Wednesday, February 29, 2012

Gambar Bisu Hari Rabu #19 Harga Rendah???


Selama ni aku biasa beli kat Puchong RM 33.90. Kalau kat pasaraya biasa2 dekat rumah ni, paling tinggi pon pernah beli RM 36.90

RM 43.90 kau dakwa Harga rendahhhh????

Errkk...nak mencarut, tapi tak boleh!

Thursday, February 23, 2012

Alhamdulillah dimurahkan rezeki

Untuk yg dah baca kisah INI, lepas sharing2 tu kan aku rasa macam lega sikit lah. Yg lagi bestnya bila seharian semalam tak keluar duit untuk makan :) 

Pepagi bekpes ada abg NSTP belanja...hihii....

Tengahari plak, makan sensorang...time nak bayar je ghopanyer dah disettlekan oleh abg TV3.

Minum petang? Tetiba lak budak zoomerz belikan Big Apple.

So, aku percaya Allah tu Maha Pemurah. Maha Adil. Maha Bijaksana. Kan?

Eh korang tau tak, rezeki2 macam ni walau nampak kecik je bagi sesetengah orang, tapi aku sangat2 hargainya :)

Wednesday, February 22, 2012

Bukan nak berahsia tapi HARUS

Blog dah update. Ye, panjang lebar aku menaip. So, yang mana dah pernah aku invite tu boleh la ke sini:

Bukan Nak Berahsia

Yang mana-mana aku tak invite lagi, tinggalkan email la kalau korang rasa nak baca. Maaf, bukan tak nak paparkan pada umum. But, aku just perlukan sedikit ruang privasi. Dan aku tahu dan percaya, korang2 yang dah lama kenal aku kat blog ni boleh bagi motivasi utk masalah aku ni :(

Tuesday, February 21, 2012

Duta? Model? Aku dilamar? Eh..apa-apa jelah

Tak tahu nak update cerita apa sebenarnya ni...ahaks! Boleh pulak gitu kan... Sebenarnya nak bagitau ni. Semenjak dua menjak ni, asyik 'dilamar' orang je. Baik listener, mahupun pemilik butik...ahaks! Ye, tauuuu... bukanlah cantiks sangat pon. Tapi orang kata seri ibu-ibu tu agaknya...kih kih kihh

Bab di'lamar' pemilik butik tu tolak tepi dulu. Ni cerita dengan listener. Adoii la...senyum je lah aku melayan kan. Dah kata anak 2 pon ada lagi yang nak bersayang-sayang? Eh. Ok, harap-harap suami tak baca lah entry ni :p

Ini cerita dapat baju sponsor pulak...hehe...bukanlah duta ponn... Orang mintak tolong promote, aku tolong je la setakat yang termampu kan. lagi pun Butik EDZ ni memang peberet aku sebelum jadik announcer ni lagi


Jom...tengok koleksi EDZ!

Tuesday, February 14, 2012

Dah LIKE ke belum? Hehe..


Assalamualaikum semua... Hari ni nak jemput korang yang mana-mana tak LIKE lagi, kalau sudi tu silakan la ye...hehe

Target untuk aku nak dapatkan 1 K je pun sampai hujung bulan ni... Thank you ye korang yang sudi LIKE tu :)

Thursday, February 9, 2012

Nak datinggg dengan Blogger!

Berbunga-bunga riang hati aku semalam bila Acu Sayang hanta SMS kata ada di KB... Korang tau je la aku, sejak pindah kat sini mana ada kawan2 pun yang ajak aku dating :( Sedara mara pon ada berapa kerat je kat sini, yg lain2 sume bersepah2 kat KL...

Kira macam aku lone ranger la kat sini. Kawan2 setakat kat tempat keje je... Tapi kitorang keje shif masing2 kan, so time aku free orang lain pulak keje, so memang susah la nak keluar sama-sama.

Sampaikan hari cuti hari tu aku gamble je berdua dengan anak bujang gi lepak PCB... Orang2 sekitar pandang semacam je...

"Eh..kesian budak ni, muda2 lagi dah menjanda..." agaknya la......

So, mana2 readers aku tu kalo menetap di KB...sudi2kan lah roger2 aku kat sini...huhuuu.... Aku ni baru nak membina komuniti di Kelantan...haha...ayattttt :p





Wednesday, February 8, 2012

Bukti kerinduanku yang menggunung

Boleh menitis air mata setiap kali aku 'klik' play video ni....huhuuu

Saturday, February 4, 2012

Deretan gambar tu tak mengubat kesunyian aku

Terkelip2 mata memandang ke siling... Pandang kiri, kanan..tgok depan semula. Ya Allah..kosong je hidup ni rasanya.

Si bujang masyam tu, nak harap dia teman? Awal2 lagi dah lentok. Teringat kakak..kalau dia ada, mesti x menang tangan aku layan kerenah dia. Tambah2 lg sekarang ni makin petah bercakap. Ada2 je yg nak ditanya. Bak kata mak aku, like mother like doter lah si kakak tu.

Kat bapaknya tu tak lah rindu sangat *sapapercayamemangbengong* Cuma bila part nak buang sampah, nak tebuk makanan dlm tin, nak basuh dan jemur baju..memang terasa sgt2 lah ketiadaannya. 

Part isi minyak keta pun sama..huhu.. Sumer aku dah kena buat sndiri. 

Ya Allah..rasa macam hilang sebahagian nikmat dunia buat smntara waktu ni...

Thursday, February 2, 2012

Bukan kupinta jadi begini...

Ya, sejujurnya memang bukan aku nak kejar glemer ke apa...mana2 yang dah ikut blog aku dari awal tahun 2011 mesti tau kan apa azam aku untuk tahun lepas? Salah satunya adalah TUKAR KERJA. Dan bila dapat offer HotFM ni maka ibarat pucuk dicita ulam mendatang lah kann....

Memang seikhlasnya, aku terima kerja ni sebab nak kan sesuatu untuk future. Sampai bila aku nak makan gaji camtu je? Aku pon ada perancangan sendiri....yang mana aku rasa HotFM boleh jadi platforn tuk aku mulakan cita-cita aku ni. Nak buat apa? Biarlah rahsia dulu...hehe... Tapi bukan lah nak setaraf Fara Fauzana tu..tidak...aku ada perancangan lain dari tu :)

Once terjun bidang ni, maka kena lah terima hakikat dengan kehendak syarikat... Ofkos ads tu adalah salah satu cara untuk mengukuhkan nama2 kami ni di Kelantan kan.


Maka dengan redha aku menerima kenyataan...muka aku akan ada kat situ sampai la 'dah luntur' billboard tu gamaknya...

Sekarang ni ok lah lagi, tapi bila dah lama2 berpanas berhujan, konpem aku tak sanggup tengok muka sendiri kat situ..huhuuu


Bila nampak muka sendiri kat sini pulak...aku rasa macam nak suh bas tu benti tepi jalan...nak BASUH bas! Macam tak rela je tengok muka aku kena debu2 jalanan tu...haha....emo sungguh kannn



Oke, sekian. tu je cerita bukan ku pinta jadi begini :p 

Kih..kih...kih.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...