Tuesday, September 13, 2011

Resume untuk P.R.O.T.O.N


Nama : Shazwani
Nama glemer dalam blog : Ibu Muda (eh, kena bagitahu ke?)
Status Perkahwinan : Dah kahwin, tapi don't worry... I masih energetic!
Umur : Kalau boleh, sentiasa nak 17
Warganegara : Konpem Malaysia, sumpah tak tipu!
Bahasa : BM/ BI <--dua2 layan....tapi ofkos lagi fasih bahasa kebangsaan kita...







Objektif Kerjaya:
  • Sanggup bekerja lebih masa jika diperlukan (anak2 saya, suami boleh tolong tengok2kan...takpe, dia bapak penyayang)
  • Sanggup belajar teknologi baru dan boleh bekerjasama dengan pekerja lain (Saya memang suka belajar benda2 baru ni....terasa diri ni muda je bila belajar lagi....hihiiii)
  • Sanggup berkongsi kepakaran yang ada dengan pekerja lain (Tu pon kalau kepakaran yang saya ada ni mengatasi orang lain la...ahaks!)
Karakter Peribadi:
  • Boleh berkomunikasi dengan baik dengan semua orang dari level makcik2 cleaner hinggalah bos2 besar. Mungkin kesan dari pernah menjadi juruhebah....
  • Boleh dibiarkan bekerja bersendirian tanpa dipantau (Read: lagi suka tak ada yang mengawal hak kebebasan)
  • Seorang yang sentiasa uptodate dengan dunia blogging, facebooking, chatting dll teknologi maklumat yang terkini
Latar Belakang Pendidikan:
  • SPM: 4 A 5 B (Kira ok lah tak ada C kan?) <--aliran Sains TULEN.
  • Matriks : 3.00 je... huhuuuu (Tak pe lah, at least angka 3 kat depan tu) <-- Masa ni saya tak belajar sungguh2 sebab kononnya nak apply course Masscomm je, tak perlu belajar pandai2....huhuu...
  • Ijazah S.M. Sains (Sistem Cerdas): Sikit je lagi nak dapat 2nd class upper <-- Tetiba rasa menyesal tak belajar betul2 :(
Aktiviti Berpersatuan:
  • Setiausaha Silat Sekolah dan IPTA <-- Agak2 nak bagi saya jawatan secretary pon boleh ni :)
  • Ahli Perwakilan Pelajar Matrikulasi <-- Saya menjawat jawatan biro perhubungan awam, kira bab2 PR ni boleh la serah kat saya 
  • Penolong Ketua Pengawas Sekolah <-- Saya memang berbakat bab2 gila kuasa jadi ketua2 ni
Pengalaman Bekerja:

Saya memang seorang yang rajin bekerja. Contohnya, semasa di IPTA lagi saya dah mula buat kerja sambilan:
  • S.A di Guardian (sebulan je...tak tahan manager Kelly Ng nih)
  • Penjaga Cyber Cafe (tiga bulan jugak lah...berhenti sebab dah nak final)
  • Pelayan di Shakey's (dua MINGGU sahaja, sebabnya manager kejam giler...nak lap pinggan pon tak boleh duduk? Wohooo...mahal sungguh harga kerusi dorang kan)
  • Juruhebah sambilan di Radio IPTA (yang ni paling lama...ada lah dalam 3 tahun sepanjang belajar tu <-- dah MINAT, konpem bertahan)
Disebabkan saya suka bertukar-tukar kerja semasa belajar, bonda saya ada meluahkan kerisauannya kerana saya dilihat seperti tidak setia. Tapi Tuan jangan risau, saya adalah orang yang SETIA. Buktinya, selepas tamat belajar dan hingga lah saat ini, saya hanya bekerja di satu tempat SAHAJA:
  • Web Admin cum. PA cum. Editor cum. Content Writer cum. bla...bla...blaa.... (2008 hinggalah sekarang, SETIA tak saya?)
Alasan mencari kerja baru:
  • Seorang yang sukakan cabaran tidak akan kekal di takuk itu sahaja. Maksud saya, kerjaya saya sekarang semakin lama semakin kurang cabarannya.
  • Baru-baru ini saya lalu di hadapan PROTON dah hati saya sungguh kagum dengan kebesaran syarikat ini. Lantas terdetik di hati untuk menjadi salah seorang warga PROTON. 
Jawatan dipohon:
  • Jika mengikut kelayakan, IT Admin atau segalanya berkaitan IT.
  • Tapi, kalau tak ada tempat kosong....bahagian pentadbiran pon boleh. Saya berpengalaman tiga tahun lebih dalam bidang ini
  • Kalau tak ada kosong juga, kerani pon saya tak kisah (guna kelayakan SPM je, Tuan tak perlu tengok ijazah saya)
  • Kalau tak ada juga, Tukang Cuci pun saya sanggup Tuan! Janji saya dapat kerja di syarikat PROTON!
Gaji yang diperlukan:

Tak banyak, cuma saya harap ianya mampu menanggung kos2 berikut:
  • TASKA - RM 470
  • Ansuran Rumah - RM 950
  • Pengangkutan pergi balik - RM 200
  • Bil HP/ Broadband - RM 150
  • Belanja makan hari2 - RM 200
  • Susu dan pampers anak2 - RM 200
  • Pinjaman PTPTipu - RM 200
  • JUMLAH KESELURUHAN - RM 2370
Yang Benar,

Ibu Muda yang sedang mengidam untuk bekerja di PROTON.

*Updated....kalau rajin, tekan button Share/tweet ni ek...mana tau kot2 kenalan korang ada yang kerja kat PROTON ke....ahaks!

27 comments:

  1. LULUS!! Hahaha..

    -tu gambar tahun bila tu? Hahaha

    -Taska RM470? ~pengsan~

    ReplyDelete
  2. bayar taska macam sewa rumah punya harga~hoih!

    *shakeys da pupus kan? he~~

    ReplyDelete
  3. Kenapalah doktor bukan salah seorang HR kat Proton kan...kalau tak, konpem sy dah dapat :)

    gambar tahun 2002 kalau tak silap...
    RM 470 untuk 2 orang

    ReplyDelete
  4. bujal....mahal kan...huhuuu

    shakeys pupus sebab manager dia tak bg sy duduk! padan muka! haha

    ReplyDelete
  5. hahaha kelakar habis..gerenti dapat punya..

    ReplyDelete
  6. cubalah hantar resume ni...konpem dapatlah..

    ReplyDelete
  7. all the best! haha~ awat x mtk gaji lbh..utk saving ank2 skali..aaa kena tmbh tuuu =)

    ReplyDelete
  8. terguling2 org HR proton tuh dok baca resume nie.. ekekekkeke

    ReplyDelete
  9. ok..sok leh mula koje..

    harga taska lagi mahal dari rumah kt..pengsannnnn

    ReplyDelete
  10. Ni betul2 memohon ke atau perCOBAAN semata2? :)

    ReplyDelete
  11. kakcik...mmg nak mohon...tp setakat ni tengok tak de lagi open any post :(

    huhuuuuuu

    ReplyDelete
  12. Yana...bahagian saving tu bg kat bapaknya pulak...

    kang serba serbi masuk dlm tu, pelik pulak HR...nanti dia ingat ahkak sara laki....haha

    ReplyDelete
  13. senyum je cheqna baca n3 ini =)
    cantik gambo tu...=)

    ReplyDelete
  14. mamaEma....kalo hantar kang takut selamanya kena blacklist dengan proton...huhuu

    ReplyDelete
  15. CikBambam... ahkak tak harapkan depa terguling...tp lebih kepada meminta simpati :)

    ReplyDelete
  16. betul punyer mengidam ni hehe..smga berjaya AIM :)
    ku doakan utk kamu jg yer..

    ReplyDelete
  17. resume paling sempoi..nak save sbg rujukan di masa akan dtg :-)
    tapi tak dapat tolong saya tak keje ngan proton.hehe

    ReplyDelete
  18. PM..tenkiu sis!

    happyirfa, eh eh...jangan2! nanti kamu terus disenaraihitam...ahaha

    alin marlini, tak de kabel ke *kenyit2 mata*

    ReplyDelete
  19. harap ada org proton baca ni wani weh hehe

    ReplyDelete
  20. wah.. idea yang menarik.. hikhikhik.. ai pun cadang nak tukar kerja ni.. boleh pinjam tak resume tu.. ;)

    seyes memang jujur isi dalamnya.. bukan senang nak dapat pekerja yang jujur macam ni.. hikhikhik..

    ReplyDelete
  21. kak diana....perodua ofis jauh dr rumah :p

    ai...copy la resume tu, untung2 ada rezeki kannn...ahahaha

    rezeki kena blacklist :P

    ReplyDelete
  22. kalau akak HR pROTON kejap itu jugak tipon wani soh meh interbew sok pepagi ...gelak guling aku bc nih

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...