Monday, July 30, 2012

Coklat ohhh Coklat. Sangat menggiurkan!


Peminat coklat....

Aku percaya kalau korang beli ni, ianya bukan untuk dihidangkan kepada tetamu...tapi untuk masuk dalam tembolok sendiri....hihihi.... Serius! 

Kesedapannya takkan mampu buat ia bertahan lama kat dapur korang, unless korang bukan penggemar coklat ^_^

Order tutup 31 Julai... ada masa lagi kalau korang nk order, Delivery akan dibuat minggu depan insya Allah...

Sekitar KL, Puchong, Lembah klang dan area2 yg berdekatan semua bleh hand delivery :)

*Ni dah tahun ke-3 kot aku setia dgn coklat2 dan cookies ni, homemade yg memang angkat ibu jari lah -- kalau ikut taste aku la ye...hihihiii

Friday, July 27, 2012

Kenapa boleh gugur?


Dah ketentuan Allah kan, ye tak? Lalu...harus dipersoalkan apa lagi sih? Enggak ibuk-ibuk...cuma sekadar mahu berkongsi gimana bisa terjadi begitu :)

Alkisahnya dah hampir 2 tahun menyusukan Aniq, aku tak makan apa-apa jamu pon lagi untuk kesihatan badan la. Bukan tak percaya pada vitamin2 dan segala supplement yang ada dalam pasaran ni, cuma lebih selesa ikut cara tradisi lah kata orang.... Aku kan anak kampung bak kata Jimmy palikat dan One nation emcees :)

So, aku ambik la yang ada khasiat lobata. Pada masa yang sama, aku tak perasan pun fungsinya melancarkan kitaran haid. Dan aku tak perasan jugak period aku dah lambat beberapa hari. Tu yang lepas dah buat UPT (masa tu sempat telan 2 bijik), aku gi tanya kat grup kita-kita aje. Then only baru find out the function.

Acu ada ucap tahniah masa tu kat aku. Sorry darling, bukan tak nak mengaku preggy masa tu... tapi konon2 nak la tunggu kandungan cecah 3 bulan...baru nak war-warkan.

Tapi dah jadi macamni, tak apa lah. Tak ada rezeki. lagi pon ramai pakat kata aku kan muda lagi.

Eh, ibu muda kan...haruslah! Ahaks!

Tataaaa! Mmmuaahhhhhhhhhh ^_^
















Tuesday, July 24, 2012

Yang Ke 3? Tiada Lagi...

Walaupun ianya terjadi tanpa dirancang, tapi...sapa yang tak happy bila disahkan mengandung. Ye tak? Nak-nak lagi bila dihitung... semuanya berkait dengan 3!

Kehamilan ke-3
EDD: 03.03.2013

Melonjak riangnya hati ni bila terbayang-bayang dapat berpuasa penuh pada Ramadhan kali ni. Mungkin ada yang dah dapat membaca, entry-entry aku sebelum ini berbaur seperti mahu mewar-warkan kehadiran bakal orang baru. Tapi aku tak lah memaklumkannya secara terus. Kerana ini lah. Takut ianya tak menjadi.

Ternyata apa yang aku risaukan itu benar-benar terjadi. Permulaannya, aku menyangka ianya dikenali sebagai bunting rimau. Tetap period walaupun mengandung. Tapi bila ianya keluar luar biasa dari sebelumnya, aku buat keputusan untuk ke klinik dan scan. Ternyata embrio itu sudah tidak sempurna. Bentuknya tidak lagi normal menurut kata doktor.

Dan aku diminta untuk makan ubat bagi mencucinya :(

Tak apa. Aku redha ^_^

Thursday, July 19, 2012

Kerang dan Spaghetti: Kaho Naa Pyar Haiiii

Jam tepat menunjukkan pukul 5 petang. Bergegas keluar wanita itu pulang ke rumah. Tapi sebenarnya bukan terus pulang. Hajat di hati nak menyinggah ke pasaraya berhampiran. Demi mencari kerang.

Memandu sambil terbayang-bayangkan kerang di mata, alangkah kecewanya bila kerang yang dicari tiada di situ....licin! Hampa hatinya. Terfikir kalaulah suaminya ada, tentu pencarian diteruskan lagi ke pasaraya yang lain. Tapi apakan daya, menjadi ibu tinggal ni bukan kerang itu sahaja yang menjadi fokus. Anak-anak perlu diambil tepat pada masanya. Jika tidak,

"Kenapa mama lambat ambik kakak hari ni?"

Dan tak kan lah wanita itu nak jawab sebab mencari kerang...ye tak? Tak semena-mena, wanita itu mengambil daging cincang. Teringatkan masih ada sisa spagheti di rumah dan juga tomato puri yang masih berbaki. Dibeli juga cendawan butang setin.

Eh...dah lah! Penat nak buat ayat novel ni.

Ceritanya semalam tak dapat kerang, pastu ingat nak masak spaghetti...tetiba ada Hitrik Roshan plak kat TV2, tak jadi nak masak! Panaskan je mee goreng yang ada....pastu makan sambil tengok Kaho Naaa Pyarr Haii....

Tapi kan... tak kuasa lah nak tengok sampai abes. Tak ingat dah la ending citer tu cemana. Sonia dgn Raj ke? Rohit memang betul2 mati ke cemana?

Ohh lupaa... spaghetti tu aku masak pagi tadi ^_^


Saturday, July 14, 2012

Menggeletis nak komen blog Cik Ina Do Do Cheng tapi...

Bekerja di hari Sabtu sangat santai.... sambil2 jadik waitress untuk listener2 yg nak order lagu tu... aku tertarik dengan entry kat blog Cik Ina yang ni. Menggeletis rasanya jari jemari nak tinggalkan komentar, tapi apakan daya....tiada ruang untuk berbuat demikian.

Tertarik aku pasal cerita adab2 sopan bila berkunjung ke rumah orang ni.... Semuanya ye, aku amalkan...dan aku fikir semua orang tahu....rupanya ada jugak bangsa yang tidak beradab bila berkunjung ke rumah orang ni ye? Kisahnya bila bilik kelamin aku diterjah sesuka hati... dan bila bilik air dalam bilik utama aku pon diterjah...timbul rasa kurang senang di situ... Mujur la tak de kondom2 bersepah ke... kalau tak? But still, aku tak benarkan masuk jugak sebab bagi aku dalam tu ada la something2 yang peribadiii sangat bg kita....kan?

Oh ni baru adab2 no. 5 menurut senarai Cik Ina...

Satu lagi yang aku nak sentuh, adab2 no. 2 tu...

kalau lahh kita berkunjung ke rumah orang, jangan lah sesuka hati ambik dan guna apa je yang ada kat rumah tuan rumah tu selagi kita tak dipelawa...memalukan tau! walau pon kita ni rapat macamana sekali pon dengan member ni, tapi tu tak bagi lampu hijau untuk ko rembat dan guna je apa yang tuan rumah punya.... contoh macam tuala! Tergamak ke ko nak ambik pakai gitu je...means, lepas ambik...baru cakap nak pinjam. Erkk! tlg la jaga air muka tuan rumah kan... mintak la elok2... tuan rumah mesti sediakan asing untuk tetamu... kalau tak de sekali pon, dah tau nak bermalam rumah orang...peralatan peribadi kita jangan lah tak bawak pulak...huhuuu

Sekian, tu je luahan dari aku.

Friday, July 13, 2012

Situasi ni akan berakhir tak lama lagi...


Situasi beli bekpes di pagi jumaat

Peniaga: Ngaji mano dik...? Sokmo napok mari beli nasik soghe jah...

Aku: Errr... saya kijo doh.... hihihii


Bukan sekali dua aku kena menjawab gini... tapi dah selalu sangat. Tak pe lah, aku yakin ianya akan berakhir tak lama lagi!

Macam mana pengakhirannya? Tungguuuuuu ^_^





Wednesday, July 11, 2012

Menu Ringkas Tapi Menyelerakan untuk Bersahur

Sepatutnya hari ni entry Gambar Bisu ye? Tapi aku tak de gambar yang bisu... asek lupa je nak snap gambar raja buah kat rumah tu yang jadi mangsa santapan aku anak beranak...hihihiii

Ni dekat2 nak bulan puasa, as usual la kan... surirumah separuh masa macam aku ni, mende ni laa yang duk fikir hari2.... Aku ni plak bangsa bersahur mesti makan nasik... So...kat sini, jom la kita share menu ringkas apa yang korang selalu buat untuk sahur... lauk-lauk simple la kann...

Eh, apa? Korang ingat aku yg nak  share? Hahaha... tak...tak....bukan macam tu... entry ni aku nak mintak komen sorang satu menu...untuk rujukan aku dan readers yg lain lah jugak kan....hihihiii


Tenkiu!

Monday, July 9, 2012

Dilema Bila Beli Pakaian

Korang2 yang fasa umur macam aku dan jenis2 gonjeng macam aku...pernah tak terfikir macam ni bila nak beli baju....

"Baju ni cantik...tapi ketat sikit...tapi cantik... tapi nak beli jugak lah!"

"Ala...tak pe la seksi sikit...pakai kat rumah je nanti" 

"Suwitt giler lah tudung ni, tapi senteng....tak tutup dada...."

Pernah tak alami?

Kadang aku terfikir sampai bila nak jadi mangsa fesyen ni? Fesyen jugak yang disalahkan. Tapi tu lah hakikatnya kan. Kita nak rasa cantik macam orang lain, tapi hakikatnya pakaian tu tak mengikut tuntutan agama. 

Then... apa guna berpakaian kalau hakikatnya kita seolah-olah sama je dengan yang bertelanjang.... errr... kannn?

Ni lah yang duk bermain2 dalam kepala otak aku.... So, langkah pertamanya.... sekarang ni aku jadi cerewet sangat nak beli baju. Nak cari yg longgar2 besar gedobos je.... takpe, biar tak seksi...janji...err.... kalau pandai gayakan, cantik jugak...kannn?

Ni nak raya...lagi la aku buntu mikir... jadinya, tahun ni aku dah create kan 2 rules untuk diri sendiri.... No more kebaya (macam lah aku ni ratu kebaya), no more kurung moden, no more baju dari kain yang melekat2 macam lycra tu...  So, aku skang ni hunting for baju kurung kain cotton je...simple...

Tapi kalau tak sempat shopimm untuk raya ni, eerrr... aku pakai je lah baju raya tahun-tahun lepas yg ada ciri2 di atas tadii....hehe... tak nak membazir, kan ^_^

Friday, July 6, 2012

Intai sikit... apa ada dengan jiran?

Cerita ringkasnya ada aku update kat fesbuk baru-baru ni. Tapi sebab meluat nak baca komen tutttt... aku delete balik. Malas nak sakitkan mata. Cerita versi penuhnya macam ni.

Alkisah aku ni duduk rumah flat 2 tingkat. Tingkat atas ada 4 unit rumah. Kiri kanan aku selama ni tak de jiran. Kira duk klua masuk je, ada yg asek lari tak bayar sewa pon ada. Lepas tu last 2-3 days ditakdirkan ada la jiran baru. Masa couple husband n wife ni masuk, husband aku ada balik... Ada la laki aku tegur berpatah-patah...dia jawab sepatah je. Masa husband aku ni duk basuh keta kat bawah...pintu rumah aku terbukak sikit sebab anak-anak duk jenguk papa dorang dari atas, yang aku ni duk sebalik pintu dah tgh lipat kain...tapi kalo orang tu betul2 menjenguk dari luar...akan nampak la aku ni.

Tau apa yg si jantan ni buat? Lalu depan umah aku, yes...memang kena lalu untuk ke pintu rumah dia... tapi boleh tak lalu straight je, jangan nak jenguk ke dalam sangat? Dia dah ternampak aku yang tak bertudung...baju lengan pendek lagi tengah bersila lipat kain tapi dia keep tenung macam nak makan! Euwww~ tolong la...meluat aku tengok. Kot ye kata nak berkenalan dengan jiran ke...laki aku ada kat bawah, napa dia tak beramah mesra? Aku dah berbalas senyuman ngan bini dia before tu... 

Oke, tu citer pertama... siang nya. Malamnya plak, Lepas aku hantar husband ke bustand, balik malam tu aku nak angkat kain. Anak2 dah tido. Lampu koridor gelap, aku malas nak bukak. Jiran2 bujang belah kiri memang aku tak pernah tserempak waktu2 macam ni sebab diorang keje balik tgh malam. So, aku memang selalu keluar gitu je (betul-betul selangkah je depan pintu rumah) kalo nak angkat baju kat penyidai (kedudukan depan pintu rumah aku dan depan tingkap rumah jiran penyibuk ni). 

Yang jiran penyibuk ni, dia bunyi je aku bukak pintu...terus dia ke tingkap, selak langsir dan intai aku! Oke, 1st impression aku fikir dia nak tengok sapa ada kat luar rumah kan... oke, takpe. Tapi apa kejadahnya bila dia gi selak langsir belah satu lagi dan tak puas hati...nak tengok ke arah aku lagi! Dia ingat lampu tak pasang kat luar, mungkin aku tak nampak dia yang mengintai... tapi ko silap lah bro.... aku kat luar (yg gelap ni) lagi jelas nampak ko duk mengintai dari dalam rumah tu!

Oke, fine! Ini petanda untuk aku berhati-hati dengan jantan ni.


Si Kaya dan Si Miskin

Dah 3 jam tulis tajuk. Tapi termenung. Tak tahu nak tulis apa? Bukan! Tapi macam-macam yang difikirkan.

Apa cerita pasal orang kaya dan orang miskin ni...? Hurmm... apa bezanya yang korang tahu...korang la citer kat aku pulakkk ^_^

Monday, July 2, 2012

Muzik Paling Hangat...Hot FM!

Err...tak tahu nak hapdet gapo doh ni sebenarnya :)

Cuma saja nak bitau tagline baru Hot FM.... Muzik paling hangat. Dan lebih hangat lagi bila aku kerja 6 jam dalam konti start hari ni... kol 10 pagi sampai 4 ptg....hihihiii

Tapi syokkkk ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...