Saturday, August 20, 2011

Tips Berbuka Puasa Dgn Tenang di Fast Food Restaurant!

Semalam, lepas aku taip entry OKB tu (cerita di SINI), aku tergerak nak check akaun bank..kot2 la suami terchenta transfer kan wang ringgit nya untuk aku...hihii (kebiasaannya laa). Sekali check punya check...

Omakkk kau den terkojut! Beribu2 lemon ado lam tu! Aku rasa duit EPF dah masuk la ni. Giler cepat kan. Baru hari Selasa apply (cerita di SINI). Tapi tu lah...amount nya cam ada kureng sikit...hurm.... Biarkan lah dulu. Cuma lam kepala otak aku dah terbayang2 kesayangan aku (cerita di SINI) sempat juga bersama dengan aku hari raya nanti :)

So, semalam aku dah gosok2 suami ajak berbuka kat luar (bukan lg luar rumah tapi dalam kereta, macam sebelum ni). Dan setelah diteliti...diambil kira dari segenap faktor, kitorang memilih untuk berbuka di Secret Recipes, Bandar Puteri.

Ternyata pilihan kami berdua sangat tepat, kerana boleh makan dengan aman walaupun ada dua makhluk halus itu bersama. Terbayang2 sekiranya kitorang pergi berbuka kt fastfood di Shopping Complex...konfem penuh sesak...bising...dan makhluk2 halus tu pon tak selesa...lantas meronta2 menangis dan buat hal! Itu yang aku paling cuba elakkan.

So, tips nya di sini... kalau nak jugak berbuka kat fastfood...pilih restoran yang berada di lokasi terpencil...hehe...kurang tumpuan orang...nah tengok!
 
Sunyi kan? (Motif bukan nak tunjuk Sirap FREE tu tau...tengok sekeiling...hehe)

Ni lagi...bukti tak ramai orang....


Padahal masa ni lg beberapa minit nak berbuka....Ohh....suami aku tu bukan berbuka awal tau, tapi tolong 'sejukkan' mash potato untuk mahluk halus yang mashammmm itu :)


Bila tenang, aman damai...bebudak nak makan pon selesa...
Ni menu untuk aku....apa tah namanya....sedap! Tapi asalnya suami yang order, last2 dia tukar ambil aku punya...sebab dia kata lambakan black pepper tu membuatkan dia rasa macam makan meal orang berpantang...


Beef Lasagna untuk kakak... (mama yg nak makan sebenarnya)


Licin...kurma tu FOC...tp sebab aku bukan penggemar kurma...so, suami je la yang jamah


Dan for the first time....anak bujang aku pandai menyedut selain dari sedut (.)(.) mama dia! Mungkin nak tunggu makan kat luar baru nak tunjuk hero kot! 


So, hari ni hari untuk aku menghabiskan duit (secara berfaedah). Nak beli botol susu adik, since dia dah tunjukkan tanda-tanda nak hisap dari botol. Tukar botol susu kakak. Ukur jugak Jalan TAR kalau rajin...nak cari telekung. Dah lama tak berganti dengan yang mahal dan berkualiti : (

Malam nanti nak singgah rumah TokMa bebudak ni.... Uwe bebudak ni kirim baju raya....alhamdulillah...rezeki!

P/s: Hujung minggu ni korang ke mana?

12 comments:

  1. uuuu, secret recipe lahh.
    ehhh, anak akak tu comel. mata besawww

    ReplyDelete
  2. sebab mak dia pon spesies mata besar...hehe

    ReplyDelete
  3. orang kaya baru ni..........shoping sakan la yer.......

    tak sabar nak tgk rumah baru ibu muda ni.....heheheehh

    ReplyDelete
  4. esk baru planning berbuka di luar..

    sambil2 ukur jalan TAR.. hahaha

    ReplyDelete
  5. orang kaya baru lah kiranya wani ya...hehe

    selamat berbelanja untuk rumah baru pula lepas ni.

    mesti tak sabar nak duduk rumah sendiri kan, beli segala kelengkapan untuknya nanti...:)

    ReplyDelete
  6. cadangan yang bagus....
    sekecik tu comel betul.....

    ReplyDelete
  7. takat puasa ni tak pernah lagi berbuka kat fast food sebab lbh relax, aman makan kat rumah hihi

    orang kaya baru tu wei , selamat menghias rumah wani..:)

    ReplyDelete
  8. SR tu.. hebat.. OKB lah katakan..
    Akak, berbuka kat umah jer...

    ReplyDelete
  9. Salam kenal... ;p
    Na selalu makan kat Secret Recipe tue.. Tak ramai orang!

    ReplyDelete
  10. kak liza tak leh le nak bukak posa dlm kereta... 7 org tu semuanya. mana muat..he..he..

    sebut telekung, lepas raya baru nak ambil stok baru gamaknya.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...