Saturday, January 29, 2011

Aku bakal mati!!!

Ya Allahhhh.....aku tak sangka besar sungguh mistake ituuu!!! Hurm...agak2 kalau hari Isnin ni aku senyap je tak hapdet belog ke... memang aku kena sembelih ngan bos aku la tu maknanya.

Nak tau apa mistake tu? Hurm...aku kan editor mag. Ada satu artikel ni, anak buah la yang buat. Tapi aku still rasa mistake aku jugak sebab tak double check sebelum hantar mock-up untuk printing.

Tajuk Lain. Isi Lain.

Sekian.

Aku sangat tertekan saat ini. Rasa nak pitam je. Banyak sungguh bintang-bintang berkelipan yang aku nampak. Ohhhhh!

Friday, January 28, 2011

Chat Lucah: Iklan Pencemaran Bahasa.


Nampak tak? kalau agak-agak tak nampak, klik la besarkan ye. Entah sapa yang sengal nak cari chat lucah. Sekali tersinggah belog aku kan...haha...rasakan! Padan muka kau... apa yang lucah ko buleh jumpa aku pon tak tahu....

Tu lagi satu "Iklan Cemar Bahasa" adoyaiiiii...sadis weiii, ada ke aku buat iklan mencemarkan bahasa..sob..sob.... Sedih bila seorang editor dituduh sedemikian rupa....ahaks! Aku ni lagi nak jaga kecantikan bahasa melayu adalah! Hari-hari berdepan dengan bahasa melayu tak standard yang perlu aku perbetulkan, lama-lama boleh gila kot tengok bahasa dorang ni. Nak tulis buku, tapiiiiii....result BM SPM dulu entah lulus entah tidak.... 

Menang Topup RM 30


Gambar ehsan google. Zaman skang ni aku dah tak topup pakai kad2 macam ni lagi dah. Maju setapak ke hadapan. Pakai online banking je. Tekan je nak berapa tapi pastikan akaun kau berisi lah kan. Kalau kosong, tak payah la berangan ye.

So, topup bernilai RM 30 ni adalah hadiah PERTAMA, aku ulangi PERTAMA kali yang aku menang sejak join contest kat belog ni! Bangga tak? Ahaks! Nak-nak lagi contest kat blog Ben Ashaari tu kan. Ada yang nak tau ke tips aku boleh jawab cepat? Haha.... tak de lah aku hadap nak geledah 500 blog tu kan carik sapa punya header....so, kena la pakai taktik sikit kan.

Mencari jawapan kat belog Shahazrin.com tu pon aku pakai taktik jugak..hihiiii. Nak korek satu per satu entry? Jenuh la kan... Sebab tu bila aku yang taja contest kat belog Ben hari tu, aku bagi soalan kaw-kaw punya yang memang orang kena korek. Antara kekejaman aku:
  • Hide Label
  • Disable kan widget Search
  • Tajuk tak serupa isi
Haha..sengal kan aku? Jangan marah arrr.... Susah2 pon soalan aku tu, ada gak yang carik inisiatif, SMS aku!  Gigih sungguh ye kau dik, mencari no. henpon ahkak ni! Tapi tak de lah aku bagi jawapan pon..hihi.. Rezeki la menang tu kan.

Hurm..melalut! Aku nak citer menang topup je...tapi panjangggg jugak entry! By the way, best join contest sekali sekala ni. Bila berkali berkala, aku cepat jemu...hihii

Penghasut. Pendengki. Tak suka tengok orang berjaya.

Semalam aku berjaga adalah sampai kol 1.30 pagi kot. Tapi sebab memandangkan malam jumaat.... Errr....malam Jumaat? Malam Jumaat buat apa ek? Ohhhh..jangan ke situ! Tak de maknanya (tettttt.....) Yang sebenarnya aku duk terbayang-bayangkan hantu dari filem Khurafat tetiba mencekik aku dari belakang.

Poyo tak? Cerita tu pon aku tak pernah tengok, siap boleh terbayang lagi....bengong kan! Kalau dah asek tengok preview Khurafat tu kat tibi, mana tak terbayangnya weh! Maka, gara-gara Khurafat itu lah aku tak jadik nak stay up lama-lama. Lagi-lagi laki aku dah masuk dalam bilik. Seram pulak aku sensorang kat luar, PC menghadap dinding. Tu pon aku dah cuba neutral kan perasaan aku dengan pasang lagu Maher Zain, Insya Allah.

Nampak gayanya tak leh tahan! Siapkan page terakhir, cepat-cepat aku off PC...takut beb! Haha....mati aku kena gelak kalau laki aku baca ni.... selama ni aku suka berlagak berani ngan dia... Pecahhhh tembelang!

Malam Jumaat juga sama dengan malam banyak cerita hantu kat tv. Aku tak faham la, kenapa diorang nak tayang malam Jumaat.

Ok, baru nak masuk tajuk. Tapi masih ada kaitan. Aku masuk opis pagi ni, ada la opismate yang tau aku berjaga semalam.

Terus aku dapat kata-kata melemahkan semangat! Kata si kapirun ni, tak guna aku stress2 sebab nak siapkan keje ni, takkan boleh siap punya. Hurm..aku senyum je. Kata-kata pendengki memang macam tu kan. Dia tak tau, elaun yang akan aku dapat kalau berjaya aku siapkan adalah riban!

Kadang memang aku penat, tapi bila aku fikir nak beli rumah jugak, maka aku kuatkan semangat, jari, mata dan otak aku! 

Thursday, January 27, 2011

Gegar Blog Soalan 5


Aku stresss..tu pasal suka suki nak join ni...hihi...Harap2 betullah tekaan aku ni ye BA dan juga penaja, shahazrin:

1. http://www.shahazrin.com/2010/12/kedai-mamak-wifi.html
2. Jangan Lupa, Ingat nie http://www.shahazrin.com/2010/12/salam-semua-apa-khabar.html
3. http://atleena.blogspot.com/ (Chik Att)

[18 SX] Payah nya nak berasmara

Bebudak bawah umur duk jauh-jauh ye. Bagi aku, bila dah ada anak 2 ni, tanggungjawab yang satu tu macam payah je nak tunaikan.

Ye lah, mana nak jaga anak-anak lagi, nak jaga hati laki lagi kan. (Read: mana nak tidurkan anak, nak tidurkan laki lagi..huhuuu) Orang laki ni aku tengok, boleh merajuk mengalahkan budak-budak kecik kalau tak dapat. Whoapss.... Jangan nak tuduh aku nak buat entry lucah plak ye... Meh sini aku nak kongsi:

Ada beberapa sebab mengapa seorang isteri itu perlu melayan suami. Di antaranya :

Pertama : Perintah Allah

Allah memerintahkan para isteri agar mentaati dan melayan suaminya dengan sebaik mungkin. Sabda Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud : " Kalau boleh aku menyuruh seseorang supaya sujud kepada orang lain, nescaya aku menyuruh isteri supaya sujud kepada suaminya." (Riwayat Tirmidzi )

Mentaati dan melayani suami merupakan salah satu ibadah yang mana para isteri mendapat ganjaran di dunia, sementara di akhirat pula mendapat pahala. Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya: Jika seorang isteri menunaikan sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan, menjaga kesucian dirinya, dan taat kepada suaminya, dia akan masuk syurga melalui mana-mana pintu yang dia kehendaki.

Kedua : Kedudukan (martabat) suami

Lelaki adalah pemimpin kepada wanita, khususnya suami terhadap isteri. Firman Allah didalam al-Qur`an yang bermaksud : Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita. Oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. (Al-Nisa :34 )

Firman Allah lagi maksudnya : Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajiban mereka menurut cara yang baik akan tetapi para suami mempunyai satu tingkatan kelebihan atas isterinya. ( Al-Baqarah : 228)

Ketiga : Kewajiban isteri

Setiap wanita ingin dikasihi, mendapat pembelaan dan perlindungan daripaada seorang suami. Tapi bukan kesemuanya bernasib baik. Masih banyak lagi yang bergelar tidak berpeluang bersuami walaupun dikalangan mereka itu ada yang berjawatan tinggi, cantik dan berharta.

Maka bagi wanita yang bertuah dan bernasib baik kerana telah bersuami ini, apakah ada cara lain untuk melahirkan rasa syukur dan tanda terima kasih selain daripada mentaati dan melayani suami dengan sebaik-baiknya? Kenanglah jasa dan kebaikan suami, pasti akan lahir rasa tanggungjawab untuk mentaati dan melayaninya dengan sebaiknya.

Kewajiban isteri melayan dan memuliakan suaminya terlalu besar dan membawa erti yang besar kepada wanita. Sayidatina Aisyah Radhiallahu ‘anha berkata : " Wahai kaum wanita ! seandainya kamu mengerti kewajiban terhadap suamimu, tentu seorang isteri daripada kamu bertindak akan menyapu debu dari telapak kaki suaminya dengan sebahagian mukanya."

Keempat : Mendapat keredaan Allah.

Isteri yang mentaati suami dan melayani dengan baik akan mendapat rahmat dan redha Allah. Seluruh makhluk juga turut beristighfar dan dan mendoakannya. Sebaliknya, jika tidak dapat berbuat begitu Allah pula akan melaknatinya. Sabda Rasulullah Shallalllahu Alaihi Wasallam yamg bermaksud: " Wanita yang taat akan suaminya, semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama mana dia masih taat kepada suaminya dan diredhainya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

Jelas dari hadis ini mentaati dan melayani suami menjadi faktor untuk seorang isteri itu mendapatkan keredhaan Allah. Sebab redha suami bererti mendapat keredhaan allah, kemarahan suami bererti kemurkaan Allah.

Kelima : Merebut ganjaran pahala.

Suami menjadi saluran bagi isteri untuk mengaut ganjaran pahala dan kebajikan dengan sebanyak-banyaknya hanya dengan mentaati dan melayaninya dengan sebaik mungkin. Setiap layanan dan kebaikan yang dibuat untuk suami, Allah telah janjikan dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda dan nikmat syurga yang maha hebat.


(sekadar gambar hiasan: google)
Selanjutnya boleh baca kat sini.

So, lepas ni..walau payah macamana pun, kaum isteri kena lah pandai mencari ruang untuk tujuan ini..hohooo (peringatan untuk diri sendiri!)

Aku: Malam ni-malam jumaat kan? Bak kata seseorang yang aku kenal ~malam perpindahan kaum ibu~ muahahahaaa...

BEN ASHAARI BLOG


Nak join blog list BA ni, last year tak sempat join sebab blog ni tak ditubuhkan lagi...hihii

Kekerapan update-ikut mood, tapi sehari sekali tu leh dikatakan wajib la.

Kenapa minat nak parking kat blog BA? Hee...saja suka-suka...boleh terima tak?

Apa yang aku nak buat kalau blog ni popular? Hurm..let it be...yang popular nya blog, bukan aku....haha

Beads Blouse ini bakal bertemu pemiliknya (",)

Setelah mendapat penyertaan terakhir dari Bunga & Coklat, maka genap lah 150 follower dan dengan ini aku nak isytiharkan giveaway ditutup seperti yang aku dah maklumkan pada entry ini. Thanks kepada semua yang join, ada yang aku sempat jengah, ada yang lum sempat...maaf aku pohon yep.

Dengan merujuk kepada senarai ini, maka aku pon run kan lah mende alah random.org ni.... dan mereka inilah tiga yang bertuah.


Peserta no. 46 - Kakyong suka-suka
Peserta no. 74 - SyUhAdA
Peserta no. 10 - Cute MuM

Ok, done. Keputusan muktamad tau. Sebarang surat menyurat (berbalas e-mail) aku x layan..hihii... Tahniah kepada 3-3 pemenang. Nanti emel kat aku details korang ek - deejaywani[at]gmail.com

Berkenaan hadiah, as aku dah mention sebelum ni, blouse tu ada tiga saiz, Teh Susu (saiz S), Turqoise (saiz F- more to M) dan Grey (Saiz XL - tapi aku rasa fit till L je)

Aku kira sapa cepat komen mana yang dia nak, so hadiah tu dia lah yang dapat k. Thanks again kepada semua... Rajin-rajin la singgah lagi. Coz pas ni aku rasa nak 'bagi' mende lain pulak..hihiii

GiveAway Dunia Aku Ibu Muda


STICKY POST

Sebagai langkah pertama aku nak perkenalkan blog baru aku ni kat bloggers lain, so aku nak buat GA ni. The one and only GA yang aku akan buat (buat masa ni lah).

Syarat-syarat senang giler. Aku malas nak nyusahkan korang kena buat macam2. Tak perlu mengarang pasal aku atau apa hadiah yang aku nak bagi. 
  1. Buat entry bertajuk "GiveAway Dunia Aku Ibu Muda". Wajib ada gambar kat atas tu. Letak sekali kat Side Bar dan link kan ke blog ni.
  2. Tag tiga orang. Yang ni wajib tau (Penyertaan terbatal kalau korang tak tag sapa2). Dan wajib jugak inform orang yang ditag itu. Dah tujuan aku nak introduce kan blog ni kan. So, wajib lah :)
  3. Follow blog aku ni. Walaupun aku cakap tak de paksaan nak follow ke tak, tapi untuk join GA ni wajib follow..hihii...
  4. Follow jugak blog Ragam Keluarga Inchik Moza ni & Gallery Muslimah dot com (penaja hadiah). Saja aku nak bagitau korang yang aku ada blog lain...
  5. Letak link blog aku ni kat BlogList korang. Yang 2 lagi blog tu tak payah la.
  6. Due Date: Bila dah cecah 200 Followers. Tak kira lah berapa je penyertaan yang ada masa tu. Janji followers cecah 200, aku stop. 
  7. Dah buat semua yang di atas? Tinggalkan link korang kat komen ye. Guna format ni masa letak link:
           <a href="URL LINK BLOG U OLS"> NAMA BLOG U OLS</a>

Kalau dah namanya GA tu mesti la ada hadiah kan? Ok, ni di antara hadiah-hadiahnya. Aku akan pilih 3 pemenang (atau mungkin lebih) guna Random punya khidmat ye. Blouse2 ni ada saiz. Dah ada pemenang nanti, baru aku inpom cemana pembahagian akan dibuat ye. Cuma aku bagitau skang dari kiri ke kanan, saiz S, F (free size), XL (utk L dan XL). Kalau lelaki yang menang, terpulang lah korang nak bagi sapa hadiah ni...Aku tak de plak sediakan hadiah untuk lelaki...

Beads Blouse: Tajaan Gallery Muslimah
Ada lagi. Memandangkan mood aku untuk biz dah merudum, so aku nak letgo lagi beberapa stok jualan aku as present untuk Tukang Komen yang ke-200. Yang ni akan berjalan sampai lah aku dah jumpa Pengomen tersebut. Aku suka menulis. So, insya allah setiap hari blog ni pasti akan diupdate. Kalau korang rajin jenguk dan komen, ada lah habuannya ye..hihi... Hadiah, nanti aku upload. Nak korek gambar dulu :)

p/s: Jangan tanya aku yek, kenapa 200 jadi pilihan...sebab aku pon tak tau kenapa. Muahaha :))

*Update Senarai Peserta GiveAway*

Wednesday, January 26, 2011

[PANAS] Antara belog yang aku tak suka masuk

Atau, aku sekadar masuk... tapi tak tinggalkan sebarang jejak....hohooo..kadang tu nak tinggal jejak kat shoutbox pun aku malas! Agaknya, sebab tu tak ramai yang datang blog aku kan...haha..rasakan!

1. Ads Nuffnang yang statik

Seriously - samada aku hanya tinggal jejak kat shoutbox, atau terus klik X. Bukan apa, aku kalau kat opis...suka bukak window separuh je...Separuh lagi tu window keje aku. So, kalau dah banner ads tu degil tak mo gerak ke tepi...apa pekdah aku masuk belog tu kan? Nak baca entry pon tak dapat! Aku ni kalau blogwalking, memang suka baca entry-bukan sekadar tinggal jejak kat SB atau SM je. Kalau aku sekadar buat camtu, bermakna entry tak dapat perhatian aku lah...hihiii (melainkan mereka yang aku suka jenguk tu ye....aku kalau dah tak suka, jarang2 jenguk tau)

Aku: Korang macam memaksa lah suruh klik ads nuff tu, well...aku tak suka dipaksa...ahaha!

2. Widget yang berat & banyak, belog lambat loading

Sama dengan sodakollohual'azim je lah. Aku jenis kurang sabar nak tunggu. Nak-nak lagi kalau online pakai berukband kat rumah ni kan. Dan aku juga suka surf blog through henpon nokia murahan aku ni. Makanya, makin ringkas belog itu, makin senang aku view selalu :) Antara yang aku suka baca melalui fon:

Belog Ben Ashaari
Belog Kakchik@Ella
Belog Ujang
Belog Kak Diyana-comatosewithbraindamage
Belog MOFASAD
dan mana2 belog yang aku letakkan kat sidebar aku ni...hihiii (Aku suka tulisan mereka)

3. Model upahan

Atau dalam istilah lain, widget statik samada kiri atau kanan yang tak kan bergerak ke mana-mana..tercegat je dekat situ... Ohhoooo...tambah-tambah lagi kalau menghalang view aku pada entry. Kadang aku tengok entry menarik, aku gigih jugak la nak baca n tinggalkan komen. Tapi komen jujur dan ikhlas dari aku, model-model itu tak patut ada di sana...  :(

4. Font yang lain daripada yang lain

Aku perasan ada belog yang akan loading lagi sekali tukar font yang cantik-cantik tapi menyeksakan mata..huhu...mata aku ni ada masalah sket nak baca font yang pelik-pelik. So, penyudahnya keluar terus je.

5. Gambar sebagai background

Aku tak reti nak cakap cemana, yang pasti background nya bukan plain color-means letak gambar. Korang perasan tak kalau kita scroll, kadang tulisan tu dengan gambar dah jadi sama color... Dahhh tak nampak lah pulak! Out...

6. Blink sana sini

Berpinar mata aku nak tengok...sorry lah yep.

Aku: Ni pandangan peribadi aku je, kalau korang tak suka...senyap2 sudah...

Tuesday, January 25, 2011

Rasa macam nak tamatkan sudah contest ni...

Hurm...kalau diikutkan, nak tunggu sampai follower genap 200, tapi rasanya aku nak tamatkan awal, sebab aku nak fokus pada kerja bertimbun yang menjanjikan habuan lumayan ni..ahaha... Tapi aku akan run contest lain lagi, insya Allah....

Sebab banyak sangat barang aku nak 'giveaway' kan kat rumah tu... kira ala-ala bersedekah cara moden lah kan...muahaha...boleh ke? Kira boleh je la....ahaks!

Dengan ini, aku mengumumkan- Contest akan TAMAT setelah follower mencecah 150. Ala...sikit je lagi pun...mungkin jugak ambil masa lagi 2-3 hari nak cecah tu...hihii.

Aku akan run Random.org secepat mungkin. Dan hadiah2 akan aku poskan dalam masa 1 week dari tarikh keputusan keluar, ok?

Thanks kepada semua yang sudi menyertai :)

Merajuk gaji blogspot?

Adehhh...bila masa pulak aku ada buat entry merajuk dengan gaji dari blogspot ni? Yang mencari tu pon agak-agak la wei...nak merajuk pon kena surf ke...haha

Ohh...aku sangat bizi nih. Tapi tergerak hati kejap nak check keyword ni kan... macam2 lah

Sunday, January 23, 2011

Jom Santai Bersama Ben Ashaari

image_thumb

Saja nak join ni, walaupun aku tau..header tak gempak mana pon kan…ahaha…

kawen

Header ni AIM create sendiri tau Ben…dalam masa tak sampai sploh minit je kot, guna Photoscape…hihi….ala..amik gambar, tambah wording..simple je kan…ahaks!

Header blog yang AIM suka tengok pesen2 ilustrasi kartun, tak de ke sesapa yang sudi nak tolong design kan pree op cas…hehe… macam kat http://sweetlilcraftcollections.com ni

Saturday, January 22, 2011

Ramai bermula dengan aku...tapi semuanya kacang lupakan kulit!

Aku tak peduli lah...betul ke tak perumpamaan tu...hohoo... Tapi lately ni aku perasan lah. Kengkawan aku ramai gilerrr yang buat biz online nih. Sedara mara pon ada... Dan yang lagi best....sumer pernah stalker blog aku! Tak payah la aku bagi bukti...tapi aku tau sumer tu dari banyak sumber hokayy...

Aku malas lah nak namakan...sebab banyak sangat. Aku buat biz on9 ni xde lah lama mana pon...tapi ada lah dalam 3 tahun dah kot. Aku bermula kat forum... Blog ni around 2009 camtu...

Yang aku perasan kan...kengkawan/sedara/kenalan aku ni mula-mula sekali akan baik dengan aku secara tiba-tiba. Riki-riki supplier...cemana nak buat bisnes and so on. Aku yang baik hati ni pon berkongsi je lah. A-Z pon ada aku sharing. Giler baik kan aku ni? *masuk bakul angkat sendiri*

Tapi....apa aku dapat? Lepas dah berjaya masing-masing tak de pon nak bagi apa-apa credit kat aku. At least, ada la share sket ke story kat blog...huh...nan hado! Bukan aku mintak keuntungan korang ponn... Dan yang bestnya... lepas masing-masing dah 'berjaya' tu...aku ni dorang buat nampak tak nampak je...*Agaknya sebab aku kecik kan-tu pasal orang tak nampak kau!*

Aku: tak de mood dah nak biz buat masa ni :(

Senyummmmm....sampai ke telinga!


Siapa-siapa yang kerja dengan Ca Ya Nun Alif, rasanya mesti korang pon dapat habuan gak kan? Aku pon tak terkecuali. Walaupun tak de lah sampai berbulan-bulan punya gaji, janji ada!

So, 1st celebration aku kat Muara Port Klang je...hihi...aku tak cakap pon kat laki aku... Cuma pesan kat dia, jangan tanya-tanya napa aku nak belanja makan. Kalau tanya-aku tak mo belanja! Haha... kejam ke? Idak lerr...tapi suami tak berhak nak tahu kan...hiks!

Aku: Arghh...poyo je tuh! Tak sampai 24 jam biasanya aku akan bitau jugak!

Thursday, January 20, 2011

Woit! Blog aku bukan lucah daa...


Adoyaiii....penangan si Ujang lah ni, aku tergerak nak check keywords ni kan...sekali...hamik kau! Pelik aku...pesal lah ada orang nak search pasa t*t*k sendiri kat internet ni? Mosykil aku kan... Yang k*t* gajah tu ye..memang ada..haha...aku ada citer kat sini... 1st time tu aku tengok kat zoo...haha

Tu satu lagi, nak tengok blog lelaki muda..sekali kau masuk blog aku ibu muda..wakakaka....rasakan!

Kaedah baru pengiklanan oleh Nuffnang!

Mungkin ada yang dah tahu, dan mungkin ada yang belum tahu kan. So, aku nak share kat sini. Kalau nak details in english, please refer here. Kalau tak paham, meh aku permudahkan guna bahasa kebangsaan....hihii

Sekarang ni, yang ada di Nuffnang adalah 2 konsep iklan yang mana CPC dan mCPM. CPC merujuk kepada kos per klik. Korang akan dapat bayaran RM 0.25 sen untuk setiap klik pada iklan yang korang tampal kat blog tu kan.

mCPM pulak juga dikenali sebagai buffered earning (BE). Rasanya ramai dah tahu kan cemana konsep BE ni. Tak perlu lah aku explain lagi. Kalau tak faham, later tanya dan aku jawab k :)

Ni aku nak citer pasal yang terbaru, nama yang diberi ialah CPA. Kos per action. atau kos per tindakan..hihi... Ok, CPA dikira camni. Contohnya orang tu klik iklan CPA, pastu diorang sign up or fill in form ke...then korang dapat lah katakan RM 1 ke utk setiap borang yang orang isi dari klik iklan kat borang tu. Kalau iklan jual barang plak, if any deal will happen through your ads in your blog (grr..terkeluar gak bahasa omputeh...) lagi lumayan yang korang akan dapat, maybe bergantung pada harga barang atau produk tu la kan.

Faham tak? Kalau tak faham...gi lah baca yang bahasa omputeh tu...hihii

Wednesday, January 19, 2011

Jom Gegar Blog


Oke ye....aku mengaku aku dalam keadaan stress... walau banyak keje nak jugak blogging...huhuuuu

So, sapa-sapa nak join klik lah banner abang hensem tu :)

Artikel terbaik AIM?


Ngee...AIM bukan maknanya Anugerah Industri Muzik ye...tapi stands for Aku Ibu Muda..ahahaha...Oke, hari ni hari tensi, makanya aku nak join kontest ni. Lain dari yang lain kan. Aku suka buat contest yang biasa-biasa. Tapi suka join kontest yang pelik-pelik...haha....Forget it!

So, junko...AIM nak pertaruhkan artikel ni : 10 Sebab Jangan 'add' Rakan Sekerja di Facebook. Aku copy paste kat bawah ni sekali okeh.


10 sebab kenapa anda tak perlu 'add' rakan sekerja anda di Facebook :
  1. Kantoi berbalas komen waktu pejabat. Walaupun office korang block FB, tapi email notification still ada dan korang boleh reply komen through email tu.
  2. Tak boleh nak mengutuk rakan sekerja / company / berkaitan kerja. Nanti kantoi. Effect bonus korang atau kenaikan gaji (nak-nak lagi kalau korang add bos korang kan!)
  3. Tak boleh update status FB melalui handphone. Ada handphone canggih yang boleh surf FB pon kau kena simpan jauh-jauh. Nanti abis waktu kerja, bila colleague korang nampak status tu di up dari Mobile Web, maka kantoi kau ber muka buku di pejabat.
  4. Tak boleh buat side income secara terang-terangan. Contohnya macam aku, kerja tempat jahit menjahit ni. Bila aku up gambar produk jahitan aku sendiri yang tak de kaitan dengan syarikat pun, ada yang tuduh aku reveal company's product. Nonsense!
  5. Korang MC, pastu duk rumah layan FB, nanti akan datang lah tuduhan kata sakit sikit pon nak MC ke? Layan Fesbuk boleh pulak? Oh no! Ini tuduhan dari mereka yang tak celik IT. Layan FB dari phone itu perlukan tenaga yang banyak ke? Atau kau kena sihat walafiat baru boleh menekan keypad hp? Gila!
  6. Kantoi blogging! Kau akan rasa tertekan bila dah update blog, tapi tak boleh nak 'ping' kat Facebook (walau bukan time bekerja). Sebab nanti colleague tu akan masuk tengok, apa kau merapu dalam blog. Maka, idea korang akan terhad di situ. Ada limitasi bila menulis. Tak de lagi sesi luahan makan hati dengan rakan sekerja kau.
  7. Another reason pasal blogging. Bila dia dah tau ko ada blog through FB, nanti mesti rakan sekerja kau yang buta IT tu dok tanya..kau update blog time office hour ke? Kau explain lah macamana pon, mereka yang bangang ni tak kan faham apa itu Auto Post!
  8. Kalau hujung tahun, korang beli MC sebab cuti dah habis. Pastu pada tarikh kau pura-pura sakit tu, kau pergi cuti-cuti Malaysia dan kemudian nak upload gambar tu kat Facebook. Baik punya kantoi kan?
  9. Tak bebas nak update status FB. Nanti esok pagi kau masuk office... ada lah yang tanya kenapa itu dan kenapa ini. Nak-nak lagi kalau kau bengang dengan sapa-sapa kan. Konpem punya sebokk je diorang nak tau!(aku pon sama...haha)
  10. Ok, aku dah kering idea... ada siapa-siapa nak tambah sebab ke-10???
Aku: Ini tak termasuk rakan sekerja korang yang sekepala :)

Apa rasa kopi tanpa gula?

Pahit la weh! Adoyai....sengal nye lah aku pagi-pagi hari lagi... padahal masa beli pagi tadi, berulangkali dah aku baca..kopi o kosong..tanpa gula...tapi dalam pala otak aku still dok ingat 3 in 1 jugak...

Hurm..ni lah bahananya bila ko sakit kepala, dah niat nak rest kat umah amik MC, tapi kau gagah jugak datang opis!

Tuesday, January 18, 2011

Mengandung Kembar. Susu tak cukup. Ai stress!

Ini post ke 50 dlm masa 2 bulan :) ngeee~~~

Ok. tiga-tiga tajuk tak de kaitan.

Mengandung kembar.


It's all bout dream. Sapa tak nak kan? Tapi aku bukanlah nak mengandung lagi dalam masa terdekat ni..huhu... Kalau boleh memang tak nak, Aniq pon tak cecah 6 bulan lagi kan..kes naya nanti. Badan pon nak rest jugak. Ni citer mimpi aku semalam. Boleh plak aku mimpi preggy twin! Huhu..bangun tu siap raba-raba perut aku, tengok kot-kot buncit.. Sebbaik buncit lemak je...haha...eh! tapi aku kena hati-hati la jugak kan since tak period lagi ni. Walaupon laki kau pandai 'control' (kononnya la) tapi harus berjaga-jaga lah jugak. Tetiba rasa takot! Kena bertindak ni...huhu..

Susu tak cukup.

Di saat aku menaip entry ni, aku baru je selesai memerah. Oh demmm~ Tak dapat 4 botol! Huhu.. Dah la semalam taska mintak tambah 1 botol extra, means 5 botol x 3 oz. Kebetulan dalam fridge tinggal sebotol je lagi. So, malam ni aku kena all out memerah untuk mendapatkan sebotol lagi 3 oz. Esok pulak kena perah berganda-ganda bagi dapatkan 5 botol! Bila la aku nak dapat macam kat bawah ni :(

Pic credit to azyanmasiron.net

Ai stress!
pic from google

Hohooo..itu lah sebenarnya punca utama aku mimpi bukan-bukan dan juga susu merudum! Seriously...aku ni bila tertekan je, mula la meracau-racau dalam tido..mimpi mengarut! Pastu now pulak EBM drop!

Hurm..need theraphy!

Aku: Oh..rupanya ada kaitan!

Pemenang tak nak hadiah ke?

Dah nak masuk 24 jam aku menunggu, tapi masih lom dapat emel...hihi...aku saja tak nak gi bagitahu kan. Sebab nak tengok alert ke tidak...haha..jahat giler!

Agak-agak kalau dalam 48 jam lagi masih no response, aku pass kepada pengomen ke 201 plak? Boleh tak agak-agak?

Monday, January 17, 2011

Dah jumpa! Tukang komen yang ke-200 :)

Ingat tak? Aku pernah cakap nak bagi hadiah misteri untuk tukang komen yang ke-200? So, here we goes! Aku dah dapat tangkap.


Hadiah? Memandangkan semalam aku ada jahit pensel box lebih (yang corak love-love tu) 




Maka itu lah hadiahnya ye :) Nanti e-mail alamat dan no. fon ke deejaywani[at]gmail.com k.

Thanks again :)

Saturday, January 15, 2011

Jangan 'add' rakan sekerja anda di Facebook! Again...my big mistake :(

10 sebab kenapa anda tak perlu 'add' rakan sekerja anda di Facebook :


  1. Kantoi berbalas komen waktu pejabat. Walaupun office korang block FB, tapi email notification still ada dan korang boleh reply komen through email tu.
  2. Tak boleh nak mengutuk rakan sekerja / company / berkaitan kerja. Nanti kantoi. Effect bonus korang atau kenaikan gaji (nak-nak lagi kalau korang add bos korang kan!)
  3. Tak boleh update status FB melalui handphone. Ada handphone canggih yang boleh surf FB pon kau kena simpan jauh-jauh. Nanti abis waktu kerja, bila colleague korang nampak status tu di up dari Mobile Web, maka kantoi kau ber muka buku di pejabat.
  4. Tak boleh buat side income secara terang-terangan. Contohnya macam aku, kerja tempat jahit menjahit ni. Bila aku up gambar produk jahitan aku sendiri yang tak de kaitan dengan syarikat pun, ada yang tuduh aku reveal company's product. Nonsense!
  5. Korang MC, pastu duk rumah layan FB, nanti akan datang lah tuduhan kata sakit sikit pon nak MC ke? Layan Fesbuk boleh pulak? Oh no! Ini tuduhan dari mereka yang tak celik IT. Layan FB dari phone itu perlukan tenaga yang banyak ke? Atau kau kena sihat walafiat baru boleh menekan keypad hp? Gila!
  6. Kantoi blogging! Kau akan rasa tertekan bila dah update blog, tapi tak boleh nak 'ping' kat Facebook (walau bukan time bekerja). Sebab nanti colleague tu akan masuk tengok, apa kau merapu dalam blog. Maka, idea korang akan terhad di situ. Ada limitasi bila menulis. Tak de lagi sesi luahan makan hati dengan rakan sekerja kau.
  7. Another reason pasal blogging. Bila dia dah tau ko ada blog through FB, nanti mesti rakan sekerja kau yang buta IT tu dok tanya..kau update blog time office hour ke? Kau explain lah macamana pon, mereka yang bangang ni tak kan faham apa itu Auto Post!
  8. Kalau hujung tahun, korang beli MC sebab cuti dah habis. Pastu pada tarikh kau pura-pura sakit tu, kau pergi cuti-cuti Malaysia dan kemudian nak upload gambar tu kat Facebook. Baik punya kantoi kan?
  9. Tak bebas nak update status FB. Nanti esok pagi kau masuk office... ada lah yang tanya kenapa itu dan kenapa ini. Nak-nak lagi kalau kau bengang dengan sapa-sapa kan. Konpem punya sebokk je diorang nak tau!(aku pon sama...haha)
  10. Ok, aku dah kering idea... ada siapa-siapa nak tambah sebab ke-10???
Aku: Ini tak termasuk rakan sekerja korang yang sekepala :)

Friday, January 14, 2011

Lupa jemput sahabat baik masa wedding adalah kesilapan terbesar!

Perkara ni dah lama berlalu, nak masuk tiga tahun pun. Untuk pengetahuan semua, aku insan paling malang bila berkawan! Kerana aku tak pernah ada BFF yang betul-betul setia hingga sekarang. Tak tahulah di mana silapnya.

BF aku yang pertama, masa sekolah rendah. Nur Nadhifah. Atau nama lagi glemer-Azi. Memang kawan baik. Sekelas dari darjah 2 sampai darjah 6. Berkepit sentiasa. Tempat duduk kitorang, jangan lah sapa-sapa pisahkan. Esoknya kau akan tengok kitorang duk sebelah-sebelah jugak. Tapi yang aku perasan, start dari kawan aku ni 'berubah jadi dewasa' sedangkan aku masa tu tak baligh-baligh jugak lagi, kitorang dah mula berenggang. 

Serious! Aku tak tau di mana silapnya. Tiba-tiba aku rasa kekok semacam. Masuk sekolah menengah, kitorang berpisah sebab masuk sekolah lain-lain. Dia pandai. Aku kurang pandai. Tahun pertama dan kedua, kitorang still berjumpa bila dia balik kampung (duduk hostel). Lepas family dia pindah ke Teganu, maka lost contact di situ. Zaman tu, henpon ni untuk golongan kaya raya je. Fesbuk pon xde lagi. YM pun aku baru berjinak-jinak. Tamat.

BF aku yang kedua, bila aku masuk sekolah menengah. Aku pernah tulis dalam entry yang ini. Nur Nadirah. Nama nak dekat-dekat sama dengan BF aku masa sekolah rendah kan. Aku perasan bila aku ada buat 'perubahan besar dalam diri' (tak perlu lah aku describe apa..kang korang terkejut pulak), lepas tu terus BF aku ni menjauh. Katanya segan dengan aku. Huhuuu...aku tak tahu kat mana silapnya :(

Lepas dah tak berapa rapat tu dan sebab aku aktif bersilat sampai ke peringkat kebangsaan. Aku berkawan baik pulak dengan partner beregu aku. Baizura. Kira macam BF aku yang ketiga. Tak banyak sangat nak cerita, sebab berkawan dalam 2 tahun macam tu, pastu masing-masing bawak haluan masing-masing.

BF masa matrix dengan u, next time lah aku cerita kalau aku ingat.

Ok. Ni kesilapan terbesar aku. Bila aku nak kahwin. Aku nikah gantung yang tak berapa nak gantung masa bulan 3. Aku bersanding yang tak berapa nak sanding tu bulan 5. Dalam masa sebulan setengah lepas nikah nak sanding ni lah aku kalut buat macam-macam seorang diri. Kad, hantaran dan lain-lain. Even wedding dress aku pon aku touch up manik SENDIRI.  Semua aku uruskan SENDIRI. Bab pos kad-kad jemputan tu, yang mana terlintas dan ada alamat yang aku rasa masih valid (aku refer majalah sekolah), aku pos. Tapi tak secara teliti. Aku pon dah tak ingat lah kenapa. Aku memang ada masalah mengingat ke? Hurm...Amnesia. Masa tu frenster je laman sosial yang ada. Tapiiii...tak semua ada akaun frenster ni. Masa tu aku rasa orang tak berapa celik IT sangat kan.

BF pertama rasa nya aku x jemput, sebab memang betul-betul lost contact. Baru jumpa balik pun tru fesbuk, last year. BF yg kedua plak, aku jemput sebab rumah kitorang dekat je even bukan taman yg sama, tapi aku memang hafal alamat rumah dia. Hurm...tak amnesia plak aku yep? BF ke tiga plak, mula-mula aku dah ingat nak jemput dia. Pastu umi aku cakap, dia da kerja kat kedai gambar masa tuh. Ada la umi aku terserempak, tapi katanya nak aku yang jemput sendiri. Okay. Nombor fon pun aku tak sure lah ada ke tak. Banyaknyaa yang aku tak ingat :(

Aku pun konon-kononnya nak jemput sebelum kenduri tu. Aku balik 3 hari lebih awal. 3 hari je ok! Baru kerja, mana boleh nak cuti lama-lama kan. Dalam 3 hari tu pulak aku macam lipas kudung! Banyak rupanya nak kena settle. Huhu...dan dalam masa 3 hari tu jugak lah aku terlupa!

Kan best kalau masa tu dah ada fesbuk, aku buat jemputan terbuka. Konpem tak de yang terlepas.

Ye, aku silap! Eh eh..kenapa sekarang baru kau nak bangkit citer nih? Sebabnya...BF aku yang ke 3 ni dah nak kawen! Huhuuuu...dengan adik penyanyi no.1 kat Malaysia pulak tu...

Bila aku tanya bila nak buat majlisnya, aku kena 'pulangkan paku buah keras' (betul kan peribahasa ni). jawab kawan aku ni, 'bukan ke dulu kau lupa jemput aku?'

Wahhh..sentap! Tak kira lah sapa yang patut sentap. Tapi aku pon tersentap sama. Adakah soalan itu menandakan aku tak payah attend? atau sebab dia bakal bergelar adik ipar penyanyi no. 1 negara, maka aku tak perlu sibuk-sibuk gi wedding dia? (Macam berbelit je statement aku)

Untuk Baied, 

Andai kata ko terbaca blog aku ni, aku susun 10 jari, memohon maaf buat sekian kalinya, aku memang silap besar kerana tak jemput kau.

Kalau kau x mo jemput aku pon tak pe, aku sedar sebab aku yang silap. Tapi kalau ko dah bersalin anak sulung nanti, aku pastikan aku akan jenguk baby sebagaimana ko yang jadi antara orang pertama menjenguk aku & Auni kat sepital. 

Aku: Tetiba musykil, cemana plak aku leh contact kau, bagitahu aku bersalin?Ohhh..aku tak hingat :(  



Cabutan bertuah sempena CNY...ada aku kesah???

Hurm...tengah hangat diperdebatkan ni. As per u ols tau...aku kan keje kat kampeni yang majoriti nya ada lah kaum ca ya nun alip ni kan...

Nak dijadikan cerita...CNY kan dah tak lama lagi. Pastu, biasanya tiap-tiap tahun kampeni aku memang ada buat dinner a.k.a makan besar la sempena CNY. Untuk Raya? Nan hadoo....cuma tahun lepas baru pes taim kitorang wat jamuan raya sendiri-sendiri. Tu pon pakat-pakat kutip duit, then bos sumbang lah seratus dua. Acaranya makan-makan je.

Tapi bila CNY, yg menjadi kejelesan kami orang melayu adalah - lucky draw! Giler mewah la tiap-tiap cabutan tu. Sapa tak pergi, tak de lah cabutan. So, tak de lah aku kesahh kan. Aku pon tak hadapp la nak makan babi tu..dah terang lagi bersuluh haram nya weyyy...Jemput pon memang aku tak pegi lah kan. Tapiiiiiiiiiiii....yang peliknya, budak melayu department lain yang tak pegi tu dapat la pulakkkkkkkkkkk join lucky draw! Eh eh...korang kira cemana ni...bengong kan! Ok, tu citer dinner taun lepas.

Untuk taun ni, aku dengar diorang dah kepoh-kepohkan, nak bagi gak kat org melayu, tapi ada yang protes department R&D which is majoriti orang melayu- tak payah! Watdefak la weyyy.. Pehal ar lu orang main pilih kasih macam ni?

Aku tak hadap pon cabutan bertuah tu. Tak kira la ko nak bagi ke tak. Tapi bila perbincangan lu orang tu seolah-olah membezakan melayu yang ni boleh, melayu yang ini tak boleh...eh..eh...suka-suka hati kau je yek?

Thursday, January 13, 2011

Aku giler grosgrain reben@ribbon!

Ye..tau..aku cakap aku bizi buat buku kan. Tapi tengah duk google gambar-gambar dan idea untuk kerja tu, aku tersangkut plak dok usha reben ni. Giler cantik kau...aku rasa nak beli je semua-semua. Tapi nak buat apa kan? Gulai Reben? Sup Reben? haha...mau laki aku jeling je. Yang dah ada kat rumah tu pon banyak lagi lum menjadi  barang. Neway, yang ni aku dah rembat awal bulan hari tu...hihi...

Yang kaler pink printed LV ni je aku dah guna jahit ini.
 Yang love ni pon dah ada...nak buat apa ek?

Semua lawa-lawa... yang cup cake tu rasa macam nak makan je...hihii..


Rambang mata wehhh! Aku beli kat sini. Tamu Jaja Kraf.

1st misz-ella.blogspot Contest


Yuhuuuu...aku nak join nih! Tapi tak tau la layak ke tak?

"Kak chik, AIM layak tak? Adakan saya tergolong dalam follower baru atau lama?"

Hehe...serah pada kak chik la nak buat keputusan. Tapi aku memang dah follow blog kak chik ni, cuma tak guna ID AIM. Guna ID Mama Zara. Tak pe kan kak chik? Hihi..btw, dah follow gak guna ID AIM ni :)

So, here we goes!

Saya suka membaca 'entry-entry' di misz-ella.blogspot kerana...

" Kak chik pencetus semangat saya untuk workout menjaga body! First time baca entry pasal kak chik join kelas aerobik tu... hati saya terus terpaut. Kenapalah saya tak terfikir pasal tu untuk keep my body fit? Selalu dok pikir nak makan ubat kurus apa, nak sapu krim apa... Anyway, thanks to kak chik. Sekarang ni tunggu masa yang sesuai je nak join aerobik. Tempat dah dapat. Harap-harap masih ada kosong. 

Lagi satu perkara yang membuatkan saya suka lepak sini...food! Yeahh..sapa tak suka makanan kan. Tapi saya memang inspire habis lah dengan cara kak chik yang suka hias-hias makanan ni. Walaupun sekadar makan hari-hari, means, bukan ada apa-apa occassion pun, tapi kak chik gigih menghias. Bila lah saya nak jadi macam tu...seriously, bila tengok kak chik hias makanan- saya dapat idea untuk perform better kat dapur khas buat cik abang...hehe... Orang lelaki ni kan kita kena ikat perut dia. Masak sedap pun tapi kalau sememeh je pun tak syok jugak kan. Lama-lama dia boring, kita pun boring gak nengok.

FYI juga, saya dah lama letakkan link kak chik kat bahagian "Aku Suka Tulisan Mereka" tu...hihii...lama tak lama, sama usia dengan blog ni la..baru setahun jagung (read: dua bulan jagung..haha)"

Ok done... jom tengok hadiah plak!


Wallaweyyyy... Giorgio Amani tuu....sapa tak nak kan..hehe...btw, tak kesah la menang ke tak, tapi secara jujurnya memang saya suka blog kak chik! Antara yang wajib dibuka bila nampak kat list tu ada entry baru...heheee

Sapa-sapa nak join, sila lah klik banner di atas tu ye :) Good Luck!

Projek tengah malam. Awas. 18 SX.

Ok. aku mengaku. saja letak title gempak macam tu. Pada hal tak de apa pun yang 18 SX nya…haha…ala, saja buat lawak tengah malam ni. Nak-nak lagi aku baru pas mandi, rasa fresh sangat dah ni. Mula la pikir nak buat projek seterusnya.
Opss…jangan salah sangka! Projek yang aku maksudkan tu adalah ini:
100_2894
Akhirnya aku berjaya jugak jahit pensel box yang macam box ni..hihii…bangga! Walaupun nampak senang, jenuh aku ejas nak ukur kain untuk dapatkan hasil akhir yang aku nak ni. Siap letak printed gross grain ribbon cap LV lagi tu! Jangan main-main, mahal tuh jadinya nanti…Smile
Aku: Err…tapi kan….projek mandi bersama di tengah malam tu best kan? Hahahaaa….

Monday, January 10, 2011

Terpaksa. Aku terpaksa puaskan hati orang.

Korang penah alami tak? Bila berada dalam situasi terdesak. Maka terpaksa jugak buat benda yang korang tak rancang. Semata-mata nak puaskan hati orang lain. Tapi hati sendiri bagai disiat-siat.

Aku kena mengalah akhirnya. Setelah macam-macam terjadi yang membuatkan aku tak sampai hati. Tapi hati dan perasaan aku sendiri ada ke yang peduli? 

Friday, January 7, 2011

Beli Rumah, Projek Buku dan Naik Gaji?

Kerja- kerja seorang penulis dah bermula...yeszaa! Aku enjoy walaupun kesibukan melanda macam tsunami. Sebut tsunami, aku teringat tiramisu! (Apa tah kaitan dua-dua nih...sebab huruf T kot?) Punya la kuat pengaruh citer tu, lunch tadi aku gi bakery dekat opis ni-beli kek tiramisu sepotong. Rasa - not bad! Bakery baru bukak, ada 20% diskaun.

Ok, sambung lagi.(Selepas sejam aku tinggalkan meja kerja ni). Tadi aku gi masuk R&D. Saja turun padang tengok the making of. Bila kita turut sama tolong buat sample ni, baru boleh menulis dengan baik. Bak kata bos aku, buat dengan perasaan. Bukan semata-mata sebab nak dapat gaji.Ye betul. Aku setuju. Bila aku enjoy buat mende ni, memang seronok lah. Maka terjadi lah buat dengan perasaan. Bukan sebab RM..hihi

Oh ye, citer pasal gaji ni kan. Aku dah dipanggil masuk semalam. Untuk penilaian tahunan..macam biasa. Sedar tak sedar, dah 3 tahun aku keje. Dalam pada hari-hari nak resign tu, lama jugak rupanya aku bertahan. Appraisal aku tahun ni? Hurm..mula tu sedih bila bos aku kata:

"Saya tak tau nak nilai apa pada kau"
"Tapi saya tak adil pada diri sendiri kalau tak bagi kau naik gaji"
"Jadi, untuk adil pada diri sendiri dan juga kau, saya bagi satu cabaran!"


Cantik berbunga-bunga kan bahasa bos aku? Haha..aku nak gelak jugak. Tapi dalam hati je lah. So, jadinya aku akan dinilai berdasarkan projek buku ni. Dalam masa 3 bulan ni aku kena all out. Kalau berjaya, kenaikannya memang sangat-sangat memuaskan hati aku! Lepas lah nak bayar rumah bulan-bulan.

Aku: Suka lah laki aku nanti bila aku balik rumah ngadap buku, tak payah la dia berebut-rebut nak online Pesbuk ngan aku.

Citer pasal rumah ni pulak, aku dah niat kalau dapat bonus bulan ni, aku nak buat booking rumah (rumah nya lum cari lagi!) Tapi macam yang aku cerita kat sini, terus buatkan aku rasa serba salah :( Gara-gara orang lain yang planning kan duit aku, adakah patut aku korbankan hasrat aku untuk miliki rumah sendiri? Mana yang lagi penting? Berkenduri kendara dulu atau mencari tempat berteduh yang lagi selesa? (Sekarang aku duk setinggan ok)


Aku: Bonus nya tak nampak rupa lagi, duit nya dah licin planning dalam otak!


Thursday, January 6, 2011

Aku bizi tahap editor kejar date line! Tapi nak jugak update entry.

Sebelum tu aku nak promote sket. Sesapa yang nak parking url kat blog ni, sila lah ke sana ye. Klik je gambar budak yang berambut bukan rambut abu bakar elah tu k. (Hurm...sakit ati aku tengok rambut anak aku diperlakukan sedemikian rupa..huhu..sebbaik la kerja bapak dia. Tak leh marah lebih-lebih. Kang laki aku merajuk!)

Yang ni plak saja nak tunjuk...kalendar meja yang opismate aku design masa kat tempat kerja lama dia...unik kan!


Last sekali, nak jugak update muka aku-baru lepas mengepam. Hurm..awal2 tahun lagi aku dah ingkar dengan azam aku yang ini. Sapa tau tu tengok je lah ye. Pagi tadi ujan, kelam kabut nak cari tudung..hihi..aku pon main sarung je lah. Ingkar di situ!

Gambar aku edit...haha..biar nampak cerah sket walaupun memang malap sejak azali...!

Eh..lupa plak...pengisian tajuk tak masuk lagi nih..hihi...ni lah dia kalau buat entry, pastu pause kejap sambung keja lain. Pastu sambung taip balik...hurm...oleh kerana masa honeymoon aku di opis dah tamat dengan masuknya ke tahun baru (bos aku dah balik la weiii)...maka bermulalah episod menyibukkan badan. Eh tapi memang betul2 bizi tau. Aku ada 3 buku ni nak kena keluarkan dalam masa sebulan dua ni hah. Gila kan. Apa kes IT student tulis buku ni weyyy! Buku jahitan plak tu...haha...Redhoo je lah. Dah tu rezeki aku kan.

Btw, aku enjoy tulis buku jahitan ni even aku bukan pandai jahit pun..hihi...kitorang ada team lah. Kepakaran aku cuma diperlukan untuk menulis dan editing. Bahagian jahit-jahit sample tu ada R&D kan...

Tuesday, January 4, 2011

One Step Closer to The Maxis Om Nom Nom Race

Why I loved to be a part of this Maxis Om Nom Nom Race? Oh yeaahhh.. my first contest entry for Nuffnang... Suddenly feels like wanna join this kind of Race..wallaweyy.. really interesting you know! Just imagine your day full with food and eating! Forget your diet for a while (but make sure after that you should puasa maybe for a week...)ahaha...joke only hokay!


Beside eating and eating for all over the day, you also will get "The Maxis Om Nom Nom Race" t-shirt (take note that I am wearing size M). The starting point is at Modesto's Capsquare on 15th January 2011 from 8am till 7pm. My advise, if you are selected, please empty your tank a day before the event! Cause you will fill it with tons of food! OMG cannot imagine myself turns to balloon... A cute balloon maybe after the event are finish...hihii...Wonder how am I going to look like huh? So, Nuffnang...I beg you to select me...ahaha...

Whooppss... still not go through the main point for this challenge. You will get iPhone 4 (Wahh..for sure I became the 'slow' person to explore on how to use it...Nvm, should google for the phone first), installed with the Finder301 Application and Laptop with Wireless Broadband

Oh...before I forgot, Nuffnang will select 60 bloggers to perform 15 teams which consists of 4 person per team. For this case, I would like to apply for individual cause I enjoy to make new friends of bloggers (padahal baru bergelar blogger...memang tak kenal sangat dengan sapa-sapa pun...hihiii)

Here is how does the application looks like in iPhone 4...


You can click here for more looks on Finder301.Easy right to find all those restaurants and other accomodation? Will make the challenge getting more easier. I like! Pray to get chance to involve in this challenge, so that at least I can merasa lah guna application ni dengan  iPhone4!

While compeleting the task to eat in check point given, we also have to write an entry in blog to review the food. Will be more easy to do so with laptop given and this best assistance- Wireless Broadband from Maxis!


What an easy job right? Using this broadband, you are connected to everywhere in the range and coverage. Easy to stay connected with your friends and also to always update your blog! Better Speed with the Better Value from as low as RM 48 with a free modem you... So, really rugi if you did not sign up! (I have to sign up too soon...cause now I am using the slowest broadband speed in town, huhuuu)

So guys, let's click here if you want to join me in this challenge!


*Latest update on 10.45 AM of 5th January*

So excited writing for this entry till I forgot to tell you the prizes that you stand to win:


There are 2 main prizes to be won. The 2 teams who earn the most points will win the following:

1st Prize: A trip to Hong Kong 3 days 2 nights with 5-star accommodation (for the winning team members of 4 pax) worth RM10,000- (And also 1 free smartphone each)
2nd Prize: 4 x free smartphone – 1 per winning member.
All 60 participants will be rewarded with Maxis goodie bags.

Really interesting right..Oh yeahhh..continue writing this entry since I am really excited to join! Guess what heppen to me last night???

I got dreaming you know..woaahhh....really interesting game till came inside my dream! In my dream, my team has completed all the task given. Since many teams completing at the same time with the same points, we are given the last challenging task-has to find a person named Encik Zainal in the large hall-where it is located-I dun have any idea! Ahaha... okeh..forget it! Just my dream...hihii

Saatku Milikmu Contest


Hurm..buang tebiat kejap aku hari ni. Walaupun aku suka anjur contest, tapi aku sebenarnya orang yang paling tak suka join contest. Tak caya? Try la belek blog aku samada yang ini atau yang ini. Buleh kira dengan jari kan berapa kerat je contest aku join. Ok, done membebel.

Tapi kali ni aku minat nak join bukan sebab hadiah (walaupun wang tunai yang tak dijelaskan berapa nilainya), tapi sebab memerlukan aku bercerita. Yang tu aku suka. Lagipun rasanya aku tak pernah share lagi kat sini. Macamana aku jumpa dengan laki aku kan.

Ruang udara yang menemukan kami. Opss...aku bukan stewardess, laki aku bukan pilot. Tapi aku merupakan seorang juruhebah. Dan laki aku pulak pendengar setia. Unik kan pertemuan kami? Hihi...bajet syok sendiri hokeh. Di situ kami mula berkenalan. Tabik spring dengan laki aku. Susah payah nak dapatkan no.fon aku tau. Sebab etika kerja kami, bukan sewenang-wenangnya boleh bagi no.fon personal pada pendengar. Tapi laki aku gigih mencari. 

Pertemuan kami yang pertama, masa tu aku bertugas sebagai juru acara kat Wet World Shah Alam. Kebetulan masa tu dia menyewa di rumah banglo berdekatan. Pagi tu plak dia jogging kawasan tasik tu dan terdengar suara aku! Hebat kan? Dengar suara je dah tau aku ada kat sana. Dan bermula lah sesi intipan dia.

Tapi masa tu dia kat luar pagar, dan aku pon tak tahu diintip. Selepas pada tu, barulah kami berjumpa bertentang mata. Lama jugak sela masanya...adalah 2-3 bulan kot. Sebab? Aku malas nak layan. Tapi dah jodoh kan. Tersangkut jugak akhirnya. Ok. Cukup dah tu rasanya. 

Setelah digodek-godek, ni je gambar yang aku ada. Yang lain-lain lesap ntah ke mana. Teruk kan aku? Sayangnya kan...gambar-gambar kat masjid sume tak dapat dikesan. Masa tu photoG pon tak de. So, pakat-pakat snap guna kamera cikai je lah. Masa ni dah balik rumah, buat acara batal air semayang dan bergambar kat rumah. 


Aku jarang publish gambar ni sebab menyampah tengok muka aku yang macam tepung gomak. Mungkin sebab ni jugak aku tak kesah sangat gambar-gambar aku ntah ke mana...Ahaha....Nak jimat punya pasal, amik jurumekap mengikut bajet. Last-last ni lah kesannya. Untuk pengetahuan semua, kami nikah gantung. Tapi tak gantung apa-apa pun. Lepas nikah terus laki aku ikut aku balik umah sewa. Gatal eh. Tak nyempat-nyempat (Masa tu aku memang menyewa sorang-sorang).

Ok, ni citer masa akad nikah. Sebelum tu, aku drive sendiri dari rumah sewa aku gi rumah pakcik aku kat Shah Alam (kitorang nikah kat masjid sek.16). Sebab pagi tu aku gi tadah muka kat butik pengantin depan umah sewa aku ni. Ikutkan ati, aku jugak nak drive masa gi masjid. Tapi semua orang tak bagi...hihii...aku sebenarnya tak caya orang lain drive keta aku tuh (opss..keta laki aku). Tu pasal aku degil nak drive sendiri. Tapi akhirnya tak dibenarkan. Done.

Citer masa kat masjid, orang lain sumer debar-debar. Mak aku sampai gigil-gigil je aku tengok (Ok, tipu je). Tapi semua orang memang muka serius je..aku je yang sengih-sengih..gelak-gelak...haha..siap gelakkan laki aku kena akad sampai 2 kali..hihi... Hasilnya, memang sampai dah selamat ijab qabul tu pon aku menten tak nangis pon. Selamat mekap murahan itu. Taktau lah aku kenapa perlu nangis. Yang pasti aku dah cuba untuk sayu-sayu mengeluarkan air mata. Tapi tetap tak berjaya...Gatal nak kawen eh? Agaknya laaaaaa...

Tu jelah citer aku. Simple je majlis pernikahan kami. Masa tu aku nikah kat sini, bukan kat kampung sebab aku baru start keje, tak de cuti-cuti nak balik uruskan tok kadi bagai. End up buat sini je, lagipun masing-masing bermastautin kat sini kan. 

Tarikh nikah: 15 Mac 2008
Tarikh sanding: 3 Mei 2008 (dah bunting pon masa ni....express kan!)
Tarikh meletup anak sulung: 10 Januari 2009
Tarikh meletup anak kedua: 30 Julai 2010

Ok cukup lah kilang aku setakat ni. Dah dapat sepasang. Semoga kebahagiaan kami berkekalan...amin :)

Eh..eh..aku lupa plak, aku ni buat entry untuk contest la wehh...Punya la panjang aku melalut kan. Ok, sapa nak join check syarat-syarat di sini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...