Thursday, July 28, 2011

Nikmat hidup dah kembali

Alhamdulillah, setelah 3 hari pemergiannya, aku dah dapat kembali nikmat hidup iaitu MAKAN. 3 hari sebelum ni, aku sampai tak sehat...tak lalu makan... sedih sangat. Sebab? Yang sebenarnya...

Kawan baik aku kat opis, kawan kongsi sebungkus nasik kerabu pagi2, kawan lunch yang mesti nak makan nasik hari-hari...kawan yg setia menemani aku kat surau time memerah susu, dah pulang ke Sabah. Aku rasa macam lost sangat2. 

Kat rumah boleh la lupa sebab ada anak2. Bila masuk opis, kosong sekosongnya aku rasa. Sebab tak de lagi kawan yang sekepala. Dah la Sabah tu jauh..ntah bila lah lagi aku boleh jumpa. Aku bukan orang senang yang boleh pejam mata je beli tiket flight dan terbang ke Sabah. Bukan rezeki aku lagi buat masa ni. Mungkin in future.

Tapi hari ni nampaknya semua dah kembali pulih. Aku dah dapat makan nasi sepinggan penuh, dengan sup tulang semangkuk, 2 jenis sayur dan segelas teh o ais. Licin! Alhamdulillah.

p/s: korang pernah berpisah dengan kawan baik?

7 comments:

  1. uik..cmtu sekali ek..

    tak pernah lagi rasa mcm tu..=)

    ReplyDelete
  2. kawan baik saya tengah mc sebulan sbb baru lepas operation. sunyi tanpa dia. dialah kakak dan kawan yg sangat memahami





    hari2 tepon dia.

    ReplyDelete
  3. kawan baik akak, suami akak rasanya.

    Takde kawan baik masa sekolah..huhu, sbb tak pernah melekat lama di satu2 sekolah.

    Bayangkan akak pernah sekolah di 8 buah sekolah sepanjang akak bersekolah dari darjah 1 sampai tingkatan 5, so baru nak berbaik2 dah berpindah...huhu

    ReplyDelete
  4. mak oiii...sekali berselera....takutttt....ahakz

    ReplyDelete
  5. takde kawan baik la.. tp alhamdulillah.. kawan2 semua baik.. hehehe.. kawan paling baik ni sellunya tukar2 bila kita berada di tempat yg berlainan..huhu

    ReplyDelete
  6. alahai sedihnya dia. Hmm bagus nya ada kawan baik macam ni... untung awak.

    sedih pulak mengingatkan kawan rapat saya asyik cari pasal..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...