Aku rasa readers yang setia di blog ni mesti perasan. Akhir-akhir ni aku kerap sangat bermain dengan perasaan kan? Tengok drama sedih pun sampai terbawa-bawa, baca blog orang yang kematian suami pun, aku emo macam lah aku yang alami, ikut kisah isteri ditinggal suami ponnnnnnnnnn aku yang lebih2 terasa, seolah-olah aku yang berada kat situ. Tu belum lagi aku bukak novel yang cerita sadis2...harus aku tersedu2 sorang2, sambil cover kot2 nanti laki aku nampak, kantoi lah... tak macho comel lah aku nangis baca novel kan!
Korang perasan tak aku macam tu??? Kalau korang menyedarinya, tahniah...kerana itu benar-benar menunjukkan korang sayang kat aku...kih kih kih.
Dulu aku tak macam ni tau. Aku orang yang paling keras hati. Tak mudah nak layan perasaan-perasaan macam ni. Mungkin sebab aku dah bergelar ibu, maka perasaan aku lebih sensitif? Hurm...mungkin...
Tapi sesungguhnya aku lebih mengenali diri aku. Aku tahu, ni petanda Allah sayangkan aku. DIA nak aku kembali ke pangkal jalan. DIA nampak aku dah tersesat jauh. DIA nak aku kembali sebagaimana aku yang dulu. DIA nak aku mafaatkan Ramadhan yang tak lama lagi menjelma. DIA nak aku tinggalkan perkara2 lagha yang aku pernah buat.
DIA sayangkan aku!
DIA nak aku berbakti kepada suami selagi hayat aku ada, supaya dengan mudahnya DIA masukkan aku ke syurga. DIA nak aku jaga batas2 sebagai seorang isteri supaya DIA dapat masukkan suami aku juga ke syurga. DIA nak aku balas jasa ibu bapa selagi mereka ada.
DIA sayangkan aku!
dikesempatan yg ada ni..
ReplyDeleteonsyaAllah jumpa ramadhan sekali lagi..
sama-samalh kita meningkatkan ilmu dan amalan..
p/s : pesan utk diri sendiri...hehehe..
syukur kan fazil...dpt lg dipertemukan dgn ramadhan tahun ini
ReplyDeleteALhamdulillah.. Allah sayangkan kita..
ReplyDeleteAllah menyayangi umatnya... =)
ReplyDeletebc entri akak ni sy pulak yg emo..rs terharu pulak...=)
ReplyDeletejadi....jgn lupa belanja kami berbuka....ahakz...lagik banyak pahala ooooo....ahakz
ReplyDeleteAlhamdulillah..muhasabah diri masing2:)
ReplyDeletesaya pulak yang emo ni wanii..maklumlah ramadhan bakal tiba tak lama je lagi..
ReplyDeleteadakalanya kita turut merasai sedih resah gelisah geram kecewa bila baca satu2 entry tu.. tapi itulah perasaan kurniaanNYA untuk kita.. alhamdulillah masih mampu meneruskan rutin harian.. ;)
ReplyDelete