Thursday, November 3, 2011

Ikan pekasam: Orang kampung vs Orang bandar

Ada suatu kisah sepasang suami isteri. Masing-masing berasal dari kampung, cuma kampung isteri ‘sedikit’ pekan berbanding kampung suami. Maka isteri mula lah berlagak seperti orang bandar.

Suami suka buat air dalam mug guna sudu besar, buat air dalam jag guna senduk. Isteri marah dan mengatakan itu hanya tabiat orang kampung. Suami mengalah.

Suami suka buang sampah tanpa ikat plastik terlebih dahulu. Isteri cukup pantang dan mengatakan ianya juga cara orang kampung yang suka bakar sampah. Suami mengalah.

Tapi…. bila isteri suka makan ikan pekasam, suami pula tak suka. Suami menuduh isteri orang kampung sebab orang kampung je makan pekasam. Isteri tak nak kalah, lalu jawab:

“Orang kampung tak makan pekasam depan orang bandar sebab takut dikatakan dia orang kampung”

Suami pasarah!

16 comments:

  1. hahaha..sian kat suami dia..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  2. Hahaha... Isteri cerdik sgt sebab tu dia pandai menjawab cam tu :).

    ReplyDelete
  3. Amboi-amboiiiii, betul2 punya tak nak mengalah siisteri itu! ;-)

    ReplyDelete
  4. isteri kena berani bercakap dan mesti tahu hak kan, mana bleh sker2 hati je nak tuduh org kampung...haha!

    ReplyDelete
  5. ikan pekasam juga menjadi mangsa...kesian tau ikan tu...

    ReplyDelete
  6. hahahhaha...kelakar..si isteri memang taknak kalah ye..

    ReplyDelete
  7. mengalah itu manis dalam rumahtangga..
    heeheheh

    ReplyDelete
  8. sedapnya ikan pekasam, selalunya mak mentua akak buat byk2. goreng letak bwg besar byk2...pergghhh sedappppp

    ReplyDelete
  9. Hehe pasrah je ek si suami..qema laki bini suka ikan pekasam, siap buat sendiri lagi:)

    ReplyDelete
  10. kisah suami yg suka mengalah la ni yer :P

    ReplyDelete
  11. salam, xnk komen psl H&W tu... tp mkn ikan pekasam n nasi panas2 time hjn2 gni... bestnyerrrr

    ReplyDelete
  12. pasangan yang ego, ego dalam benda remeh temeh, bergurau kot .

    ReplyDelete
  13. Ikan pekasam sedap! Tak de lauk lain pun takpe. :)

    ReplyDelete
  14. iskkk.. ada yg culture shock kang.. ikan pekasam sedap.. grrr~

    ReplyDelete
  15. isterinye tu dj estro ek? hehehee ;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...