Wednesday, September 14, 2011

Cerita kerang bakar dan sos penyicah

Gambar ada di entri bisu pagi tadi (Klik SINI)

Gara-gara kemalasan nak masuk dapur semalam, aku tiba-tiba kepingin sungguh nak makan kerang bakar (read: alasan nak keluar tapau makanan kat kedai)

Sampai di kedai yg biasanya ada kerang bakar, suami turun dulu. Aku minta dia orderkan kerang bakar dan carrot susu untuk aku, sebab nak isi minyak Aniq dulu.

Pergi ke meja, suami teruja melihat nasi berlauk...lalu dipesannya nya sepinggan. Bila aku tanya dah pesan kerang bakar, katanya belum. Dan bila dia mula suap nasi ke mulut, ternyata aku baru dapat tahu...mereka tak bakar kerang hari tu.

Dah suami mula makan, takkan aku nak blah kan. So, tunggu la beliau habiskan sepinggan nasi berlauk yang berharga RM 6 tu.

"Jangan harap abang nak datang sini lagi!" kata-kata orang menyesal sebab mahal ya amat.

2-3 kedai aku keluar masuk...semuanya tak mula lagi bakar kerang! Huhh...lemau ye peniaga melayu kita ni. Dah 13 syawal, tapi nak tak nak je meniaga :(

Aku kecewa.

Penyudahnya?
















Suami aku singgah kat Pasar Segar Pak Lang, beli kerang sekilo, RM 2.50

Aku tak puas hati, bagi alasan tak ada pencicah macam kat kedai2 makan biasanya. Lantas aku pulak masuk ke kedai Pak Lang.

Tu yang dapat sos penyicah macam dalam bekas sabun bak kata  Daddy Ziyyad 

Balik rumah, terpaksa la bersilat kat dapur jugak.

Kesimpulannya lagi puas hati! Berbaloi-baloi. tambah2 lagi sos tu marvellous! Memang sama rasa macam di kedai :)

24 comments:

  1. Mahal juga harga kerang ya? Tapi lebih mahal kalau beli yang siap dimasak. :)

    ReplyDelete
  2. betul tu kakcik...wani sukat, sekilo sama dengan 3 set kalau di kedai makan

    ReplyDelete
  3. hehehe.. mujur ayu dapat baca entry ini sebelum entry ww dibawah..

    depa tak takut pelanggan lari ker?????

    eh.. berapa ya, sos pencicah tu>

    ReplyDelete
  4. jgn tertukar plak sos tu ngan softlan

    hehehe

    ReplyDelete
  5. sis ayu, RM 2.40 je tu

    NM....tak akan tertukar...sebab dah simpan dalam peti sejuk...hehe

    ReplyDelete
  6. better masak sendri..puas makan ibu muda..

    ReplyDelete
  7. ciciah tue memang best..mlm semlam kak na buat sweet sour pun pakai sos tue ..hahahah ikut sedap rasa je letaknya..tapi sedap....

    ReplyDelete
  8. akhirnya dpt juga apa yg dihajati yer wani.. kawan akak pun ada jual sos tu.. dah order, tp tak dapat lgi.. mmg sedap ekk.. ini yg tak sabar nak rasa ni..

    ReplyDelete
  9. ye kak fea, mmg sedap hingga menjilat pinggan...hehe

    belek punya belek, rupanya kampeni buat sos tu kat Putra Height je

    kak na...sedap kan

    chekgu, betul2...puas hati

    ReplyDelete
  10. 1- tu la pasal peniaga melayu. Raya sebulan! Lepas tu komplen takdak duit..haha

    2- Nasik lauk kalau RM6 tu, selalunya kalau saya ambik sotong/udang..stended ayam/ikan dalam 4.50 - RM5 aja.

    3- hahahaha..saya teringin nak carik sos tu :P

    ReplyDelete
  11. kak sofya...apa lg, balik ni bakar kerang la tu kan...hehe

    doktor...cari lah, sos ni mmg sedap
    nasi berlauk yg dimaksudkan tu nasi + gulai ayam je...

    ReplyDelete
  12. hoho kalah ibu mengidam nih..mmg sanggup cari merata tuh..huuu =P

    ReplyDelete
  13. yana...

    byk mengidam ahkak ni

    tp mana tau kot2 ada tettttttt

    ReplyDelete
  14. nak sedap buat sendiri.. makan ramai bersantai kat depan rumah.. maveleslah.. ;)

    ReplyDelete
  15. dah agak, mesti nak buat kerang bakar...

    kat mana nak dpt sos tu ye?

    ReplyDelete
  16. ai...betul3x :)

    wahida, sos tu beli kat kedai runcit kat puchong ni je... tak tahu lah tempat lain

    ReplyDelete
  17. lebih puas masak kat rumah jer..malas kena lempar jauh2..hehehe

    ReplyDelete
  18. sedap kan.....;d/salam kenal...dan salam aidilfitri..

    ReplyDelete
  19. kerang rebus cicah sos pun sedap!!

    ReplyDelete
  20. erk..dorang da 13 syawal pun tak buat kerang bakar lagi ker??hehe..takkan nak kena tunggu sebulan..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  21. erghhh kerang memang mahal skrg kan .. hermm kalau makan kerang bakar x der pencicah yg ada kacang tuu x sah huhuh

    ReplyDelete
  22. mahal gak hrga kerang kt bandr....kt kpg ni paling murah RM 1.50 sekilo...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...