Friday, November 25, 2011

Jualan pindah rumah

Nak tunggu ambik gambar 1-1 lambat sangat, maka malam ni aku godek2 album yang sedia ada….nak cari barang apa yang aku dah takmo pakai .

Beg mekap ni bukan terpakai. Aku jahit aritu untuk booth Ahad ni, tapi since dah cancel so boleh la jual on9…sayang nak jual. Takpelah, takde orang nak aku pakai je la kan…hehe. Macam dah pernah upload….entah aku lupa. Harga RM 20 including postage. Kalau korang jumpa entry ni b4 dgn quote harga lebih rendah, inpom ek *hihihiiiii*

100_5853
Pandangan depan

100_5854
Pandangan belakang

Ok, kat bawah ni yang nak letgo is baby bouncer, tapi nanti aku nk check balik…senget ke tak. Kalau senget, harga kena turun lg la kan….ahaks!

Dah 2 beradik pakai ni. Basikal pink tu bukan nak jual tau.

006
Boleh alas dengan alas stroller tu…aku buat gini masa kakak dalam 40 hari lagi… Letting it go for RM50 brand Sweet Cherry kalo taksilap. Kalo senget, aku turun harga lg lah Smile with tongue out

S6301832
Kat bawah ni pulak…nak tunjukkan meja makan. Dulu beli dalam RM 240++ kalau tak silap. Bentuk oval, ada 6 kerusi. Keadaan baik lagi since aku alas dengan kain, pastu lapik plastik pulak. So, permukaan meja tak jejas.

Nak tolak RM 100-transport leh ejas….tp dekat2 Puchong je la ek. Dan kawasan sekitar.

100_3723
Yang ini, bukan nak jual bayi….tapi Playpen…. Yana MIB….kalau tak jadi, inform akak ek…nanti akak leh open kat orang len. RM 50. Boleh lipat2 masuk keta. Tilam tak de, cuma ada yang nipis je.

100_0676100_0713

Kat bawah ni lupa dah namanya, tapi carrier baby tu.  Beli RM 50. tapi tak penah pakai lama…test2 je. Aniq tak suka. Dia lagi enjoy duk lam pouch yang aku jahit tu. Nak tolak RM 35-termasuk pos.

100_1672

Stroller…..hurmmm….nak jual ke tak ye? Apa kata ramai? Anak2 aku dah besar….kalau gi jalan, perlu lagi ke stroller ni? Buggy dah ada….so….letgo je la kan… beli dulu RM 120 rasanya. Brand sweet cherry. Nak jual RM 60.

100_1805

Baby high chair cap IKEA… Harga dulu RM 49 rasanya, tapi tak termasuk ‘meja putih’ tu…beli asing kalau tak silap….sapa2 tau harga, boleh inform tak? Kalau tak silap aku, meja putih tambahan RM 15 kan? Ke aku silap?

Nak tolak RM 45-complete set. Masih cantik dan baru. Bebudak ni bukan nak sangat duk lam ni.

100_4310

Apa kenamanya ni? Walker…baby walker kan? Ekceli aku beli ni masa adik kecik. Bukan dari zaman kakak. Kakak tak pakai sebab dia guna walker yang tolak2 tu. Nak jual gak yg tu, tak jumpa gambar.
Walker ni murah je…Beli dengan harga RM 60++. Nak tolak RM 30.

100_5042100_5079

Sekian, tu saja. Berminat leh terus SMS ye….korang tau kan mana nk cari no.henpon aku….hihiiii

20 comments:

  1. Meja makan tu Kak Azie nak chop!!!

    Jangan bagi orang dulu. Kak Azie nak beli, hantar ke rumah adik di Jinjang Utara. Dia nak masuk rumah baru hujung bulan nih.

    Mak Kak Azie tinggal dengan dia. Mak tak leh duduk lantai langsung. So we really need meja!

    email me: azieazah_07@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. Meja makan tu dah berapa tahun pakai? Kerusi tak goyang kan? Maklum, anak-anak kecik lagi, lum ganas kata orang.. hehehe

    ReplyDelete
  3. amboiii wani
    jualan online gitu..

    dah bagi kak ati 1 idea tau
    kak ati pun ada byk barangan
    baby..nak jual camni gak lah :)

    ReplyDelete
  4. saya nampak babies kat dalam gambo tu. nak beli yang itu!!!! ngeee~

    ReplyDelete
  5. yang dekat2 boleh la beli eik??

    ReplyDelete
  6. yang dekat2 boleh la beli eik??

    ReplyDelete
  7. barangan baby leh simpan lagi kot... manalah tahu, kot kot dapat lagi , bertambah. nak pindah umah ker? tahniah... :)

    ReplyDelete
  8. kiutnya beg akk..leh letak botol air lam beg tu n g ke kelas tadika..msti cute..haha

    ReplyDelete
  9. xde anak pulak nak beli lar kak wani..hehehhe

    ReplyDelete
  10. kalau ada baby dah lama akak borong...heheheee

    ReplyDelete
  11. Kalau dekat boleh consider tapi barangan bebudak kakak dah tak guna sekarang nie. Anak dah besar.

    ReplyDelete
  12. bagus buat jualan camni..brg baby masa ammar kecik dulu terpaksa simpan untuk adiknya nanti, insyaAllah.

    ReplyDelete
  13. nanti sy tolong hebah2 kan .. ramai jugak kawan2 dok area sana...

    ReplyDelete
  14. oke kak noted! ada makcik sy nk bg katil..nnt kompem dgn dia dulu..klu dia jd bg katil sy kena cancel la playpen tuh..mcm byk sgt lak katil lam rmh nnt..hehe =)

    ReplyDelete
  15. baby high cair tu aku macam berkenan...aku takde no hp ko...sekian

    ReplyDelete
  16. meja high chair tu pun den ade kt umh ni sama la beli sesaje xpakai pun mmg xpakai langsng last2 bukak balik n simpan -mode tetiba perasan byk gak brg aku beli hanya semata2 jd tukun..terutama kasut high heel xpenah pakai langsung beli sesajaa

    ReplyDelete
  17. waaaah..ni betul2 lelong nih....

    ReplyDelete
  18. Ad lg ke stroller tu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...