Friday, December 31, 2010

Orang nak tengok bunga api, kau nak tengok bom meletup!

Sangat-sangat geram. Kalau aku tau macam ni, tak de lah aku poya-poya lagi gi saloon petang tadi.

Macam sial je kan orang lain pagi2 tadi gaji dah masuk. Aku ni sampai sekarang tak dapat-dapat lagi. Orang lain di sini adalah orang-orang kapir laknatullah di mana akaun bank mereka tak sama macam orang-orang kita. Eh, sial nya kampeni nih! kalau tak sama bank pon, tak leh ke kau selaraskan timing gaji???

Ok, fine..aku dah tiga tahun kerja sini..memang lah tak pernah jadi lagi. Tapi bila buat hal macam ni di kala cuti-orang sebok nak berpoya-poya, kau dok rumah korek hidung dengan harapan leh jual taik hidung tu nanti jadi kaya?

Mendidih aku menaip ni. Memang sakit ati..Setan…Babi…Aku tak kira dah! Kalau esok pon tak masuk jugak, aku nak beli bom atom gi letupkan opis, ada sapa-sapa tau kat mana ada jual bom? Aku nak beli.

Hurm…aku bukan apa, laki aku dah la gaji lambat lagi. Kitorang punya bajet selalu tu memang ngam2 lah dengan tarikh gaji seterusnya. Macam susu..pampers…selalu aku beli ngam-ngam je untuk sebulan. Beras…lauk pauk…pon sama. Bila last day of the month tu memang timing aku untuk beli barang dapur-malam (gaji keluar 7pm).

Nasib baik kitorag tak  gamble balik kampung tadi dengan sen tak de nih. Kalau tak, naya je..nak isi minyak balik sini kena isi pakai air.

Aku: Tak pe…tak pe..aku tunggu. Kalau esok tak de jugak, aku gi PD-carik bos aku! Mintak dia byr cash terus kat situ jugak!

Tahun baru, rambut baru

Dah lama tak gunting rambut, last aritu masa pregnant Aniq Zaquan. Masa tu dah sarat, tunggu masa-tapi gigih jugak pegi salon… Orang yang nak gunting rambut aku tu pon takut- takut aku terberanak dalam salon dia…haha

Petang tadi, laki aku balik keje-buat OT- so, ada chance la aku gi potong rambut. Mula tu pegi kat salon yang aku pergi last time, sekali nyonya tu kata tunggu setengah jam. Aku masuk jugak. Tapi bila tengok amoi-amoi tu semua banyak potpet dari menggunting, aku pon blah!

Pusing lagi kat kawasan OTK tu…pastu nampak ada salon lain, mula tu takut-takut nak masuk, sebab nampak ala-ala eksklusif je kan. Aku plak bawak fulus ngam-ngam soii je. Sekali masuk, mula-mula tanya nak gunting je. Bila aku rasa cam murah je, aku tanya la nak cuci sekali-RM 30 je kau! Lagi murah dari tempat nyonya tua tadi.

Duduk je, terus dia letak sabun kat kepala-aku cam mosykil plak. Biasa memang orang cuci dulu ke sebelum gunting? Aku rasa cam gunting dulu baru cuci kan? Ke aku yang dah lupa? Hohohoo…abaikan!

Amoi tu duk kata rambut aku banyak gugur..kena pakai tonic rambut…ayat nak promote tu, standard la kan..aku tau sangat..hihi…tapi aku jawab terus, baru lepas beranak-memang camni. Lama-lama nanti ok dengan sendirinya. Tak payah tonik-tonik bagai. Terus diam..haha

Sampai part nak gunting…dia tanya nak paras mana…? Kalau aku masa kecik-kecik dulu, selalu gunting kat kedai mek siam kat kelate tu, jawapan standard mak aku bagi kat tukang gunting- buat macam rambut anak cina.

Tadi aku pon nyaris-nyaris nak terlepas cakap macam tu..hehe..tapi sebbaik amoi tu lagi laju menjawab (dia tanya, dia yg jawab) “Macam rambut ai boleh ke?” Terus aku angguk- tak pikir panjang.

Balik rumah je…laki aku:

“Uish..mama macam anak dara!”

Nak je aku jawab…”Kalau tak sebabkan abang, memang sayang ni anak dara lagi…”

Muahahaha,,,,,Smile

Aku: Summary nya di sini, aku ni jenis tak cerewet. Orang gunting rambut aku senget pon, aku diamkan je. Ntah la. Bagi aku tak penting sangat…sebab last2 aku ikat jugak. Dah tak nampak celah mana sengetnya dah…haha

Thursday, December 30, 2010

Bila glamour mencari kita

Mestilah suka kan! Terharu...teruja...sebab bukan kita yang kejar nama dan glamour itu, tapi sebaliknya mereka yang mengejar kita. Opss...bukan aku lah! Ni aku nak citer pasal pemain bola tu-Khairul Fahmi..dan yang dapat tempiasnya ofkos la teman wanita dia a.k.a awekss nya..hihi...tahniah!

Eh, sungguh aku tak sangka KFCM tu mamat klate rupanya....haha...lambat sungguh aku ni kan! Orang dah sampai ke Indon, aku baru nak kumpul duit beli tiket flight. Sangat-sangat ketinggalan!

Jom terjah belog awek Khairul Fahmi Che Mat ni- Elia: Short & Sweet . Untung ada belog..hihiii..masyuk la sket kan dengan nuff...bukan la glemer kosong je..glemer berisi tuuu....hihii...syok!

Aku: Konpem ada yg kata kat aku..."helloooooooooo..tadi kau kata kau banyak kerja kan, tapi kau dok hapdet blog jugak..." Muahaha..tak leh nak kata apa....inilah aku! (Lagipon FB xde kat sini)Bila idea ada kena cepat-cepat taip-kang aku lupa. Aku ni kan ada amnesia. Tapi tak lah sampai macam Intan Ladyana punya amnesia tu sampai lupa hari-hari.

Kenapa la esok cuti???

Wahhh..statement! Macam orang tak nak cuti kan??? Konpem lah ramai yang kutuk aku nanti...haha..orang dah bagi cuti, aku tak nak cuti...

Di saat aku menaip ni, masih lom ada berita lagi dari HR. So, taktau la esok cuti atau tak. Taska anak-anak aku dah umum cuti. Tapi aku tak nak cutiiiiiii....huwaaaaaaaa

Mati aku hari ni kalau esok cuti. Dah sebulan aku berpoya-poya bos x dak. Isnin ni dia dah balik, masuk office...banyak lagi kerja dia aku lom siapkan. Bajet sempat catch up la hari Jumaat ni (esok). Sekali esok cuti???

Memang mati!

Aku: Orang suka buat keje bertangguh ni memang padan muka kan?

Wednesday, December 29, 2010

Piala AFF Suzuki - Aku Tak Minat!

Apa kebende lah piala AFF Suzuki tu? ohhoooo..aku sangat-sangat tak berminat nak ambil tahu...nak-nak lagi pasal bola kan...tapi bila tengok laki aku beria-ria nak balik rumah tengok perlawanan ni, mesti ada sesuatu...

Rupanya Malaysia ke final! Eh, sila jangan kutuk aku! Sebab aku memang tak berminat walau sebesar kuman...haha...sukan bukan jiwa aku. Dari kecik lagi aku memang fobia dengan bola. Bukan game bola sepak je, tapi semua-semua lah yang ada kaitan dengan bola..termasuklah game tuk budak pompuan-bola jaring..bola baling...Sebab aku pernah kena baling dengan bola! Ahaha...tragis sungguh punca aku tak suka bola kan.

Efeknya memang sampai ke tua. Bukan bola je, sukan-sukan lain pon aku tak minat, kalau tengok berita kat TV, sampai je part sukan-aku tutup TV. Kalau baca suratkhabar, sampai je page sukan-terus aku tutup suratkhabar tu. Memang giler extreme lah aku tak minat.

Tapiiiiiiiiiiiiiiii..kalau aerobic??? Yeahaaaaaaaaaaaaaaaaa..yang tu aku suka! Gedik-dedik, joget-joget ikut muzik...aku nakkkk!!!

Nak joget-joget!

Semalam aku jalan-jalan dari satu blog ke satu blog, tapi tak de lah tinggal jejak pon, sebab guna beruk ni lain sikit...lembab!

Dalam duk berjalan tuh, aku tersinggah lah blog kak chik @ ella. Tetiba je aku macam naik seh! Excited nengok kak cik beraerobik..huhu..tak leh jadi nih, aku nak jugakkk...

So, misi aku untuk 2011 ni-nak carik port joget-joget..badan mesti mantap kan! Kata ibu muda....haha..aku tak mau la nampak tua dari usia, so, figure harus dijaga...ahaks!

Aku: Tetiba je ada plak opismate aku pon berminat, haruss aku gi carik port!

Bestnyeee kawen!

100_2476

Sebelum tu..iklan dulu! Aku jumpa gamba ni dalam memory card-sah2 keje laki aku kan..eksaited gamaknya dia nengok tajuk budu itu- Budu Sedap Telajak which means…Sedap Sengoti atau dikenali juga sebagai Sedap Gilerrrr!

Ok done citer pasal budu. Aku tak makan budu. Walaupon aku dilahirkan di negeri Cik Siti itu. Tapi aku sangat-sangat suka makan cencaluk dari Melaka. Padahal tak de kena mengena pon keturunan aku ngan negeri itu…haha.

Ni nak citer pasal kenduri kawan aku- Ayuni…best sebab aku dapat jumpa kawan lama… Iela…Nadirah…Ain…Pa’e…Kema…hurm..ramai lagi tak de. Mungkin masing-masing pon sebok ngan kenduri jugak lah kan.

Tetiba je aku rasa, oh yes! Aku memang muda lagi bila berada dalam kalangan mereka…so, kira tepat lah ngan tajuk belog ni – AKU IBU MUDA…muahaha..tak lama dah boleh perasan muda, kurang-kurang lagi 2-3 tahun konpem aku kena tuka tajuk belog tu sudahhh….

Kengkawan aku ramai lagi tak kawen. Yang dah kawen pon, anak kecik lagi. Aku je menjuarai carta setakat ni, ada sepasang. Syukurrr

Smile

100_2489100_2515

Yang tudung hijau biru tu dulu BFF aku dari form 1-5. Tapi dekat2 nak SPM macam ada konflik. Aku pon tak tahu kat mana silapnya. Until now, aku secara jujurnya mengaku-sangat kekok bila berbicara…padahal tulah dia teman sepinggan sebantal…punya lah akrab. Aku selalu tido umah dia, dia pon selalu balik rumah aku. Tapi entahlah. Ada sesuatu.

100_2523

Dan yang kawen ni…sekelas dari form 1-5 jugak…kira biasa-biasa je la kot. Aku ni tak de la ramai kawan rapat pon. Ada sorang dua je, tapi tu pon masing-masing dah wat hal sendiri. Ada teman rapat masa matrix plak, dah pergi tinggalkan aku selama-lamanya.

So sekarang, kawan aku sebantal sekatil-laki aku je lah. Kawan-kawan lain macam tak dak. Aku selalu je dilupakan. Agaknya sebab aku dah kawen. Hurm…

100_2530

Aku tenung-tenung balik gambar ni, nampak cam aku preggy??? Ohhh..WTF….Corak baju hokayyy..

Oh tidakkkkkk…. Aku takut!

Tuesday, December 28, 2010

Anak itu rezeki wehhhh!!!

Aku sangat-sangat emo pagi nih. Bila baca kat Harian Metro Online. Pasal bapak yang nak serah kan anak dalam kandungan kat orang lain tu, sebab tak mampu. Aku tau pasal ni dari entry teman-teman di blog.

Tapi yang paling aku emo bila baca komen2 blogger yang mengutuk mamat tu. Tak pandai planning. Dah tau susah kenapa nak beranak ramai2...huhu..sedih!

Tahukah anda-anda semua, anak tu rezeki yang tak ternilai harganya. Juga amanah dari Allah. Korang plan lah cemana sekali pon, tapi kalau nak sangkut tu, akan sangkut jugak (aku dah kena, sebab tu aku cakap gitu hokeh!) Pakai kondom pon bukan gerenti 100%-buatnya kondom ada bocor sket2 dan tak perasan? Makan pil? Kita manusia, tak leh lari dari sifat lupa...Pasang IUD? Ganas-ganas pon leh terinjak alat tuh... Injek 3 bulan sekali? It's all about hormon beb! Dan juga ketentuan Allah. Kalau Allah dah kata kun fayakun, mende tu pasti akan jadi jugak.

Kita bukan sempurna macam malaikat. Korang jangan lah kutuk2 mamat tu kata tak pandai planning ke, tak de kesedaran ke apa... Sebab mende ni kalau tak kena kat kita, memang syok la kita mengata kan. Cuba kena atas batang hidung ko tengok!

Aku: Planning bagai nak rak pon buleh termengandung jugak.

Monday, December 27, 2010

Ke’prihatin’an rakyat Malaysia di Jalan Raya

 

Petang semalam aku balik ke sini dari Lipis dah lewat gak la..dalam kol 4 suku cam tu bertolak. Ni sumer gara-gara laki aku nak kejar masa, nak tengok bola…kat rumah je ponnn…bukan nama laki aku la kalau gi stadium tu. Dia kata membazir je, tengok dari rumah lagi best…haha…syukur aku dapat laki gitu ye dak..Kot tak, meraung lh aku gamaknya asek kena tinggal-laki gi stadium….coz aku memang tak minat bola.

jalan smooth je, aku agak tak ramai yang balik kampung. Ye lah, dah penghujung cuti sekolah pon kan… Tapi start je dari tol bentong, memang jem kaw2 lah. Laki aku dh gelisah…takut tak sempat sampai rumah sebelum kol 8. So, jadilah dia pemandu tak berhemah.

100_2545

Korang nampak tak, kat celah mana laki aku tak berhemah? Sapa pandai teka memang terror lah! ala…bukan apa pon, laki aku cuma merogol berpuluh-puluh kereta di depannya dengan potong kiri! ahakss…lantak ko lah bang…

Kitorang pon mulalah buat andaian memasing…sorang kata ada eksiden. Sorang lagi kata jem sebab masing2 menuju ke KL nak tengok bola.

Agak2 dalam 10 kilometer kot, maka jawapan pon ditemui…

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

 

What????

100_2547

Lhoo…ada kemalangan kecil je rupanya. Aku ingat ada yang terjun gaung….huhuu…tu lah aku cakap, betapa prihatinnya rakyat Malaysia. Laki aku tak termasuk tau! Sebab aku tak bagi dia jeling. So, habuannya aku snap lah gambar nak tunjuk kat dia apa yang jadi. Mamat tu jatuh motor je pon. Tak de plak aku tengok mana-mana keta kemek. Just motor dia ada kat tepi longkang,

Cemana leh jatuh tu wallahualam.

Aku: Berhati-hati di jalanraya.

Saturday, December 25, 2010

Mereka yang ada dua muka

UsiaPelakon: Sikit lagi nak dapat title warga emas.
Latar cerita : Pertandingan membuat bubur Asyura

Si Tua A: Eh, ada pertandingan buat bubur asyura, jom lah kita buat satu group.
Si Tua B: Tak dapat nak join lah tahun ni, tak sehat.

Hari pertandingan.

Si Tua B dilihat menyertai group lain dalam pertandingan itu. Motif???


Aku: Bawak-bawaklah bertobat, tak ke mana mak cik dengan perangai suka mengelentong tuh.

Friday, December 24, 2010

Cantik sangat ke bonggol unta itu?

Aku pelik. Sangat pelik. Cantik sangat ke sampai berlumba-lumba orang nak buat. Tambah-tambah lagi pengantin. Salah satunya SIL aku, masa kenduri dia tahun lepas. Aku tengok macam nak patah je tengkok dia nak bawak kepala. Berat semacam. Dan nampak tak seimbang. Aku nak tegur. Tapi malas lah masuk campur. Kang tak pasal-pasal kena maki ngan mak andam dia pulak.

Tak ke korang rasa cacat, badan kurus keding, tetiba kepala besar. Cacat hokeh. Besar pulak dengan cara membengkak ke atas, berbonggol. Oh, sangat buruk di mata aku.

Persoalannya, cantik sangat ke? Macam-macam hukum dan fatwa aku jumpa. Kalau korang nak tau, search je. Malas aku nak tampal kat sini. Tapi aku pelik gak ngan SIL aku. Konon alim. Warak. Tudung labuh. Tapi buat jugak? Hurm...pakaian tak melambangkan identiti beb! Okeh. Tutup citer.

Aku: Rasanya tak perlu tempek gambar. Ramai dah tau macamana rupa bonggol itu kan. 

Amnesia Melampau

.Kain itu adalah belakang wallet aku.
Apa benda tu? Tu wallet aku. Aku jahit sendiri. Klik sini untuk tengok gambar dari posisi berlainan. Napa aku cakap aku amnesia? Korang tengok lah senarai tu. Sampai tahap aku kena tampal kat wallet. Sebab kalau selit dalam wallet, jawabnya memang aku tak hengat.

Malam ni nak balik kampung. So, itu adalah senarai barang-barang yang aku nak bawak balik. Kalau tak buat gitu, konpem ada je yang aku tinggal nanti.

Update Peserta Contest





Thursday, December 23, 2010

8.57 a.m. Rekod terburuk

Sejak beranakkan Aniq Zaquan, ni lah rekod terburuk aku datang opis. Kalau tidak tu, kol 8.10 am dah terpacak muka aku, tolong bukak pintu opis...pasal nak kena ikut laki aku kan. Sebelum ada anak-anak dulu, memang muka aku ni selagi tak pukul 9, selagi tu jangan haraplah nak tengok muka aku datang awal kan (sebab aku drive sendiri-so ikut suka je nak keluar umah kol brapa).

Pagi ni gara-gara hujan, masing-masing syok je layan tidur. So, timing lari sket lah. Masa nak keluar plak hujan lebat lagi. Aku pon bagi lah cadangan bernas kat laki aku, 


"Apa kata kalau mama hantar papa dulu?"

Nak manja-manja soh dia hantar aku nek keta? Jangan haraplah! Dah la da lewat, laki aku plak masuk keje kol 830. Tu pasal aku bagi idea bernas tu :)

Lagipon, aku tak pernah tau kat mana laki aku keje sebelum ni...waka waka e eh. Dasyat kan? Aku tau nama kampeni je,kat mana opis, harammm aku tak tau.

Okeh, maka pagi tadi bermulalah pengembaraan aku dari Bandar Bukit Puchong ke Bandar Puteri. Aku ni kalau tak biasa kat satu-satu tempat tu, boleh jadik blur. Ada ke keluar dari opis laki aku tadi, aku bantai hala ke Putrajaya...haha..bengong sungguh. Sebbaik ada u-turn tersembunyi yang laki aku penah ajar sebelum ni. Kot tidak, sampai ke persimpangan nak ke Pasar Borong nu la baru aku leh u-turn...muahaha...

Sengal. Ni tak leh citer kat laki aku ni. Nanti dia bantai gelak sampai tahun depan! (Eh, lagi seminggu++ je pon nak ke tahun depan?)

Petang semalam masa nak balik pun hujan, so aku harap tak sia-sia la aku driving ari nih :) Walaupu terpaksa sedekah RM 4 kat MPSJ (nasib baik bawak bekal-so, duit lunch dah gi ke parking), namun aku redho...

Aku: Teringat masa kecik-kecik dulu, musim hujan je buat sampan kertas banyak-banyak, pastu main kat tepi rumah..letak dalam longkang. Tapi zaman skang ni bak kata opismate aku, tak leh main gitu dah. Payah nak jumpa longkang kecik-kecik ni. Longkang yang ada sekarang ni dah boleh masuk sampan betul-betul. Bukan cobaannnn...

Wednesday, December 22, 2010

Kehidupan Seorang 'Call-Man' Siri II

Sambungan dari sini.

Close Deal tu maksudnya mangsa kemalangan bersetuju untuk membenarkan kenderaannya ditarik ke bengkel tempat callman ni berkhidmat. So, di situ adalah rezeki callman ni. Bukan senang Mat nak dapatkan ni. Kadang tu, sebulan pon belum tentu sangkut 1 kereta. Tapi kalau dh sangkut tu, memang layanan 1st class yang akan dia berikan kepada mangsa kemalangan. Contohnya, hantar mangsa pulang ke rumah, atau hospital jika perlu. Kemudian, setelah kereta mangsa tu pulak siap dibaiki, akan ada pulak khidmat penghantaran percuma ke rumah mangsa.

Ini semua Mat lakukan sebagai tanda penghargaan kerana sudi menggunakan khidmat bengkel tempatnya bekerja. Habuannya? 10% hingga 20% dari jumlah perbelanjaan yang diclaim dari Insuran. Itu lah rezekinya. Bukan mudah untuk mendapatkannya. Selain dari terpaksa bersaing dengan berpuluh2 lagi callman lain, dia juga terpaksa mengorbankan masa bersama anak isteri di rumah.

Kemalangan? Apa nak buat ni???

Pagi tadi tengah syok layan MHI kat TV3, keluar plak isu pasal call-man. Tu pasal aku tertarik nak buat story yang ini. Kebetulan pulak, semalam pon laki aku ada cakap...

"Yang, buatlah entry pasal callman ni, abang boleh bagi info..."

Oh..mentang-mentang lah sekarang ni berkawan dengan callman, siap nak soh aku buat entry plak. Tapi bila aku fikir-fikir balik...why not kan...lagi pun mende-mende camni penting untuk aku share ngan korang, especially kaum wanita yg accident bila memandu sorang-sorang. Sure korang panik ah! Jangan tipu aku la kalo korang cakap korang rileks je...

Tips aku bagi ni hanya applicable kalao korang eksiden cium-cium montot je lah. Kalau dah terbalik masuk dalam gaung tu, tok sah fikir lagi tips aku ni kan.

Mula-mula sekali, mesti korang akan didatangi beberapa lelaki. Kalau sorang je lelaki, bagus jugak! Tak payah korang dengar orang bertekak rebut pelanggan. Lelaki-lelaki ini dipanggil callman. Korang tak call pon diorang datang...haha...sebab dah memang kerja diorang terpacak tepi jalan tunggu eksiden ni...

Then, diorang akan perkenalkan diri. Masa ni sure diorang akan bagi kad. (Rules callman: Sapa yang pertama bagi kad, callman lain tak leh kacau dah). Kalau korang ragu-ragu, sila lah call nombor bengkel a.k.a tokey diorang yang terdapat pada kad itu. Untuk mengesahkan yang itu adalah callman betul..bukan cobaannnnnn...Awas..manusia sekarang ni menipu dengan pelbagai cara. So, be careful. Kalau henset korang tak de kredit ke...pinjam je tepon mamat tu hokeh. Konpem dia bagi punya!

Tapi kalau korang dah ada mekanik sendiri, cakap baik-baik...korang nak hantar gi bengkel yang korang biasa gi tu.

Biasanya, kalau korang tak tau nak buat apa, mesti guna jugak khidmat callman tu. Sebab kalau korang hantar keta tu ke bengkel diorang, Nanti mamat tu akan hantar kan korang balik, atau hantar la ke mana yang korang nak suruh hantar.

Nanti bila dah settle semua dan korang settle claim insuran, baru lah ada habuan untuk callman2 ini. Tu lah rezeki diorang.

Nanti aku tanya lagi laki aku. Apa lagi dia nak share okay?

Kehidupan Seorang 'Call-Man' Siri I

Balik dari tempat kerja petang itu, Mat bergegas menjemput anak isterinya untuk dihantar pulang. Dia? Sekadar sempat singgah untuk mandi dan menjenguk anak sekejap. Kemudian terpaksa keluar semula untuk kembali mencari rezeki. Dunia sekarang ni kalau tak buat part-time, memang semput nak sara anak bini.

Malam tu, seperti biasa Mat meronda di kawasan Federal Hi-way. Tempat tu memang berhantu sikit. Kalau dah sekali ada eksiden, nanti berpusu-pusu lah eksiden lain yang akan berlaku pada minggu atau bulan itu (abaikan penggunaan bahasa yg salah). Kebetulan malam itu malam minggu. Kawan-kawannya yang seramai hampir 60 orang telah menjaga sepanjang jalan tersebut. Boleh dikatakan setiap beberapa ratus meter, ada je yang menunggu. Nak buat macamana kan, tu je lah cara mereka mencari rezeki.Untuk kemalangan yang berlaku di luar kawasan pengawasan mereka pula, ada habuan yang Mat & the gang akan berikan seandainya ada antara mereka yang sempat bergegas ke sana dan menjadi orang yang terawal serta berjaya close deal.

Close deal? Deal apa yang nak kena close? Oh..macam ni... eh, kita sambung nanti lah ye...

Tuesday, December 21, 2010

Beza orang dah kahwin dengan belum

100_2305

Huh..baru aku perasan gambar ni. Ntah celah mana laki aku ambik. Sedih. Nampak giler montot aku dah melebar. Tak leh jadi ni. Kena bertindakkkk….Crying face

Kenapa Aku Bukak Blog Baru?

Ramai sahabat2 aku yang alert kan. Aku bukan ada masalah apa, tapi aku perlukan privacy sikit. Tu je. Memandangkan blog satu lagi tu jadi tempat atuk nenek wan kepada anak-anak aku utk nak tengok gambar cucu-cucu diorang. Maka ada halangan di situ untuk aku bercerita part2 yang agak sulit. Mengerti kah kalian?

Dan jugak untuk aku bercerita secara bebas tanpa ada mata2 kengkawan opis aku yang membaca... So, dari blog AIM ni aku boleh je link kan ke sana.

Tapi dari sana nak link kan ke sini oh Noooo :) Jerut tali di leher sendiri tu...hihiii

Aku dapat anak dara aku semula :)

Sapa2 yang pernah follow entry aku kat sana tu, mesti tau citer anak dara aku yang tak nak dengan mama dia nih. Memang la sedih kan.
Tapi aku sangat2 happy. Pelaburan laki aku sebanyak 40 hengget untuk masuk Zoo (walaupun sangat2 mahal bagi aku, tapi tu harga yang aku dapat beli kegembiraan anak aku) telah mendatangkan hasil.
Terharu aku, macam nak nangis kat dalam Zoo tu bila anak dara aku nak menempek dengan mama..huhuu
100_2248
Bukan senang tau aku nak enjoy moment macam tu. Sob..sob…sayu okeh!
Lepas ni aku kena rajin2 kan diri basuh berak dia, layan dia makan. Sebab dengan cara tu je dia nak kat aku. Sebelum ni aku banyak habiskan masa dengan adik. Sebab adik kecik lagi kan. Menetek pulak tu.
Azam aku untuk tahun 2011, aku tak mo kena cubit dah dengan anak dara aku bila aku dok bergesel2 kat papa dia. (Dia sangat kuat cemburu). Tapi aku nak buat dia cubit laki aku plak bila terjadi nya saat mama dengan papa bergesel2…haha.
Oh, azam aku! Hanya anak dara aku je yang boleh tunaikan.
Maknanya aku kena kerja keras lagi untuk tambat hati dia Smile

Monday, December 20, 2010

Kenangan aku sebagai Blogger

h4 

First time aku join segmen dari BA untuk blog aku yang ini. Saja nak introduce kewujudan yang ni Smile

 

  1. Tarikh lahir blog anda ..  BARU LAGI SEMALAM

  2. Punca kelahiran blog anda… NAK LARI DARI KAUM KELUARGA YANG SUKA LEPAK BACA CITER ANAK-ANAK KAT SANA DAN JUGA BLOG INI AKU DEDIKASI KHAS UNTUK LAKI AKU NANTI ANDAIKATA AKU YANG PERGI DULU.

  3. Orang pertama yang jadi follower anda – CIK MOON

  4. Entri pertama anda sebagai blogger – MUKA SURAT BARU BERMULA

  5. Entri pertama anda yang mendapat banyak komen /hits – PASAL GIVEAWAY

  6. Blogger pertama yang anda jumpa .. JUMPA REALITI? HURM..TAK DE KOT. TAPI YANG DAH KENAL, PASTU TAU DIA BLOGGER TU ADALAH- TU PON GENG2 FORUMER MAK2 BOYOT..HEHE

  7. Blog yg anda minat ..  BLOG KAK D! SIYES BEST.

  8. Ceritakan kenangan manis anda sebagai seorang blogger – HURM…SERONOK SHARING CITER ANAK-ANAK. TU JE LA KOT.

  9. Ceritakan kenanan pahit anda sebagai seorang blogger – BILA ADA ORANG KATA TAJUK ENTRY AKU SAJA NAK TARIK TRAFFIC. EH, TAJUK AKU. IKUT SUKA AKU LAH KAN. PASTU DIKATANYA TAK DE KAITAN DENGAN ISI. HELLOOOO…KO YANG TAK BACA DAN MEMAHAMI BETUL2. LAGI NAK KATA MACAM TU. MEMANG AKU SENTAP KEJAP!

  10. Impian anda terhadap blog anda ..CUKUP LAH KALAU ORANG SUKA BACA TULISAN AKU. TU JE.

Sakit Hati

Aku malas betul lah kalau melibatkan family laki aku ni. Geram. Hurm…aku tau, aku tak patut sakit ati. Tapi ntah lah. Alkisahnya SIL aku ni baru beranak. Nak buat aqiqah anak dia bulan depan. Timing? Opkos la timing ikut gaji dia, orang gomen.

Petang tadi dia SMS laki aku. Ajak join sama. Means suruh aku akikahkan anak-anak aku la. Aku cakap lah, tak de rezeki lagi. Bulan 1 ni dah la nak kena bayar extra kat taska lagi. Laki aku tau apa. Sumer belanja aku yang urus. Ok, dia diam.

Sekali, tadi MIL aku plak call. Huh, dia guna khidmat mak mentua aku plak! Dah laki aku terus jadik cair. Laki aku ni, kalau ngan mak dia memang angguk manjang. Tak salahkan dia lah. Syurga kan di bawah tapak kaki ibu. Dah tu kambing sekor RM450. Mana aku nak cekau? Huhuu… Even mak dia nak sponsor separuh pon, aku terfikir. Tu tanggungjawab aku ngan laki aku as a parent kan. Bukan tanggungjawab atuk nenek dia.

Tak boleh ke kalau bagi aku sikit masa untuk rancang betul2 kewangan aku kalo nak buat kenduri kendara ni? Aku tau la ko cekgu, anak baru sorang. Duit berkepuk dalam poket. Bila-bila nak buat duit ko ada je.
Laki aku soh ubah mind setting. Dia cakap kalo manjang aku cakap tak de duit, memang takkan ada duit. Perghh…menyirap! Nak je aku ungkit sebelum2 ni punya citer. Tapi aku diam. Diam sampai sekarang.
Aku memang dah lama tak puas ati ngan SIL ni. Ada sebab. Nanti aku ceritakan bila dah bersedia.

Tapi yang paling aku tak puas ati, bila aku beranakkan Aniq. Harammm dia nak cemar duli datang jenguk aku ngan anak sedara baru. Sudahnya? Dia tengok Aniq pon masa dah umo sebulan. Masa tu aku yang dalam pantang ni balik kampung mertua aku.

Padahal SIL aku ni bukan dok seberang laut pon! Huh..tu cara-cara dok dekat, kalau dok lagi jauh gamaknya tunggu aku mati dulu baru dia datang ziarah jenazah aku. Sedih :(

Yang paling aku sentap bila umi aku sendiri tegur, aku macam tak de keluarga mertua! Aku paham..MIL aku dah tua. Kalau tak de orang bawak dia, memang tak sampai lah dia ke sini. Tapi anak-anak dia yang lain? Ada tergerak hati nak lawat anak sedara baru ni? Harammmm!!!

Okeh. tutup buku. malas aku nak ungkit citer lama (citer 4-5 bulan lepas).

Ko Masuk Islam Sebab Nak Kahwin Kan?

Aku geram betul ngan orang convert kat opis ni. Hamba Allah ni convert dah lama. Anak sulung pon dah darjah 2 tahun depan. Orang Sabah. Wife dia muslim. Smayang kat opis ni? Tak pernah aku nampak. Time smayang Jumaat? Lagilah haramm dia nak pergi. Ok. Dah. Aku tak mo masuk campur. Lantak ko lah kan sebab dosa ko, bukan dosa aku.

Ni cerita pasal nak sambut Krismas kat opis aku ni. Kitorang (muslim staff) dah check. TGI Fridays. Memang tak de dalam senarai web JAKIM sebagai restoran yang halal. Mula tu aku ingatkan halal jugak, sebab nampak ada pekerja Melayu kt sana. Tapi bila check ngan JAKIM, ternyata pekerja Melayu tu sebagai umpan je lah kan.

Aku ada terbaca kt blog mana tah, kita boleh request kat TGI tu kalau nak makanan (aku lupa menu apa), boleh request tak mo letak Wine. Ok. Aku nak tanya. Kalau dah kat dapur diorang tu dah bercampur-campur halal haram, ko agak-agak halal tak? Aku rasa ni bukan zaman darurat. So, tak mati pon kalau tak makan kat sana.

Berbalik kepada story aku tadi, dah kitorang sepakat tak mo pergi (selain tu kitorang jugak malas nak sambut2 party ni. Seolah-olah meraikan krismas pulak kan). So, HR pon cancel kan lah nama semua orang muslim. Tup2 tadi si Convert ni pi bagi hadiah kat HR (ada acara tukar2 hadiah, so hari ni penyerahan hadiah). Yang HR plak terkejut lah. Sebab dia cakap, kan muslim tak nak pergi. Boleh plak si Convert ni cakap, "Saya tak rasa tak Halal pon sebab kat sana ada orang pakai tudung kerja."

Ohh statement! Sangat2 memalukan kitorang bila Muslim sendiri yang cakap macam tu. At least, kalau ko kemaruk sangat nak pergi pon, jangan lah bagi alasan yang membuatkan si kafirun menganggap Islam ni agama yang kejap boleh, kejap tak! Cakap je lah, tak pe...saya veggie ke...saya tak makan daging ke...Ini tak, pi cakap macam tu! Huh..hangin sungguh aku. Dan sedih :(

Mimpi Insan Tersayang Meninggal Dunia

Korang pernah tak mimpi macam ni? Semalam aku mimpi umi aku dah nak meninggal. Yang peliknya, aku tau in advance. Let say hari tu hari Isnin, aku siap mintak cuti hari Rabu sebab umi aku meninggal. Padahal tak sakit tak apa. Apa maknanya ye?

Dan aku plak macam tak sedih sangat masa tu sebab aku seolah-olah ada masa yang panjang untuk luangkan masa dengan umi aku sebelum dia pergi. Bila bangun tido baru aku rasa sayu. Aku tak sanggupppp :(

Doploh hengget nak tengok gajah beromen

Wakaka... Sila jangan tuduh aku buat tajuk kontroversi ek. Sebab memang betol pun. Cerita semalam ni. Kitorang gi Zoo Negara (dalam tak de duit pon lebur gak la 40 hengget-tapi takpe, duit laki aku. BUKAN duit aku).

Masuk2 je terus ke kiri which is tempat gajah. Dah lama lepak situ, tup2 sempat lak gajah tu beromen. Kejap giler dia beromen. Haha..sian yang betina tu kan. Ntah puas ntah tidak. Tapi siyes aku memang terkejut tengok kote gajah tu, panjang sampai cecah tanah..Muahaha......

Nanti aku upload gambar. Tapi tak clear sangat sebab dari jauh. Laki aku malu nak gi snap dekat-dekat. Tercabar la tu tengok kote gajah lagi panjang...Ya Ampunnnnnnnn :))

Sunday, December 19, 2010

Muka surat baru bermula

Salam semua. Sapa yang dah kenal aku dari blog terdahulu tu, diam-diam je lah ye. Bukan apa, aku rasa aku perlukan 'privacy' sedikit. Oh, aku bukan selebriti. Deejay? Jauh sekali. Cuma pernah merasa seketika dan akan terus mengimpikan kerjaya itu. Saja aku create port baru, kalau boleh aku tak nak insan2 yang aku kenal, baca tulisan aku kat sini. Bukan menyorok, tapi kurang selesa. Kalau korang terjumpa, nasib lah.  Laki aku pon aku tak bagitau. Tak pe, kalau aku dah tak de nanti, beliau boleh refer dalam surat wasiat yang akan aku tulis nanti.

Nak tinggalkan harta selain anak-anak: aku tak de. So, aku tinggal diari aku ni je lah. Ok jugak kan?

(Kurang2 pon, kalau abang rindu kat sayang, boleh baca blog personal sayang ni. Rindu kat anak-anak, boleh tengok blog family yang abang create kan tu :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...