Sebagai seorang penulis dan editor buku, tajuk entry di blog sendiri mesti gempak dan hebat kan? Eh, abaikan. Tak de kena mengena.
Yang sebenarnya aku nak cerita mengenai hak. Setiap manusia ada haknya. Tapi tak semua orang boleh menyuarakan hak mereka.
Contohnya, bayi kecil. Dia ada hak untuk mendapat susu ibunya. Tapi kalau dia ditinggalkan di kampung, gi mana sih mahu di susu in??? *tetiba je terkeluar bahasa indon plak*
Dapat tangkap tak apa aku nak cerita ni? Maknanya bayi ni pon ada hak, tapi tak dapat nak suarakan hak nya. Maka, si ibu yang wajib memberikan hak ini haruslah berfikir panjang sebelum memisahkan dirinya dan bayi tersebut.
Okey...tutup cerita bayi tadi. Ni aku nak cerita hak aku pulak.
Hak aku di kedai makan, mesti nak tahu berapa harga setiap makanan yang kita makan kan. Maka, tanggungjawab pemilik restauran perlu lah menyediakan senarai harga yang dipaparkan di tempat semua orang boleh nampak. Kalau paparkan dalam kepala otak kau je, apa guna bai???
Hari ni harga lain. Esok harga lain. Lusa ponnnn harga lain. Padahal hari-hari makan yang sama. Ngerti?
Huhh...panjang sungguk mukaddimah aku. Tu baru pengenalan. Ni dia cheq nak habaq mai.
Lauk aku hari ni:
Kerabu perut (hanya beberapa hirisan perut lembu, selebihnya tauge dan 'sampah2 ulam')
Tauhu telur (separuh)
Sayur goreng
Nasi penuh pinggan (2 senduk je)
Kopi o ais.
Lauk kengkawan aku:
Ayam goreng
Sambal sosej
Sayur
Nasi
Sirap ais
Harga? Kedua-dua set di atas harganya adalah RM 6.70. Whatttt?????? Macamana pulak boleh sama???
Sedangkan lauk aku hanyalah beberapa hiris perut lembu? Mula2 aku diam je. Malas nak bertelagah kalau soal makan. Dalam kepala otak aku, bayar je lah. Tapi entah macamana keberanian timbul masa nak membayar. Rasa macam harga yang aku bayar ni tak setimpal pon dengan apa aku makan.
Aku ni kemain lagi nak berjimat (kalau betul2 nak berjimat, bawak bekal..hihii...ni separa berjimat je...ceh!), siap telan air liur je tengok lauk2 lain. Sekali kau kira sama je dengan orang yang ambil lauk2 yang menggiurkan tu.
Lalu aku pon bertanya dengan makcik di kaunter (pekerjanya). Dan makcik tu turut sama menggeleng bila diberitahu. Tanpa pengetahuan si tukang kira (bos dia), mak cik tu memulangkan not hijau bila aku menyuakan not merah kepada beliau. See.........
Betapa tak seragamnya harga. Kalau kita takut2 nak suarakan hak kita, kan dah rugi di situ?
Pengajarannya? Jangan diamkan diri, suarakan hak anda!