Ohh...baru perasan, tajuk hari ni kita main 'kecil' je ye....ahaks! Pagi tadi kecik lain. Petang ni kecik lain pulak hokeyy....
Bekerja dengan bangsa lain ni kadangkala memang banyak makan hati. Mana taknya, orang lain makan nasik..kau makan hati kannn.... Dah berapa kali aku tersingkir. Padahal aku pon pekerja syarikat ni jugak. Senior jugak. Dah nak masuk 4 taun, tempoh masa paling lama tahu.
Sebab tu lah semenjak dua menjak ni aku paling banyak melepak di jobstreet. Macam bulan-bulan lepas, sampai report...hamik kauuuu...berbelas2 job rupanya aku dah apply tanpa sedari, tapi satu pon tak sangkut intebiu :(
Aku kecik hati dengan sikap majikan. Yang suka gunakan khidmat aku tanpa menghargai apa yang aku buat. Walhal aku bukanlah major dalam bidang editing. Tapi aku buat juga.
Aku kecik hati bila aku lah satu-satunya berkelulusan dalam bidang IT, tapi tak diberi peluang mengikuti kursus laman web. Nak tahu siapa yang dia hantar? Staff yang degree nya dalam bidang seni persembahan. Adilkah? Sampai staff tu pon terpinga-pinga...luar bidang kuasa dia, tapi terpaksa akur.
Aku kecik hati bila staff-staff Melayu di Jabatan lain diberikan peruntukan...buat majlis berbuka puasa di luar...tapi staff yang betul-betul bawah dia (4 org je melayu) tak dipelawa sama.
Aku kecik hati bila bla..bla...bla......blaaaa....blaaaaaa....blaaaaa......dan blaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Tak tercoret wehhh
Dan ikutkan kecik hati tu, nak je tender resign 24 jam lepas dapat gaji...kah kahh..kahhhhh....
Masa tu konpem menggelupur. Coz kerja aku, aku sorang je tahu. Muahahahaa
Tapi jangan risau bos, sy orang yg bertanggungjawab. Walau saya nak ca alip but sekalipun, kerja-kerja dah hampir dibereskan ni....
Sekian.
Sabar sikit lagi tu wani..pasni hati happy buat kerja yang wani suka kan..
ReplyDeleteTak lama je lagi Wani nak duduk kat situ, kan? :)
ReplyDeletehuhuhu.. sama lar kita yg kekadang di anak tirikan..wuwuuu~
ReplyDeletesabaq la naaa..biasaq la keja ngan org..nak buat macam mana...
ReplyDeleteala..tinggal kejap je lagi kan.. go go..ganbatte!!
buatnya tetiba tak jd sign kontrak...maka 4 tahun lg lah ngadap majikan ini
ReplyDeletehuhuhuuuuuuuuuuu
jangan resign 24hr notice...nanti kita kena bayar kat majikan.rugi.
ReplyDeleteSabar ek....
ReplyDeleteSALAM,
ReplyDeleteAPA KEADAAN PUN, BERIKAN YANG TERBAIK. INSYAALLAH, ADA GANJARANNYA NANTI. KALAU TIDAK DI DUNIA, DI AKHIRAT
betul tu , situasi ko keja tu cam cik ina, kalau kita ca alip but, mahu dia nangis, dah semua keja kita yang buat.
ReplyDelete