Friday, September 2, 2011

Terasa Muda. Muda Sentiasa. Ehh..I memang MUDA lah!

Salam Aidilfitri buat semua.

Lagi 6 hari, mungkin aku kena tukar tajuk blog ni kot? Gelaran Ibu Muda tak lagi sesuai sebab dah nak melangkah ke umur baru.

Tapi bilamana semalam keluarga mertua aku pergi merisik janda anak lima (37 tahun) untuk adik ipar aku yang baru berusia 27 tahun (nama je adik ipar, tapi lagi tua dari aku...kih kih kih)... maka tak semena-mena aku terasa muda lagi. Siyes...rasa macam....ohhh.... kenapa lah adik2 ipar...+ biras aku sumer lagi tua2 ni??? Dah tu mulalah krisis panggilan. Aku nak panggil dorang kakak ke? Eh..mana boleh kan? Aku menantu sulung.

Adik beradik suami aku ada 6 orang. Beliau anak paling tua. Tahun ni berumur 32 tahun. Kira jarak umur dengan aku 6 tahun. 

Adik suami yang no.2 (satu-satunya perempuan) berumur 31 tahun (5 tahun lg tua dari aku), baru berkahwin tak sampai 2 tahun dengan duda anak 1 yang berumur 25 tahun (gulp!). 

Adik suami yang no. 3 (yang pergi merisik semalam) jatuh hatiii la pulak kat mak janda vogue. Aku gelarkan vogue sebab dah berusia 37 tahun, tapi kepala togel. Rambut rebonding. Body ok lah, ala2 anak dara. Tapi aku rasa konpem ada kecut sana sini jugak....yo lah...aku yang muda remaja anak 2 pon dh start kecut2, takkan anak 5 tak de, ye tak?

Mak janda tu baru berpisah dengan suaminya setahun. Aku takut kalau2 adik ipar aku tu yang jadi punca...huhuu... Kesian anak-anak. :( Apalah agaknya penerimaan anak sulung dia yang dah berumur 19 tahun (perempuan) tu, bila bapak tiri hanya tua 8 tahun dari dia?

Kenkadang aku pelik gak dengan manusia ni. Tapi ye lah, tak boleh nak kata jugak. Mungkin dah jodoh. Cuma banyak yg terjadi kat keluarga aku, kalau lelaki muda kahwin dengan wanita yang dah berusia... tak ke mana. Nanti2 mulalah nak pasang dua. Nak juga merasa daging muda....huhuu...

Kesimpulannya, solat istikharah dulu sebelum memilih pasangan. 

Sekian.

14 comments:

  1. salamsyawal AIM

    sabor jerlah kan.. ala2 tebalik gitu..
    yang perempuan berusia dapat lelaki muda

    yang lelaki muda dapat bini tua...opss. berusia.. hehehhehe..

    tak apalah, dah jodoh.. janji sama2 suka dan bahagia
    siapalah kita nak kata itu ini..
    karang di chop suka ambil tau hal adik beradik ipar duai..
    kan??

    apa2 pun... kita buat tauladan..moga dijauhkan dari kita dan keturunan kita. AMIN

    ReplyDelete
  2. betul tu sis... kdg kita taknak ambil tau, tp bila MIL bercerita mengadu...nak tak nak kena mendengar juga. cuma ambil pengajaran lah dari setiap kisah tu.

    dan mudah2an dijauhkan dr keturunan kita :)

    ReplyDelete
  3. harap2nya biarla jodoh tu berkekalan dan baik2 saja lepas ni..

    ReplyDelete
  4. kita doakan saja ye tak princess nur :)

    ReplyDelete
  5. kak diana...hurm...siyes terkejut bila dpt tau bakal biras ni sepuluh tahun lg tua dr adik ipar.

    entah apa yg dicari pon tak tahu. sedangkan anak dara yg dh berusia pon ramai lg tak kahwin2.

    ReplyDelete
  6. alaa. terasa pulak.hihi
    sebab bf schaze muda setahun dr schaze =,="
    harap2 kitorang kekal la, risau pulak dgn ape yg akak ckp tu T_T

    p/s: 1st time jenguk kat sini :)

    ReplyDelete
  7. schaze...setakat setahun dua harapnya tiada byk beza la.

    yg penting dia bukan milik orang :)

    ReplyDelete
  8. salam lebaran..
    :) tak tau nak komen apa psl usia kawin tua muda tu :) yg penting bahagia :)

    ReplyDelete
  9. jodoh di tangan Allah..

    yang penting bahagia...

    selamat hari raya ibu muda vogue jugak!!

    ReplyDelete
  10. he..he.. memang wani nampak muda pun. masa kak liza umur 26, anak dah 2 juga. 29 baru ada 4 org. jaga kesihatan & pemakanan, insyaallah awet muda. tapi lebih elok kalau usia suami lebih tua. kalau tak kena usaha berganda lagi.

    ReplyDelete
  11. MZ...ye lah, yg penting bahagia kan

    cuma tak best bila bahagia tu dibina atas penderitaan org len

    ReplyDelete
  12. Chekgu Azrine, ibu muda ni tak vogue da vass....hihii

    biasa2 je :)
    selamat hr raya

    ReplyDelete
  13. betul tu.. buat solah istikharah dulu.. minta petunjuk dariNYA.. kalau betul itu jodoh dia.. kita doakan moga kekal bahagia..

    tapi.. nanti confirm akan timbuk masalah panggilan.. kalau ikut pangkat memangler dia kena panggil kita kaklong tapi... ish.. takmoler.. hikhikhik...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...