Thursday, July 7, 2011

7 tahun study medic macam tak cukup lagi

Korang nak tahu apa hasil keputusan x-ray semalam, tengok kat SINI. Cerita dari sudut aku sebagai seorang ibu yang risau dah aku karang kat SANA. Ni cerita dari sudut aku sebagai seorang individu biasa pulak. Dulu aku dah berangan nak jadi DOKTOR kan bila doktor yang sedia ada pun tak dapat nak tentukan apa masalahnya.

Tapi tak pe lah...anak dara aku bukan sakit sampai nak pengsan pon masa tu... Tak pe...tak ada masalah. Walaupun bekas kat tempat sakit tu sampai sekarang masih ada, tak apalahhhhh...dia dah tak sakit lagi.

Tapi yang kali ni...ye puan doktor...kepala anak bujang aku ni memang tak sakit, tapi tak boleh ke aku risau bila kepala dia menggelembung macam ada air kat dalamnya??? Bukan kecik, tapi diameternya around 6cm jugak lah... Tak boleh ke aku risau???

Perlu ke ko buat muka seolah-olah aku ni seorang ibu yang..."hek eleh pompuan ni, anak tak sakit pon nak kecoh bawak mai ED"

Hellooooooooooooo.....aku bukan nak sangat datang ED ni, tapi aku datang bawak ref letter dari doc dan aku cuma tanya kat kaunter tadi, kt mana aku nak rujuk! And he brings me HERE!

Ok, tutup cerita pasal doc pompuan yang moody sebab sarat mengandung tuh. Ingat dah bersalin, tapi rupanya tak lagi.

Nasib baik kali ni sesi consult aku dengan doc muda...cuma doc muda ni yang confuse dan pergi refer kat doc muka ketat tadi.

Doc ketat ni dah raba2 kepala Aniq pun she still can say, no need to expose him to radiation! Nasib baik doc muda tak ikut cakap dia. She stick dengan nak buat x-ray jugak. Dan hasilnya dapat lah aku tengok satu kesan garisan panjang di tempat yang sama dengan gelembung tu, even tak de jawapan lagi untuk garisan tu but aku bit lega sebab dah notice sumthing wrong which is the sign is not normal for baby's skull .

Ok berbalik kepada title, kenapa aku kata 7 years is still not enough for medic student? Sebab aku rasa dorang ni kena dapatkan extra time untuk biasakan diri berada di hospital sebelum betul2 memulakan tugasan. 

Dear young doc, You should be more confident in front of your patient. Do not ever show your confuse, otherwise it will makes patient also be confuse with you. This is what I feel whenever one of senior doc in the same room trying to explain to this young doctor.

Sebab soalan ni doktor lain (yg lagi senior tu) tanya kat depan2 aku:

"Where did you do your medic & how many years?"

"7 years in Ireland"

15 comments:

  1. sy penah jumpa gak doctor yg x confident dgn jawapan dia cmni..sakit hati...

    ReplyDelete
  2. org preggy memang moody... pernah terkena dg polis yg preggy ni..eeeii mulutnya....

    ReplyDelete
  3. 7 tahun tu patut dah boleh jadi pakar!

    ReplyDelete
  4. aanie...jumpa doc macam ni rasa mcm was2 je kan..huhu

    ReplyDelete
  5. Mama Ema... husband saya kata sepatutnya once doctor disahkan preggy, kena bagi dia cuti sampai dah bersalin...hihi...

    tp tak semua lah macam tu...

    ReplyDelete
  6. kakcik...7 yrs dorang tak leh terus jd pakar. kena posting dulu... kalau tak silap, lepas 3 ke 5 tahun bertugas then baru boleh sambung untuk buat pakar.

    but at least 7 yrs sepatutnya dh cukup buat mereka untuk tampil confident depan pesakit kan.

    ReplyDelete
  7. sepatutnya mereka perlu belajar cara komunikasi jugaa.. doc kan bertemu ramai pesakit.. kalau setakat jurusan medic sahaja, memang tak menjamin yang beliau terror segala kan..

    ReplyDelete
  8. kakNo setuju sebab dorang buat keputusan berdasarkan teori..kakNo pernah kena masa beraslin dulu,..bergitu juga dengan kes anak kakNo masukkan [plastesin lam idong dia dlu..macam2 karenah..

    ReplyDelete
  9. Farah..ye betul

    mungkin masa belajar diorang tak byk bergaul dengan masyarakat, tekanan untuk lulus peperiksaan mnyebab kan mereka begitu...mungkin.

    ReplyDelete
  10. confidence ni isu attitude tak k9isah profession apa pun..

    ReplyDelete
  11. betul juga tu MZ..tp bila profession doc, less confidence...patient plak confuse nanti

    ReplyDelete
  12. ok, aku tak paham lagi citer ni...besar ke lebihan cecair tu dik??


    wei, asal ko bole sabar lagi ngan doktor bengong gini? amuk lah, apa lagi?

    ReplyDelete
  13. tak la besar mana, tapi besar jugak sbb nampak ketara

    masih boleh bersabar kak geli, sbb anak tak sakit. cuma risau kan kepala dia tu lah.
    kat spital tak bleh nak amuk...amuk dalam hati je dulu...huhuu

    ReplyDelete
  14. doktor atas kertas ja kot... ermm

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...