Saturday, April 30, 2011

Siapa kerja hari ni? Angkat keyboard!

Whattt??? Tak de yg angkat keyboard? Bermakna aku sorang kah yang bekerja hari Sabtu? Huhuuuu... Dah naseb aku kan.. Dah 3 tahun aku macam ni, tiap2 hari Sabtu mesti kerja. Tak best kan :( Orang lain boleh duk rumah belek anak..belek laki.... aku belek bos kerja... Dah nama pon makan gaji. 

Petang ni aku plan nak berjalan2 sampai pengsan.. haha... Hari ni ngan esok, Isnin duk rumah diam2.. kalau rajin tak malu, gi kenduri si Ujang tu. Ada sapa2 nak gi? Roger2 la aku yep...segan tak de geng... Kak Liza, kalau tak jadi balik kampung..jom kita together2 ke sana :) Kak Chik pun, nak gi kan?

Maka, ini lah list aktiviti weekend yang aku rancang:

Sabtu:

Petang - Gi craft bazaar di Jaya One, PJ (planning asal nak ke spa..tapi Kak Chik call x dapat2 nak book..huhu... gamaknya full house kot Kak Chik kan? Tu pasal depa tak mo angkat fon.

Malam- Ronda2 pasar malam jalan TAR atau mana2 bazar larut malam...(hehe....aku rasa angan2 je ni, kang ada yang pengsan awalll)

Ahad:

Pagi - Habiskan masa di PBAKL. Nak gi awal2 pagi, tunggu pak Guard bukak pintu PWTC :) Excited lah katakan. Ulat buku memang camnih.

Tengahari - Kalau sempat, rush kenduri Farah kat Kuang

Petang - Konon2 nak ke Sepang GoldCoast, kalau ada tempat stay, maka kami akan overnight. Kalau tak, balik je lah....Eh..maknanya aku kena standby baju siap2 lah malam ni..adoiiii...jenuh la nak packing utk 4 orang nehh :((

Isnin: 

Lepak2 kat rumah sambil mengemasss. Konon nak duk rumah kan....

Eh...eh..baru aku tingat nak gi IKEA, cuci mata tengok deco tuk rumah..hehe (berangannn... S&P pun x sign lagi....hahaha)

*Dah tu, bila masa nak rehat nih???*

Friday, April 29, 2011

Rindu Budak Ini :(

Budak yang sebaik lahir je terus celik mata yang sebesar guli. 
Pastu kerut kening, mikir masalah negara. 
Budak ini sekarang dah besar, suka ikut mama, suka makan, tak suka mandi. 
Takut lizard, takut belon yang dilukis dengan marker pen menjadi muka hantu oleh papa dia. 
Suka baca buku. Suka nak solat. 
Suka baca doa makan sebelum minum susu " Awoh huma ayik lana...jak tana...kina..ana...aminnn"
Pantang nampak mama pakai tudung...dia pon nak jugakk...."Maaa...atu (tudung) kakak ana?"

Mudah-mudahan kekal la tudung tu kat atas kepala bila dah baligh nanti nak...aminnnnnnnn

Thursday, April 28, 2011

Hasil Tangkapan di PBAKL Round 1

Sikit je kali ni, memandangkan round 1 ni time belum gaji lagi kan, maka hanya 3 ni je aku rembat tuk diri sendiri. Tu pon sebab aku tak tahan tengok penulis2 peberet aku keluar buku baru..haha



Mula2 aku rembat Habiburrahman punya karya. 1 je dulu. Lusa aku nak borong kesemua yang aku belum ada lagi. Tamak.

Pastu, cakap ngan laki aku...dah cukup. Tamo dah. Dah kering ni. Sekali tengok Fauziah Ashaari keluar buku baru. Gulp! Pejam mata lagi... bukan pejam mata terus jalan. Tapi pejam mata keluar duit...rembat jugakkkkkk

Dah..dah....kata laki aku. Minggu depan kita datang lagi. Sekali mana tau tiba2 aku nampak Aina Emir....singgahhhhh....rembat la jugak 1. Alang2 penulisnya ada depan mata kan, pe lagi.. beramah mesra la untuk kesekian kalinya. Dah 3 tahun kot, asal aku gi PBAKL je mesti jumpa dengan dia :)


Last but not least, motif utama aku ke sana - tradisi aku. Tak sah kalau tak buat photo shoot cover majalah ni kat Karangkraf. Sila jangan tertipu ye. Ni gambar ke 4 dalam koleksi aku. Dari bertunang (Remaja), kahwin (Harmoni), anak 1(PA & Ma) dan anak 2 (SD Keluarga). Yang aku tengok, kualiti kertas makin menurun. Mekap pon makin tak cantik (ke aku yang memang tak cantik??? hahaha....abaikan!). Tapi harga makin naik.... Adat la tu kan :(


Tahun depan laki aku kata nak buat mag MIDI pulak........motifffffff???????? Hellooooo bang, kau tau tak MIDI tu untuk wanita berusia 40 tahun ke atas???

Apa maksud ketawa di hujung jari anda?

Err....aku tatau nak letak tajuk apa sebenarnya, tapi aku saja nak share ngan korang...cemana cara aku ketawa/senyum di hujung jari :)

Ok, kalau lepas ayat aku letak simbol :) maknanya aku senyum je..tanpa nampak gigi....

Haha - Gelak-gelak nampak gigi
Hihi - Gelak-gelak sopan (sambil tutup mulut)
Hehe- Gelak-gelak kambing.... Eh silap! senyum kambing....hehe
Huhuuuu - Nih bukan gelak, tapi menunjukkan macam ala-ala sedih la...
Hohooo - Gelak menyetan... Kalau korang ada YM, tengok icon Setan kaler Purple tu :)
Wakaka - Gelak sampai pecah perut








Waka Waka Eh Eh - Gelak sambil gelek pinggang! (oke...yang ni aku tipu!)


Wehhh....pe kejadah aku menaip sambil praktik ni???


Aku: Entry ni bersifat  'Hihihihiiiiiiiiiiii' kerana elaun aku masuk esokkkk! Yehaaaaaaaaa....nak berjimba2 di PBAKL untuk 2nd round!








Ops....ala......... elaun tu bajet untuk Insurans Rumah! Damnnn <-- bak kata Ujang

Kali ni betul-betul tsunami

Memang tak menang tangan aku semalam (selama ni tangan aku kalah ke? abaikan!). Lepas dari blogger terkenal dengan gelaran selebriti blogger, Kak Di, tolong iklankan jualan yang aku buat untuk kosongkan tong stok... bertalu2 call aku dapat, sampai terpaksa silent fon... SMS bertubi2 sampai habis kredit aku. Tu belum masuk e-mail lagi. Aku jadi serba salah nak bagi sapa...terpaksa la tengok timing 1-1, sapa dulu yang order.

Thanks a lot Kak D kerana sudi membantu tanpa minta bayaran :) Bukan senang nak dapat peluang macam ni, biasanya mesti orang mintak upah iklan kan....

Hari ni membizi lagi dengan projek buku, maka.....Update aktiviti last weekend aku masih hutang la jawabnya...hehe

Wednesday, April 27, 2011

Ohhhh...ada stalker rupanya :)

Cepat angkat tangan! Sapa yang mengintai2 blog aku ni? Hohohooo...siap kata kawan opis? Errkkk! Kantoiiii.....haha

Adeh.....ilang la privacy aku weiiii....jangan la ngintai2 gini..... Sila tampil pakai name tag pleaseeeeee... Tak bes arr main pakai anon2 ni kan :(

Tuesday, April 26, 2011

Banyak nak update nih.

Semalam aku cuti...a.k.a EL..tapi nanti lah aku citer.

So...nak minta maaf eh untuk mereka yang masih tercicir tak masuk blog list tu... Aku limit 20 jek per column ek... Means ada 60 blog list yang akan masuk... Takut gak masuk byk2 nanti berat loading...hihii

But, aku appreciate sangat2 kerana sudi singgah ke sini. Tak sangka lak fenomena -open blog list- dengan hanya tinggal komen ni cukup membuatkan belog dilanda garuda...hihiii

Dari 200++ dah nak cecah 300...tenqsss u ols... Sayang korang ketat2! *macam ayat Kak Chik je ni...hihii*

Sunday, April 24, 2011

Nak tempek wajah jelitaaa

Kalau tengok through dashboard, maknanya tak seprais lah kan..lagi pon kalau ada yang dah tengok kat sini pon tak seprais lah jugak...hihii



Saja suka2 tak de kerja, so entry ni telah disetkan untuk keluar di hari minggu..kot2 korang boring tak leh keluar  ke..so, hadap je lah muka aku ni ek... Aku kat breastgeeding gathering hari ni :)

P/s: Suka preggy boboy...muka nampak berseri...hihii...*perasan* whoappsssssss..gambar taun lepas tu taw!

Saturday, April 23, 2011

Sajak dari bos aku, motif?

Seperti yang aku janjikan semalam, ni dia 'petikan' sajak yang aku cakap tu:
Ingat, setiap situasi adalah peluang
Terlalu ramai mengharapkan persekitaran berubah
Masa terus berlalu, keajaiban tidak timbul
Mengkhayal jauh ke dunia masa depan yang belum terpijak
Lalai komitmen kini dengan citarasa berseronok
Yang khayal akan tetap sebagai khayalan
Lepaskan diri dari keadaan sekarang
Dengan melakukan sebaik apa yang sedang dipertanggungjawabkan
Asas masa depan bergantung kepada tindakan saat ini
Yang lalu telah berlalu
Mulakanlah sekarang
Bangunan 30 tingkat tanpa asas akan runtuh
Mustahil anda membina tingkat kedua tanpa tingkat pertama
Bayi yang berlari perlu belajar merangkak dahulu
Setahap mana kedudukan kini dan pencapaian kini tidaklah penting, lakukannya juga
Kerana yang lebih penting ialah di mana anda hendak pergi?

Aku: Ke mana aku nak pergi wehhh??? Korang rasa apa maksud tersirat sajak karya bos aku ni?

Friday, April 22, 2011

TQ sudi bertenggek kat sini

Jutaan tenkiu aku ucapkan kepada yg tinggal komen nak join blog list.. Untuk mereka yang dah tinggalkan url link, aku dah hapdet kat sebelah. Yang tinggal komen tapi takdak url..later aku add ek..hehe..take time sikit nk bukak 1-1 kan

Neway, aku appreciate sangat mereka yang sudi spread the news... :) Salam perkenalan semua.

Mode: Baru lepas nangis, kena ceramah motivasi dengan bos..siap dia bagi aku sajak lagi.... motif??? Sebab dia kata aku 'cerdik'...wakakaka...tak tau la ikhlas ke perli...hehe

Nak baca tak sajak dia bagi???

Sapa nak masuk senarai bloglist? Tinggal komen cepat!

Tetiba aku rasa cam kosong je blog list kat side bar ni... Intai2 kat dashboard pon tak berapa laju updates nya... Itu maknanya aku kurang lagi bab follow memollow ni (abaikan grammar)

So, maka dengan ini sesiapa yg tak de lam bloglist kat side bar aku tu dialu2kan lah tinggal komen kat entry ni ek... Nanti ada la tempat aku nak menyinggah hari-hari...hehe

*Tak perlu buat entry bagai, tapi aku appreciate sangat kalau korang 'spread the news'. Nak letak header comel aku kat atas tu pon bolehhh...hihiiiiii*

p/s: header je yg comel...aku tak... :p

Telan je 'seketul' garam...ada berani?

Alkisah kunjungan aku ke rumah seorang sahabat untuk berubat...tak leh details sangat...hihi...takut tuan rumah terasa... Internet di hujung jari, dunia tanpa sempadan ni tak mustahil kalau empunya badan dapat membaca coretan aku ni kan..wakakaka....giler skema ayat! Ok stop.

Kebetulan waktu tengahari, maka kami pon dihidangkan dengan makan tengahari... Aku biasa la, makan tak tenteram sambil memegang si kecik tu...so, kelihatan tak berapa sopan kot aku rasa...sebab main sumbat je masuk mulut sambil tangan 1 lg melayan si kecik.

Tengah2 nak menyuap tu, aku perasan ketulan putih sebesar syiling sepuluh sen dalam sayur goreng. Aku mosykil apakah itu...pastu aku letak jari atas ketulan tu, dan masuk lam mulut...ohhh...garam tak hancur rupanya...tapi...erk! giler banyak garam kan. Aku pon tolak la ketulan garam tu ke tepi pinggan dekat timbunan sayur2an yang aku belum jamah...tolak ngan jari je, takut tuan rumah perasan...kecik ati plak kan...

Then, aku terus menyuap...dan menyuap...sekali si kecik meronta, aku nak cepat-cepat abeskan nasi dalam pinggan...aku pon kaut semua sekali masuk mulut!











Gulp! mak aiiiiiiiiihhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.....giler masin!!! Akhirnyaa...aku tertelan jugak seketul garam itu! Muka ku control ayu sambil menelan air manis yang dihidangkan.... Maka bercampurlah 

manis + masin= kelat. 

Aku cuba sedaya upaya untuk tidak mengelatkan muka aku... Kalau korang kat situasi aku, gamaknya cemana lah raut wajah yg korang tonjolkan? Hehe....

Thursday, April 21, 2011

Rindu zaman mIRC.. Korang ada tak masa tu?


Lepak2 tengok belog si Ujang tadi... suddenly recall memory zaman MIRC melanda Malaysia...hihi.. Masa tu aku baru umo patbelas tahun. Tak tahu lah tahun bila start revolusi MIRC chat ni...eh...sekarang ada lagi ke???

Part best, masuk makmal komputer...student lain belajar Microsoft Office... aku ngan beberapa 'geng' aku belajar chatting...siap cikgu yang ajarkan...haha. Pastu ayah aku plak belikan PC siap pasang line tenet lagi..kalau tak silap aku masa tu pakai Jaring kot... yang masa nak connect siap bunyi modem kuat giler.. kalau kau nak curi2 online tengah malam pon buleh kantoi dengan bapak kau..haha <-- aku la tu!

Part lagi best bila ada call nak masuk, pastu line engage...nanti caller tu biasanya kawan mak aku, mengadu la cakap line asek engage je...memang 'mendapat' lah aku lepas tu. Ohh...kenangan dulu2...

Chat room famous yg aku ingat masa tu #kampung. Lain-lain aku tak dapat nak recall. Pastu main chatting2 ngan kengkawan dalam lab comp tu. Nickname yang aku paling tak leh lupa - gkc . Nak tau apa maksud dia? Hari ni aku akan mendedahkan rahsia yang telah tersimpan sekian lama.

Asalnya kawan baik aku (lelaki) guna nickname bkc. Aku plak masa tu blur2 lagi dengan IRC ni, aku pon konon2 tiru dia je lah b tu aku ganti ngan g. Sbb aku assume b-boy, maka aku g-girl lah. Tapi aku bermati2an tak mengaku kat bkc ni yang aku meletak nick tu dengan mengambil sumber inspirasi dari nick dia...haha...

Hurm.. bkc pon dah kawen skang ni :) 

Melalui MIRC ni jugak aku penah gi blind date....ahaks! Tapi yang best nya kan, boleh pulak terkena blind date dengan anak kawan ayah aku...grr....pe lagi, larikkkkk la beb! Kang tak pasal2 kena perhambat ngan ayah aku plak kalau kantoi....haha

Korang pernah lepak MIRC???

Hari yang mengghairahkan!

Aku dah tanya bekas chekgu BM tadi. Ghairah = Teruja = Excited. So, yang sebenarnya aku nak cakap hari yang mengujakan...hihi...apa2 je lah. Orang kalau dah excited sangat memang merapu meraban je bercakap, macam ujang lah, excited nak kahwin dengan yana....ahaha.... Makin hari makin tak keruan aku tengok entry budak tu :))

Okey, tutup citer pasal tu. Entry aku ni tak de kena mengena dengan hari ni khamis malam jumaat okeh! Sebab bagi aku, hari2 pon macam malam jumaat....wakaka... Tak payah tunggu malam jumaat je...hihi.. Cuma pahala malam2 lain tu je la tak sama kan :) Eh....stoppppp merapu dah ni.

Yang mengghairahkan aku:

Loan Bank Sudah Approve!

Lewat petang semalam aku dah sign accept offer dari Bank. Better than 1st offer hari tu. Dan yang lagi mengujakan aku, bank melantik panel nya sendiri untuk bagi valuation report tu. So, no extra cost lah yang akan dikenakan, tak macam 1st offer tu, aku kena standby around 1 K untuk dapatkan valuation report.

Makanya sekarang, aku hanya perlu bekerja keras menyediakan ongkos untuk insurans (MLTA) yang akan dibayar secara lump sum pada tahun pertama sebanyak RM 1385. Tahun berikutnya, RM 121 per month. Aku dikira beruntung jugak la beli rumah pada usia 25 ni (belum cecah 26 lagi), insurans pon tak mahal lagi.

Next, aku kena standby duit lawyer utk S & P..hurm...tapi ada yg kata, boleh kautim ngan lawyer tu untuk tunggu duit EPF keluar.... Korang penah buat tak? 

Wednesday, April 20, 2011

Nak kurus ingat joegrimjow



Harap2, aku masih belum terlewat nak join Contest " Nak kurus ingat joegrimjow " ni. Untung-untung dapat hadiah cash, boleh la aku shopping kat Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) di PWTC yang akan bermula Jumaat ni sampai la 1 Mei nanti...yuhuuuu....kurus la aku tawaf dalam setiap ruang pameran kat PWTC tu nanti. Memang besar2an kau... Aku tau la, sebab ni aktiviti wajib aku tiap-tiap tahun :) 

Masa tahun pertama aku kenal PBAKL ni, misi aku adalah mengkuruskan poket pakwe aku (dah jadi suami pon sekarang). Seingat aku, beratus-ratus jugak lah aku mengepow dia masa tuh...haha... Amacam joegrimjow kalau dapat awek spesies cam aku, ada bran kah nak bawak si dia ke PBAKL? haha....tapi tak pe, tak rugi beli buku ni kan joegrimjow? Boleh tolak income tax wooo....

Bila aku fikir2 balik, memang kau akan kurus lah kalau gi PBAKL ni...nak2 lagi kau bawak anak kecik...then tawaf ke semua ruang pameran...Haa...berkejar lah kau dengan anak-anak kecik tu... ubat kurus secara semulajadi tau... tapi tak pe, kalau tak kurus jugak...korang leh contact joegrimjow...joegrimjow pasti ada penawarnya...hihi...kan joegrimjow? Apa susah...Herbalife kan ada :)

Macam aku sekarang ni, penawar kurus aku selain dari berkejar2an dengan anak-anak aku- breastfeeding! Hihihiii... lepas stop menyusukan baby nanti, mau nya melambung2 berat aku naik- sebab dah tak de sapa nak sedut kan...wakakaka, konpem aku cari joegrimjow... well, kata nak kurus ingat joegrimjow kan? 

Eh, macam iklan ubat kurus lak aku rasa entry ni :)

p/s: Kalau korang nak kurus, ingat joegrimjow taw!



Tokey Restoran Mata Duitan!

Huh..menyirap je rasa...tapi bila fikirkan makanan yang jadi darah daging, maka aku redha je lah. Korang bayangkanlah, macamana tak menyirapnya aku... Dailognya macam ni:

Makcik Mata Duitan: RM 4.50 dik

(Aku keluarkan not RM 50)

Makcik Mata Duitan: (Menjeling not RM 50 dari aku, dan terus bukak balik polistren tadi) Eh, adik ambil ikan pari kan....RM 3.50 sepotong...so, RM 5 lah.

Suka-suka hati kauuu je kan. Padahal masa awal2 tu pon kau dah tau kan aku ambil ikan pari... Makcik, kau kelabu mata tengok not RM 50 tu ke sampai tergamak nak genapkan harga???

Hurm...nasib aku la, kat sini ada satu ni je lah restoran melayu :( Pas ni aku kena rajin2 semula masak bawak bekal...

Kek dan Tart dengan topping macaron

Lepas dari merasa macaron cikmin, aku ketagih mende alah ni. tapi nak order selalu kena seluk2 poket dulu lah..hihii... So, sebagai melepas rindu dendam dengan macaron ni, aku beli mende alah ni kat Bakery tepi opis nih. Padahal aku bukan suka sangat dengan tart dan kek yg ada hiasan macaron ni. Tapi semata2 nak makan menda alah shell macaron tu je...wakakka...



Gulpp! Telan air liur dulu lah ujung2 bulan ni :(

Tuesday, April 19, 2011

Tolong cukupkan duit aku nak beli rumah :)

Sempena dengan nak clear stock untuk berpindah ke rumah baru tak lama lagi *wahhhh...kuat sungguh berangan kan* Aku nak jemput lah korang beramai2 mencuci mata kat gallerymuslimah.com ni kot2 ada yang berkenan di hati untuk dirembat. Aku letgo murah2 yang teramat murah dah ni. Memang rege tak de untung sebab semata2 nak kasik licin tong sahaja.


Macam2 ada...aku upload sikit2... Rasa macam ada sikit2 je lagi kot kat rumah yg masih aku belum check stok nya. Tapi yg aku upload ni mostly semuanya ada lagi... apa2 just email ke mrs_shazwani[at]yahoo.com okess....

Psstt... kalau korang tolong aku 'spread the news' pon aku bersyukur sangat2 dah...hihii

Port lepak yang sangat best!

Ditag oleh kak liza... Katanya projek dari denaihati...hihi... Join je lah suka2 :)

Walk on wings, tread on air - Carta teratas aku, blog kak Diyana. Memang peberet abes lah... Carik2 butang follow memang tak kan jumpa. Menandakan yang dia memang blogging secara ikhlas... tak mementingkan follower dsb. Kak Di punya penulisan memang sangat best walau adakalanya diselit dengan kelucahan melampau... Untuk bacaan orang dah kawen aku rasa ok lah..bebudak tak seswai...hihii (tu konpem ramai bebudak under age gi klik link tu!

Aididleaks - Aidid Muaddib yang giat membongkarkan penipuan MLM. Setiap hujahnya bagi aku sangat bernas. Penuh dengan fakta yang aku rasa sukar disangkal.

Panas Punggung - Blogger muda dengan gaya penulisan yang tak kurang hebatnya...bagi aku lah...orang lipis ni, member adik aku...tapi aku bukan bias ok! Seriously, aku memang suka gaya penulisan dia.

It's All About Journey - Kalau tadi aku suka baca pembongkaran MLM, tapi kali ni belog orang kuat Herbalife pon aku suka jugak...haha... Macam berdiri atas pagar plak aku ni kalau pasal MLM kan..tapi bukan gitu.. aku suka singgah blog joegrimjow bukanlah kerana Herbalife tu, tapi suka cara pengolahan setiap entry beliau. Lain dari yang lain.

Last, but not least...blog sapa eh?

Kakchik@EllaErti Kehidupan, Life101kak liza, Miles of Smile, Great Teacher Onizuka, Mutiara Nolan, Kak Yus, Mama Kembar3, tiefazatie, dan banyak lagi lah...hihi.. tak larat nak copy link pulak...ahaha..kalau mana2 yang terbaca entry aku ni, tinggal lah komen dengan link nya sekali :)

Aku: Errr.....rasa macam lari tajuk je!

Tak Tahu Nak Update Apa?

Kronik sungguh title aku hari ni kan. Siyes, skarang ni aku rasa macam dah tak tau nak hapdet apa. Nak citer pasal rumah? Lum ada progress lagi. Broker tu janji dengan aku, 1-2 days ni nak soh aku sign letter offer dari Bank. Tu pon tunggu jawapan dari 1 bank je lagi. Aku still tak puas hati dengan bank yg dh bagi letter offer skarang ni.

1-2 days dari Saturday hari tu... should be hari ni dia dh kontek aku, tapi masih menyepi... hurm... aku pon malas sangat nak kejar. Sebab tetiba takut nak kena keluar duit byr loan...wakaka... Bukan tu je, nak bayar lawyer...insurans...valuer...perghhh...rabak poket! Huhuuu....mana aku nak cekau nihh.


Monday, April 18, 2011

Rumah Oh Rumah

Hurm...macam2 rupanya proses nak beli rumah ni. Lepas dari prosedur beli rumah yang aku catatkan ini, ingatkan tak de pape dah la yek... Rupanya idakkk.... aderr laeii... Aku baru tau part market value atau dikenali sebagai MV... di mana kita kena hire market valuer ni untuk membuat report berkenaan nilai semasa harga rumah kita tu. 

Duit lagiiii....huhuu.... tapi broker aku kata leh nego fees nya...hurm...wateva lah. 

Last Saturday, broker aku dah bitau ada bank dh approve loan. Tiba-tiba rasa cam tak bersedia plak nak beli rumah...erk!

Saturday, April 16, 2011

Breastfeeding pun boleh masuk Malaysia Book of Record!

Semalam aku jalan2 ke blog kengkawan.... terjumpa la iklan ni. Sebelum ni dah tengok kat sarakids.com sendiri dan kat belong Mama Zharfan. Tapi bila ada member sendiri yg join- Kak Sah pun cakap dia gamble je redah walau tak de geng, maka timbullah semangat aku nak ikut sama. *tengah carik2 link belog kak Sah...tak jumpa pulop*

Sesiapa yang nak dapatkan ilmu breastfeeding...dan mungkin juga ada demo babywearing *kalau tak silap aku la*, moh la kita join... pendaftaran masih dibuka....kot.... Sebab aku pon baru register lewat petang semalam.

Dengar citer Pak Nil pon ada sama :)

Friday, April 15, 2011

Ini lah dia yang membuatkan aku sibuk

Akhirnya....berapa kali akhir daa..padahal dah seminggu berakhir..hihii.. Ni kemuncak event apabila aku hangkut bonda tercinta....suami tersayang dan anak-anak yang dikasihi...(erk...macam skrip!) Aku nak tunjuk kat bos aku, tulang belakang aku selama ni yang banyak menyokong aku dalam kerjaya....

Bonda~ tolong jagakan anak-anak
Suami~ tolong uruskan rumahtangga
Anak2~ tolong memahami mama dorang yang bizi mengalahkan menteri...ehehe


Erk...berapa kali tah aku nak bergambar kat set ni...ahaha...tapi aku sukaaaaa sangat! Kena mintak kan staff buat 1 set utk aku lah...hihii


Testing...duduk atas bantal empuk.... Boleh buat sendiri ni bila dah pindah masuk rumah sendiri nanti...orang panggil Bean Bag...tapi aku tak nampak celah mana bean nya... Masa ni bujang aku dah terlena...mana taknya, sedap kena peluk dalam baby sling tu...dapat pulak bau2 masam mama kan....ahaha.. 

Ramai peserta terkejut tengok aku kendong budak nih. Tak caya aku dah ada anak 2...tu lah hakikatnya makcik2...saya dulu ni gatal nak menikah awal...wakakaka...!


Dan ni....ini lah dia yang aku dok bersengkang mata tungkus lumus siang malam keja tunggang tonggek dengan designer selama 2 bulan je!....Nak menyiapkan mende alah ni... Ada lagi tu...tak nampak plak semuanya dalam gambar ni... Pas ni boleh aku menulis projek sendiri pulak...hehe


Sekarang ni masa aku nak berehat dulu....  Enjoy dengan anak2 :)

Contest bersama Asterisk Boutique & Adzrien Shoppe


Lama rasanya aku tak join mana2 contest sejak tsunami kerja melanda ni kan....so, kali ni sebagai tanda menyupport contest Adzriel AB atau aku lagi suka panggi kak liza, maka aku pon join lah.... Syarat2 boleh tengok sini ek.

Aku tak reti sangat nak review2 blog orang ni, apa yang aku tau...tudung2 kat Asterisk Boutique ni sangatttt lah menawan hati! Siyes, aku baru je jatuh hati dengan tudung kerinting2 ni..ahaha...unik sungguh nama! Kalau dapat hadiah voucher RM 30 tu bleh ar aku guna topup2 nak shopping tudung2 ni:


Yang ni pon cantik kan...ala2 rimau.....aummmmmmmm


Yang ni plak...suci je aku tengok...ehhhh, kalau boleh semua pon aku nak angkut masuk sini...hihiii


Satu lagi penaja, Adzrien Shoppe ada jual jamu, telekung dan beg... Yang menarik hati aku, telekung... ada jual telekung budak tak kak liza? Lately ni asek berebut telekung je dengan anak dara...huhuu

Ok lah...moh la ramai2 kita join Contest ini!

Peraturan Ofis Korang Best Tak?

Bercerita pasal peraturan ni.... aku rasa semua pejabat pun ada peraturan yang tersendiri kan? Kita sebagai pekerja ni ikut je la tanpa banyak soal selagi ia tidak memudaratkan kita...betul tak? Kalau tak setuju dengan peraturan yang dibuat tu...senang je, resign lah! Dah kita tak boleh nak terima...ye tak?

Sama jugak konsep nya dengan hidup kita kat bumi ni... Pun ada peraturan yang telah dicatatkan di Alquran. Bosnya...tu....Yang Maha Esa... Kalau kita ingkar dengan peraturannya, apa akan jadi? Performance kita terjejas lah. Akhirat sana tak tau lah macamana kehidupan kita kan.

So, apa yang aku nak tegaskan di sini...walau di mana kita berada kita tak boleh lari dengan peraturan. Kau pergi lah mana2 pon, pasti ada peraturan yang dorang tetapkan. Kita ni kuli je, ikut je lah selagi termampu...tak perlu nak pertikaikan. Sebab ni bukan tempat kita. Masuk kandang kambing, mengembek.... Masuk kandang rimau, mengaum!

Melainkan kau mampu nak buat tempat sendiri...so, ciptalah peraturan kau sendiri!

Thursday, April 14, 2011

Emosi tak stabil!

Kadang2 aku ni tak betul jugak. Dah tahu kau tak kuat, tapi kau pegi korek baca tu pehal? Saja....nak jugak nyibuk baca. Habis tergendala keje aku hari ni...

Aku dok memikirkan...apa lah nasib kalau aku hidup tak berpasangan (takut nak menyebut word tu).. sorang diri membesarkan anak-anak...mesti aku kekok giler beb! Mana taknya, selama ni semua laki kau buat kan... Harus lah kau kekok kalau tiba2 kena tinggal...huhuu.. Aku kena praktis nih.. Bukan bermakna kita mendoakan perkara tak baik tu jadi kan...tapi sebagai persediaannnnn....

Ohh...no no no.....cukup2 lah aku berkhayal berada di alam fantasi...tak elok...tak elok...tapi nakkkk jugakkk pikirkan semua ni..tah pape aku ni!

Wednesday, April 13, 2011

Maharaja Lawak yang tak lawak

Hurm..habis lah minggu ni belog aku penuh dengan kritikan je... Kali ni Maharaja Lawak. Aku tertarik nak tengok bila sana sini orang duk cakap pasal Maharaja Lawak. Kat FB...kat belog... So, aku pon teruja lah mendonlod... again...aku donlod je... 

Maaf, aku bukan pelanggan ASTRO... Bagi aku yang tengok TV hanya berapa jam je seminggu rasanya tak berbaloi nak langgan ASTRO. Cukup lah dengan 7 channel (TV1, TV2, TV3, NTV7, 8TV, TV9, TV Al-Hijrah) yang ada...tu pon tak tertengok semuanya.

So, semalam balik je keje...kitorang ngadap Maharaja Lawak..Minggu Pertama...Hurm... lawak kah? Again...banyak lawak bodo2.. Kalau yang betul2 lawak pon aku rasa sorang dua je...nampak jauh betul jurang kelawakan mereka semua.

Maka, dengan ini aku rasa tak rugi pon aku tak subscribe ASTRO....hihiii

Hantu Kak Limah? Tak best lah!

Aku terpengaruh nak tengok filem Hantu Kak Limah Balik Rumah ni bila sana sini orang dah cakap pasal movie ni kan. Maka semalam, aku pon dengan gigih nya mendownload lah movie tersebut.

Dan malam... aku ngan laki aku pon pasang kat PC, layan citer tu bersama.... hurm.. aku tengok dia, dia tengok aku... kat mana yang bestnya citer ni? Sepesen je ngan Zombie kampung Pisang tu...

*Buat 'movie' sendiri lagi best! Teeeeeeeeeeettttttt~

Tuesday, April 12, 2011

Siapa kaki wayang?

Lama giler aku tak tengok wayang...last dulu masa sehari sebelum bersalinkan Aniq... tu pon Manager Cinema Alamanda yang belanja..hehe...kebetulan kawan laki aku :)

Sebelum tu, masa pregnant Auni ada sekali jugak... Aku ni, asal mengandung je gi tengok wayang...sebab tu je masa terluang yang ada..skang ni dah payah ngan anak-anak kecik...Sooooo.....

Aku nak tanya, citer apa yang best2 kat panggung ni? Tak kira la citer lama ke citer baru, aku nak download :)

Sana Sini Berkempen...

Oh yeahhh...sana sini aku berkempen...bukan untuk pilihan raya tau... tapi untuk mewar2kan jualan tutup kedai yang aku nak buat :) Mungkin ada yang dah tahu, aku dulu start blogging ni dengan bisnes online... Tapi sebelum tu aku dah ada personal blog sendiri around 2006/7.. aku tak ingat...dan lagi parah...url link blog tu pon aku tak ingat...wakakaka....giler pelupa kan? 

Blog pertama: 
Tak ingat url tp tahun 2006/7 kalau tak silap

Blog kedua
http://auni-zara.blogspot.com buat masa tahun 2009- tapi husband aku yang create. Aku as admin je. Tapi bila aku bersalin sorang lagi, aku rasa cam tak adil plak kalau kakak je ada blog kan.. so aku tukar url link tu ke--> http://familymoza.blogspot.com Aku tukar tau, bukan buat baru...so kalau korang klik yg auni zara tu mmg tak kan dapat lah

Blog ketiga:
Aku create sendiri lepas beberapa bulan bersalinkan kakak (April 2009 kalau tak silap), since nak carik duit lebih kan..aku pon start la biz online di http://gallery-muslimah.blogspot.com .Masa ni tatau apa2 lagi pasal nuffnang. Rugi kan... dah ujung2 tahun baru aku letak ads tu. Tapi buat dek je..hihii

Blog keempat:
Yang ni aku pon tatau apa aku nak buat sebenarnya. Ekceli, aku nk guna domain sendiri which is http://gallerymuslimah.com tapi aku blurrrr.. sudahnya, berapa banyak belog daaaaaaa... maka terbengkalai lah...tapiiiiiiiiiii...

Ghupa2 nyer belog aku hat ni lahh tengah ada banyak giler BE bebbbbb!!!!!!! Cessssssss.... cemana aku boleh tak perasan... So, sambil2 korang nak cuci mata dengan jualan tutup kedai yg aku nak buat ni, boleh la sumbang sikit2 trafik untuk membanyakkan fulus BE aku kannnn...hihiiii


Blog kelima: 
Yang korang tengah baca ni lahhhh....berapa banyak belog daaaaaa :)

Aku: Errr....intro tak agak2 ek?hahaha

Monday, April 11, 2011

Tidur tak bangun kalau bilik macam ni

Ni yang aku sempat snap sekitar event last week. Booth ni mempamerkan set almari mekap...sweet sangat... Seriously, aku rasa kalau dapat bilik tidur macam ni... konpem lena tak bangun-bangun...tenang dan mendamaikan :)


Yang macam sampul surat tu sarung bantal...kreatifkan staf2 R&D kat opis aku ni..


Dan yang pakai kot cekelat tu model tak berbayar...perasan lah kau sorang-sorang depan cermin...

Cover Novel atau Kad Kahwin?

Cantik kan? First time aku dapat kad undangan macam ni. Tak tau lah kalau memang trend sekarang ni...tapi aku sangat suka konsep dorang nih. Tetiba rasa cam nak kawen lagi....erk! Time aku dulu kad kahwin sempi giler...

Alkisahnya...kedua-dua kawan aku masa kat Kolej Matrikulasi Johor ni bercinta dari form 4 lagi..dat's y dorang come out dengan konsep baju sekolah...cute kan?


Sapa-sapa lum kawen lagi tu, boleh la standby dengan idea camni plak... :)

Yeayyyy...Berakhir Sudah Semuanya :)

Alhamdulillah...segalanya dah berlalu, lepas ni rutin harian aku akan kembali kepada asal... Bisnes pon dah boleh mula semula... Lepas ni kena lah lagi giat mencari tapak... banyak komitmen kan...

Last week aku langsung tak de celah nak update blog sebab sepanjang masa aku berada di hotel Summit untuk satu event besar-besaran yang mengumpulkan peminat jahitan dari seluruh Malaysia. Sungguh seronok mencuci mata sebab hiasan booth yang sangat2 mengujakan setiap mata yang memandang! Aku puas hati kali ni walau pon event perasmian ada sikit tunggang langgang..huhuuu

Aku rasa bersalah, tapi bila pikir2 balik bukan salah aku pon. Ada ke patut, event esok pagi...kol 11.30 malam tu baru pihak protokol Istana datang check flow event...harusss lah banyak yang berubah kan. Dengan skrip aku potong sana sini...conteng sana sini...maka aku rasa wajar lah aku pon menunggang langgangkan atur cara...wakakaka

Gulppp...aku ni tunggu masa bos panggil je...ahaha.... Sebab silap aku besar gak la...penerima hadiah salah terima hadiah. Dah tu, foreigner plak kan..tak kan aku nak gi mintak balik..nampak sangat buruk siku...haha... Sebbaik terlepas sorang je..kot semua..memang mati aku!

Tak kisah la smua tu..janji aku enjoy! Dan sangat2 gembira bila ada makcik2 yang datang kat aku siap memuji2 lagi 'kelemakan kemerduan' suara mc...hihiii... "Makcik...doa2 kan lah saya dapat jadik pengacara tu ye... :) "

Aku: Sedang menunggu gambar2 menarik untuk diuploadkan.

Monday, April 4, 2011

Laksa Motor

Korang pernah makan laksa motor tak? Maksud aku..bukan laksa berkuahkan motor. Tapi laksa yang orang jual atas motor. Kalau area shah alam ngan damansara ni aku rasa macam tokey yang sama je. 

Memang wallahhhhhhhhh... Semalam aku hantar adik kat Cova Square... Singgah la makan laksa tepi jalan. Ramai giler orang...kalau tengok kereta, dari golongan bawahan ke golongan atasan..sumer tak segan silu makan tepi jalan ni.

Dulu aku ada sorang kawan deejay. Bapak dia ni jutawan kat Penang. Sekarang pon dia deejay gak. Kat KLFM. Ada sekali tu aku ikut dia gi tengok wayang. Hala balik tu, dia tanya aku...aku rasa malu tak kalau makan tepi jalan...then aku jawab, tak lah..asal sedap..aku layann je...

Dan dan tu terus dia singgah...kitorang makan laksa tepi jalan. Dia cakap selama ni dia tanya kat kengkawan dia (aku rasa anak-anak orang kaya gak), tapi semua kata tak suka makan tepi jalan. Aku macam tak sangka, ingat kan semuaorang2 kaya ni pilih tempat kan. Tapi alhamdulillah..tak semua macam tu :)

Kalau korang?

Saturday, April 2, 2011

Sedih :( dan Gembira :)

Aku perasan, mood aku macam up side down je semenjak dua menjak ni...macam semalam aku happy bila mereka happy menerima hadiah dari aku.

Tambah happy bila balik dari kerja, aku dapat surat dari nuffnang...cek hasil berblogging selama 2 tahun...huhuu...lama tuu baru dapat rasa hasilnya.

Tengah malam semalam pulak aku bertukar jadi sedih yang teramat sedih...sebakk sungguh melihat harta-harta kesayangan aku dimamah anai-anai... Menitik air mata aku. Bukan senang aku nak beli buku-buku tu dulu. Ada yang mencecah ratusan ringgit.

Tau-tau je lah buku rujukan universiti, bukan murah-murah semuanya :(

Hanya 20% dari jumlah keseluruhan buku yang berjaya aku selamatkan... Selebihnya semua hancur..huhuuuu

Aku nak pindahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Friday, April 1, 2011

Hilang lagi :(

Dah nak masuk setahun kot...baru aku perasan...cincin tunang aku hilang :( Kes lupa letak mana... Tapi kenangan terakhir yang aku ingat, aku cabut cincin tu masa tengah menaip (should be kat office la kan) sebabnya masa tu jari aku gemuk sangat..masa tgh sarat preggy Aniq.

So, aku pon tanggalkan lah. Tapi entah mana aku letak...

2 tahun lepas, kerongsang emas gagal dikesan. Ni gara-gara aku dah ketagih pakai syria...tengok tudung bawal pon pandang sebelah mata je. Terus aku lupa yang mana tudung bawal terakhir yang aku pakai...sebab kerongsang tu je satu-satunya yang aku boleh pakai dengan tudung bawal. Aku ni ada alahan pada besi, so..emas je aku layan :)

Kalau mak aku tau, mesti dia sedih....sebab kerongsang tu dia yang belikan...bukannya murah... RM 300 tu...huhuuu

Tapi mak aku tak leh marah kalau aku hilangkan..sebab dia lagi suka buang barang emas ni... Cincin berlian dia dah 2 masuk tong sampah...wakakaka

Ni gara-gara rasa tak selesa nak siang ikan, dia bukak letak tepi sinki. Penyudahnya, termasuk dalam perut ikan...campak dalam tong sampah.

Penah sekali tu, sempat lah diselamatkan. Tu pon ngam2 orang angkut sampah sampai.. Menggeledah la tong sampah tu...busuk tolak tepi.







Hurm....mana aku nak cari ni.......... :(


Wang tunai ini dimiliki oleh...

Update laju-laju. Sorry la yep aku tak sempat nak print screen tunjuk bukti. Tapi kalau ada yang tak puas hati, sila kemukakan email ke deejaywani[at]gmail.com dan nyatakan sebab2 kenapa kau yang sepatutnya menang ok.

Untuk top commentator, aku buat manual counting je. Maka, RM 30 itu adalah milik Adzriel AB a.k.a kak liza...tahniah kak. Tenkiu gak sebab selalu memeriahkan blog saya ni :)

Untuk top referral link pulak, aku rasa ramai dah tau....pemenang nya ialah bakal pengantin baru, Ujang... Tenkiu dear, sebab tak lokek traffic ngan ahkak mu yang tersangat bizi ini sampai blog jarang hapdet semenjak dua menjak ni. Kalau dulu boleh kata 2-3 kali sehari update. Sekarang nak dapat 2-3 hari 1 entry pun macam payah.

Ok lah, Email korang punya Maybank acc number ok.

April Fool...Pemenang

MODE: STICKY POST

Kalau diikutkan hari ni genap sebulan kan.

Tapi aku perlukan masa untuk mengira yep. Pemenang top referral tu aku rasa macam dah tau sapa pemenangnya. Yang ni aku tutup hari ni.

Cuma nak kira top commentator je...  Aku bagi masa sampai 31 Mac. Kiranya aku kira lagi la komen2 yang korang tinggalkan sampai lah minggu depan.

April fool nanti aku umum hokeh. Dan terus bagi hadiah. Amacam? Ok tak?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...