Tuesday, May 31, 2011

Asmara Episod Akhir

*Post ini bukan Post Berbayar dari TV3

Semenjak dua menjak ni, layan plak aku dengan drama-drama bersiri ni... Dulu tak macam ni tau...hihi..Tapi kebanyakannya aku layan sambil menjahit which is mata melihat pada kain, hanya telinga yang mendengar... Bila ada dialog-dialog serius je baru mata aku menjeling ke kaca mata tv.

Ni satu lagi yang aku ikut, tapi tak berapa nak ikut lah. Citer Asmara 2. Dulu-dulu menyampah, tapi sebab dah selalu sangat 'dengar' tiap-tiap minggu, maka jangan lupa ye kengkawan malam ni episod akhir...ahaks!

Sekian.

Ohhh Daim Juvana, I Like!!!

Sapa tengok citer Juvana kat TV3 setiap hari Isnin Jam 9 malam? Aku jadi penonton setia slot kat TV3 tiap2 hari Isnin ni since drama Gemilang lagi. Then bersambung lak dengan Juvana....

Syok layan citer ni... nak nak lagi hero dia, Daim... a.k.a Zahiril Adzim... Yang lagi best, aku suka layan blog dia...hihi.. Gaya penulisan dia best gak :)

Secara overall, jalan citer not bad. Harap-harap boleh jadi panduan untuk ibu bapa mendidik anak-anak dengan betul, supaya mereka tak terjebak dalam dunia juvana ni kan.

Membalas Komen

Salam semua (cam buang tebiat lak, tak pernah2 bagi salam dalam entry...huhuu), 

Hari ni aku tergerak nak tanya berapa orang je dalam kalangan blogger ni yang baca semula balasan komen tuan tanah blog tempat dia tinggalkan komen?

Macam aku kan, kalau ada yang perasan memang aku akan balas semula komen korang kat entry... Sebab aku ni jenis suka subscribe comment kat email... Aku akan jenguk semula mana-mana komen yang aku tinggalkan sekiranya ada balasan. Makin kerap aku berkunjung kat blogger2 yang suka balas semula komen tu :)

Sebab aku macam tu lah, maka aku pon layan orang lain macam tu jugak...hihi.... Bajet orang datang balik lah kononnnn.... Tapi tak kisah la, janji kita puas hati dan happy...ye tak?

Keras tanganku, jarum pun dapat kupatahkan

Hebat tak aku? Punya lah keras tangan ni macam besi...jarum mesin pon aku patahkan sampai 4 batang! Masuk batang ke lima...takut dah aku nak patahkan...Last-last ambil jarum jahit tangan, sembat je baki yang tak berjahit tu.. Nasib baik sikit je.

Rupa-rupanya baru aku tau...aku guna nombor jarum yang salah untuk jahit fabrik tebal ni...ahaha...rakus kan aku... belajar pon tidak, dah gedik2 nak jahit beg ni....


Aku ubah tutorial beg ni, tambah poket comel kat sisi beg tu...ngam2 ngan henpon 3310 cabuk aku nih...hihi



Poket dalam....simple je... Totally aku puas hati...ni beg yang kedua aku jahit... 1st, aku jahit handbag yang aku pakai skang ni...aku memang suka sangat2 dengan handmade produk ni... Nak nak lagi jahit sendiri, memang rasa macam puassss sesangat...ahaha...

Nak jual RM 49....tapi pikir2 balik macam sayang lah pulakkk...hihii

Monday, May 30, 2011

Siapa yang harus ku panggil kakak?

Tetiba je rasa macam nak kupas mengenai isu panggilan hormat ni...ahaks... Tadi BW, tengok2 LM reply komen ku dengan membahasakan diri sbg kakak... rasa segan plak, sebab selama ni aku belasah tulis LM je..hihii...Sorry kak LM...

Sama juga dengan Kak Sofya. Selama ni aku duk mention Sofya...Sofya....je..hihi...Ya ampunnn kak :)

Ada sesetengah orang tak kisah dengan panggilan hormat ni... tapi ada sesetengah orang tu kisah kan...hurm...aku? Kisah kot! Ahakss... alkisahnya, kat opis ni lepas orang tau aku ni dah kawin and preggy sulung masa tu...sumer pakat panggil aku kakak... Seriously, aku rasa tak selesa....kalau yang laki tu ok lah...sebab panggilan kakak macam menandakan penghormatan kan...

Tapi bila gadis-gadis yang sebaya suami aku ni (jarak umur kitorang 6 tahun) ponnnnn nak panggil aku kakak...aku rasa semacammmm je...huhuuu

Eh...tapi bila adik ipar tak panggil aku kakak (ikut pangkat kakak la...hakikat umur...dia tua 5 tahun dari aku), aku suka plak..ahaks... Sepatutnya, hormatkan aku panggil aku kakak lah kan...hihii

Yang tu aku tak kisah, tapi bila salam abang dia, dia boleh cium tangan...salam ngan aku...err...er... tak boleh cium jugak kah? *eh mengada-ngada kau yek*



Lorong Seni...hurm....


Seperti yang dirancang, suami ku gigih melayan kehendak isterinya yang beria-ria nak terjah Lorong Seni kat Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya kelmarin. Teruja nak menjenguk crafters... Tapi duit satu sen pon tak luak untuk itu...kih kih kih...Habis RM 3 je..tu pon beli 2 cup kelapa jelly...buat hilang dahaga :)


Seronok jenguk2 karya orang ni, sambil2 cari idea untuk projek sendiri... Tapi yang tak syoknya kat sini, aku tengok belia-belia ni tak hormatkan azan! Padahal kebanyakannya muslim tu. Azan tengah berkumandang, tapi masih lagi duk layan jamming...(betul ke istilah aku ni utk orang main muzik?) 

So, bagi aku...matlamat Himpunan Sejuta Belia ni seolah-olah makin nak menyesatkan lagi belia-belia Malaysia...

Sunday, May 29, 2011

Sindrom identiti penulisan di Blog

Salam pagi Ahad semua... Mesti syok kan cuti. Macam aku, memang super duper syok hari Ahad ni sebab hari Ahad je aku ada masa sepanjang hari dengan suami dan anak-anak....hari-hari lain tak de. Sabtu pon sama, keje gak hapday. Bila la aku nak jadi bos sendiri ni...

Tetiba pagi ni aku terdetik nak tulis pasal identiti penulisan. Dulu-dulu masa remaja, kita sering dikaitkan dengan mencari identiti diri kan. Blogger pon tak terkecuali sebenarnya. Sapa yang ada identiti tu aku tengok memang buleh pergi jauh. Tapi kalau jenis tak istiqomah (cam aku ni lah), memang tenggelam timbul je la yang aku tengok (dan dah merasai)....

Blog-blog ni bagi aku memang ada identiti sendiri, means mereka statik dengan cara penulisan masing-masing dan konsep asal blog. Dan jarang-jarang sekali tersasar dari landasan. Contohnya:

-Ben Ashaari (err...kategori apa ek?)

-Dapur Tanpa Sempadan (blog masak-masak)


-Aidid Muaddib (penentang MLM)

-KakChik@Ella (ala2 catatan diari ringkas)

Hurm....tu blog orang, blog aku sendiri? Entah! Tapi kan... aku rasa aku ni memang tak penah istiqomah dalam setiap hal. Baik dunia maya atau realiti. Mudah sangat terikut2.. Cemana ek nak elak???

Contoh dunia realiti:

Dulu aku giler kumpul setem... pastu baca novel pulak.... pastu menjahit...pastu boring, berbalik kumpul/baca novel....pastu giler kan felt craft....sibuk2 buat buku...eh, terjebak dengan menjahit pulak.... Tengok orang buat kraf, aku korek2 dalam lemari buat felt kraf semula...

Apa aku cari nih???

Korang macam ni tak?

Saturday, May 28, 2011

Sejuta Belia dan Macarons

Program minggu ini. Dalam perancangan adalah untuk menerjah dua perkara. Sejuta Belia dan Macarons. Tak habis-habis Macarons...ntah la, tapi aku memang suka...tak jemu :)

Apa ada kat Himpunan Sejuta Belia sampai aku siap mark awal2 kat kalendar? Ni dia.... Gambar pinjam dari  Dewi Artwork Station - Lorong Seni! 


Tak sabar nak tengok apa yang ada kat sana....well, orang seni lah katakan...kih kih kih...seni apa tah aku ni. Seni mempertahankan diri kot.... Eh, tapi betul tau...dulu2 aku aktif giler2 la seni mempertahankan diri ni... Sampai peringkat kebangsaan aku layan silat. Siap dapat medal perak lagi...kenangan semata2... Nak ajak aku sparing sekarang ni??? Idak ler kome.... Pancit dah!

Ok, berbalik pada topik asal, yang keduanya macarons. Aku dah jatuh chenta dengan macarons ni sejak order dari Cikmin lagi. Tapi nak order ngan Cikmin tunggu balik Lipis je, leh pick up terus on the way tu. Alkisahnya macs yang jadi sasaran aku kali ni from JajaBakery. Awal bulan lepas aku dah terjah booth JajaBakery kat Subang Parade... Singgit je beb untuk sebijik macs tu.... murah kan? Rasa? Sedap! (err...aku nih sume mende pon sedap...ahaks!)

So, minggu ni pon JajaBakery ada lagi kat Subang Parade, maka masuk lah dalam list jalan2 aku untuk hari minggu ni

Jom terjah! (Klik pada nama2 yang aku mention tu kalau nak ke blog mereka ya)

Annoying. Menjengkelkan

Semenjak dua menjak ni, aku kerap on kan FB account MamaZara CreativeCraft (add la aku kalau nak view sendiri kisah annoying ni) through Snaptu kat henpon nokia '3310' aku tuh. Sebab baru aku tau, senang giler nak access FB dengan Snaptu ni. So, aktif la aku kat sana bab kraf meraf ni kannn....

Satu hari tu, aku upload gambar kain felt aku yang ada 44 keping/warna. Dengan caption berbunyi begini ye:

"44 colors of felt. Ready untuk ditempah! Felt name, dengan hanya RM 1 utk setiap huruf"

Hurm...dari caption aku tu, mungkin mengelirukan sikit, samada aku ni jual felt ke apa kan. Tapi aku rasa la....bila aku mention felt name, dengan hanya RM 1 utk setiap huruf, mesti lah orang refer produk apa yang aku buat ni kan. Dan sah-sah felt tu untuk custom made order.

Ok, ni komen dari 'orang yang menjengkelkan' tu:

- Semua ada berapa warna? <--- Grrr....tak cukup jelas ke aku tulis 44 tu???

Pastu ada la sesi komen2 dari orang lain jugak, tanya produk berapa hari leh siap...cemana nak order dan bila diteliti, memang jelass sangat2, dorang pon faham maksud gambar tu ada lah kain untuk custom made kann... Sekali, dapat lagi komen cam ni:

-Felt nama 44 color semua x masuk postage berapa? <--- masa ni aku rasa macam komen spam je... pelik tak soklan dia..? Ke aku yang bangang???

Berkali-kali dia tanya aku beli kat mana, mula tu aku layankan je cakap beli dengan kawan, memang aku beli ngan kawan pun. Pastu aku dah cakap ngan dia, kawan aku tak de stok dah. Lagiiiiiiiiiiiiiiiii dia tanya aku jual ke tak...huarghhhhhhhhhh...tension mak! Siap mintak pattern huruf lagik???

Last komen dia:

- Macamane u Buat felt tapi beli Kat mane? <-- hurm...aku tatau nak kata apa lagi dah....

Friday, May 27, 2011

No entry time marah please!

Tak kira. Nak jugak. Aku nak maki-maki tak dapat, maki hujung jari je boleh. Zaman sekarang ni zaman IT...zaman celik komputer. Mak aku kat kampung pon tau. Ada effort nak belajar sumer tuh. Bapak aku pun, email ada...FB pon ada. Tapi kau umur baru 30++ dah angkat tangan menyerah? Konon malas nak belajar semua ni...

Ye, tak pe..tak kisah...masing2 punya hal lah kan.

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...bila kebodohan kau tuh menyusahkan orang...eiiiiiiiii...geram je aku nak sekolahkan!

Suka kitchen corner ni!

Comel tak??? Comel kan... sesuai tuk ruang dapur yang kecik je...dan bajet terhad. Kitchen corner yang ala2 bar ni RM 600 je. Boleh tengok kat SINI

Harap-harap masa aku nak masuk rumah baru nanti, mende alah ni masih ada...

Thursday, May 26, 2011

Tak follow, tapi ada dalam dashboard list, macamana tuh?

Huhh...macam virus je, petang tadi aku check  list blog kat dashboard 'sana'. Tiba2 ada banyak post yang dibuat dalam masa yang sama, dalam 7-8 entry kot... Owner dia Jef Bahari (kalau tak silap, tak berani dah nak buka). Aku terrr klik. Tengok follower ada 16 je. Dan surprisingly, aku check tak de pon ID aku follow blog tu...cemana ek? Cemana boleh masuk dalam list yang aku follow plak???

Berkawan dengan penagih dadah

Korang pernah berkawan dengan penagih dadah? Aku? Tak pernah...tapi ni kisah benar suami aku. Selama ni, aku suka cakap kat dia... kita ni tak boleh baik sangat, nanti orang pijak. Contoh yang aku selalu tak puas hati:

"Jiran sebelah rumah tu selalu memekak main repair2 keta tengah malam buta, tapi abang buat dek je...kita ni nak buat projek tidur pun susah (dia tak pe lah, jenis tidur mati...aku ni ha yang sensitip sangat dengan bunyi)" 

Tapi laki aku jenis baik hati wooo....dia tak sound pun. Katanya biarlah, selagi tak menyakitkan kita...tapi hati aku sakit. Dia kata sabar je lah. Hasilnya, memang hampir tiap-tiap malam pun jiran ni memekak. Kalau ikutkan hati aku, nak je tengking macam dalam citer P Ramlee tu..."Hoii orang sebelah!" Tapi, jaga air muka suami punya pasal kan...aku sabar je lah. Cuma ada kalanya aku buat-buat bercakap dengan suara lantang... 

"La...napa adik tak nak tidur ni, bising ke?" Sambil buka tingkap bilik. Dan memang ada kesan, beberapa minit lepas tu senyap lah dia.

Eh..tersasar jauh. Nak citer pasal kawan laki aku tadi kan.

Ok, dulu aku ingatkan laki aku ni memang jenis bertolak ansur dalam semua perkara, tapi bila diceritakan pasal rakan sekerja yang menagih dadah - memang aku rasa macam nak bagi tabik spring kat laki aku sebab tegas!

Brader ni baru masuk keje kemarin. Sebelum ni dah 2-3 kali benti masuk balik. Dan ada pekerja lain yang pernah bagi tau, brader ni mengisap. Umur dah nak masuk 40.

Pagi tu kerja macam biasa. Petang dah nak balik, baru laki aku tanya dia.

"Betul ke abang ambil dadah?" Giler straight soklan! Gigil aku dengar, bukan apa...orang menagih ni kan bukan leh caya sangat. Risau sungguh keselamatan laki aku.

Tapi...selamba je brader tu jawab.."Ada aku susah kan kau ke?" Grrrr......

"Ha ah! Memang susahkan saya! Kalau abang ada barang tu, dan kebetulan kita keluar sama-sama, nak pulak ada road block- konpem saya pon kena heret masuk lokap sama! Saya tak suka macam tu!" Simple je ayat laki aku. 

Dan hasilnya, semalam terus tak datang kerja. Harap-harap jauhkan lah dari laki aku. Risau beb! Kalau dah insaf, lain citer...ni terang-terangan mengaku masih ambil.

Kalau korang, berani tak nak tegur???



Masih Cantik. Masih Elok

Buka bungkusan tudung mak datin semalam, ni lah dia... masih cantik dan masih elok, nampak macam totally new pun ada. Ariani...Hajra... Kalau tak, memang tak merasa la aku pakai tudung ada brand ni... kih kih kih...


Habuan kakak ni ekceli anak tudung...tapi ngam2 pulak ngan dia... inner syria kat dalam tu pon jenis cutting kecik sangat, aku boleh pakai..tapi kalau lama2 sakit telinga lah. Suka sangat dia. Dah pakai pegi taska pun pagi ni. 


Dan yang ni habuan aku, kelebek punya kelebek...Ariani...hihiii...tapi outer je. Inner sedia ada aku punya. Ni baru dua lai, aku rasa ada dalam 5-6 lai kot dia bagi semalam.

Belek punya belek, ada selai yang masih ada tag RinaSalleh.com. Ni gadis melayu TV9 tu kan? Saiz L- boleh bagi kat umi.

Suka plak aku ngan tudung2 datin ni...wangiiiiiiiii bau kain dia...hik hik hikkk...Sampai saat menaip ni pon aku duk cium2 lagi...ahaha...*mengong*

Aku: Dok congak2 dalam kepala ni rasanya dah 20++ lai lebih tudung mak datin ni bagi kat aku :)

Ciuman Terakhir

Malam semalam, nampak laki aku bersiap-siap nak keluar jumpa kawan. Kakak pun sibuk nak mengikut, so aku tak kisah la kan....satu sorang, tak pe, senang jaga. Jangan tinggalkan 2-2 dengan aku sudah. 

Tengah syok-syok tengok Bersama mu... Sampai la Bang Bang Boom plak take over, baru aku perasan....

"La...bila masa diorang keluar ni...salam tak...cium pun tak.."

Tiba-tiba aku teringat rancangan 360 sebelum ni, kisah mangsa tanah runtuh kat Hulu Langat tu. Sayu bila teringatkan ada ibubapa mangsa kejadian ni yang kali terakhir bertemu anak dorang adalah ketika raya puasa tahun lepas. Huh...lama giler....tak jenguk anak ke? Hurm...mula lah aku dok fikir yang bukan-bukan.

Tapi simpati kan. Kalau dah 8 bulan tak berjumpa, dan kalaulah kali terakhir tu pon tak de sesi ciuman, mesti sayu bila nak cium je..jasad yang dah terbujur kaku...huhuuu

Sebab tu aku sensitif sikit bab cium-cium ni. Walau pon dorang nak keluar ke kedai depan je pun aku mesti nak salam...nak cium....

Gaduh cemana sekali pun, time berpisah nak gi keje mesti nak salam ngan nak cium jugak... Perasaan marah boleh aku ketepikan masa tu (tapi kadang2 terbabas jugak....ego punya pasal)

So, bila time aku tak salam/cium tu mula lah kepala otak ni fikir yang bukan-bukan.

p/s: Ingat-ingat balik...bila kali terakhir korang cium orang-orang tersayang?

Wednesday, May 25, 2011

Pengikut ke 333


Dalam usia 6-7 bulan blog ni, dah cecah 333 pengikut. Thanks untuk semua yang mem follow blog aku yang tah pape ni...hihii... :)

*lambat lagi nak tambah 1 lagi 3 kat belakang tu :p*

Jangan lah buat static ads kat tengah-tengah alam :(

Blogwalking dengan separuh window sahaja dibuka 
*cover line punya pasal* 
adalah tension bila bukak blog, tetiba kat tengah-tengah alam tu ada static ads yang nak tutup pon memang tak dapat...
desperate sangat ke nak orang klik iklan???

Kalau korang jadi aku, pe korang buat? Aku tutup terus... tapi kadang frust sebab entry menarik...
Nak baca tak dapat :(

Tudung mak datin

Pagi-pagi lagi aku dapat sebungkus beg plastik...

"Ambillah, ada yang saya tak pakai pun lagi-tag harga pun masih belum buang..." Seronok membeli punya pasal kan, well...perempuan macam tu lah. Bukan takat mak datin....aku yang 'bakal' berpangkat datin ni pon sama gak *berangan*

Datin ni jumpa orang yang betul. Aku jenis tak kisah nak pakai 2nd hand punya item. As long as masih cantik...aku belasah je... tu...tudung pepel dalam header aku tu pon tudung datin ni lah...

Tapi aku notice, tak semua orang macam aku kan...kih kih kih....kalau korang cemana ek? Korang pakai tak 2nd hand punya tudung ni?


Tuesday, May 24, 2011

Keselamatan rumah itu penting

Korang selalu tengok tak rumah-rumah yang ada sign ADT? Dulu-dulu aku memang tak tahu, menda alah apa la tu kan. Tapi bila dah sibuk nak ada rumah sendiri tu, baru lah aku usaha searching...owhhh....perlindungan rumah rupanya. 

Agak-agak korang nak kan perlindungan rumah dari perompak, kebakaran atau pencerobohan dan seangkatan dengannya, 


So far, aku rasa sangat2 penting untuk orang-orang yang jenis tido mati ni kan. Yang jenis rumah dah bergegar dek gempa bumi baru terjaga dari tidur. Tapi aku setakat ni tak macam tu lah. Bunyi orang melangkah sikit je aku dah terjaga. Dengar orang bercakap pon aku dah tak boleh tidur.

Sebab tu aku ni manjang je hangin ngan jiran sebelah rumah. Kol 12 tengah malam pun nak memekak repair keta. Dah la garaj dia tepi bilik tidur aku...nak bergesel pon tak senang!

Pilihan raya susu

Semenjak dua menjak ni kerap betul iklan pilihan raya keluar kan? Korang dah mendaftar?...aku belum... Walaupon umur dah nak cecah 26, tapi aku tak daftar2 lagi dengan SPR...kih kih kih... Malas aku nak mengundi, kena beratur panjang2...bukan aku dapat apa pon. Penyudahnya aku kuli kat private jugak.  Tapi kalau pilihan raya dah upgrade buat undi online nanti aku register lah :p

Eh...terkeluar tajuk, ni aku nak citer pasal Pilihan Raya Susu. Iklan Pilihan Raya Susu la yang aku kata kerap keluar iklan tu... korang dah undi ke... ada susu jagung...susu jagung...dan susu jagung....kahkahkahh...tu je yang aku ingat, lain2 korang klik sendiri lah tengok ye. Aku tak leh klik, xdapat access FB...huhuuuuuuu


*Susu ibu tak de dalam senarai ye, tapi aku ada!

Kutinggalkan suami dan anak-anak :(

Dah tiga tahun++ kahwin, jarang-jarang aku tinggalkan suami dan anak-anak. Kalau ada pon, semuanya kerana alasan normal - kerja atau ke pasar.

Tapiiiiiiiiii.... Sabtu lepas aku buat keje giler. Alang-alang laki aku dah bagi lampu hijau, aku pe lagi... anak melalak meraung nak ikut pon aku buat hati kering je...haha...kejam tak??? Yes! Aku memang ibu muda yang kejam. Sekali sekala kena kejam gini, kena bagi masa untuk diri sendiri jugak.

Ni lah alasan aku meninggalkan kesayangan aku buat seketika:


Nur Kasih The Movie! Aku bukan kaki panggung, tapi sebab movie ni...sanggup aku tinggal2kan mereka seketika...kih kih kih...kejam giler!

"Kau buat pekak anak melalak meraung nak ikut???"

Well, aku bukan tak sayang anak...tapi sebab sayang lah aku tak bawak kakak. Korang pon tahu kan, sound dalam panggung tu macamana. Mau pekak anak aku kang. Pastu tahap kebersihan dalam panggung tu. Ni kawan laki aku, manager cinema Alamanda yang citer.. Seat dalam panggung tu punya lah maha banyak nya habuk dan debu... So, dia sangat2 tak galakkan bawak budak2 kecik masuk panggung. 

Tapi aku heran, ada je orang yang selamba bawak masuk baby dalam tu. 

Monday, May 23, 2011

Shawl baru dari Asterisk Boutique

Hasil dari entry aku yang INI, untuk contest dari Asterisk Boutique. Maka, dapatlah aku merasa shawl baru dengan harga yang murah setelah ditolak Voucher Tunai RM 10 yang aku menang sebab jadi early bird...yeahuuuu!


*Lum sempat melaram lagi dengan shawl ni...tatau nak pakai gi mana...hik hik hik

P/s: Masih lum sempat pos kan hadiah untuk contest Ujang hari tu. manjang gi pos office sampul pos ekspress habis... Sorry ye dik, minggu ni akak usahakan lagi.

Job yang dah berakhir... Plan to nextttt


Boleh rujuk SINI untuk informasi lanjut. 2 minggu aku ambil masa nak siapkan bulk order yang ada 100++ huruf kesemuanya...letih memotong, tapi aku syukur sangat2 sebab suami aku memang terror bab2 potong huruf ni, memang dia tolong dengan penuh kasih sayang...kih kih kih <--kena puji2, nanti dia takmo tolong aku lagi.

Aku siapkan bulk order ni untuk Kak Liya... thanks! Bagi aku job ni, boleh lah aku joli2 shopping simpan duit sket untuk rumah...

Berminat? RM 1 je untuk satu huruf... korang leh jahit kat baju/beg atau apa2 je lah... ukuran satu huruf tu lebih kurang 3-5 cm.

Broadband guna prepaid anyone???



Salam pagi Isnin semuanya... hari ni aku cuma boleh schedule kan je kesemua post kerana tugasan yang berderet menunggu... So, nak mulakan pagi ni dengan mende alah kuning ni...hik hik hik...

Ada sapa2 pakai broadband prepaid digi ni tak? Setahu aku, setakat ni digi je kan ada? ke lain2 telco dah ada, tapi aku je yang tak tau???

Prepaid internet ni aku beli minggu lepas lagi- tapi sampai hari ni still tak try lagi. Aku nak match kan ngan modem yang aku guna masa dengan celcom dulu...tapi bukan modem celcom...aku punya yang cap hua wei tu...eh..betul ke ejaan tu.

Agak2 korang, boleh ke guna ek? Aku tak sure modem tu lock ke tak..huhu..kalau tak boleh, lebur la duit aku. Terpaksa beli modem digi plak :(


Saturday, May 21, 2011

Kesinambungan andai aku seorang doktor

Dari sudut seorang ibu, klik SINI. Misteri Auni Zara dah terungkai. Tapi dari sudut seorang wanita, seorang pesakit, meh aku nak citer.

Ye, aku bukan doktor... kau dah tau budak tu bukan patah..bukan terseliuh, but yet still looks like trauma sangat2, then apa salahnya kalau kau refer ke PAED, dah sah-sah melayan pesakit kanak-kanak or toddler ni bukan bidang kau kan. 








Ohhh...aku lupa, ni tempat emmergency.... kalau bukan sakit nak mati, kau balik je lah.

Friday, May 20, 2011

Andai aku seorang doktor!

Eh....andai aku sorang doktor kan, buat apa aku susah payah gi hospital??? Ofkos la aku diagnose sendiri apa sakit anak aku kan. Kalau setakat nak buat ujikaji macam tu, aku pon boleh bai...

Aku dah cakap, dia bukan langsung tak boleh jalan. Tapi every step that she make sangat la slow dan berhati-hati seolah-olah sakittttt sangat! That's y she tends to duduk/ baring je.

And cara korang diagnose tu, aku pon boleh buat. Kau letak anak kau tengah2 orang ramai yang dia tak kenal. For sure dia akan berusaha berjalan terkam kau dan peluk sekuat hati. Simple right? Yet, no result? Huhhh...

Puan doktor...aku pon pernah mengandung dulu, tapi tak de lah muka masam mencuka macam tu kalau patient datang asking for solution.






Eh, aku mana pernah jadi doktor kan!

"Ish...saya serabutlah...hal patient tadi pon tak settle lagi ni"

So what???

*Sambungan kisah INI

Hati tak tenang.

Hurm... macam-macam yang aku fikirkan. Apalah nasib anak dara aku tu agaknya. Masih menanti keputusan pemeriksaan doktor.

Cerita kat SINI.

Kawan-kawan semua, tolong doakan anak dara aku. Semoga tak de apa-apa yang tak diingini berlaku. Jika ada, maka aku lah ibu yang paling malang sebab tak dapat jaga anak sendiri :( Dan sumur hidupku akan penuh dengan penyesalan.

Thursday, May 19, 2011

Selamat Pengantin Baru Wani...

Sana sini orang kahwin..tetiba rasa eksaited plak nak kahwin..eh...lupa...dah kahwin daaa.... keh keh keh...*Mengong!*

Dah 3 tahun lebih... tapi aku rasa cam baru je semalam nikah. Bukak2 mata pagi tadi tengok anak dah dua...kah kah kah... Eh...cepat jugak ye buat anak. Tettttttttt....

Mana tau bukak2 mata pagi esok tengok perut plak moncit lagi...oh tidakkkkkkkkkk...haruuuuuu

* Ye baik, akan ku segera pegi inject* <-- ayat takut bunting lagi...kih kih kihh

Siapa nak aku punya BE ni?


Tak padan dengan UV nak berlagak pun kan... pelik gak nuffnang ni...aku dengar blogger dengan traffic ribu riban nak dapat BE pon payah, pesal aku yang traffic nak cecah 50 pon sakit...BE bersepah (banyak yang dah metered la tapinya...)

Earning pon faham-faham je lah kan. Korang tengok la sendiri....baper sen jek..huwaaaa..So, adalah sama dengan tak de maknanya wehhh ada BE pon :((

Wednesday, May 18, 2011

Tips interview pleaseeeeeeeee.......

Hurm... tolong2...! Share ngan aku tips-tips interview yang korang ada. Cuak neh, petang ni aku punya jadual jam 3 pm. Dah lama aku tak gi interview, last sekali 2 tahun lepas kot. Sebab masa tu perasaan aku nak benti keje adalah membara-bara... Pastu dok sibuk keje, terus terlupa yang aku nih nak carik keje lain...ahaha...buleh lak gitu kannn...

Check list:

1. Updated CV- dah ammend and print
2. Salinan sijil2 akademik - dah ada
3. Salinan sijil ko - erk...perlu ke yep...hurmmm
4. Alamat tempat interview - Kelana Square, semalam dah usha line...clear and senang nak pergi.
5. Nama company & background - Innity - doing online marketing

Agak-agak..apa lagi yang aku tak prepare ek...hurmm....

Tuesday, May 17, 2011

I am Malaysia’s Top Female Blogger 2011

MODE: STICKY POST 
(until aku rasa puas ati...kih kih kihh)


Tajuk tak agak-agak kan...kih kih kih... Takpe...kita berangan dulu... Harap-harap boleh jadi kenyataan kannn... Walau pun aku bukanlah blogger wanita ternama macam Red Mummy, Hanis Zalikha, Cik Epal, Yuyu Zulaikha atau Fatin Liyana, tapi kalau contest dari Sandra Azwan ni, aku mesti nak join punya... Ok Sandra dear...let's check it out! 

1) Tell us about your blog in 70 words or less. 
(When and why you started it, how often you update, and your viewers)

Blog ni aku create hujung tahun lepas. Sebagai alternatif kepada blog ceritera keluarga (Klik SINI) yang dibuka oleh Encik Suami. Memandangkan itu ada lah blog anak-anak, maka makin lama aku rasa kurang sesuai untuk aku bercerita mengenai kehidupan peribadi aku sendiri yang lebih berkisar mengenai kerjaya.  

Manakala blog ini pula aku dedikasikan kepada suami tercinta (update hampir setiap hari). Andai kata aku pergi dahulu, maka si dia boleh la membaca catatan aku ni sebagai pengubat rindu. Itu lah tujuan asal aku membuka blog yang ini. Dinamakan deejaywani.blogspot.com kerana dengan nama itu lah kami berkenalan di radio, berjumpa, bercinta dan kemudiannya bersatu :)



2) What is your personal style?


Simple. Aku orang yang tersangatlah ringkas dalam penampilan. Dek terbiasa berpakaian seragam ketika bekerja, maka tabiat itu terbawa-bawa ketika di luar. Jarang sekali mengenakan alat solek di muka, tapi sekali bersolek, boleh tahan juga lah penampilan aku jadinya..kih kih kih...

Hanya bergaya untuk masa-masa tertentu sahaja. Contohnya hari raya. Atau pun apabila aku terpaksa berhadapan dengan orang ramai. Maka masa tu aku akan kelam kabut mengorek almari..mengorek alat solek yang aku gunakan setahun sekali itu....

Seorang yang tak suka pakaian cantik, tapi suka yang selesa sahaja. Kalau berpakaian cantik, but suddenly rasa tak selesa, aku rela masuk kedai beli baru. Contoh macam kasut la, baru beli kasut...first time pakai keluar, walau ianya cantik, tapi aku rasa tak selesa, aku lagi rela beli sandal flat comfirt bata yang design nya stok-stok orang tua pakai :p  (tapi aku tak tua ye...kih kih kihhh) Well, that is me!


3) A photo of you in one your favorite outfits: 

Bukan nak bergambar ala-ala artis majalah mangga, tapi setelah aku belek-belek, ni je gambar single mingle yang ku ada...huk huk hukkk... latest punya gambar semua kelek anak :( ohhh...itu lah life ku... Tapi, ni memang favourite outfit aku... tshirt and trek suit... simple dan selesa. Tapi tengok tempat jugak lah kan...dan depends on majlis :)



4) Are you the next Malaysia’s Top Female Blogger 2011? Why?


Maybe, well...who knows right? Setiap kejayaan bermula dengan day dreaming dulu... Tu yang aku pegang sampai sekarang...ahaks! Lagi pun, mana la tau kot-kot ibu muda ni pon boleh jadi top...kih kih kih....


5) I love to read ‘Life with Sandra…..’ because? 

I admire you! Opss... silap...silap... I admire your touch.. Everything that you design, semuanya nampak tersangat lah unik, fresh dan lain dari yang lain. Sebab tu Giant kat Sabah pun berkenan agaknya kan dear? hihiiii....

*Sandra, aci tak kalau sehari dua ni ai tukar gambar...hik hik hik.. nak korek dalam PC kat rumah pulak...

Monday, May 16, 2011

Mr Mama at Home

Hari ni boboy demam lagi. Minggu lepas baru je baik demam. Tak tahu la kat mana silapnya. Tapi aku pikir dari sudut positif, nak ringankan badan. Since dah nak masuk 10 bulan ni, masih belum merangkak kan. He's quite active, tapi ntah la. Aku tak risau pon sebab si kakak dulu, 9 bulan 10 hari baru merangkak. Setahun sebulan baru bertatih jalan. Setahun 3 bulan baru lah jalan tak jatuh2 dah. Lagi pun gigi anak-anak aku umur 9-10 bulan dah nak masuk 7-8 batang. So, ada pros and cons la kan. 

Aku jadik percaya pada mitos, lambat jalan...gigi banyak... Gigi sikit, cepat jalan....

Yang aku tak percayanyaa..... orang yang suka saiko2 kata anak aku tak normal! Hello....come on la beb, kau jangan nak banding2 kan anak aku ngan anak kau, boleh tak? Dorang keluar dari rahim kau ke? Tak kan? So, kau ada hak ke nak takut2 kan orang, konon tak normal lah...cacat lah...heyyy..pantang betul aku...

Korang, kalau nak concern sangat pon, jaga lah sikit hati ibu yang mengandungkan tu...boleh tak? 

Lari tajuk. Sebenarnya aku nak citer Mr mama at home today. Since aku nak cuti hari Rabu nanti --> nak gi SINI. Thanks abang sebab sudi bergilir2 jaga anak sakit.

Saturday, May 14, 2011

[Malam Jumaat] Bahana Pucuk Paku lawan Teh Ais Kaw!!!

Hari Khamis (Malam Jumaat)

Jam 7 malam - Biasanya masa ni aku dah siap-siapkan makan malam. Kena makan cepat-cepat, bagi anak makan kenyang-kenyang so dorang leh pengsan cepat kan... Nanti bermakna la sikit malam jumaat. Eh... 

Tapiiiiii... Jam 7 malam aku kelmarin ada lah saat aku bertarung nyawa. Teringat masa nak melahirkan si kakak dulu. Sakit tu lah yang aku rasakan. Perut memulas...seram sejuk...kejang sehingga peha... Sampai kan aku mengerang kesakitan! 

Si Kakak pun menelefon uwe (dengan bantuan papa dia): Uwe....mama angis... mama akittt....

Ntah berapa kali sesi urutan berlaku untuk legakan kesakitan tu, aku pon tak ingat. Muntah tanpa henti... ada lah 5-6 kali kot. Sebijik rasa yang sama masa aku berhempas pulas bertarung nyawa melahirkan kakak. (Masa lahirkan adik pon tak macam ni, sebab sakit kejap je...dalam sejam dua..push..push...keluar segedebuk 4 kilo...hebatkan...ahaha)

Jam 10 malam... sakit makin hebat, seolah-olah kepala bayi dah menyondol-nyondol jalan minta dibuka untuk dia keluar. Tapi hakikatnya yang menyondol itu adalah angin ribut taufan yang maha hebat sedang bergelodak dalam badan aku. Tekan sikit...erkkkkkkkkkkk.... tekan lagi...erkkkkkkkkkkk.. Tak putus-putus keluar (atas dan bawah), tapi masih sakit.

Ralat bila laki aku masak special, tapi aku tak boleh nak makan... macam mana nak telan kalau angin berpusu-pusu nak keluar di tempat yang sama. Traffic jammed di situ. Sampaikan ada ketika aku dah terlelap menahan kesakitan dengan ayam goreng di tangan yang aku cuba habiskan. Tak sampai 5 minit terlelap, aku kembali bertarung nyawa lagi...

Last aku tengok jam, pukul 11 lebih. Masa tu aku cuba jugak tutup mata walau sakit masih berbaki. Sepatutnya malam tu badan aku disimbah bau-bauan minyak wangi. Tapi malangnya bau minyak urut je yang ada. 

"Maafkan sayang ye abang. Kalau sayang tau macam ni lah jadinya, memang sayang tak kan sentuh langsung kerabu pucuk paku itu. Tak tahu pulak sampai macam ni sekali kesannya."

Tapi ada lagi penyebabnya yang aku rahsiakan. Takut hebat dimarahi jika diketahui...kih kih kih....

Aku makan kerabu pucuk paku dan minum teh ais kaw! 2 gelas pulak tu..pagi dan tengah hari :)

Thursday, May 12, 2011

Nak bagi wang tunai... semua orang boleh dapat :)

Ini betul-betul, bukan cobaannnnnnnnn.. 

Sesapa nak duit poket tambahan, nak-nak lagi jenis kaki mengadap PC doploh pat jam, korang klik SINI

Senang je weh, luangkan masa lam 5 minit daftar kat SINI

Lepas tu peruntukkan la masa dalam setengah jam sehari- isi je survey yang ada, then dapat mata. 

Mata tu nanti boleh la tebus jadi duit.... Best kan? Aku baru nak try :) Tapi dah ada dalam 500 mata camtu...

Jommmmm...klik SINI

Tangan di Dada, Mata ke Atas

Tak kira la orang nak kata aku tinggal gerabak train ke... katak bawah tempurung ke... tapi aku nak jugak membuat pengakuan secara terbuka, aku baru paham maksud tangan di dada mata ke atas ni setelah menggoogle dan terdampar di SINI. Kahhh kahhh kahhh... sila lah gelakkan aku. 

Selama ni bila aku tengok kat FB merata orang duk cakap tangan di dada mata ke atas aku bayangkan mereka yang meninggal tapi tak sempat tutup mata..kih kih kih... Eh, tapi betul apa. Orang meninggal kan nanti orang lain ke dada kan tangannya, pastu kalau tak sempat tutup mata, nanti orang tutup kan mata beliau..kan kan kannn...

(pic sumber dari blog yg sama di atas)

*Geng-geng nyah Ujang seswai la buat aksi tangan di dada mata ke atas ni

Wednesday, May 11, 2011

Tawaran Interview dari Innity!


Kenal tak logo tu? Bagi blogger2 yang UV nya ribu-ribu, Innity lah jadi pilihan mereka. Macam aku tak layak lagi, tapiiiiiiiiiiiii






Tadi aku dapat phone call, offer untuk interview keje kat sana as PHP Web Developer...fuhhhh... Panik kejap. Lama giler dah kot aku tak gi intebiu ni... eh... aku confuse la, nak gi ke tak... apa pendapat korang? Banyak point yang aku kena review nih

- Jarak ofis. Now berumah tangga dan berpejabat tangga di Puchong. Tapi kalau Innity, kat Kelana Jaya...sanggup kah aku?
- Gaji (2 K - 4 K)... Kalau 4 K berbaloi lah, kalau 2 K? Erk... aku tak bersedia mengalami penurunan gaji nih...
- Dan yang paling utamaaa..... ada skill lagi ke aku ni dlm web development..huhuuu..PHP lak tuhh..

adeeiiiiiiiii...wey, tolong bagi pendapat :(

Reading List di Dashboard - Anda Guna Tak???



Selain dari blog list di side bar, aku sangat-sangat bergantung pada Reading List di Dashboard ni untuk blogwalking hari-hari. Korang pulak macam mana?

Duit saya banyak, duit anda? Banyak tak?

Hohooo... Ini entry tak sedar diri... Sebenarnya saja nak buat reverse psycologhy kat diri sendiri. Kalau kita tengah sengkek, selalu2 la cakap kita sebenarnya berduit... Nanti kan... *blink* Duit sekepuk jatuh depan mata...haha..Alhamdulillah.. rezeki Allah..

Sapa yang tau kisah aku nak beli rumah tu, paham2 je la kan.. duit ibarat air mengalir saat ini. Sampaikan hujung bulan aku betul2 kekeringan. Tetiba aku dapat idea ini. Aku ni jenis tak leh duk diam tau. Kalau aku tau aku bakal sengkek, maka otak aku akan berfikir dengan aktifnya- apa yang aku boleh jual dalam masa terdekat supaya aku boleh dapat duit...haha...ni memang perangai aku dari kecik2 lagi. Kadang tu aku jual la gula2 bagi adik aku, sebab duit belanja aku dah habis beli gula2 tu banyak sangat. Bijak tak? 

Pastu bila adik aku mintak duit kat bapak aku, cakap nak beli gula2 tu dengan aku- konpem terus penampar la aku dapat...cess!

Tu citer masa kecik dulu... dah besar pon aku buat gak... Masa abes belajar, gedik2 nak kahwin...duit bukan ada pon... Baru keje 2-3 bulan... Korang tau apa aku jual? Koleksi novel aku! Beratus gak lah aku dapat... Lepas la aku tempah dress wedding aku, pastu nak jimat- manik jahit sendiri... 

Masa tu sayang novel tolak ke tepi..sebab sayang pakwe melebihi segala-galanya.... Aku percaya kalau Allah sayangkan kita, dia tarik satu perkara dan gantikan dengan perkara lain yang lebih baik lagi....taraaaa... hasilnya beranak pinak lah koleksi novel aku sekali lagi...hahahaaaa

Eh..eh...aku sebenarnya nak citer duit aku banyak sekarang... Korang tau aku jual apa??? Aku korek semula saki baki stok dalam tong jualan masa aku berniaga dulu. Haha...Otak, kalau dah asek bisnes je...macam ni lah :)

*Perompak, sila jangan rompak aku ye... duit aku tak de la banyak pon... Sumer nak 'sedekah' kat peguam ni....huhuuuuuuuuuuu*





Tuesday, May 10, 2011

Tiada Update Untuk Hari Ini

Eh...tapi update jugak... cemana tuh? Ekceli aku tengah berhempas pulas membelek segala jenis coding2 untuk web store yang dah lama aku tinggalkan ni.

Mesti korang pelik kan. Kejap tengok keje menulis buku. Kejap kelebek coding programming pulak. Apo sobona eh kojo ekau nih? Ha...jawab..jawab...

Monday, May 9, 2011

Ratu Anai-Anai Musuh Aku!

Aku tak peduli kalau orang suka kau sebab boleh tingkatkan tenaga batin lah kononnya kan? Janji, kalau aku jumpa kau- memang aku bakar hidup-hidup!


Semalam, ada lagi yang jadi mangsa kat rumah aku..huhu...kesian sungguh... cadar dan tuala yang aku letak di rak paling bawah! Padahal baru beberapa bulan lepas, almari di tempat yang sama terpaksa kami buang sebab makhluk perosak ni dah naik sampai ke atas :(

Sedih bebb... geram sangat2 ni.. Emo betul aku kalau melibatkan anai-anai! Menaip entry ni pun rasa nak nages!

Aku ada jumpa info pasal pencegahan dengan makhluk jahanam ni di SINI. Aku terfikir, perlu ke aku buat kat bakal rumah baru aku nanti?

Cerita Kenduri Ujang & Yana!

Grrr....cemana lah aku boleh lupa, tak de entry pon lagi pasal ni rupanya....hurm..bila ingat2 balik, patut la aku leh lupa...lepas tu kan aku MC 2 hari... tapi aku ada edit satu gambar ni, khas untuk join kontest Kahwin Oh Kahwin! (Klik SINI)


Kepada pasangan pengantin baru: Jangan marah ek..ahkak gurau2 je tu :p

Hidup bukan untuk S.E.K.S

Nak siapkan dulu kerja2 untuk minggu ni, kita kasi on mengikut schedule...baru lah segalanya akan berjalan lancar.

Untuk ibu-ibu yang dah lama bergelar ibu, aku rasa kalian mesti memahami 'Peribahasa' yang aku cipta tu kan?

Ya...Hidup Bukan untuk S.E.K.S semata-mata. Tapi tak semua kaum bapa memahaminya. Walau apa-apapun, aku bersyukur kerana mempunyai suami yang sangat memahami. Pada malam sambutan hari ibu, aku mendapat hadiah air! Ada orang len dapat air? Tak de rasanya.... Aku je dapat...segelas lagi tu!













Sirap Bandung special made by Encik Moza. Thanks abang!

Sekian.

Saturday, May 7, 2011

Jelebu...Here I come! *Gedikk*

Hari ni nak pulang ke kampung halaman suami tercinta. Dah 4 bulan rasanya tak balik sana..kih kih kih... Anak menantu yang sangat baik kan. Tapi kalau ikutkan hati cam malas je nak balik, Aniq masih tak sehat. Aku cukup tak suka berjalan ke sana sini kalau anak tak sihat ni. Tapi apa boleh buat, orang tua menagih janji, dah tak pedulikan lagi alasan2 remeh ni :(

Harap2 demam Aniq dah ok lah hari ni.


Ni menu dinner kami malam semalam. Mood M datang + anak demam lagi, maka masak nasi je lah. Suami yang memahami pergi menapau lauk ini...kih kih kih...Aku sekarang ni malas betul nak makan kat luar.. renyahh weii ngan anak-anak kecik ni... So, semalam laki aku tapau ikan Siakap 3 rasa ni sekor, aku masak nasi siap-siap... 

Kat rumah, kitorang melantak makan dengan aman damai, heaven sungguh... Meratah hingga ke cebisan daging ikan yang terakhir...kah kah kah... Kalau kat kedai, ada tak buat camtu agak2? Aku rasa ramai yang malu-malu...tapi aku memang tak malu! Kalau memang betul2 sedap, aku selamba je meratah sampai tulang nak bagi kucing pon kucing taknak! Nasib kau la kucing....

Friday, May 6, 2011

Hilang Kereta???

Dulu aku hampir-hampir hilang kereta.... bukan kereta aku, kereta pakwe aku masa tu (tapi sekarang dah jadi suami lah...kih kih kih)

Gara-gara syok sangat bershopping, sampai aku lupa mana aku pi parking keta tu. Dah la masa tu, keta agak baru la jugak. Dan aku pon baru-baru dapat lesen. Plat number keta tu aku boleh lupa... Maka mula lah aktiviti meronda dan tawaf sekeliling car park..hohoo.... haru beb.... dengan barang banyaknya....aku sensorang plak tuh...cesss...at last jumpa la jugak, aku salah gi level....

Tapi sekarang, mende tu x kan berlaku lagi kot...sebab aku ada habit yang ini:


Mana-mana aku pergi, mesti kena snap gambo tiang nih... Aku tak peduli kalau orang usha2 aku semacam je, janji aku tak pening mencarik...wakakakaaa...

Korang selalu tak snap gambar tiang nih??

Boleh ke gi kenduri pakai macam ni?

Ini cerita hari Ahad lepas. Dek kerana tak yakin nak pergi kenduri di Kuang atau tidak, maka aku pon berpakaian ala2 santai- senang nak menyopping kalau pakai seluar ni...hihi... Nak mengejar anak2 lagi kan. So, pagi Ahad tu 1st round aku ke Mydin Mall USJ... Beli frame banyak2 kat sana. Pastu breakfast sekali. 

Next, kitorang zasss ke IKEA. Dah dapat yang aku hajatkan, tengok jam- masih sempat nak rush ke Kuang. maka, hadirlah aku ke Kenduri dengan pakaian begini:





Dan disebabkan berseluar ni, maka aku hanya snap gambar pengantin SAHAJA. Tiada aksi posing bersama pengantin seperti selalu...hihiii


Lepas kenduri, jalan2 shopping diteruskan pula ke Sunway Pyramid (seperti dalam gambar pertama). Oleh kerana masing2 kepenatan, maka kami menyewa lah mende alah ni:


RM 4 sejam hokeh. Tak larat mama nak bayar sama banyak cam parking keta nanti, maka tempoh menyewa hanyalah sejam sahaja. Agak2 nampak kakak dah lalok, kami offer susu dan pindahkan dia dalam stroller...kih kih kih....

Cepat2 papa dia gi pulangkan, tapii............. 

Lepas abes susu, x jugak tidur! Maka bermulalah episod meraung...  "Ita (keta) akak manaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa"

Kita BBQ dalam rumah!


Alatnya dah berkurun ada...sampai kotak dah kena makan anai2 :( Ishh...geram la...anai2 ni sumer mende pon nak makan...huhuu.. sedih tau, ni yg aku nak cepat pindah...semalam masa aku MC kat rumah, aku godek2 lagi..kotak pinggan mangkuk hadiah kawen 3 tahun lepas...









Hancurrrrrrrrrrrrrrr...grrrrrrrrrrr...geram tawwww.... Eiii...cepat2 la pindah. Tak tahan dah aku dok sini.

Putih itu Suci. Tapiiiiii....

Ingat tak entry aku pasal Hasil Tangkapan Pertama di PBAKL? Hasil tangkapan round kedua aku tak snap secara detail...tapi, aku tetap nak tayang kat sini...hihii... Oleh kerana tempat buku aku dah overloading, maka hasil tangkapan kedua aku pakej sekali ngan mende alah ni...dari IKEA.. taraaaaaaaaaaa... cun tak? hihii...simple2 je ponnn



Masa ni tak ngemas lagi, aku baru letak hasil tangkapan round kedua aku. Ada 7 bijik kesemuanya kalau tak silap aku. Abaikan kotak kasut tu... Si kakak sebok nak jugak letak...lam kotak tu ada buku2 kecik dia...

Dah siap2 pasang, then baru alih ke tempat yg sepatutnya...sebelum tu, sembur racun anai2 siap-siap...takut pisang berbuah 2 kali kann....

Sekaliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii














Ada makhluk halus yg berminat rupanya dengan rak putih ni....hurm...ni baru si adik... Risau lak kakak nya nak curahkan karya seni menggunakan krayon... adoiiiiiiiiiii...punah harapan mama nak tengok lemari nak kekal cantik. Buat masa ni aku dah sorok krayon dia.


Lepas bebudak tu tido, baru lah aku boleh ngemas sikit2... tu pon ada separuh lagi yg aku tak letak atas rak... risau sungguh jadi bacaan kakak plak nanti... Yang magazine kt bawah2 tu aku x baper sayang, so, kalau koyak pon tak kesah sgt dah kan...


Eh2...ternampak pulak lintangan wayar kat depan tu....nak tau pe aktiviti kitorang? Next entry plak la...hihiii

Thursday, May 5, 2011

2 line kah???

Jap...jap..aku nak google...UPt sapa yg nak jadi mangsa aku ni....






Tara.....dah jumpa...pic dari google hokeh. 


So, maknanya bukan lah pic UPT haku yang punya....hohoo... No..no..no... Sila jangan salah sangka... Aku tak sihat mungkin sebab musim... tapi bukan musim orang bunting kot....haha.. Eh, pape pon...aku tak check pon lagiii!!!!! Adoiiiiiiiiiiiii...takottttttttttttttttttttttttttttt... 9 bulan x period neh :(

Protection..kebal cemana sekali pon, tapi kalau rezeki Allah nak bagi..tetap menjadi jugak kan :)

Letih. Lesu. Loya = MC

Orang cuti 3 hari je (aku 2 hari stgh). Tapi aku sambung MC 2 hari. So jadi lah 5 hari :) Last Tuesday, aku masuk gak opis sampai kol 11 pagi. Pastu rasa tak larat sangat, kebetulan pagi tu hujan dan aku drive ke office, maka adalah kenderaan aku untuk pulang hari tu. Semalam aku still rasa tak larat, maka misi pencarian satu lagi hari lagi MC berjaya aku laksanakan.

Tapi kesian Aniq, aku tak larat nak keluar hantar dia ke taska semalam. Akibatnya, pagi tadi dia bangun kol 2 pagi..melalak meraung...demam panas! Kesian dik...kamu jangkit dengan mama :( Lepas bagi ubat dan separuh bogelkan dia, baru dia leh tido semalam..tu pon meracau2 jugak dalam tidur. Nasib baik la ada papa dia menguruskan, harapkan aku memang lembik dah.

Pagi tadi dah suap ubat demam kat dia. Ubat aku? Err...err... dekat RM 80 aku habis gi klinik untuk dua hari..tapi ubat? 2-3 bijik je kot yang aku makan.. kih..kih..kih... Aku bukan takut makan ubat. Tapi tak suka. Sebab terbayang2 ubat yang kita makan tu tak hadam, pastu bertimbun2 jadi nya dalam badan. Nanti mudah dapat penyakit lain... ehh.. jangan percaya teori aku nih taw! Ni teori aku punya sendiri...ahaha

Hutang entry weekend akan aku lunaskan sedikit demi sedikit :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...