Saturday, August 6, 2011

Tampalan itu direnyukkan dan dicampak!

Update terbaru mengenai entry aku semalam (Klik SINI). Rupa-rupanya hamba Allah yang tersentap dengan artikel bertajuk Puasa Tapi Tak Solat itu telah merenyukkan kertas tampalan dan dicampak ke meja isteri rakan pejabat lelaki aku tu. (Dia salah sangka) Dengan ayat tambahan:

"Ingat kau tu dah cukup alim ke nak tegur2 orang?"

Astaghfirullahalazim! Memang aku mengucap panjang. Hamba Allah tu tersalah tuduh orang. Dia sangka suami rakan sejabatan yang menampalnya (mereka memang ada perselisihan faham sebelum ini, so dengan isteri member ni pun dia tak berapa nak baik walau satu jabatan). 

Sungguh aku tak sangka, mungkin kalau hamba Allah tu tahu aku yang mencetaknya, dia tidak akan bertindak sedemikian rupa. Wallahualam.

Apa-apa pun aku kesal. Kertas cetakan yang mengandungi ilmu-ilmu Allah itu direnyukkan tanpa rasa bersalah :( 

P/s: Apa perlu aku buat? Berdiam diri (abaikan) atau bersemuka dengan hamba Allah ni atau tunggu je sampai dia tau yang dia tersalah orang?

*Kalau hamba Allah tu masuk ke surau, sudah pasti dia bersolat...lalu apa yang perlu disentapkan? Adakah kerana dia telah bersekedudukan bertahun-tahun sudah yang membuatkan dia tersentap?*

22 comments:

  1. Astagfirullah sampai camtu sekali ye..kalau pun tak bertegur sapa jgn la ayat2 Allah direnyokkannya..wani tampal balik weh hihi

    ReplyDelete
  2. ye qema...direnyuk dan dicampak ke meja lagi. nak tampal balik? malas nak berperang dengan org sebegitu.

    ReplyDelete
  3. ni la akibat kalau nafsu dah melebihi akal...fikiran jadi tak waras...tak fikir sebelum bertindak...

    ReplyDelete
  4. Kalau Wani berani bersemuka dengan dia dan menerangkan duduk perkara sebenar, mungkin bagus juga.

    Setidaknya dia malu yang dia sudah tersalah orang...

    Lagi satu, Wani terangkan yang tujuan di letakkan di situ bukan untuk menegur sesiapa atau menunjuk alim, tapi untuk peringatan bersama.

    Mungkin dengan cara ini juga, boleh memperbaiki hubungan dia dengan rakan pejabat Wani yang dia berselisih faham tu, Wallahualam....

    Bila bertindak mengikut nafsu dan tidak berfikir panjang, beginilah kan...

    Semoga kita sama2 dapat pengajaran dari cerita Wani ni...

    ReplyDelete
  5. mcm2 dugaan bulan puasa ni kan?

    ReplyDelete
  6. siapa mkn cili dia terasa pedas tu...

    ReplyDelete
  7. aish.. macam tu sekali ke? kalaua wani berterus terang pn elok jugaa.. tiadalah berterusan dia sakit hati dgn rakan wani tuu..

    ReplyDelete
  8. ya wani..kakNo sokong dan setuju sangat kata2 dri YUS tu..cuba la cari kekuatan wani ya..

    ReplyDelete
  9. sedih kak liza baca entry wani ni.. kalau wani boleh, jumpa org tu & kata "saya yg print & minta dia tampal, maaflah kalau ianya menyinggung awak. Saya cuma nak pesan diri sendiri dan kongsikan dgn semua org!" nada kena tenang & teratur..jgn marah.

    ReplyDelete
  10. http://www.adzriel.com/2011/08/membuka-pekung-di-dada-malunya.html

    emo sikitlah wani!

    ReplyDelete
  11. masyallah...orang macam tu dah buta hati!

    ReplyDelete
  12. biasanya orang kalau dah terasa bersalah memang la cari jln nak cover tp makin jelas pulak nampak kesalahan tu...

    kalau wani berterus terang pun ada baiknya, sekurangnya dpt menjelaskan kepada si dia tu tentang perkara sebenar.

    ReplyDelete
  13. hmm..
    saya rasa elok berhadapan terus dengan dia.. terangkan hal sebenar dan cuba ingatkan dia tentang perbuatan yang telah dia lakukan di samping berdoa untuk isteri dia..

    sekian..

    ReplyDelete
  14. Salam Wani. Sampai hati dia buat camtu. Terasa sangatlah tu. Kesian pulak kawan Wani tu, orang salah sangka pada dia. Baik diterangkan hal yg sebenarnya.

    ReplyDelete
  15. Elok juga Wani berterus terang bahawa Wani yang letak tampalan ini dengan kata2 ' untuk ingatan kita bersama, saya pun kadang2 lupa'. Semoga Allah memeberikan taufik dan hidayah kepada beliau dan tidaklah beliau sentiasa hidup dengan syak wasangka. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  16. thanks semua di atas cadangan2 yg diberikan...

    setelah difikir2kan semula, wani nak ambil pendekatan tak mahu bersemuka. Tapi dah pesan kat member suruh maklumkan wani yg buat

    Nak tunggu je ni dia dtg 'serang' kalau berani

    Tapi rasanya dia akan diam juga kalau tahu Wani yg buat. Sebab kerja dia ada berurusan ngan Wani.

    *Orangnya jenis tak kan buat jahat kalau orang tu ada kena mengena dengan kerja dia.

    ReplyDelete
  17. kita sama2 berdoa agar dia sedar akan kesilapannya dan agar dia dpat berubah kepada yg lebih baik lagi.. doa org2 yg berpuasa di bulan ramadhan ni selalunya makbul.. semiga segalanya berkesudahan dgn baik akhirnya..

    ReplyDelete
  18. selalunya org yg buat salah
    akan cepat tersetapkan ....

    ReplyDelete
  19. sebab salahlah dia teus terasa kan..

    ReplyDelete
  20. ada balasan la untuk apa yang dia buat tu...kita sabar dan jangan putus asa untuk berdakwah..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...