah memang kerja diorang terpacak tepi jalan tunggu eksiden ni...

Then, diorang akan perkenalkan diri. Masa ni sure diorang akan bagi kad. (Rules callman: Sapa yang pertama bagi kad, callman lain tak leh kacau dah). Kalau korang ragu-ragu, sila lah call nombor bengkel a.k.a tokey diorang yang terdapat pada kad itu. Untuk mengesahkan yang itu adalah callman betul..bukan cobaannnnnn...Awas..manusia sekarang ni menipu dengan pelbagai cara. So, be careful. Kalau henset korang tak de kredit ke...pinjam je tepon mamat tu hokeh. Konpem dia bagi punya!

Tapi kalau korang dah ada mekanik sendiri, cakap baik-baik...korang nak hantar gi bengkel yang korang biasa gi tu.

Biasanya, kalau korang tak tau nak buat apa, mesti guna jugak khidmat callman tu. Sebab kalau korang hantar keta tu ke bengkel diorang, Nanti mamat tu akan hantar kan korang balik, atau hantar la ke mana yang korang nak suruh hantar.

Nanti bila dah settle semua dan korang settle claim insuran, baru lah ada habuan untuk callman2 ini. Tu lah rezeki diorang.

Nanti aku tanya lagi laki aku. Apa lagi dia nak share okay?

2 comments:

  1. tm kalo eksiden pon call callman..mr hubby la orgnyer..incik pomen ku tersayang..biar dia setel yg real callman la, sapa2 tukang sibuk/amik berat time kejadian..

    tapi kot2 dia luar kawasan tak taw la, mgkn call man kengkawan dia la kot jadi mangsa..hahaha

    ReplyDelete
  2. TM untung la ye ada mrhubby as pomen :)

    AIM ni harap kan kengkawan hubby je lah...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...