Wednesday, December 22, 2010

Kehidupan Seorang 'Call-Man' Siri II

Sambungan dari sini.

Close Deal tu maksudnya mangsa kemalangan bersetuju untuk membenarkan kenderaannya ditarik ke bengkel tempat callman ni berkhidmat. So, di situ adalah rezeki callman ni. Bukan senang Mat nak dapatkan ni. Kadang tu, sebulan pon belum tentu sangkut 1 kereta. Tapi kalau dh sangkut tu, memang layanan 1st class yang akan dia berikan kepada mangsa kemalangan. Contohnya, hantar mangsa pulang ke rumah, atau hospital jika perlu. Kemudian, setelah kereta mangsa tu pulak siap dibaiki, akan ada pulak khidmat penghantaran percuma ke rumah mangsa.

Ini semua Mat lakukan sebagai tanda penghargaan kerana sudi menggunakan khidmat bengkel tempatnya bekerja. Habuannya? 10% hingga 20% dari jumlah perbelanjaan yang diclaim dari Insuran. Itu lah rezekinya. Bukan mudah untuk mendapatkannya. Selain dari terpaksa bersaing dengan berpuluh2 lagi callman lain, dia juga terpaksa mengorbankan masa bersama anak isteri di rumah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...