Monday, September 19, 2011

Di Sebalik Pelaburan Emas: Dah pilih nombor korang? (PART 2)

Belum pilih lagi? Klik SINI dulu. Dah? Okey....meh baca coretan ringkas dari sudut pandangan aku orang biasa yang tak de ilmu banyak pon pasal pelaburan emas ni. Tapi catatan dibuat berdasarkan pengalaman dan pemahaman aku ye.

Nombor 1

Kalau tak ada duit sangat, at least mesti korang ada saving cash kan? Gunakan duit tu lah... Simpan dulu sikit-sikit....Agak-agak dah cecah nilai 1 dinar atau 1/2 dinar (macam yang abah khalisha beli ni), terus sambar sekeping. Jangan tunggu-tunggu nak sambar jongkong sekilo pulak. Emas ni tak boleh lewat2kan pembeliannya. Rugi. Harga tak pernah jatuh menjunam. Mencanak naik je. Jatuh seringgit dua tu ada lah....tapi nak tunggu jatuh berpuluh2 ringgit? Belum lagi lah setakat ni.

Nombor 2

Tak perlu tunggu kaya untuk simpan emas ni. Duit kat ASB bersepah kan? Tukar duit tu, beli kepingan emas. Untung melabur kat amanah saham tu tak sehebat keuntungan yang akan korang peroleh dari simpan emas. Nak contoh?

Tahun lepas, masa aku nak belikan dinar emas 999.9 harganya RM 614. Tapi aku ragu-ragu lagi. So, pergi jugak bukak ASD untuk anak aku... Penyudahnya? aku rasa untung ada lah dalam puluhan ringgit je kot. Yang pasti, mmg tak cecah ratus.

Dalam masa yg sama, aku tengok harga kalau jual dinar (bukan beli tau) What??? RM 700++!!! Nampak tak betapa ruginya aku? Kalau masa tu aku dah beli dinar, aku akan dapat keuntungan RM100++

*updated* Klik link INI untuk bukti nya

Nombor 3

Simpan duit ni rugi sebenarnya. Aku pernah terbaca, katanya nilai mata wang akan susut. Tapi tak ingat kat mana. Kalau rajin, korang google ye.

*Update* Klik SINI untuk bukti.

Kalau tak, takkan ada hadis yang maksudnya lebih kurang camni lah...akan ada suatu masa di mana tiada apa yang bernilai melainkan emas dan perak....lebih kurang gitu lah.

Cuba korang kaji betul2....apa beza simpan duit dalam bank, dengan simpan emas kat bank. Duit dalam bank, nanti bank bayar interest kan. Tapi, walaupun simpan emas kat bank kena bayar upahnya, but still it is worth than u keep cash. Tak percaya? Cuba buat kiraan. Sorry, again aku malas nak google kan...kih kih kih.

Nombor 4

Setakat ni, aku tak de la ke tahap nak kena simpan kat bank...Barang kemas pon berapa urat je yang ada... Yang mana berkenan tu pakai lah... yang simpan tu, aku sorok2 la sikit. Yang telebih sorok sampai tak jumpa pon ada...haha...Tak pe, pindah rumah nanti aku geledah habis2an. Kalau tak jumpa gak, tak de rezeki lah.

Ni untuk yang ada barang kemas sampai berkilo2 tuh...Apa susah, simpan je la kat bank kan. Kadar upah tak membebankan. Kalau tak, tak ada la orang berlumba2 simpan kat bank ye tak? <--ni cara otak aku berfikir lah

Nombor 5

Bagi aku, orang yang kata emas ni style orang tua2...dia tak nampak lagi betapa pelaburan emas ni sebenarnya boleh menguntungkan. Silver? Ya, perak pon ada harganya....tapi tak sehebat emas. Zhulian? Aku tak kan membazir duit menggayakan sesuatu yg tiada nilai. Ada kawan bercerita, katanya pakai Zhulian penuh lengan pun tak rasa ralat kalau kena rompak! Gulp! Tapi kalau yg merompak tu mencederakan sekali, tak ke ralat???

Pendapat aku la kan...malang ni tak berbau...tak kesah la kalau kau pakai apa, kalau dah ditakdirkan kena rompak or ragut... redha je lah. Kadang-kadang aku terfikir, andai kata (mintak jauhhhh) aku kena suatu hari nanti....aku nak jerit pada peragut tu...

"Woiiiiiiiiiii...tu zhulian lahhhhhh!!!"

Agak-agak korang dia pulang balik tak? Kih kih kihhh.....

Ok..ok...serius sikit. Sebenarnya pokok pangkal di hati kita. Kalau kita pakai barang kemas sampai ke siku... dan memang niat nak menunjuk2....nanti Allah tunjuk semula kat kita. Kan?

Baiklah, habis 2 part...coming next.... Beza barang kemas dan kepingan emas. Hopkos ada boboy yang cakap...apa ni ibu muda....banyak citer barang kemas je...Takkan kitorang nak beli barang kemas pulak.

Bersambung lagi....

P/s: pakar-pakar dalam jual beli emas...kalau ada kenyataan aku yg mana-mana dilihat kurang tepat atau totally wrong...sila nyatakan ok :)

19 comments:

  1. emas dan tanah..dua komoditi yang nilainya akan senantiasa meningkat tinggi huhuhuhuhhh

    ReplyDelete
  2. alah tak banyak emaslah...pakai seurat dua je! huhuuhuuu

    ReplyDelete
  3. ade benar juga tu wani..hurmmm kakNo sedang berpk dan berpk dan terus berpk......pk je tak gune kan..terus join la hahaha...

    ReplyDelete
  4. semakin faham ttg pelaburan emas dari entry ni.. thanks wani..

    ReplyDelete
  5. melabur utk masa depan apa salahnyer kan ;)
    skrg ni memang kena beringat..

    ReplyDelete
  6. amy setuju dengan entri nie , sekarang nie pun amy gah gila beli emas , bukan untuk di peragakan tapi untuk pelaburan..dinar emas pun amy baru ceburi bulan nie..

    ReplyDelete
  7. betul tu tuan sahrom, cuma kalau duit belum mencukupi...kita mula dengan emas dulu kan :)

    ReplyDelete
  8. tak pe kak mas...kumpul2 buat tambah nnti

    ReplyDelete
  9. kakNo...jgn pk lama..mana2 ada yg simpan sikit tu gi buat beli emas...

    ReplyDelete
  10. Amy....untung kan...tak perlu beli barang kemas kalo rasa takmo pakai..dinar pun ok

    ReplyDelete
  11. ooo baru paham sikit..nanti nak jumpa kak an kita cerita panjang ye...

    ReplyDelete
  12. ooo baru paham sikit..nanti nak jumpa kak an kita cerita panjang ye...

    ReplyDelete
  13. huh saspen semacam je bace cite akak ni tp mmg bagus! InsyaAllah sy try kumpul sikit2 lame2 jd bukit :p ... sy tggu next entry akak pasal ni ye

    ReplyDelete
  14. kak Na...orait, no prob!

    mummy R...tungguuu

    ReplyDelete
  15. nak kata xsuka pun tak..
    tapi akak xsuka byk2.. janji ada serba satu.. kalau ada lebih duit tukar yang baru la..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...