Monday, September 12, 2011

Betulkan niat nak pergi beraya

Hurm.... sana sini aku tengok orang duk sibuk ke open house...bercerita pasal makanan yang tuan tumah sediakan... Kalau sedap, hopkos puji melambung2 kan. Kalau tak sedap tu, siap mengutuk pon ada.

Lepas tu, kalau tuan rumah masak sikit....siap nak komen kata kedekut pulakkk....Ni yang aku tak setuju!

Seharusnya kita semua perbetulkan niat. Kita pergi menziarah saudara mara tu bukan lah bila dijemput je. Dan jangan nak tunggu diorang buat makan-makan, baru nak pergi. Kalau betul-betul ikhlas nak menziarah, bagi tahu je kita nak datang ke rumah dorang. Kalau ada rezeki tuan rumah nak bagi makan, ada lah. Kalau tak ada tu...cukup la sekadar menziarah bertanya khabar. Nak-nak lagi rumah sedara mara kan. Takkan nak tunggu ada open house baru nak pergi?

Macam yang korang tengok jadual beraya aku minggu lepas, bukan lah semua tu open house. Hanya dua rumah je yang memang menjemput kami sekeluarga untuk Rumah Terbuka ni. Selebihnya aku sendiri yang dah berniat nak ke rumah saudara mara. Maklumlah raya hari tu aku tak balik Kelantan...So, ramai lagi sedara mara belah aku yang masih aku tak jumpa.

Makanya, mari lah kita menziarah dengan niat betul2 nak menziarah....bukan sekadar nak makan je :)

3 comments:

  1. yup.. niat tu penting ibu muda.. saya setuju..kalau dtg nak makan je.. pastu nak kutuk tak sedap.. dah berdosa tuh

    ReplyDelete
  2. setuju jugak, kita pergi beraya sebab nak menziarah dan mendekatkan ukhuwah, kalau dah disajikan dengan pelbagai juadah itu dah sebagai bonus.

    ReplyDelete
  3. tak payahler tunggu jemputan datang.. nak beraya datang ajelah.. tapi kenalah tengok masa, jangan main redah je.. tuan rumah pun nak rehat jugak kan... ;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...