Thursday, December 29, 2011

Bisul boleh berjangkit ke?

Tak tahu nak klasifikasikan sebagai apa... mula2 dulu kakak yang kena, hampir separuh kepala dia naik bintik2 ada nanah...then dah pergi pakar...sapu  ubat 2 hari da ilang...

Lebih kurang 2 minggu lepas tu, nampak bintik yang sama naik kat adik...tapi tak sebanyak kakak la...ada 1-2 je kat kepala dia. Aku pon apa lagi...belasah sapu ubat yg sama, tapi tak baik-baik...the next week naik pulak kat pipi dia, 2-3 bijik macam jerawat...tapi gatal agaknya asal nak kering dia kopek..berdarah semula...kering...berdarah...kering lagi...berdarah lagi....tapi aku sapu je ubat tu.

Sampai la adik misi aku balik kampung, bising dia tengok aku tak jaga leklok...then dia plasterkan tmpt kena tu, b4 tu buh ubat dulu...so far macam nak ok dah....

Sekali..............

Naik kat tangan aku pulak! Ngeee....sakit giler kot...baru aku tau mcmana bujang aku rasa :( Sekali tengok macam bisul. Tapi boleh pulak nenek aku kata kudis malam? 2 hari lepas, naik 1 lg kat tangan...



Nampak macam sikit je merah nya kan? Tapi pantang tersentuh, boleh bersilat aku dibuatnya menahan sakit tu!- masa mula2 nak naik la, now dah ok sikit....

Semalam....naik dalam mulut pulak! Dan bujang aku dapat 1 lagi kat pipi :( 

So, mode aku hari ni tak leh senyum.....sakit :(

Semalam dah bawak bujang tu g klinik. Doc bg ubat sapu ngan antibiotik je...untuk aku jugak...

Now am waiting untuk sembuh :(

Tuesday, December 27, 2011

Anak Ikan Siakap Berenang-renang Dalam Sos

Hoyeahhhh...kembali bersama Chef Shaz sekarang ni. Nak tunjuk kat u ols ni, resipi paling mudah untuk mak-mak dara atau anak-anak dara yang mana tahap kemalasannya agak tinggi macam aku...kihkihkihhh

Ini menu lunner (lunch + dinner) hari Sabtu lepas.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Minyak untuk menumis
Sos tomato, sos cili, kiub ayam (1/2)
2 ekor anak ikan siakap - goreng kunyit *yang ini mak aku ambik kat kampung, mak cik yang gorengkan....kihkihkihhhh*


3 ulas bawang putih yang diketuk dengan belakang pisau (malas nak kotorkan lesung batu)
Hirisan bawang besar
Sayur campur + kubis bunga segenggam mak budak


Cara-cara memasak:

Tumis bawang putih, dah agak garing, campak sayur campur dan kubis bunga.... lepas tu masukkan sos cili dan sos tomato... Kuantiti terpulang pada si pemakan. Nak pedas? Lebihkan sos cili. Nak masam-masam? Lebihkan sos tomato. Masukkan air sikit....Biar mendidih, then DONE!

Jangan lupa masak nasik dulu sebelum masak lauk.... sebab aku penah dengar orang tua-tua berpesan, nanti laki mati cepat kalau kita masak lauk dulu....kahkahkahhh....

*Dengar boleh, percaya jangan :p*



Hasilnya, taraaaaaaaa....




Selamat mencuba!

Friday, December 23, 2011

Rumah itu berhantuuuuuuuu!

Pencarian rumah sewa masih belum berakhir. Sementara waktu ni aku duk kat Pasir Puteh. Agak jauh jugak sebenarnya. Sebab tu nak sewa rumah yang lebih dekat. 

Lepas dah deal dengan owner, after 6pm aku terus speed ke sana. On the way nak balik ke Pasir Puteh je rumah tu

Mula-mula sampai, agak terkesima jugak la tengok kawasan tu. Tapi takpe, kita masuk je lah tengok...alang-alang dah sampai kannn.

Pasir tu katanya nak tambak kat laman depan, since bila hujan - porch tu akan berlopak. 

Ni pulak Living Hall dia.... boleh tahan la bagi aku. 


*Entiti terpaksa di'putih'kan bagi tujuan keselamatan....ahaks!*

Dapur pon kira ok la jugakkkk *Luas-luas pun kalau tak masak, tak guna jugak kan....kihkihkihhhh*


Dah masuk ke dapur, tuan rumah pon bukak la pintu belakang....hurmmm....ada yang aku tak berkenan, sebab ada kawasan air bertakung.... tapi tuan rumah kata nak tambak. Ok tak pe.

Kebetulan, ada lah dua orang jiran tengah bermesyuarat tingkap, menyapa kami dengan ramahnya.



Jiran 1: Pindah sini ye?


Aku  : Tak la kak....baru tengok-tengok rumah je dulu...


Jiran 2: Eh, bukan dah pindah ke semalam? Dengar orang tarik-tarik almari...meja...kat tingkat atas tuu


Jiran 1: Ye lah, si *bedah* pon ada tanya jugak pagi tadi. Ingatkan ada orang pindah.


Aku  : Mungkin sebab ada orang buat kerja renovate kut.... *Akutengok muka tuan rumah dah kelat semacam*


Jiran 2: Eh takkkkk, memang bunyi macam orang pindah!



Arghhh sudah.....apa cerita pulak ni...... Adakah rumah itu berhantu?









CANCEL!

Wednesday, December 21, 2011

Gambar Bisu Hari Rabu #18 Rumahku Syurgaku :(






Rumah yang hanya sempat aku duduki selama 2 minggu :((

Banyakkkkkkkkk sangat nak cerita hari ni! Rugi sapa tak baca :p

Oke fine, tajuk poyo kan. Tapi otak aku dah tak mampu nak fikir title lg dah. Sebab kepala tengah ting tong. Tapi jari nak menaip jugak.

Sebelum tu, update terkini: Kepala sakit doploh pat jam, sentiasa rasa terumbang ambing. Tekanan darah rendah :( Doktor....ada ubat tak? Kalo boleh, kuat punya! Sekali makan terus baek! Setakat ni aku buat2 tak reti je dengan sakit ni. Tapi tak tahulah smpai bila bertahan.

*para doktor yg baca...bg nama ubat ek, nanti boleh cari kt farmasi je...hihihiiiii* <---alasan org malas gi klinik

************

Syukur...drama 'tsunami rindu' yang dijangka berlangsung di stesen bas pasir putih tadi dibatalkan, sebab pakcik aku ada kat rumah ni...so dia lah yg hantar suami aku ke sana. Naik bas balik Puchong :( But still, sesi meraung2 tu ada...dari my doter.

Padahal sebelum ni pernah je berpisah. Tak de pon dia menangis2. Kali ni agaknya dia terasa yg perpisahan agak panjang bakal terjadi. Bijak kan budak 3 tahun zaman sekarang ni.

Apa? Korang ingat aku ke yang meraung2??? Tak de makna, jiwa aku kental okey *ayatberlagaktakutairmatamenitis*

Anak bujang aku plak dah tdo tadi...mulanya macam nak mengikut jugak. Tapi aku fikir sebab dia nampak papa dia dh smart2, bukan sebab dia tau dia akan ditinggalkan lama. Budak umur 1 tahun 5 bulan rasanya tak la bijak macam umur 3 tahun lg kan.

*********************

Cerita pasal kerja? Hurm.... tak tahu lah nak mula dari mana. Ekceli aku pening-pening ayam lagi ni. Terkeliru dah, mana entry untuk blog ni...mana nak buat entry untuk blog kat Hot FM tu....apa-apa pun, kebarangkalian untuk aku mengkopipes yang sini masuk ke sana adalah sangat tinggi :)


Ni gmbar semalam....dalam konti. Best jugak sebab selesa... lgpun kira macam kitorang lah perintis kat sini kan. Senior kat tempat lain....haha. Syok2x! Tapi still berdebarr menantikan 2 Januari nanti. Korang jangan lupa tau, dengar dan tolong bagi komen nanti... :)

************

Cerita plak pasal perjalanan aku pergi dan balik kerja.

  1. Iman aku tergugat bila hari2 melalui Wakaf Che Yeh, yang mana terdapat deretan butik yg tersohor dan memukau pandangan mata yang senang untuk aku singgah pada bila-bila masa. Selamatkan lah wallet aku! *Eh, hari ni gaji lah! Habis!*
  2. Pengguna jalanraya di sini tak berdisiplin. Terpaksa belajar menerima hakikat secara perlahan-lahan. 
  3. Jarak masa aku ke tempat kejadian adalah dalam 40 minit bila jalan clear - sejam kalau hujan lebat atau ada 'Pok Rere'. Istilah untuk kereta yang dipandu secara sangatttt lah santai :)
  4. Tak boleh pakai keta mewah sangat kat sini. Rugi. Mujur aku pakai keta kebal je, sesuai untuk melasak di atas jalan yang berlubang dan tar nya tak rata di sana sini :)
  5. Walaupun hampir sejam atas jalan, tapi aku sangat enjoy the view...compare dengan LDP...lead to stress...kat jalan kampung ni rasa aman je...kan?
Okey dah. Itu je. Thanks sudi membaca :)

Monday, December 19, 2011

Byebye Puchong, Welcome Kota Bharu!

Bismillahirrahmanirrahim. Perjalanan seribu batu bermula di sini. Hari ni aku dah mula bertugas di tempat baru, segala-galanya baru. Jadi, haruslah A-Z kami yg buat. Kemas opis, bukak plastik2 perabot...sapu2 studio.... perasaan tu macam pindah rumah la jugak. Dan ni kira macam perpindahan aku yang ke 3 dalam tempoh sebulan ni...giler hebat kannnnn!

Ni gambar masa dalam perjalanan kelmarin. Kuala Lipis ke Pasir Puteh. Abaikan apa yang makhluk halus atas pangku tu tengah buat apa...hihiii....


Dan macam biasa, aku asal balik Kelate je dah macam pengacara JJCM lagaknya. Setakat ni masih lagi feeling ala2 balik bercuti ye kawan-kawan....bukan nya datang nak kerja...hahaaa....

Ni lunch semalam. namanya mee celup. Not bad. Lokasi kat restoran bawah konti ni haa...




Gambar dinner...eh nanti2 lah share. Ptg2 nanti kalau sempat aku snap pulak gmbr konti baru :)






Nota kaki: Kalau lah nenek aku nampak kitorang makan dalam kuali, mesti kena sound "Dah habis pinggan mangkuk ke sampai kena melantak dalam kuali???"





P/s: Jom intai-intai blog baru aku di Hot FM Kelate! 
Jangan terkejut lah kalau entry macam penah baca je...ahaks! Biasa la baru-baru ni copy dulu dari sini :)

Friday, December 16, 2011

Will be missing my home sweet home *nangis*

Semalam mengemas hingga jam 1.30 pagi, sambil air mata menitik sebab lepas ni aku dah takkan balik ke rumah tu lagi. Rumah yang aku idamkan. Aku dapat, tapi 2 minggu je jodoh aku dengan dia. Sketch kitchen kabinet aku melayang entah ke mana. Idea dekorasi untuk rumah tu lesap...hilang.... :(


Lepas ni entah bila lagi aku dapat tinggal kat rumah tu. Rumah yang menjadi bukti aku kerja keras selama hampir 3 bulan. Extra job, bisnes, menjahit....macam2 kot aku buat nak kumpul duit bayar booking. Korang pun tahu kan. Kejap2 update jual itu...jual ini...buat itu ini... Tu semua sebab nak capai cita-cita aku ada rumah sendiri.

Kalau ada yg masih ingat, azam 2011 aku awal tahun ri tu antaranya beli rumah dan cari kerja baru. Ya, 2-2 aku achieve. Tapi aku terpaksa korbankan 1 untuk kerjaya :(

Kejap lagi aku dah tak balik ke rumah tu lagi. Tunggu suami jemput, then terus off to Kuala Lipis. Awal pagi esok kami bertolak balik ke Kelantan....sob...sob...sobb.... huhuu..... sebak :((

Nak rumah akuuuuuuuuuuuuuuuuuu :((







Eh, ni baru feeling2 dengan rumah ye, belum suami lagi! Adoyaiiiii..... parah sungguh.

Tapi tak pe, start next week...no more sedih2! Aku kena fokus dengan kerja. 5 tahun lagi aku kena capai aim yang berikutnya pulak :) Aku berazam nak balik semula ke Puchong! Tapi bukan sebab kalah :) Sebab anjakan kerjaya ke tahap yg lebih selesa. Doakan guys!

Thursday, December 15, 2011

Keras montot.

Rasa cam dah lama tak update kan. Semalam ada aku send entry utk WW, tapi rupanya sekerat jalan je. Patut la tak publish...ahaks! Abaikan...tak penting sgt pun. Lelaki pujaan Malaya yang aku bgtau haritu jawapannya adalah Shaheizy Sam. Oke, abes citer tu.

Ni nak stori mori pasal keras montot. Dah 2 minggu kot aku berulang Puchong- Damansara bonceng ngan suami ter chenta. Alasan aku merempit?

- Rumah baru jauh dari taska, so ptg2 suami kena pakai keta nak amik anak2. Kalau tunggu aku, berjanggut la anak2 menunggu. Sian dorang :(

- Nak jimat duit. Kewangan kering. Biasa la baru mula kerja kan.

- Ambik peluang nak berpeluk2an atas moto....kahkahkahhhh <---alasan ni tak boleh blah!


Maka jadilah cerita tiap kali sampai depan Sri Pentas je, montot aku cramp beb. Sampai terkangkang2 nak turun moto...keras kejung sampai ke peha. Tapi tak pe lah, esok dah last. Pas ni entah bila la lagi dapat merasa merempit ngan suami :(





Countdown: Sehari je lagi :)

Tuesday, December 13, 2011

Selamat Hari Selasa

Countdown: 4 days more :()

Tak tahu nk letak icon :) atau :( yang pasti perasaan bercampur baur. Ada yg tinggalkan komen katanya aku tak perlu lah bercerita yang personal sebab bimbang menimbulkan gossip kan?

Korang tak paham lagi ni. Tak de nya aku nak cerita bukan2 beb. Cuma aku perlukan sedikit ruang untuk kebebasan bercerita dan melontarkan pendapat aku. Dat's y aku perlukan ruang yang tersembunyi. Ye, memang aku pilih 100 orang tu. Tak de nya semua aku nak approve. Yang pasti, pengomen2 tegar/ yang kerap berkunjung / kawan2 skolah DLL tu aku utamakan. Sebab aku dah kenal kan.

Kalau apa yg aku cerita terlepas jugak keluar, so aku tahu la kerja sapa kan...ahaks!

Banyak nak cerita hari ni, tapi tak de gambar lagi...cam tak best plak.

Eh, pagi tadi terserempak ngan hero pujaan Malaya... cer teka sapa :)

Friday, December 9, 2011

Perit. Pahit. Personal. Privacy

4 P tu aku rasa semuanya sama maksud je kan. Hidup akan menjadi sedikit perit bila cerita personal yang pahit-pahit tak boleh dikongsi secara terbuka kerana privacy dah tak ada.

Tapi dalam masa yang sama aku rindu nak bercerita macam dulu-dulu, minta pendapat korang semua :(

Private kan blog ni? Itu bukan jalan yang bijak. Tapi aku rasa macam nak buat another secret blog. Blogger-blogger yang kenal aku dari dulu, setia dan bukan nak menikam aku dari belakang boleh tinggalkan email. Nanti aku invite ye. 100 orang je had nya kan? (Aku tak publish komen yg ada email tu nanti)

Aku sangat2 hargai kalau korang sudi jadi penyokong di belakang aku. Really need all of u :(

Countdown: 7 days more

Thursday, December 8, 2011

Jumpa lelaki macho

Firstly dah tak mo sedih-sedih. Aku dah baca banyak komen pasal PJJ tu kan. So, rasanya aku dah yakin...small matter je tu....ahaks! Sedangkan masa berpantang 2 bulan pon boleh berjauhan (balik seminggu sekali), ni dia kata boleh balik 2 minggu sekali, ok la tu kot... aku harap2 tak de masalah la kan :)

Enjoy!

Eh, tadi nak citer pasal lelaki macho kan. Alkisahnya....

Semalam aku gi makan kat Damansara Utama. Apa tah nama tempat tu, tp macam food court. Nama gerai tu Lanun Steak kalo tak silap. Murah. Dan kira ok lah rasanya. Berbaloi lah ngan harga. Kalo ko nak taste 5 bintang tapi makan kat warung tu idak lerr :p

Lepas makan, kitorang cross jalan...nak ke farmasi, on the way back masa nak cross jalan semula menuju ke kereta, masa tu jalan tak lah jem. Tapi keta2 slow je sebab satu lorong je kat situ. Then masa kitorang nak cross, aku tahan suami aku.

Sebab dia nak redah je seberang jalan, padahal aku dah nampak pemandu kereta tu even dia bawak teramatlah slow- macam duk balance clutch je, tak tekan minyak, tapi muka dia menghadap tempat lain which is dia tak nampak kitorang. So, aku tunggu je la keta dia melepasi kitorang kan.

Sekali awek/isteri/kawan perempuan di sebelah lelaki ni gi tepuk peha lelaki tu... kira nak bagitahu kat lelaki tu yang kitorang ni nak lintas jalan. Beria nampak mcm awek/isteri/kawan perempuan tu marahkan lelaki tu, padahal aku tak kisah pun... bukannya dia nak terlanggar kitorang pun...

Sapa lelaki macho dalam cerita ni?

Lelaki/pemandu kereta tu! Tahu kenapa? Sebab dia telah membuat muka comel dan bersalah sambil mintak maaf kat kitorang sedangkan dia tak buat salah punnn...haha

Aku suka kalau lelaki2 hensem ni, suka mintak maaf walaupon dia tahu tak buat salah lg, cuma kalo lalai sikit je memang dia akan langgar kitorang lah.

Lelaki2 di luar sana...nak jadik macho jugak? Buatlah macam lelaki dalam cerita ni ye... Kadang2 peribadi kita ni kalau cantik dan berbudi bahasa sampai orang salute, muka tak hensem pon orang tak peduli dah.

Kannnnnn?

Tuesday, December 6, 2011

Kupohon doa dari mu

Pagi2 nih entry Kakcik membuatkan aku sangatttt terharu,

"Kakcik mengingatkan Wani hari-hari terakhir Wani kat sini....
Kakcik mengingatkan Wani hari-hari terakhir berada dalam 1 keluarga yg sempurna...
Kakcik mengingatkan Wani saat2 indah bersama blogger2 semuaaaa"



Aku sangat tersentuh sekarang ni. Cemana ye perasaan pasangan yang PJJ nih? Boleh share ngan aku tak?






Nota kaki: Kena carik contoh-contoh PJJ yang berjaya mulai sekarang! kalau tak nanti aku lemau...takut tak sampai sebulan dah lari balik Puchong :p

Monday, December 5, 2011

Perkembangan

Tak tahu apa yang berkembang. Rasanya otak aku lebih menguncup sekarang ni. Banyak sangat benda nak difikirkan.

Keluarga, kerjaya....hurmmmm

Kena berlakon?? Huhuhuuuuuu....





Nota kaki: Juruhebah dulu dan sekarang banyak betul bezanya kan.

Thursday, December 1, 2011

Fafau, Maya Karin dan Abang guard Sri Pentas

During Press Conference last week :) Kalau kat sini kita ada FF, Kat HotFM Kelate nanti ada SS (Shazwani Shakeri) pulop...buleh tak agak? Ahaks!

One of my task during Orientasi....gigih aku berkejar nak snap gambar ngan abang guard....rupanya kalah jugak team aku...I hate the snake!!!

Terbaru...semalam... ni yg malas bergambar sebelah orang chantekss kan...Nampak sangat 'beza' nya tu....huhuu... She came to the studio for Ombak Rindu... Hari ni 1st tayangan...nak tengokkk...tapi sapa nak jagakan Aniq :((

Di Jom Heboh Ahad ini....blogger, jom jumpa!


Salam semuaa... Jom datang Karnival Jom Heboh hujung minggu ni kat Bukit Jalil...temankan aku yang kena kerja...hihiii.... Kol 11 pagi sampai 1 petang je tau aku kat sana...Meh datang ramai-ramai ek...boleh aku introduce korang2 as blogger2 tegar...ahaks!

See you there!




Nota kaki: Aku dah pindah rumah, weekend ni aku kemas2 dan tayang kat sapa yg nak tengok ye...heheee

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...