Saturday, July 9, 2011

Sejak bila laki aku bertukar kulit ni?

Elok je aku jalan menuju ke kaunter pembayaran di sebuah kedai kain terkemuka kat shah alam, tiba2 aku disapa seorang jejaka hensem:

"dah dapat kainnya?"

Aku terpinga2 kejap. Dalam hati, tersalah tegur bini orang ke mamat ni? Gaya bertanya dia plak macam seorang suami yg sangat lah caring, setia menemani isteri nak shopping kain ni.

Sekali aku tengok s.a yang bawak kain yg aku pilih tu senyum dan tunduk hormat pd mamat tadi..ohoo..bos dia rupanya.

Peka sungguh memerhatikan kot2 ada customer keluar tanpa buat pembelian.

Tapi kan, mahal la kain kt jakel! Ada ke polka dot cotton sampai RM38 semeter??? 4 meter aku boleh dapat kalau kt kamdar tau!even kualiti x sama tp bg aku kain polka dot kamdar lg best.

Ok pas ni blacklist jakel. Eh, tersebut plak nama kedai tu.

----------
Sent from my Nokia phone

4 comments:

  1. hurm...br je kwn kakNo ada buat aduan pasal jakel..katanya kes tipu harga..dah lapo pd kpdnkk dan alhamdulillah dalam masa 2minggu kpdnkk buat siasatan seperti yang didakwa..

    ReplyDelete
  2. JAKEL mahal...mmg pun...harga dikatanya murah....tapu banding kat tempat lain...lagik mahal....ahakz

    ReplyDelete
  3. Dulu memang dah blacklist jakel ni. Masa tu pegi dgn mak, ada ke patut kita x dapat kain yg matching tp dia leh paksa2 gak suruh beli kain...huhu
    tp td gedik plak nk masuk jakel. Huh!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...